Medan Ilmu Agama..InshaAllah.
Artikel Sepanjang Minggu Ini
09 July, 2011
Anjing Lawan Lembu, Agak-Agak Sape Menang?
02 July, 2011
Cara Terbaik Perli Kontraktor Jalan di Malaysia
18 May, 2011
Norway Bina Bangunan Anti Kiamat!
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Sebuah bangunan anti kiamat telah dibangunkan di Kutub Utara untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia. Kemudahan yang disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) ini dibuat di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norway, 1100 kilometer dari kutub utara.
Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia bagi melindungi ‘germplasm’ (plasma nutfah). Plasma nutfah adalah kumpulan sumber daya genetik untuk organisma. Untuk tanaman, plasma nutfah mungkin disimpan sebagai pengumpulan benih atau pokok.
Harapannya adalah sekiranya terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di kubah itu akan boleh menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadi kelaparan. Nama Kubah Kiamat diberi sempena fungsinya iaitu penyelamat manusia.
Dalam kenyataannya, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg menyebut bahawa Svalbard Global Seed Vault merupakan polisi penyelamatan kami. "Ini adalah'Bahtera Nuh' untuk melindungi kepelbagaian biologi untuk masa depan," ujar Jens Stoltenberg dalam upacara perasmian kubah itu.
Acara yang monumental tersebut juga dihadiri oleh Presiden Suruhanjaya Eropah,Jose Manual Barroso, dan penerima Nobel Keamanan 2004, Wangari Maathai, dari Kenya.
Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter ini akan menyimpan ratusan ribu jenis benih dari seluruh dunia. Bilik di dalamnya boleh memuatkan 4.5 juta sampel benih.
Bangunan yang memakan belanja US $ 9.1 juta ini adalah hasil kerja sama GlobalCrop Diversity Trust, lembaga yang dibiayai badan PBB untuk urusan makanan atau FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity Internasional yang berpusat di Rom, Itali.
p/s: Macam-macam orang kafir nie..dorang memang tak nak mati gak. Usaha jugak supaya dorang boleh hidup selama-lamanya..aiisshh…
03 February, 2011
Aku Sudah Tidak Percaya Kepada Mat Karpet
Assalamualaikum semua,
Dah baca HMetro hari nie(03 Feb 2011) beb? Belum? Kalau belum moh baca sini dulu.
Ade rasa tertipu tak? Bukan pasal pompuan tu kawen ngan mat Pakistan tu tapi pasal beli karpet ngan dorangla. Canela tak rasa tertipu beb, sebelum nie Skype anggap dorang nie memang jual karpet2 yang bermutu tinggi beb tapi alangkah terkejutnya bila dapat tahu harga asal karpet yang dorang jual nie jauh lebih rendah beb. Tak ke panas kena tipu cani beb.
dia yang kupanggil sayang…hahaha…
Bukan sikit dia tipu beb, banyak tuh..daripada harga karpet RM65, jadi RM400. Kalau karpet berkualiti takpe beb tapi karpet “made in china” tu beb. Aduhh..Skype ingat lagi masa sekolah rendah dulu, mat2 Pakistan nie dok mai jual karpet ngan motor dari rumah ke rumah dan pada masa tu pandangan Skype terhadap mereka adalah mereka jual karpet yang betul2 dari Pakistan.
Tapi beb, bila dah kuar citer cani membuatkan Skype dah tak percaya kepada mat2 karpet nie dan membuatkan Skype lebih berhati-hati. Gaya cakap macamla Skype marah sebab dah tertipu dengan dorangkan… Hahaha..Bukan marah sangat cuma rasa macam hati ini dikhianati..Ahakss.
Tapi Skype rasa bukan semua kot cani, meb ada yang betul2 jual karpet berkualiti dari Pakistan cuma tak ramai. So, kepada korang hati di jalan raya dan jugak hati dengan mat2 karpet nie. Dorang juga manyak manis itu mulut ma. Kalau kena dekat orang yang mudah kesian macam den, memang kaw2 kena tipu maa..
