RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

30 December, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 | Tahniah Malaysia! We Proud of You!

Assalamualaikum semua,

malaysia juaraWinner of Suzuki Cup 2010

Tahniah, Tahniah, Tahniah buat pasukan bola sepak negara kita Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang demi memastikan Piala Suzuki kembali ke bumi bertuah, Malaysia. Alhamdulillah…

Selama hampir 14 tahun kita berusaha barulah kita dapat mengecapi impian untuk bergelar JUARA bagi Piala Suzuki ini. Nampaknya usaha dan percaturan K.Rajagobal bersama anak-anak buahnya akhirnya berhasil. Terima kasih Rajagobal. ;)

Tahniah juga buat kamu Indonesia kerana telah memberikan cabaran yang kuat kepada pasukan kami. Di Bukit Jalil mungkin timnas kamu longlai disebabkan penyokong kami tetapi di Stadium Bung Karno, kamu bermain dengan begitu semangat. Tahniah. ;)

Permainan yang kamu pamerkan sungguh baik dan bagus sekali. Tapi mungkin kali ini, nasib tidak menyebelahi kamu. Ayuh, kita akhiri kejohanan Suzuki Cup ini dengan penuh keharmonian dan dengan penuh semangat kesukanan. Ayuh…

Lihatlah wajah2 di bawah ini, begini yang kita mahukan sebenarnya…

 

SEMANGAT SERUMPUN

 

peace 2We are SERUMPUN.. ;)

peace 3  We are together… ;)

peace 4Peace..No War.. ;)

peace 5Nothing to afraid here… ;)

peace 7Indonesia & Malaysia always be good… ;)

peace 8We are friends… ;)

peaceStay together..dont hear anything not good… ;) 

 

Salam Ukhwah,



26 December, 2010

500 Blog

Assalamualaikum semua,

Header Ben

Entri kali nie khas Skype garap untuk kontest ‘500 Blog’ yang dibuat oleh Ben. Kalau korang nak join jugak, boleh jenguk kat sini k. ;)

Apa yang perlu Skype buat join kontest nie adalah tuliskan serba sedikit mengenai diri Skype dan tujuan jadi blogger...

Ok, Skype nie sorang yang baik hati, pemurah dan berkarisma tinggi..siot je puji diri sendirikan. Haha. Ok, sori2. atas tu tipu jer. Yang nie yang betul2 k. ;)

Tentang Lelaki Ini

  • Skype seorang pekerja yang bekerja menjaga kelancaran laluan data-data daripada Malaysia ke San Luis Obispo. (Sape boleh teka apa kerja Skype, Skype bagi ferrari 10sen).
  • Seorang yang berminat dalam bidang teknologi tetapi malas untuk meng’explore’.
  • Seorang yang bercita2 untuk menjadi pendakwah tetapi hasrat tidak kesampaian. (banyak sangat cubaan dan dugaan yang datang menyebabkan hasrat tersebut tidak tercapai)
  • Suka warna biru muda a.k.a biru air laut.
  • Suka diving tapi tak pernah dive. hehe…

Tujuan Jadi Blogger

Memulakan aktiviti blogging pada akhir 2009 dengan nama blog ‘Jiwa Kehidupan’. Blog nie banyak bercerita mengenai peribadi dan banyak gambar2 kenangan yang Skype letak kat situ. Masa tu Skype memang perahsia giler, memang takde sorang pun di kalangan kawan Skype yang tahu Skype ada blog tapi bila kawan2 terdekat Skype mula tahu kewujudan blog tue, Skype delete blog tu sebab Skype tak suka diari Skype dibaca oleh orang lain ditambah pula Skype nie seorang yang agak pemalu. Ahakss…

Namun, pada Februari 2010, Skype kembali berblogging. Pada awalnya, niat untuk sambung berblogging nie just for fun, sekadar untuk bercerita tapi lama kelamaan niat itu bertukar sedikit demi sedikit. Bertukar kepada apa? Bertukar kepada untuk menegakkan syiar Islam. Sebab kebanyakan apa yang Skype perhatikan, kita skang meneruskan hidup dengan mengabaikan Islam sedangkan Islam itu cara hidup kita. Cara hidup yang amat sempurna Allah berikan kepada kita. Namun, atas nama kemodenan, kita ketepikan Islam. Jadi, sama2la kita fikirkan apakah yang kita telah lakukan untuk agama kita?

Sesungguhnya ALLAH itu MAHA BESAR lagi MAHA BERKUASA

 

Salam Ukhwah,



25 December, 2010

Anugerah Skrin Rancangan Maksiat

Assalamualaikum semua,

ASK2010 1

Amacam? Dah tengok anugerah skrin? Tak tengok? Tipula..Betul tak tengok nie? Bagus-bagus. Lagipun rancangan macam tu memang tak patut korang tengok pun sebenarnya..samala jugak dengan Anugerah Bintang Popular, Juara Lagu dan program-program yang sama waktu dengannya.

Tapi boleh dikatakan ramai jugak yang tengokkan..termasuklah jugak Skype. Betapa lemahnya iman Skype ni kan. Bukan apa..walaupun ‘pum pam’ dok cakap pasal agama, sirah Nabi tapi tengok gak bendalah nie kan. Tapi Skype tengok kejap jela pastu terus tukar citer lain. Tapi lepas tu bukak balik. Biasala..iman lemah katakan..

