RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

30 October, 2011

Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand – JOM DERMA!!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

gambar banjir di thailand 333

Banjir yang melanda negara Thailand semakin meruncing. Sepertiga bahagian negara Thailand terus digenangi air dan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda sejak 25 Julai yang lepas. Jumlah kematian meningkat ke 373 orang (data pada 26 Oktober 2011).

Banjir ini juga melanda 15,000 buah rumah atau 30,000 orang penduduk muslim di Thailand yang kebanyakan orang Islam di Thailand tinggal di tepi sungai Cau Praya. Separuh daripada mereka telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara Banjir. Di pusat penempatan sementara ini kebiasaannya agak susah untuk mereka mendapatkan makanan yang halal. Beberapa NGO Islam di sana termasuk WAMY Thailand sedang berusaha mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan yang halal untuk dibekalkan ke penempatan sementara ini. Sumbangan kewangan juga diperlukan untuk mereka memulakan hidup baru selepas kembali ke rumah masing-masing apabila banjir surut nanti.

Tabung Kasih Ummah Thailand

Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) berusaha untuk membantu khususnya umat Islam di Thailand dengan mewujudkan sebuah tabung khas iaitu "TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND" pada 1 Zulhijjah 1432H bersamaan 28 Oktober 2011. NICE meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM20K sehingga 9 Zulhijjah 1432H (5 Nov 2011). Wakil NICE akan berada di Thailand untuk membuat serahan terus kepada umat Islam di sana pada Hari Raya Eidul Adha nanti.

Sumbangan kepada tabung ini boleh dibuat melalui akaun BIMB 12113010040182 atas nama "PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA". Sila maklumkan sumbangan tuan/puan melalui sms kepada 012-320 3434 atau emel kepada wmzukri@readnetwork.com.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." Al-Baqarah 2:261

Sukarelawan dari NGO tempatan Thailand

Sukarelawan dari NGO tempatan Thailand.

 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati facebook kat bawah:

Facebook Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand

Facebook IKRAM Malaysia

Website IKRAM Malaysia

 

p/s: Dermalah walau hanya RM5 atau RM10. InsyaAllah, ianya tidak menjejaskan baki duit korang kat dalam bank tu malah korang akan dapat ganjaran di akhirat kelak.

p/s: Kalau yg nak derma banyak macam RM50, RM100, RM500 atau ke atas..digalakkan buat “Transfer Instant” ataupun dalam BM “Pemindahan Segera” sebab “Transfer Instant” lebih selamat kerana bila kita masukkan no akaun, ianya dapat detect nama pemegang akaun tersebut dan kita dpt mengesahkan dgn betul kepada siapa kita masukkan duit tu. Tapi biasala, bila dah ade kelebihan mesti kena caj lebih gak tapi tak banyak pun bank caj, dalam RM2 jer. Klu blh derma RM50, takkan tak boleh nak tambah lagi RM2kan. Lagipun kaedah nie lebih selamat.

15 October, 2011

Komandan & 37 Parajurit Pengaman Masuk Islam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

prajurit pengaman

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.

Subhanallah..!!
Walhamdulillah..!!
Allahu Akbar...!!

 

Salam Ukhwah,

18 May, 2011

Norway Bina Bangunan Anti Kiamat!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Doomsday 1

Sebuah bangunan anti kiamat telah dibangunkan di Kutub Utara untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia. Kemudahan yang disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) ini dibuat di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norway, 1100 kilometer dari kutub utara.

Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia bagi melindungi ‘germplasm’ (plasma nutfah). Plasma nutfah adalah kumpulan sumber daya genetik untuk organisma. Untuk tanaman, plasma nutfah mungkin disimpan sebagai pengumpulan benih atau pokok.

Harapannya adalah sekiranya terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di kubah itu akan boleh menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadi kelaparan. Nama Kubah Kiamat diberi sempena fungsinya iaitu penyelamat manusia.

Doomsday 2 

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg menyebut bahawa Svalbard Global Seed Vault merupakan polisi penyelamatan kami. "Ini adalah'Bahtera Nuh' untuk melindungi kepelbagaian biologi untuk masa depan," ujar Jens Stoltenberg dalam upacara perasmian kubah itu.
Acara yang monumental tersebut juga dihadiri oleh Presiden Suruhanjaya Eropah,Jose Manual Barroso, dan penerima Nobel Keamanan 2004, Wangari Maathai, dari Kenya.

Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter ini akan menyimpan ratusan ribu jenis benih dari seluruh dunia. Bilik di dalamnya boleh memuatkan 4.5 juta sampel benih.

Doomsday 3

Doomsday 4

Doomsday 5

Bangunan yang memakan belanja US $ 9.1 juta ini adalah hasil kerja sama GlobalCrop Diversity Trust, lembaga yang dibiayai badan PBB untuk urusan makanan atau FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity Internasional yang berpusat di Rom, Itali.

 

p/s: Macam-macam orang kafir nie..dorang memang tak nak mati gak. Usaha jugak supaya dorang boleh hidup selama-lamanya..aiisshh…



12 February, 2011

Krisis Mesir | Hosni Mubarak Letak Jawatan Presiden

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana perjuangan rakyat Mesir dalam menumbangkan kerajaan zalim Hosni Mubarak akhirnya mencapai kejayaan. Setelah berjuang selama 18 hari, akhirnya Hosni Mubarak mengalah dan mengambil keputusan meletak jawatan semalam(11 Feb 2011).

Dalam satu siaran semalam, Omar Suleiman, Naib Presiden Mesir, mengumumkan yang Hosni Mubarak telah meninggalkan pejabat beliau dan telah menyerahkan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.

Kenyataan ringkas Suleiman telah diterima dengan satu sorakan gembira dan kibaran bendera Mesir oleh beribu-ribu rakyat Mesir di Tahrir Square, Kaherah dan juga oleh aktivis-aktivis pro-demokrasi yang berkempen di seluruh negara sejak Jumaat yang lalu.

Mohammed Hussein TantawiMohammed Hussein Tantawi

Tokoh tertinggi rejim Mesir yang baru sekarang ini adalah Mohammed Hussein Tantawi, Menteri Pertahanan Mesir. Selepas pengumuman itu, beliau melepasi bekas istana Hosni Mubarak, yang mana orang ramai memberi sorakan kepada beliau. Beliau berhenti seketika dan mengucapkan terima kasih serta melambai-lambai sebelum berlalu memasuki istana tersebut.

Dalam kenyataan ketiganya kepada negara, beliau berkata Majlis Tertinggi Angkatan Tentera sedang mengkaji situasi sekarang supaya aspirasi negara mereka menjadi kenyataan.

Laporan mengatakan yang resolusi-resolusi dan kenyataan-kenyataan yang berhubungan dengan tindakan-tindakan akan diikuti supaya mencapai tuntutan-tuntutan rakyat Mesir.

Dalam siaran itu, jurucakap Mesir menyampaikan salam dan penghargaan kepada Mubarak untuk perkhidmatannya bagi negara dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah ‘jatuh’ sepanjang protes itu berlaku.

‘Mimpi Menjadi Nyata’

Rakyat Mesir yang berada di Tahrir memberi respons kepada kenyataan Suleiman dengan menyanyikan “Kami pernah menumbangkan rejim”, sementara yang lain kelihatan menangis, bersorak dan berpeluk antara satu sama lain.

Mohamed ElBaradei, seorang pemimpin pembangkang, dipetik sebagai berkata "sebuah mimpi menjadi kenyataan" ketika bercakap kepada Al Jazeera.

"Saya tidak boleh memberitahu anda bagaimana perasaan rakyat Mesir hari ini. Kami telah dapat mengembalikan hak kemanusiaan kami untuk menjadi bebas dan merdeka" katanya.

Dia mengulangi dengan mengatakan bahawa Mesir kini perlu kembali kepada kestabilan , dan mencadangkan satu kerajaan peralihan ditubuhkan.

"Kami perlu teruskan, keutamaan kami adalah untuk memastikan negara ini kembali pulih dari segi sosial, ekonomi dan demokratik secara bersepadu." katanya.

