RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

23 May, 2011

Home » , » Kenali Tayar Kereta Anda

Kenali Tayar Kereta Anda

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua,

Skype yakin dan pasti ramai di kalangan kawan-kawan Skype dah pun memiliki kereta. Tidak kiralah kereta apepun yang korang ada, yang pasti kereta korang tu ada tayar. Skype pasti yang korang selama nie pandai bawak jer kereta korang tu tanpa tahu sedikitpun mengenai kereta korang, betul tak?

Tak yah nak tipu diri sendiri, Skype tahu korang  tak tahu pasal tayar korang. Jadi, meh sini baca info pasal tayar nie sebab tayar juga adalah salah satu faktor penyebab kemalangan selain sikap korang kat atas jalan raya. (cakap kat org padahal aku sendiri bawak laju..haha)

Kebanyakan tayar mempunyai kod dan ‘marking’ di sebelah wall tayar. Setiap kod melambangkan berapa maksimum ‘load’(had muatan) dan kelajuan yang boleh dibawa oleh tayar bekenaan.

tyre-sidewall-2008-10-10

Presentation1-4 

Sebagai contoh : 91V
91= Ini menunjukan berapa maksimum load setiap tayar, kalau berdasarkan kod nie setiap tayar boleh menampung maksimum load sebanyak 615kg.

V= Simbol ini pula menunjukan maksimum kelajuan yang boleh ditampung oleh setiap tayar hanya 240km/j.

So kepada yang biasa bawak kereta lebih dari 200km/j sila beri perhatian pada tayar korang, jangan pakai tayar kod Q,R,S dan T.Utamakan keselamatan anda, keluarga dan juga kepada yang menumpang kereta korang.

Speed Symbol (Simbol Kelajuan)

R = radial.

Nie jenis balutan rangka tayar. Jenis lagi satu ialah crossply. Tayar radial lebih senyap tapi tayar crossply lebih kuat. Lagi 2 jenis yangg jarang digunakan ialah diagonal dan bias belt

Z = speed rating.

Tayar mempunyai rating kelajuan dimana jika ia dipandu melebihi kelajuan ditetapkan ia mungkin tidak dapat menanggung beban tekanan dan haba dan mungkin pecah/meletup.

S =  selamat utk digunakan sehingga 180kmh.

H = selamat utk digunakan sehingga 210kmh

Z = selamat utk digunakan sehingga melebihi 240kmh.

*ada banyak lagi gred lain tapi yg popular di malaysia ialah H dan Z kerana ia agak umum dan boleh digunakan oleh hampir kesemua kereta.

Tarikh Pembuatan Tayar

Kalau korang nak tahu manufacturing date tayar, tarikh pembuatan dia ada tertera pada kod TIN (DOTXXXXXXX3005), yang perlu diberi perhatian adalah 4 angka kat belakang tayar.

Contoh : DOTXXXXXXX3005
30 tu melambangkan minggu keberapa tayar nie dibuat(minggu ke-30) manakala 05 adalah tahun (2005).

Warranty daripada syarikat pengilang adalah dalam masa 5 tahun je, lepas 5 tahun boleh dikonsider sebagai barang dah luput dan tak selamat.

Jadi, ape tunggu lagi pergi check kereta korang skang dan tengok berapa speed yang sesuai untuk korang pandu. Kalau rasa nak pandu laju, pergi tukar tayar korang..ambik yang jenis Y. (entoh ade ke idak kat Mesia nie).

Oh yer, tayar kereta keluaran Ah Seng iaitu kereta sorong tidak termasuk dalam kategori di atas. Harap maklum.

sumber: http://www.mynismoclub.org

off-topic:-

myvi_yellow-green

 berkenanla plak tengok myvie baru nie.

Salam Ukhwah,

5 comments:

HazHand said...

style! trimekasih bro!! hahaha,aku suke!

Skype Crew said...

same2 bro..utk perkongsian kita semua.. ;)

GamUHU said...

info yang bagos.

angah07 said...

slm bro..tanx for d info..dh check tyre td n it has 215/45 r17 91v xl m+s..so sy tak fhm pe maksud 'xl m+s'..hope bro n others who knows can understand me better..tq.cheers :)

zairizabidi said...

Tiada duit untuk downpayment? (FOMCA tak bagi buat full loan)
Tiada duit untuk renew insurance? (bila dah setahun pakai kereta)
Tiada duit untuk service maintenance? (bila rasa tak sedap bawak kereta)
Tiada duit untuk modified kereta? (biasanya lelaki)

klik disini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
Diulangi HANYA RM20

Related Posts with Thumbnails