Bila dah bukak balik tu, tup2 penyampaian hadiah pasal dram yasmin ahmad kot pastu sharipoh amani berkata-kata..bla..bla..bla…malas Skype nak cakap. Korang dah tahukan skrip dia. Kata-kata dia nie langsung tak sesuai dengan baju yang dipakai sharipoh nie. Kameraman plak baik je ambik gambar half daripada dada ke atas. Memang nampak telanjangla kawan nie. Aduhh..nie sebenarnya yang Skype dok benci sangat dengan artis nie. Tak pasal2 dapat dosa free.

Mulut dorang ‘pum pang’2 macam dok cakap “InsyaAllah2, filem sekian2 akan keluar bulan depan tapi pakai baju singkat2, nampak itu, nampak ini.” Korang pun satu, dok promote gak artis2 nie. Saya sukala fahrin ahmad, eh, saya sukala lisa surihani..macam tuttt…(Skype tidak menyumpah ok) dorang nie kalau korang tanya kenapa dorang peluk2 time berlakon, mesti dorang akan cakap pengarah suruh buat macam tu. TU JAWAPAN BODOH YANG TAK BOLEH DITERIMA AKAL. Pengarah dengan ALLAH mana lebig “BESAR” beb? Kat situ pun para2 artis2 dah kalah dah kalau nak berdebat.

Walaubagaimana lemah sekalipun iman Skype nie tak bermakna Skype akan akur dan bersetuju dengan mereka2 itu. Kita nie kalau tak boleh nak nasihat dorang nie, kita patut mengutuk perbuatan mereka dengan harapan mereka sedar tapi alangkah sedihnya Skype apabila ada juga sebilangan blogger yang Skype anggap dorang nie sepatutnya cerdik tapi sebenarnya tak cerdik. Mana taknya, ada yang pergi ke anugerah skrin tersebut untuk melihat program tersebut.

Blogger2 nie sepatutnya dorang cerdik sebab apabila dorang berblog, dorang akan dapat lebih ilmu yang dikongsikan di alam maya. Tapi ada lagi yang bodoh pergi support rancangan maksiat nie. Tengok sajalah macamana pakaian2 mereka tu. Kita ada agama beb, mana ko campakkan agama ko tu? Jangan disebabkan glemer, teknologi dan sebagainya, korang tolak Islam tu ke tepi.

Ada plak blogger2 yang buat entri mengenai pemenang2 anugerah skrin tu plak. Tu dah kira promosi rancangan maksiat tau. NOT I SAID BUT THEY SAID HERE. Ok, fine. kalau korang nak tengok jugak rancangan macam nie..boleh tapi korang suruh penerbit rancangan nie pastikan semua orang kat dalam tu pakai baju yang tutup aurat dan kalau yang non Muslim plak pakai pakaian yang tidak menjomlok mata sang nafsu, pastu drama2/filem2 yang ditayangkan tu mengikut syariat Islam. Jangan ada pegang2 tangan, peluk2 dan sebagainya.

Eh, korang sedar tak nie? Bangunlah..jangan bermimpi dengan nikmat dunia ni. Jangan ikutkan sangat kemahuan duniawi korang nie. Dok kejar dunia, akhirat terlepas.

pss…ramai blogger2 yang menghalalkan perkara haram dalam blog beliau. tidak terlepas juga dalam blog skype dan blog blogger2 femes…fikir2kan…

pss lagi..sila tegur skype jika apa yang dikatakan ini tidak benar dan jika ada entri2 skype sebelum nie terdapat unsur2 mempromosikan dosa. plzz.. ;)

ok2..pss yang last skali..

anugerah skrin nie meb kurang sket dia punya penangan sebab tak happening sangat. tengoklah anugerah bintang popular dengn juara lagu nti..

ok2..yang nie confirm last..

klu xde rncangan2 mcm nie orang takdela dpt dosa wahai penerbit2. klu nk bt jgk sila ikut panduan Islam.

 

Salam Ukhwah,



24 December, 2010

Dilema Gadis Islam

Assalamualaikum semua,

Just share from me. Are u FREE HAIR...? and are you a part of them? If right, u should look this.

U also should read this:

“1 Helai Rambut Wanita Islam = 1 Dosa”

pss..mesti ada sebahagian wanita marah & persoalkan kenapala orang laki dok bising2 sangat pasal nie..nak tahu kenapa? nie lah jawapannya…

Kami kaum Adam sangat menyayangimu dan mencintaimu. Kami mahu kamu ke syurga…



22 December, 2010

Skype Tidak Lagi Membeli Cicak Tokek! Harap Maklum!

Assalamualaikum semua,

 

Tokek 2

Sebelum nie Skype ade buat entri makluman yang mana menguar2kan pembelian cicak tokek pada 10 November kat sini. Nampaknya berkesan juga ya penangan blog nie, mana taknya..sampaikan orang Indonesia pun call Skype tanya mahu beli enggak cicak tokek nie. Setelah rasa fed-up dengan panggilan2 tersebut, Skype pun kuatkan mata gak malam nie untuk buat update entri tokek sebelum nie dan sertakan sekali entri baru mengenai hukum jual beli tokek.

Sebenarnya Skype dah lama nak buat entri nie tapi tak berkesempatan, maklumlah, bizy sket skang ditambah plak mood nak berblogging takde. Mengenai cicak nie, sebenarnya Skype hanya menjadi orang tengah untuk mencari cicak tokek nie. Buyer yang sebenarnya adalah orang Jepun. So, setiap cicak yang Skype dapat tolong carikan dan berjaya di beli, Skype akan dapat lebih kurang RM1000 hingga RM2000 atas seekor. Bayangkan kalau Skype dapat tolong dorang cari sebanyak 5 ekor. Dah RM10,000 tuh..takpun paling kurang RM5000. Banyak tue..boleh buat beli DSLR idaman tuh+kawen.