Ayman Nour Ayman Nour, seorang lagi pemimpin pembangkang dan seorang bekas presiden memberitahu Al-Jazeera yang dia akan menimbangkan untuk bertanding jawatan presiden jika mendapat sokongan kepada pencalonannya. Dia memanggil Jumaat "hari terbaik dalam sejarah Mesir.

"Negara kita telah dilahirkan semula. Orang-orang ini telah dilahirkan semula, dan ini adalah 'Mesir Baru'."

"Malam ini, selepas berminggu-minggu mengalami kekecewaan, keganasan, ugutan, suara rakyat Mesir telah didengari, bukan sahaja oleh presiden itu tetapi oleh seluruh dunia." lapor wartawan kami di Tahrir Square.

‘Letupan Emosi’

"Keriangan di sini sekarang sukar untuk digambarkan," lapor wartawan kami di bekas istana Hosni Mubarak, di mana sekurang-kurangnya sepuluh ribu aktivis pro-demokrasi sedang berkumpul.

"Saya telah menunggu, saya telah bekerja sepanjang hidup saya untuk melihat suara rakyat ke hadapan dan ianya ditunjukkan sendiri. Saya terdiam." kata Dina Magdi, seorang jurukempen pro-demokrasi di Tahrir Square kepada Al-Jazeera.

Keadaan ini bukan sahaja mengenai Mubarak undur diri, tetapi ianya juga tentang kuasa rakyat untuk membawa kepada perubahan.

Di Alexandra, bandar kedua Mesir, wartawan Al-Jazeera menggambarkan "letupan emosi" berlaku. Dia mengatakan beratus-ratus ribu rakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Hosni Mubarak di jalanan.

People CelebrateRakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Mubarak

Memberikan respons kepada pengumuman itu, Catherine Ashton, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, memberitahu Al-JAzeera yang 27 negara anggota menghormati keputusan yang telah di ambil Mubarak.

Beliau berkata Kesatuan Eropah mahu mengembalikan penghormatan terhadap maruah rakyat Mesir ketika ini dan kesatuan bersedia menawarkan bantuan dalam tempoh peralihan ini.

Joseph Biden, Naib Presiden AS berkata, ini adalah "penting dalam sejarah", dan peralihan di Mesir itu mestilah "tidak boleh ditarikbalik". Laluan rundingan ini adalah ke arah demokrasi.

Barrack Obama, Presiden AS, dijangka akan membuat kenyataan mengenai perletakan jawatan Mubarak pada 2000 GMT.

Sementara itu, Menteri Luas Swiss, telah mengesahkan kepada Al-Jazeera bahawa mereka mempunyai aset-aset beku berkait dengan Mubarak.

Perpisahan Jumaat

Pengumuman Suleiman datang selepas beratus-ratus ribu rakyat Mesir turun ke jalanan selama 18 hari berturut, berarak ke istana Mubarak, bangunan-bangunan televisyen negeri dan lain-lain bangunan rasmi kerajaan.

Aktivis-aktivis pro-demokrasi telah menggelar hari semalam 'Perpisahan Jumaat', dan telah menuntut "berjuta-juta"  keluar dan menuntut yang Mubarak meletakkan jawatan.

Beratus-ratus ribu dilihat telah berkumpul di Tahrir Square, Kaherah, yang mana tumpuan utama adalah membantah, melaungkan slogan-slogan menentang kerajaan dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan kenyataan Mubarak pada alam Khamis, apabila beliau telah mengulangi sumpahnya untuk enghabiskan tempohnya.

egypt people demo 1Rakyat Mesir berkumpul di Tahrir Square

Berpuluh-puluh ribu turut berkumpul di luar istana presiden Hosni Mubarak, di mana wartawan Al-Jazeera melaporkan bahawa terdapat sekumpulan tentera yang mempunyai kekuatan yang kuat
berada di situ sepanjang hari, tetapi tiada tanda yang menunjukkan tentera bercadang untuk bertindak keras terhadap penunjuk perasaan.

Disebabkan rakyat Mesir semakin ramai di luar istana, Mubarak meninggalkan Cairo pada hari Jumaat ke pusat peranginan Red Sea Sharm Al-Shaikh, menurut sumber-sumberyang bercakap kepada Al-Jazeera.

