Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
meminta dari YANG MAHA ESA spy membantu menjaga amanah yang bakal dipikul…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Ahmad Fedtri Yahya telahpun selamat diijabkabulkan dengan permaisuri pilihan hatinya iaitu Nurul Anati Ismail, 26 tahun pada hari Sabtu yang lalu (28 Mei 2011). Nurul Anati Ismail adalah seorang guru dan berasal dari Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Detik pertemuan & perkenalan mereka adalah ketika Fedtri menjalani penggambaran program dari Masjid ke Masjid di Masjid Taman Tun Dr Ismail. Ketika itu, Nurul adalah antara peserta yang menyertai program yang dianjurkan di masjid tersebut.
Majlis diadakan secara sederhana dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala majlis sambut menantu pada 1 Jun depan akan diadakan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak iaitu di tempat kelahiran Ahmad Fedtri Yahya bertemakan Manisnya Ukhwah.
@)- - Majlis Pernikahan - -(@
senyuman yang menggambit seribu makna…
ado yang single lagi tak dalam gambar nie…ahakss..
menghadap khusyuk sayembara teruna diri…
Islam tak menyusahkan utk penganutnya berkahwin tapi kita org Melayu yg menyusahkannya...
Melihatkan majlis yang diadakan di rumah sebelah perempuan sememangnya menepati kehendak Fedtri & pasangannya yang menginginkan majlis yang sederhana dan mengekalkan identiti orang kampung.
Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.
“Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak.
p/s: betul tu, dalam kuliah ustaz azhar pun beliau ada cakap pertunangan itu adalah perjanjian. apabila keluarga lelaki pergi ke rumah keluarga perempuan utk berbincang dan mengikat janji maka itulah pertunangan. apa yang kita buat sekarang nie adalah hanya berlebih-lebihan+membazir duit(dahla hantaran puluh2 ribu)+serta nafsu orang perempuan yang mindsetnya “tunang/kahwin sekali seumur hidup.”(Jadi, orang laki..tugas anda adalah menyedarkan bakal isteri anda.)
“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tetapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga. Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.
Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.
“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,”.
@)- - Majlis Perkahwinan - - (@
Gerombolan pejuang Islam melangkah menuju puncak destinasi…
yang pasti tujuannya hanya satu…
disambuat oleh si ayah yang berpaksikan…
melangkah ke gerbang perkahwinan…
alunan Al-Quran yg sepatutnya menjadi kebiasaan dlm masyarakat…
meh apak suap meh menantu kesayang apak…olololo….comeynye dia..auwww..
eh3x..apak da suap tadi still nak lagi ke en fedtri oii… ;)
eh3x..await pakcik nak suapkan isteri fedtri lak? adehhh…
this is my taste also to do the wedding..just simple..no big2 bcoz i dont have money…
kenalx sape kat sebelah fedtri yg pakai baju itam tu? mcm penah nmpk tapi kat ne ek? hahaha…
sanak saudara & sahabat hyundai handai…
p/s: Alhamdulillah..mintak2la boleh bini yang paham agama. Tidak semestinya dia tahu semua pasal agama TETAPI cukupla sekadar apabila diterangkan kepadanya kenapa Islam melarang tentang sesuatu perkara maka ia FAHAM & TIDAK MEMBANTAH. hrp mklm.
kredit gambar: Odisi Studio
6 comments:
tahniah...
sama cantik sama padan.. semoga bahagia sampai akhir hayat.. amin!!
moga berbahgia ke akhir hayat utk fetri & isteri :)
Semak status halal dan haram melalui sms memudahkan pengguna.. Diharap kes2 melibatkan benda haram dapat dikurangkan dengan cara begini...
pagi tadi tengok kat TV3-MHI...meriah dan berbudaya @ Pantai Remis. selamat pengantin baru pad kedua mempelai.
Post a Comment