Tapi, dalam setiap perkara ada hukumnya, tak kisahla makan ke, mandi ke or anything else. Termasuklah jugak dalam jual beli cicak tokek nie. Setelah Skype godek2 kat internet sebulan lepas, banyak sumber mengatakan bahawa jual beli tokek ini adalah HARAM. Ada jugak sebahagian tu yang mempertikaikan hukum tersebut tapi bagi Skype mudah je..apa yang dikatakan ulama itu, selagi tidak bertentangan dengan syariat, itulah yang Skype akan ikut. Lagipun, ilmu kita nie tinggi mana sangatla kalau nak dibandingkan dengan mereka. Lagipun,duit tak boleh bawak mati. Ade banyak duit pun, kejap je kita habiskan.

So, sejak Skype terbaca mengenai hukum jual tokek hari tu, Skype ambik keputusan takkan berurusan lagi dengan sesiapa yang ingin membeli tokek. Kalau ada orang call, Skype cakap Skype dah tak beli cicak tu lagi. Just it. Kat bawah nie adalah hujah-hujah bagi haramnya jual beli tokek.

 

HUKUM JUAL BELI TOKEK

Nadi bagi sebuah kehidupan Islam ialah ketaqwaan. Keindahan yang mewarnai kehidupan setiap individu muslim juga kerana pancaran ketaqwaannya. Sebuah keluarga, sebuah masyarakat dan sebuah negara pasti dinaungi rahmat dan kesejahteraan jika anggota insan di dalamnya hidup dengan kehidupan taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada haiwan yang dilarang dan diharamkan disisi Syarak .

معشر المسلمين رحمكم الله

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan cicak.

HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’araf berikut:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ

“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkan
Banyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini, semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah ramai yang geli geleman.

Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasyk sebagai al-Khabaais.Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dlm (Al Muhalla 7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”

As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.”
Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahwa tokek adalah satu spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun adalah sama.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita melihatnya.Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :

Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses penyembelihan yang syar'i.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih Muslim ,Nabi S.A.W. bersabda:

مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى

الثَّالِثَةِدُونَ ذَلِكَ رواه مسلم

“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu.” (Riwayat Muslim)

PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi menyuruh kita membunuh tokek ini ? Tapi penggemar tokek sanggup untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tdk ubah bagai layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq. Imam Muslim meriwayatkan :

عن سعد بن أبي وقاص :أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلم

Diriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW, memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)
Para ulama’ diantaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan membunuhnya.
(Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahawa setiap binatang yang digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, Halal untuk di bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang berihram atau tidak.Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :

كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ

“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

معشر المسلمين رحمكم الله

Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti haram pula untuk diperjual-belikan:

إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

معشر المسلمين رحمكم الله

Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :

1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang sengaja digembar- gemburkan untuk memperbodohkan umat Islam. Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adlh syarat yang mustahil untuk disediakan.

3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan, atau ia hanya sekadar cerita-ceria yang bersifat bagai aji no-moto sahaja ? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak membiak disana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini. Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan pelbagai unsure pengharaman ini.
Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi, seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya, bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang mendatang tadi.

Wallahu a’alam bisshowab,

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ

مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ

السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِر

الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَات

فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ

التَّائِبِيْن

Sumber: DPPT

Salam Ukhwah,



[Updated] Cicak Tokek Diperlukan Segera

Assalamualaikum semua,

*Dengan ini diumumkan,

saya sudah tidak membeli cicak

tokek lagi. HARAP MAKLUM!!!

MAKLUMAN

tokek

Sesiapa yang mempunyai cicak tokek dan ingin menjualnya,

boleh hubungi Skype sekarang.

Cicak yang diperlukan adalah seberat 300gram ke atas.

300gram – 340gram = RM80 000

360gram ke atas = RM???

Sila hubungi Jimie – 01012345678

Harap Maklum!!!

 

psss..sape2 yg kenal orang yang jual cicak nie blh rekemen kpd skype & InsyaAllah, klu ade  rezeki korang akn dpt komisen jgk. ;)



19 December, 2010

Chelsea vs Manu | Chelsea Bangkit

Assalamualaikum semua,

Chelsea vs MUKeep The Blue Flying High

Dah lama rasanya Skype tak buat entri pasal team feveret Skype nie. Bukan kecewa, malu mahupun takut tapi disebabkan Skype bizy so tak sempatla nak buat entri pasal sukan nie. Lagipun blog2 lain dah banyak citer pasal Chelsea nie seperti Kampung Chelsea dan Football Crazie so Skype just baca dan komen je la blog dorang. Support menyupport katakan..Ahaks..

Kepada fans Chelsea sekarang ini pastinya ada yang sedang kecewa dengan performance pemain-pemain Chelsea. Masakan tak kecewa apabila 6 game kebelakangan nie kita tewas sebanyak 3 kali dan seri 3 kali dan menyebabkan kita drop points begitu banyak dan terpaksa menghuni tangga ke-4 liga dengan 31 mata.

arsenalThe youngster 

Musuh tradisi kita, MU, akhirnya berjaya memintas kedudukan kita sebagai pendahulu liga diikuti rapat Arsenal. Apabila menyebut mengenai Arsenal, Skype sebenarnya memang respek dengan dorang sebab kebanyakan player2 mereka adalah player muda. Namun, walaupun muda, mereka bermain seperti player2 profesional yang lain dan games dorang memang bagus. Cuma pengalaman sahaja yang mereka kurang. Walaupun memerlukan masa yang panjang untuk mendapat pengalaman namun Skype melihat percaturan A. Wenger memang menjadi dan berbaloi.

trio trainingtrio training.. 