Kenyataan Tentera

Dalam satu kenyataan yang dibaca menerusi televisyen negara Mesir pada tengah hari pada hari Jumaat, tentera mengumumkan bahawa ia akan menggunakan satu undang-undang darurat yang berumur 30 tahun tetapi hanya akan digunakan "sebaik sahaja keadaan sekarang ditamatkan".

 

Sumber: Al-Jazeera

Terjemahan & Olahan Kembali: Skype Crew

_______________________________________________________________________________

Skype saluted dengan rakyat Mesir, bila mereka dah ambik keputusan untuk buat sesuatu, mereka akan buat sehingga berjaya walaupun terpaksa menumpahkan darah. Tapi kita? Kita penakut… Bukan kita nak kemewahan, bukan kita nak bangunan besar tapi kita nak kerajaan laksanakan Islam yang sebenar. Tu jer..please Malaysian, be strong and be smart. Please… :(



01 February, 2011

Sejarah Kezaliman Hosni Mubarak & Anwar Sadat

Assalamualaikum semua,

Skype  pasti ramai yang sudah tahu huru-hara yang berlaku di Mesir sekarang nie dan Skype pasti ada sesetengah kita yang masih lagi tidak faham sepenuhnya kenapa perkara nie berlaku. Untuk ketahuinya, jom baca kat bawah nie.

____________________________________________________________________________

HosniMubarakPemerintah Zalim/Sekutu AS & Israel

Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku dalam negara kita menampakkan tanda-tanda yang Islam sedang menghadapi cabaran hebat. Bukan setakat di Malaysia, malah di seluruh dunia. Di awal abad ke 21 ini, Islam bukan setakat menghadapi tentangan dari pihak musuh Yahudi dan Nasrani saja, malah ditentang dan dibenci oleh para pemerintah yang beragama Islam sendiri.

Lihat saja bagaimana tergamaknya Presiden Mesir Hosni Mubarak membina tembok besi antara sempadan Mesir - Gaza, Palestine. Pada asasnya macam tak percaya bagaimana seorang Muslim sanggup bertindak sedemikian rupa sedangkan dia sendiri tahu Wilayah Gaza telah musnah teruk akibat serangan biadap Regim Zionis Yahudi pada tahun lalu.

Mengapa orang seperti Hosni Mubarak ini sanggup bertindak begitu ? Tergamak merelakan dirinya diperalatkan oleh Regim Zionis yang telah membunuh puluhan ribu saudara Islamnya sendiri di bumi Palestin. Di manakah letak duduknya iman dan Islam orang sepertinya ?

Ekoran tindakan zalim dan tak berperikemanusiaan Hosni terhadap rakyat Palestin ini, saya menjangkakan mungkin dia akan mengalami nasib yang serupa sebagaimana yang dialami oleh Presiden Anwar Sadat yang mati ditembak. Samada partinya akan terus memerintah Mesir atau sebaliknya, itu bergantung kepada sikap dan kesedaran rakyat Mesir seluruhnya.

63236026Ya ALLAH..Bantulah saudara2ku ini…

Namun hakikat yang perlu diakui fahaman sekular telah merosakkan sebahagian besar daripada rakyat Mesir. Kita lihat saja bagaimana telatah dan gaya berpakaian artis wanita Mesir hari ini. Seksi dan menjolok mata. Seperkara lagi yang nyata adalah pemimpin sekular Mesir memang sangat benci dengan Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Kebencian mereka ini jelas terbukti apabila Assyahid Imam Hasan Al-Bana mati ditembak di hadapan bangunan pejabat Ikhwan di Kaherah. Begitu juga dengan Assyahid Syed Qutb yang mati di tali gantung di penjara Mesir.

Ramai di kalangan sahabat yang balik dari Mesir beritahu tekanan terhadap Gerakan Islam di sana lebih hebat dan dahsyat berbanding di Malaysia. Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dipenjara dan disiksa oleh Rejim Sekular Mesir. Ada yang mengalami kecederaan teruk dan tidak kurang pula yang mati di dalam penjara neraka Mesir.

