Pernah dengar tak ayat macam nie?
"Kita boleh sentuh muhrim kita tetapi kita haram sentuh orang yang bukan muhrim"
Peningkan? Sebenarnya ayat di atas tu salah sebab istilah 'muhrim' yang digunakan adalah tidak betul kerana maksud perkataan 'muhrim' sendiri sudah lari dari kehendak ayat.
MUHRIM adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
MAHRAM pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
Lain-lain? Lain-lain tu sape lagi? Tok saudara ke? Cucu saudara ke?
Untuk lebih jelas, SC kongsikan kat bawah carta Mahram untuk kita semua. Carta nie di buat oleh seorang ustaz yang mana beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk menyiapkan carta nie. Pergh..lame tue.
Mahram Bagi Lelaki
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Mahram Bagi Perempuan
Semoga usaha beliau ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. InshaAllah.
sumber gambar: http://goo.gl/ok7wiU
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
2 comments:
Salam. Adakah si suami boleh mengahwini anak perempuan sepupu lelaki isterinya?
Maksudnya:
- Ibu kepada isteri dan ibu kepada sepupu lelaki itu adalah adik-beradik.
- Sepupu lelaki itu mempunyai anak perempuan.
- Adakah si suami boleh mengahwini anak perempuan tersebut?
Assalamualaikum..saya ingin bertanya apa ka anak lelaki saya bukan mahram kepada maksu(adik kandung mertua perempuan)saya.
Post a Comment