Skype tidak suka sebenarnya dengan sikap tidak professional dan BODOH sesetengah fans daripada MU, Liverpool mahupun Chelsea sendiri yang memperlekehkan team Arsenal ini dengan mengatakan player2 Arsenal adalah player hingusan dan sebagainya. Bukan kepada player Arsenal sahaja namun kepada mana2 player sekalipun. Mereka yang mengejek sebgitu adalah mereka yang BODOH. Cakap dekat orang sedapla tapi bila suruh dorang main macam HARAM.

So, sudah2la buat perangai2 BODOH dan kebudak-budakan sesetengah penyokong yang mengejek team2 lain.

p/s..tetiba masuk citer Arsenal plak…hahaha…

Ok2, kita sambung team Chelsea punya.

Kita sekarang ketinggalan 3 mata daripada MU dan sememangnya Skype yakin bahawa pemain2 kita akan menebus balik points2 yang telah kita cicirkan. Skype OPTIMIS (ayt cam dlm paper plak..haha) yang kita akan menang Super Sunday malam esok dengan jaringan 1 - 0. Kenapa 1 jer sebab kitakan 1Malaysia..hehe..

Sebab musababnya adalah kerana MU tidak pernah menang di Stamford Bridge dan Skype juga perhatikan apabila team hebat ini (MU) berlawan dengan team kita, kehebatan mereka seolah-olah hilang. Mereka seperti kena ikut rentak game kita dan ini menyebabkan kita mempunyai peluang yang bagus untuk menguasai perlawanan.

wayne-rooney-scandal copyLet’s them cry 

Line up prediction Skype untuk malam esok adalah seperti kat bawah:

chelsea formation 2010 doneKesebelasan Utama Chelsea menentang MU

Oh yer, mengenai masalah performance dalam team kita, pada pandangan Skype ianya melibatkan beberapa perkara seperti kecederaan pemain, midfielder yang kurang mantap dan pemecatan Ray Wilkins dan sememangnya Ancheloti harus mengatasi perkara2 tersebut.

Pembelian seorang atau dua pemain baru pada Januari nanti mungkin juga akan membantu team kita untuk up balik performance. Tetapi pemain yang dibeli itu haruslah tepat. Apa definisi tepat? Anchelotti ada jawapannya.

So, nantikan game kita malam sok.

 

Adiosa!



16 December, 2010

SKYPE CREW™ Berwajah Baru

Assalamualaikum semua,

SC New HeaderSKYPE CREW™

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama 3 jam untuk edit, setting dan sebagainya..akhirnya Skype berjaya memberi sedikit nafas baru kepada blog Skype Crew™. Bukan ape, saje nak tukar background dan beberapa function lain yang ada kat blog nie.

Dah lama rasanya tak tukar, so..semalam Skype ada masa sket jadi terjadilah kerja2 ‘mengecat rumah’. Antara beberapa perubahan yang berlaki adalah header, background music (opss, i’m not hve music), sedikit font dan loading page.

Sebelum ni blog Skype takde header so kali nie Skype nak letak header plak. Sype buat simple2 jer, malas nak buat yang heavy. Kang buat yang lambat plak korang nak loading blog Skype nie. Background tu Skype buat random, so bila korang masuk blog Skype maybe bukan gambar di atas yang akan keluar. Jadi, kalau nak tengok background2 lain, korang refreshla blog Skype nie k.

Klah, nak tido dah nie..sok Skype kerja petang plak. Adiosa!!!

 

Salam Ukhwah,



15 December, 2010

Pemaafnya Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum semua,

Selamat malam, korang tengah buat ape tu? Mesti tengah syok blogwalkingkan? Teruskan blogwalking tapi ingat jangan sampai tidur lewat k. And then kepada yang belum solat Isyak eloklah solat Isyak dulu k. ;)

Ok, jap lagi Skype nak tidur dah sebab dah ngantuk sangat dah nie. So, sebelum Skype nak tidur Skype nak tinggalkan korang dengan kisah Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kisah yang mana menunjukkan betapa pemaafnya Baginda. Jom sama2 baca dan hayati kisah nie.

        @)          -----------------------------------------------------------------------------------          (@

pemaafSekadar gambar hiasan 

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan Islam secara terang-terangan, maka Rasulullah menjalankan dakwah dengan penuh hikmah, namun mendapat tentangan daripada kafir Quraisy Makkah. Baginda tetap tabah. Baginda berubah arah ke perkampungan Taif, yang amat subur tanahnya. Malangnya, penduduk Taif juga menolak.

Di Taif, para penduduknya bukan sahaja menolak dakwah Baginda malah Baginda yang ditemani Zaid bin Thabit dilontar batu-batu. Zaid sedaya upaya melindungi Baginda Rasulullah, namun Baginda yang mulia itu terluka dan mengalir darah.

Mereka berdua berlari menyelamatkan diri dan singgah berteduh di bawah sepohon pokok. Sejurus itu juga malaikat Jibrail datang dan meminta izin untuk mengangkat bukit dan menghempap penduduk Taif yang biadap itu.