Majoriti rakyat Mesir pula diugut dengan pelbagai hukuman jika mendekati, menyokong dan menjadi ahli Ikhwanul Muslimin. Sewaktu saya pergi menunaikan Umrah dalam bulan April tahun lalu, beberapa orang rakyat Mesir yang saya temui dan sengaja saya bertanya tentang 'Ikhwanul Muslimin'.

Mereka langsung tidak menjawab malah air muka mereka berubah walau mungkin jauh di lubuk hati mereka memang menyokong Ikhwan. Sebenarnya mereka takut dan bimbang akan dihidu oleh agen-agen Hosni Mubarak yang ada di Madinah dan Mekah. Itulah yang dimaklumkan kepada saya oleh sahabat. Mari kita singkap semula sejarah bagaimana tindakan Nasionalis Arab dalam memerangi kebangkitan Islam di bumi Mesir.

Anwar Sadat

Anwar Sadat

Anwar Sadat menjadi Presiden Mesir pada bulan September 1970 selepas kematian Presiden Gamal Abd.Nasser. Selepas 8 bulan menaiki takhta, pada pagi 15 Mei 1971 berlaku cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan Ali Sabri tetapi berjaya dipatahkan oleh Presiden Sadat dengan bantuan tentera elit yang dipanggil pengawal istana.

Selang beberapa hari kemudian, Presiden Sadat membuat ucapannya melalui radio dan TV Mesir serta mengisytiharkan kepada rakyat Mesir bahawa beliau sajalah ketua mereka. Dan antara ucapan yang memeranjatkan seluruh rakyatnya bila dia menyebut "Saya akan mencincang sesiapa saja yang membuka mulut."

Selepas menaiki takhta, Sadat menukar hala dari Rusia ke Amerika pada tahun 1973 kerana terpaksa mempamerkan watak demokratik bagi membezakan dirinya dengan Gamal Nasser yang zalim itu. Sebenarnya rakyat Mesir keluar dari mulut buaya dan masuk pula ke mulut naga berapi.

Di samping mewarisi Kitab ideologi Al-Mithaq (Undang-Undang Kebangsaan 1962) dan konsep satu parti (Sosialis Arab), Sadat juga mewarisi semua akta zalim yang berlandaskan kepada tentera dan polis rahsia.

Kezaliman Pemerintahan Tentera

Sejarah zalim Mesir bermula pada Disember 1952 apabila perlembagaan Mesir dibatalkan oleh Junta Tentera. Semua parti politik diharamkan selepas itu. Dan pada bulan Jun 1956, undang-undang baru dibuat oleh pegawai tentera dan Dewan Negara ditubuhkan secara rasmi pada Julai 1957, sejurus selesainya pilihanraya.

Pilihanraya ini hanya ditandingi oleh wakil-wakil yang dipilih oleh kerajaan tentera pada ketika itu. Mesyuarat Persatuan Kebangsaan Bagi Angkatan Popular yang terdiri 1,750 orang ahli dari pelbagai persatuan dan pekerjaan berlangsung pada Mei 1962 untuk meluluskan Perlembagaan Kebangsaan (yang membawa Nasser ke jalan sosialis).

Semua persatuan ini turut diharamkan, juga Persatuan Kebangsaan 1958 dan digantikan dengan Persatuan Sosialis Arab dengan menetapkan syarat 50% dari perwakilan mereka mestilah pekerja dan petani. Di sudut teorinya Persatuan Sosialis ini berlandaskan kepada penyertaan pekerja tetapi di sudut praktikal ianya dikawal oleh tentera.

Untuk mengukuhkan kedudukannya, Sadat menyusun semula jentera kerajaan di semua peringkat. Seluruh musuh dan penentangnya ditangkap dan dihukum manakala beribu penjawat awam diarah bersara awal. Tindakan ini adalah bagi memastikan tiada lagi wujud unsur-unsur penentangan terhadapnya dalam semua jabatan.

Pada Julai 1971, telah diadakan pilihanraya bagi Dewan Negara, Persatuan Sosialis Arab, Persatuan Pekerja dan badan-bdan profesional. Pemimpin lama digugurkan dan para pengikut setia dan penjilat dilantik.

