RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

18 May, 2011

Home » , , » Norway Bina Bangunan Anti Kiamat!

Norway Bina Bangunan Anti Kiamat!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Doomsday 1

Sebuah bangunan anti kiamat telah dibangunkan di Kutub Utara untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia. Kemudahan yang disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) ini dibuat di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norway, 1100 kilometer dari kutub utara.

Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia bagi melindungi ‘germplasm’ (plasma nutfah). Plasma nutfah adalah kumpulan sumber daya genetik untuk organisma. Untuk tanaman, plasma nutfah mungkin disimpan sebagai pengumpulan benih atau pokok.

Harapannya adalah sekiranya terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di kubah itu akan boleh menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadi kelaparan. Nama Kubah Kiamat diberi sempena fungsinya iaitu penyelamat manusia.

Doomsday 2 

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg menyebut bahawa Svalbard Global Seed Vault merupakan polisi penyelamatan kami. "Ini adalah'Bahtera Nuh' untuk melindungi kepelbagaian biologi untuk masa depan," ujar Jens Stoltenberg dalam upacara perasmian kubah itu.
Acara yang monumental tersebut juga dihadiri oleh Presiden Suruhanjaya Eropah,Jose Manual Barroso, dan penerima Nobel Keamanan 2004, Wangari Maathai, dari Kenya.

Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter ini akan menyimpan ratusan ribu jenis benih dari seluruh dunia. Bilik di dalamnya boleh memuatkan 4.5 juta sampel benih.

Doomsday 3

Doomsday 4

Doomsday 5

Bangunan yang memakan belanja US $ 9.1 juta ini adalah hasil kerja sama GlobalCrop Diversity Trust, lembaga yang dibiayai badan PBB untuk urusan makanan atau FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity Internasional yang berpusat di Rom, Itali.

 

p/s: Macam-macam orang kafir nie..dorang memang tak nak mati gak. Usaha jugak supaya dorang boleh hidup selama-lamanya..aiisshh…



13 comments:

Pena Daie said...

Alhamdulillah, kito ore Islam. Beriman dgn hari kiamat n hari kebangkitan..

cik heroin said...

Hari Kiamat tu psti ada & yg utama smua xkn trselamat.

HazHand said...

gempak seyh!!!
hahaha,cite ni da lame dah...
huhu
mcm cite ni la,erm,cite terminator uh!! hahha

Skype Crew said...

@pena daie
btl tu boh..Alhamdulillah, mujurla kita org Islam & diberikan nikmat iman.

Skype Crew said...

@cik heroin

btl tu cik heroin spertimana firman Allah dlm Al-Quran:

Dan sesungguhnya Hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Al-Hajj: 7)

Leelee said...

bersyukur kerna dilahirkan sebagai Islam. :)

Alal Yaakub said...

Hidup menongkat langit

Skype Crew said...

@leelee

skype pun bersyukur..Alhamdulillah.

Skype Crew said...

@alal

hidup menongkat langit? erm..pe mksd sdra? sy xbrp nak fhm.. ;)

Puteri Iqa Izyan said...

haha. macam2 lah..

kiamat tu pasti =)

Skype Crew said...

@iqa

tu r..dorang nie nk hidup selama2nya.

alwaRadzi Corner said...

mohon share

Jimie SC said...

@alwaradzi

Silakan..semoga iany bermanfaat utk kita semua..

Related Posts with Thumbnails