Namun Baginda s.a.w. tidak mengizinkannya. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini.”

Begitulah mulianya sifat pemaaf Baginda s.a.w. Jadikanlah kisah2 Nabi ini sebagai panduan hidup kita. InsyaAllah, selagi mana kita mengikut apa yang disyariat & disunnahkan kepada kita..kita akan selamat dunia & akhirat.

Selamat malam semua.. ;)

 

Salam Ukhwah,



12 December, 2010

Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah 2

Assalamualaikum semua,

Kali nie Skype akan publish entri “Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah Siri Kedua” plak. Sebelum nie, Skype dah publish siri yang pertama kat sini. So, sape2 yang belum baca yang pertama bolehla baca situ dulu sebab yang kedua adalah sambungan daripada yang pertama.

@)          --------------------------------------------------------------------------------------          (@

puteri

Puterinya menangis melihat ayah yang didera dan diseksa

Selepas Abu Talib meninggal dunia, orang Quraisy telah bertindak menyakiti Nabi s.a.w. dengan cara yang mereka tidak sanggup lakukan semasa Abu Talib masih hidup. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. yang masuk ke rumanya dalam keadaan tanah masih berada di atas kepalanya anaknya, “Jangan menangis anakku, sesungguhnya Allah akan mempertahankan bapamu.”

Keluar ke Taif untuk mendapatkan bantuan, namun dicemuh dan dihina

Lantas, dengan perasaan yang sedih Baginda keluar ke Taif dengan harapan dapat menyampaikan dakwah atau mendapatkan bantuan penduduk di sana. Sayangnya, harapan hanya tinggal harapan. Baginda tidak mendapat apa-apa bantuan daripada penduduk Taif sebaliknya Baginda dicemuh, dihina dan disakiti dengan lebih teruk lagi. Terdapat riwayat yang menyebut ketika baginda berada di Taif, ibu bapa di sana menyuruh anak-anak mereka lontarkan batu kepada Rasulullah. Akibat lontaran batu tersebut, darah mengalir dari tubuh Baginda hingga memenuhi kasut.

Tips Rasulullah s.a.w Berhadapan dengan Kesedihan, Masalah dan Ujian

Walaupun Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dilanda pelbagai masalah, mereka percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik ujian yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya.

Musibah Datang Bersama Hikmah

Rasulullah s.a.w. percaya dan yakin bahawa setiap uian yang diberikan oleh Allah kepadanya pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Baginda juga yakin bahawa setiap musibah yang menimpa dirinya adalah kehendak daripada Allah yang ingin menguji ketabahan serta kerelaan hatinya dan juga para sahabatnya yang lain di samping menyakini bahawa itulah yang terbaik untuk diri mereka.

Dunia Medan Ujian

Dunia ialah jambatan menuju akhirat. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat memandang akhirat sebagai kejayaan atau kegagalan bagi seseorang manusia itu. Akhirat merupakan matlamat utama, namun dunia tidak boleh dilupakan kerana jambatan menuju akhirat adalah melalui dunia. Ketika umat Islam pada ketika itu diuji dengan ujian yang berat, mereka sanggup mengorbankan diri kerana yakin syurga Allah pasti menanti bagi hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Bilal bin Rabah sebagai contohnya tidak meninggalkan Islam apabila diseksa dengan dahsyat oleh majikannya sendiri kerana yakin dan percaya bahawa dunia ini bukanlah segala-galanya, sebaliknya akhirat itu yang lebih utama.

tentera berkuda

Melihat Musibah yang Lebih Teruk yang Menimpa Orang Lain

Tatkala diuji, Rasulullah s.a.w sering menceritakan kepada para sahabat kisah nabi-nabi terdahulu yang menerima ujian yang lebih berat daripada apa yang mereka terima. Mengetahui keadaan orang lain yang lebih susah akan menenangkan diri kita yang seolah-olah memberitahu bahawa ujian yang kita terima itu hanya sedikit sahaja.

Musibah Hanya Sementara

Rasulullah s.a.w. sentiasa menyakini bahawa setiap ujian yang diberikan kepadanya dan para sahabat adalah bersifat sementara kerana Allah akan memberikan kemenangan dan kejayaan kepada hamba-hamba-Nya yang sabar. Sebagai contohnya, ketika baginda s.a.w dan para sahabat menjalankan operasi dakwah secara terang-terangan, kemudian diketahui, ditentang dan diseksa oleh pihak kafir Quraisy, mereka tidak pernah merasakan penyesalan memeluk Islam kerana meyakini bahawa seksaan tersebut adalah bersifat sementara. berkat kesabaran dan keyakinan mereka, akhirnya mereka mendapat kehidupan yang bahagia setelah berhijrah ke Madinah.

Mendampingi Al-Quran dan Menghayatinya

Al-Quran merupakan petunjuk bagi setiap hamba yang bertaqwa kepada Allah. Ketika zaman Rasulullah, Al-Quran menjadi penghibur bagi mengubat hati-hati umat Islam yang berada dalam kesedihan kerana kehilangan isteri, suami, anak dan sebagainya. Pada ketika itu banyak ayat-ayat yang turun menceritakan ganjaran yang besar bagi orang yang bersabar. Selain itu juga, ayat-ayat yang diturunkan menerangkan kepada para sahabat hikmah di sebalik kesusahan yang mereka alami. Sebagai contoh, Allah menurunkan ayat 21 daripada surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku pada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan  (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya: ‘Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?’ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

Begitulah kehidupan manusia yang sering diuji oleh Allah untuk melihat tahap keimanan hamba-hamba-Nya.

kredit: Majalah Solusi

Salam Ukhwah,



BLOG SURVEY| Loading Page

Ini adalah sticky post TAPI BUKAN contest!!! Ahaakss.. =)

Ok, sebelum korang baca entri2 terbaru Skype kat bawah tu, Skype nak mintak tolong korang sat. Ade reader komplen yang Blog SC nie berat, so nak mintak tolong korang jawab survey kat nie sat.
  