Dua bulan selepas itu perlembagaan baru digubal, mereka yang menyokong puak Ali Sabri turut digugurkan, dihina dan ditarik balik semua hak mereka, antaranya Naib Presiden Hussein Shafei dan pengarang Al-Ahram, Muhammad Hussien Haikal melalui pelbagai undang-undang dan akta. Sadat juga menetapkan sebarang bentuk penentangan dan rasa tidak puas hati terhadapnya sebagai satu jenayah.

Bila berlaku satu rusuhan pelajar yang hebat pada awal musim panas 1972, telah menyebabkan Sadat membuat undang-undang baru yang dinamakan undang-undang melindungi Perpaduan Nasional pada bulan Ogos 1972. Mereka yang menentang kerajaan dengan kekuatan atau mencetuskan rusuhan antara orang Islam dan Kristian boleh dihukum hingga ke penjara seumur hidup.

Kemudian Sadat membuat perubahan dengan memperkenalkan perdagangan liberal dan menggalakkan pelaburan asing. Kelas menengah yang telah sejuk beku sebelum ini dihidupkan kembali dan memperolehi semula harta mereka.

Manakala tiga orang anak perempuannya dikahwinkan dengan pemuda hartawan dengan temasya besar-besaran manakala rakyat diingatkan supaya berkorban dan menunggu kesenangan yang semakin hampir.Rasa tidak puas hati rakyat mula timbul ekoran polisi perdagangan negara diubah satu persatu. Propaganda Sadat tidak berjaya menyembunyikan kemarahan rakyatnya.

Selepas rusuhan anti-kerajaan berlaku antara Januari - Mac 1975 di Cairo dan di bandar kain Al-Mahallah al Kubra, Menteri Dalam Negeri Mesir General Manduh Salem dilantik menjadi Perdana Menteri.

Maka bermulalah penyiksaan, kezaliman dan hukuman penjara ke atas mereka yang menentang kerajaan Sadat. Semuanya ini semakin menambahkan lagi kemarahan rakyat sehingga berlakunya satu rusuhan besar pada 15 dan 19 Januari 1977 yang menggoncang dan menggugat kedudukan rejim Mesir.Bukannya masalah rakyat yang diselesaikan tetapi satu lagi undang-undang zalim digubal pada Februari 1977.

Menurut undang-undang yang digubal ini, kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup termasuk penubuhan parti politik atau jamaah tanpa izin kerajaan, penubuhan kumpulan yang boleh merosakkan harta benda, orang ramai atau individu, lari dari cukai, menghasut rakyat, menghalang kegiatan kerajaan dalam bidang perniagaan atau pusat pengajian, mogok dan sebagainya.

Imam masjid yang menerima gaji dari kementerian Auqaf dilarang mencampurkan agama dengan politik dalam setiap khutbah mereka. Sadat kerap menyebut jangan mencampur-adukkan agama dengan politik.

Undang-Undang Melindungi Malu

Pelbagai jenis undang-undang digubal oleh Sadat melalui undian rakyat bagi menampakkan dirinya lebih terbuka sedangkan hakikatnya adalah semata-mata untuk memastikan dirinya berkuasa penuh ke atas Mesir tanpa ditentang dan digugat oleh sesiapa pun.

Kemuncak kepada pemusatan kuasa ini berlaku pada April 1980 apabila satu akta zalim yang dipanggil "Undang-Undang Melindungi Malu" diluluskan. Akta ini bertujuan untuk menghapuskan sama-sekali sebarang rasa tidak puas hati dan penentangan rakyat terhadap pemerintahannya.

Sesiapa yang didakwa di bawah Undnag-Undang ini tidak dibenarkan merayu (serupa dengan Akta Zalim ISA). Rakyat menentang dengan hebatnya undang-undang ini, dan akhirnya rayuan diizinkan tetapi mesti diajukan kepada Jawatankuasa Tertinggi Kehakiman Nilai. Dan keputusan jawatankuasa ini tidak boleh dipertikaikan.

'Penjenayah' di bawah akta ini akan dibicara oleh Sidang Kehakiman Nilai dan dihukum oleh Jeneral Penghukum Sosialis. Di bawah akta ini, sebarang perbuatan atau tindakan menyokong sebarang pendapat yang bercanggah dengan Islam (Islam tafsiran mereka) atau mengajak orang menentang kerajaan boleh dikenakan hukuman 6 bulan hingga 5 tahun penjara serta dilucutkan hak politik dan diharamkan memegang sebarang jawatan penting dalam negara, sektor awam dan persatuan profesional.