:: SURVEY ::
  
1 - Adakah blog Skype berat untuk diloading/dibuka?
  
2 - Korang guna perkhidmatan internet ape?
a)Streamyx     b)Maxis Broadband     c)Celcom Broadband     d)DiGi Broadband
   
3 - Oh yer, kalau  korang ada ape2 cadangan untuk baiki blog Skype jangan malu2 untuk gtau..Jangan risau, Skype tak kecik hati mahupun marah. Lagipun Skype nie masih lagi merangkak. Banyak lagi perlukan tunjur ajar.


Terima Kasih Atas Kesudian Korang Untuk Jawab Survey nie… =)


09 December, 2010

Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah 1

Assalamualaikum semua,

sedih

Mungkin ada antara kita yang dah lupa bahawa kita baru jer menyambut awal Muharram dan sudahpun memikirkan di mana hendak sambut tahun baru 2011 nanti? Dataran Merdeka kah? Putrajayakah? Atau di manakah? Begitu pelupa dan lalaikan kita terhadap ALLAH…

Sedih? Pernahkah kita sedih? Skype yakin di kalangan kita sudah tentu pernah merasai saat-saat kesedihan kerana ditimpa kemalangan, kehilangan orang yang tersayang dan sebagainya. Namun usahlah kita bersedih kerana tatkala kita merasakan kita kehilangan segala-galanya, sebenarnya kita masih ada ALLAH, Tuhan yang menciptakan kita.

Sebutlah kalimah “ALLAH” sekuat hati ketika sesuatu yang berat sedang menimpa kita. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Penyayang lagi Maha Mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Sebutlah “ALLAH…ALLAH…ALLAH” dan percaya serta yakinlah bahawa Dia akan menolong kita dan mengabulkan permintaan hamba-Nya yang benar-benar yakin dan ikhlas.

Hari ni Skype nak kongsikan dengan korang semua mengenai kesedihan Rasulullah s.a.w  Walaupun Nabi Muhammad adalah “Kekasih ALLAH”, namun Baginda juga tidak terlepas daripada ditimpa masalah dan kehilangan orang yang tersayang.

Tahun Kesedihan

Pada tahun ke-10 kenabian, Rasulullah s.a.w ditimpa ujian yang sangat berat apabila kehilangan 2 orang yang sangat penting dalam kehidupannya iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid dalam masa yang terdekat. Disebabkan ujian yang bertali arus itu, Rasulullah menamakan tahun itu sebagai “Tahun Kesedihan”.

1. Pemergian Abu Talib

Abu Talib walaupun tidak memeluk Islam, dia merupakan seorang yang amat menyayangin Rasulullah S.A.W. Dia tidak pernah jemu untuk melindungi anak saudaranya yang membawa satu ajaran baru pada ketika itu walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada pembesar Quraisy yang lain. Baginda menerima perlindungan dan pengawalan yang teguh bagi memelihara dakwah Islamiah daripada serangan orang yang takbur dan sombong.

2. Kehilangan Khadijah binti Khuwailid

Sayidatina Khadijah r.ha. merupakan satu nikmat terbesar yang dikurniakan oleh ALLAH kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama suku abad dan merasai saat-saat yang mendebarkan dan mencemaskan serta sering membantu Baginda ketika suasana yang sukar bagi menyebarkan risalah Islam. Selain itu juga beliau telah mengorbankan diri dan hartanya untuk perjuangan Baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud:

Dia beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku, dan ALLAH mengurniakan kepadaku anaknya dan menghalangku mendapat anak daripada selainnya. (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya – 6/118)

Selepas tiga hari (ada pendapat mengatakan dua bulan) kematian Abu Talib, isteri yang banyak membantu dari segi harta dan moral kembali ke rahmatullah iaitu pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh kenabian. Ketika itu usia Khadijah, Ummul Mukminin adalah 65 tahun, manakala Rasulullah s.a.w pula berumur 50 tahun. Kematian ini telah menyebabkan Nabi s.a.w bertambah kesedihannya.

3. Penderaan Kuffar Semakin Memuncak

Tatkala Rasulullah s.a.w masih berada dalam kesedihan kerana kehilangan dua insan yang disayanginya, puak kuffar mendera Baginda dan para sahabat dengan lebih dahsyat lagi. Mereka menyakiti hati Baginda secara terbuka dan menyebabkan kesedihan Baginda semakin bertambah.

bersambung di sini

kredit: Majalah Solusi

Salam Ukhwah,



BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Assalamualaikum semua,

Header Bensekadar bermain di pinggiran kuala sungai…ekeke… 

Seperti korang semua dah tahu Ben akan bubarkan ‘parlimen’ dia. So, Skype pun ingat nak masuk bertandingla untuk kerusi Kuantan nie. Harap2 kerusi Kuantan masih boleh dicalonkan. Hahaha…Mane tau, murah rezekikan.. Lagipun Skype tak pernah lagi tercalon dalam ‘parlimen’ Ben tu. Yela, blog masih lagi setahun pisang…ahaks..

Skype berharap sangat dapat tercalon dalam ‘parlimen’ Ben. Mane tak harapnya..Skype banyak belajar daripada Ben. Tulisan2 beliau bagi Skype walaupun nampak macam sekadar cakap2 tapi sebenarnya penuh dengan kandungan yang tersirat. Skype banyak mendalami ilmu penulisan daripada Ben dengan senyap dan kadangkala ada jugak tergatal mengomel entri beliau.

@)---   --------------------------------------------------------------------------------   ---(@

Skype ingat nak buat satu entri mengenai pengalaman pertama Skype jumpa Ben masa blogger futsal tempoh hari tapi alang2 dah citer pasal Ben nie, Skype gitau terusla.

Malam tu, Ben datang dengan Joe serta seorang lagi kawan Joe..tak pasti pulak sape. Masa tu Skype dah sampai dah and then Joe & Ben datang bersalam dengan Skype dan kawan2 yang lain. Terkejut monkey Skype bila tengok badan Ben masa tu, mana taknya…bapak besar badan Ben, macam pemain rugby bro..muscle2 berdenyut2 bro..haha..Kalau aweks2 yang tengok nie memang terpikat habisla kat Ben nie. Takleh cari makan orang lain…Hahaha..jangan marah Ben.

Benmase nie Skype ada kat meja sebelah..Ben lak dok asyik dengan notebook dia..dicurik drp Ben 

Lepas tu dia duduk kat meja sebelah Skype seorang diri. Buka laptop, handphone dua2 belah tangan pastu sambil mengunyah bubblegam(betulx eja nie). Dalam kepala lutut Skype, terdetik “Sebab tu la entri Ben sampai 10-20 sehari, rupa2nya mana2 tempat dia pergi mesti dia bukak laptop and updates. Memang penulis yang tegar betulla Ben nie”.

Selain tu, dalam kepala Skype nie ada juga terdetik “Boleh tahan sombong jugak Ben nie ye.” Mana taknya..masa sampai dia dok sorang2 jer kat meja sebelah. Tak cakap langsung dengan geng2 yang lain kecuali Joe. Tapi rupa-rupanya Ben tak sombong cuma biasala bila kita saling tak mengenali, mesti rasa segan sket nak tegur2 orang nie. Lagipun Skype la yang sepatutnya pergi tegur diakan sebab dia lagi tua daripada Skype. Tapi Skype tak pergi tegur pun sebab malu & taknak ganggu Ben updates blog. Lagipun sapela Skype ni kan..orang tak kenal langsung…

Klah, stakat tu dulu..nie yang malas mencoret nie. Kang dah panjang berjela den buat karangan. Adeesshh…

 

Salam Ukhwah,



08 December, 2010

Gathering Blogger Futsal

Assalamualaikum semua,

Hari tu Skype ada gtau kat sini yang Skype join blogger-blogger berfutsal di Frenzy Futsal, Shah Alam. Gathering nie just aktiviti biasa untuk mengeluarkan peluh di samping untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang lain. Sebenarnya, Skype nak updates hari tu lagi tapi belum dapat gambar daripada kamera kawan Skype dan gambar daripada kamera blogger yang len...

Kat bawah nie adalah senarai nama blogger2 yang datang pada malam tu yang dicuri daripada Joe.

Senarai Nama

Kalau korang tengok yang bukan blogger pun datang memeriahkan blogger futsal nie dan dorang yang takde blog tu sebenarnya adalah kawan Skype..huhu. Hari tu Joe ada cakap yang bukan blogger pun boleh datang so Skype ajakla kawan Skype sorang teman pergi sana tapi alih2 ramai plak yang nak join. Buat pengetahuan korang, 2 orang daripada kawan Skype tu ada blog tapi  dah lama giler tak updates. Tu yang dorang tak letak kat dalam senarai kat atas tu. Dorang malu-malu kucing..haha…

Skype sebenarnya kerja kat Kuantan atau lebih tepat lagi adalah di Cherating. Bukan sebagai pelayan bar Club Med mahupun penari tiang di sana tetapi hanyalah sebagai nelayan yang mencari rezeki yang halal. Dari Cherating ke Kuala Lumpur hanya sekadar untuk bermain futsal? Dah giler ke? Sampaikan kawan-kawan Skype pun cakap Skype gila datang jauh2 semata-mata nak men fustal…hahaha…

Sebenarnya jauh di hati Skype, niat utama menjoinkan diri dengan futsal nie adalah untuk berkenalan dengan blogger2 yang lain. Dah banyak gathering yang dibuat sebelum ini namun semua tu Skype tak dapat join disebabkan oleh kekangkang kekangan masa. Tetapi kali nie, Alhamdulillah Skype dapat join disebabkan beberapa faktor tambahan lain seperti Skype free pada tarikh tue, sumber kewangan masih lagi kuat walaupun awal bulan..ekeke.., minat terhadap sukan futsal dan ingin berjumpa kawan-kawan Skype yang lain.

Jom layan gambar2 kitorang berfutsal dulu.

BF8Gambar dicurik di blog Tuan Din & diwatemarkkan ke atas beliau.

BF1Game bermula…

BF2Main jangan tak main…

BF3Sepak jangan tak sepak…

BF4Jijan hanya memerhatikan bola nampaknya…Aik? Mane Ben?

BF5Dah gol ke belum nie?