Sebenarnya akta ini dibuat khusus untuk menekan segala aktiviti politik terutamanya gerakan Islam dan kumpulan berhaluan kiri. "Undang-Undang Melindungi Malu" ini ditandatangani oleh Sadat sendiri pada hari yang sama beliau mengharamkan negara darurat yang telah wujud sejak zaman Nasser lagi.

Di bawah undang-undang ini, sepatah perkataan menentang kerajaan akan dianggap sebagai jenayah. Kerajaan Sadat hanya 'menutup telinga' terhadap kritikan para profesioanal tempatan yang berada di luar negara.

Kumpulan profesional ini selalunya dihina dan dizalimi. Surat khabar Mesir selalu menggelar mereka sebagai pembelot atau agen kuasa luar. Sadat berkuasa penuh di bawah undang-undang ini bagi menghukum seteru politiknya dan juga mempunyai kuasa veto terhadap calon-calon yang bakal memimpin persatuan atau badan kooperasi.

Sadat turut membuat satu lagi undang-undang baru bernama Majlis As-Syura. Kuasanya rendah sedikit dari Dewan Rakyat namun pada fikiran Sadat majlis ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kuasanya. Pada pilihanraya majlis ini, semua parti pembangkang menentang dan menganggapnya sebagai sandiwara yang sengaja diadakan.

Pembunuhan Sadat

Pembunuhan Sadat 

Akhirnya Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981. Dia ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.

Anwar Sadar Die

Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatannya sedang mengerjakan haji di Mekah.

Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara. Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit.

Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu. Khalid Islambouli menjerit "Matilah kamu Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.

Tujuh terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.

Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri.Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Khalid Islambouli didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada April 1982.

Kezaliman dan kejahatan Sadat ini diteruskan sehingga kini oleh Hosni Mubarak.

Renungan buat umat Islam…

Sumber: MohamadAzhan

 

Skype respek dengan semangat pengorbanan rakyat Mesir demi menuntut hak mereka dari kezaliman pemerintah yang zalim. Dah lama dorang ditindas, akhirnya dorang bangkit. Syabas rakyat Mesir.

 

“ونحن نصلي من اجل ان تكون محمية لكم من قبل الله”



30 December, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 | Tahniah Malaysia! We Proud of You!

Assalamualaikum semua,

malaysia juaraWinner of Suzuki Cup 2010

Tahniah, Tahniah, Tahniah buat pasukan bola sepak negara kita Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang demi memastikan Piala Suzuki kembali ke bumi bertuah, Malaysia. Alhamdulillah…

Selama hampir 14 tahun kita berusaha barulah kita dapat mengecapi impian untuk bergelar JUARA bagi Piala Suzuki ini. Nampaknya usaha dan percaturan K.Rajagobal bersama anak-anak buahnya akhirnya berhasil. Terima kasih Rajagobal. ;)

Tahniah juga buat kamu Indonesia kerana telah memberikan cabaran yang kuat kepada pasukan kami. Di Bukit Jalil mungkin timnas kamu longlai disebabkan penyokong kami tetapi di Stadium Bung Karno, kamu bermain dengan begitu semangat. Tahniah. ;)

Permainan yang kamu pamerkan sungguh baik dan bagus sekali. Tapi mungkin kali ini, nasib tidak menyebelahi kamu. Ayuh, kita akhiri kejohanan Suzuki Cup ini dengan penuh keharmonian dan dengan penuh semangat kesukanan. Ayuh…

Lihatlah wajah2 di bawah ini, begini yang kita mahukan sebenarnya…

 

SEMANGAT SERUMPUN

 

peace 2We are SERUMPUN.. ;)

peace 3  We are together… ;)

peace 4Peace..No War.. ;)

peace 5Nothing to afraid here… ;)

peace 7Indonesia & Malaysia always be good… ;)

peace 8We are friends… ;)

peaceStay together..dont hear anything not good… ;) 

 

Salam Ukhwah,



Related Posts with Thumbnails