BF7Menggelecek nampaknya disitu…

BF10Setelah penat bermain…sambil si budak sakit sempat mem‘peace’kan diri…

BF9Selesai sudah…  

Game sebenarnya stat pukul11 malam tapi kul10 Skype and kawan dah terpacak kat situ. Sebenarnya Skype tersalah faham perbualan dengan Joe tempoh hari, ingatkan kul11 main lepas tu kul10 nak berkenal-kenalan dulu tapi rupanya kul12 baru stat game. Hahaha..2jam tunggu seh..sampaikan kawan-kawan Skype pun merengek sebab dorang lapar. Tu yang beli roti sampai satu plastik besar tu. Hahaha..sori2.

Apepun, Skype enjoy gathering ni and puas hati dapat berkenalan dengan blogger2 yang lain walaupun tak semua. Setakat yang Skype dapat berkenalan dan sempat cam muka2 dorang adalah:

Ben AshaariJoeAzizan KadirZack EntryIchigo MiroSickChildTuan Din

So, kepada blogger2 yang join futsal malam tu and kita belum sempat bersapa secara rapat, korang tinggalla link korang kat bawah nie k.

 

Salam Ukhwah,



07 December, 2010

Alasan Biasa Bagi Pendedah Aurat & Jawapan Bagi Mereka

Assalamualaikum semua,

maalhjijrah

Alhamdulillah, kita sudah masuk ke tahun baru Islam iaitu Muharram dan diharapkan tahun baru ini dapat memberikan kita semua suatu perubahan yang bagus untuk diri kita dan orang lain. So, pagi nie Skype nak share berkenaan dengan isu-isu aurat. Sebenarnya persoalan2 berkenaan aurat ni memang  popular dan Skype just nak remind diri kita supaya ianya tak hilang daripada akal fikiran kita.

Kepada mereka2 yang mempunyai kawan2 yang tidak menutup aurat, berkongsilah dengan mereka hujah2 di bawah. InsyaAllah, dorang akan berubah namun harus diingat..berkongsilah dengan mereka dengan cara yang berhikmah. Janganlah pula dengan cara memperli, mengherdik dan sebagainya.

aurat

---------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling [1].

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)[2]

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

 

Di sini juga ada entri mengenai aurat.

sumber: salafus soleh

Salam Ukhwah,



04 December, 2010

Off To Blogger Futsal

Assalamualaikum semua,

[Just Short Entri]

Skang nie Skype kat KL untuk join blogger futsal yang akan diadakan pada hari nie 4 November 2010 jam 10 malam. Punyalah giler Skype buat decission last2 minit nak join gathering nie and then pukul 2.40 pagi tadi Skype bertolak dari Kuantan dan sampai kat KL pukul 5 pagi tadi.

So, kepada yang rasa berkesempatan untuk join blogger futsal this night bolehlah hadirkan diri korang malam nie kat Frenzy Futsal Shah Alam.



Antara blogger2 hot yang akan hadir adalah:


Jom Berfutsal!!!

03 December, 2010

Kuliah Pagi Jumaat – Kahwin Cepat-Cepat

Assalamualaikum semua,

Hari nie hari Jumaat, 26 Zulhijjah 1431H bersamaan 03 November 2010. Entri pagi nie Skype just nak share video kuliah pagi yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk ‘Kahwin Cepat-Cepat’. Selamat mendengar, semoga Allah merahmati kita. Amin..

Inspirasi untuk orang muda kawen awal…hehe…

Satu video lagi nie adalah video supaya kita muhasabah diri kita, sejauh mana hubungan kita dengan ibubapa. Dah berapa lama kita tak balik jenguk ibubapa kita? Pernahkah kita derhaka kepada mereke? Pernahkah kita mohon ampun kepada mereka? Selamat mendeangar…

Ya Allah, kasihilah ibubapa kami semua..

Sabda Baginda yang maksudnya :

Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.

(Hadis riwayat Muslim)

 

Salam Ukhwah,



01 December, 2010

[Video] Tips Memujuk Isteri Yang Suka Kunci Pintu Rumah

Assalamualaikum semua,

Sudah mempunyai isteri? Isteri korang suka merajuk? Isteri korang kunci pintu rumah sebab korang tak beli Mc’D atau KFC yang dorang pesan?(Padahal si isteri sebenarnya tak tahu yang kita tak nak beli sebab kita tak nak bantu Israel dapat dana supaya dapat bunuh saudara-mara kita kat Palestin tu). Kalau isteri korang atau bakal isteri korang macam tu, korang buatla seperti video kat bawah. InsyaAllah, hati dorang akan lembut dan akan buka pintu untuk korang.

Cane? Agak2 korang boleh buat cani tak? Ape? Tak pandai nak baca merdu-merdu? Kalau tak pandai nak buat cam dalam video nie pun takpe sebenarnya. Korang baca biasa pun dah ok. Kalau nak baca biasa pun tak boleh tu baru ade masalah sket. Korang kena pi belajar dengan ustaz-ustaz atau mana-mana guru agama. Tak payah nak malu-malu, kat area rumah Skype ramai orang dewasa datang ke masjid untuk belajar mengaji Al-Quran. Bahkan ayah Skype sendiri pun belajar mengaji jugak. S, tak payah nak malu-malu.

 

pss..kpd si isteri, jgn harapkan yg sebegini drp suami anda tapi klu suami betul2 boleh baca mcm ni..Alhamdulillah… ;)

 

Salam Ukhwah,



Related Posts with Thumbnails