Salam Ukwah,
04 January, 2011
Sarapan Pagi 2011
Assalamualaikum semua,
Apa khabar korang semua hari ni? Skype sebenarnya masih lagi berada dalam keadaan sedar tak sedar sebenarnya..yela, still ingat nie tahun 2010. Huhu..
Hari nie Skype cuti so hari nie plan nak balik kampung tapi kena tidur dulula. Petang kang baru balik. Alhamdulillah, pagi nie dapat juga merasa nasi berlauk setelah sekian lama tak dapat makan. Biasanya kat area Skype nie femes dengan nasi lemak. Nasi lemak kerang ada, nasi lemak ikan ada, nasi minyak ada dan lebih istimewa lagi setiap kedai berbeza dia punya rasa & penampilan nasi lemak tu.
Yang Skype biasa beli adalah nasi lemak kerang. Gerai yang jual nasi lemak kerang nie boleh dikatakan masih baru lagi kewujudannya kat sini. Meb dalam 6-7bulanla.. Tapi gerai nasi lemak lain dah lama wujud kat Cheratig nie. So, bila dah ada nasi lemak kerang nie, memang tiap2 hari sarapan dengan nasi lemak kerangla ditambah pulak harganya yang murah..rm1.50 je satu, kuih 4 = rm1.
Tapi hari nie Skype try nasi berlauk plak, dah lama nak makan nasi berlauk nie tapi tak kesampaian. Biasanya kalau kat kampung nie, memang tiap2 hari boleh makan tapi kat sini susah sket. Bukan susah ape pun cuma jauh daripada rumah jer. Skype tak pasti kedai mana yang Skype pergi makan tadi sebab ingatkan nak pergi makan kat kedai yang nasi berlauknya rm1.50 tapi rupa2nya kedai nasi dia harga rm3 daa..adoii, dah lari bajet sket. Dahla awal bulan nie.
Balik daripada makan tadi, jiran Skype, En Wan bagi mee tomyam kot. Erm..perut dah kenyang nie tapi nafsu belum lagi. Haha..So, Skype melantakla pastu tiba2 teringat kat kucing kat luar. Tadi, masa nak masuk umah dia dok menyusukan anak2 dia. Pastu, Skype kuarla nak bagi lauk2 daripada mee tomyam nie kat dia tapi dia hilang dah. Meb dia frust kot sebab tadi Skype tak belikan dia sarapan. Bukan tak nak beli tapi lupa plus kucing yang ada kat sini dah sampi lebih kurang 20 ekor dah. Nanti kalau bagi nanti memang confirm gaduh r.
Bila kucing tu takde so Skype panggilla geng kucing yang lain, yang Skype panggil nie adalah yang memang dah biasa dengan Skype. Panggil Skype laju je datang..macam peluru berpandu. Seperti biasa, si ibu yang datang dulu, Tup2 bila dah datang tu, terkejut Skype bila tengok mata kanan dia macam mata orang buta. Sebelum nie ok jer..kesian giler Skype tengok. Selaput mata dia dah terkoyak, tinggal yang belah dalam jer. Adoii..sapela yang buat nie. Kalau kucing yang buat Skype tak marah sangat tapi kalau budak2 yang kat area umah Skype yang buat memang dajjalla. Mak bapak kena pantau tu perbuatan anak2 dorang.
Klah, nak tidur dulu..petang kang nak drive plak. Kesian kucing tu..
09 December, 2010
BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU
Assalamualaikum semua,
sekadar bermain di pinggiran kuala sungai…ekeke…
Seperti korang semua dah tahu Ben akan bubarkan ‘parlimen’ dia. So, Skype pun ingat nak masuk bertandingla untuk kerusi Kuantan nie. Harap2 kerusi Kuantan masih boleh dicalonkan. Hahaha…Mane tau, murah rezekikan.. Lagipun Skype tak pernah lagi tercalon dalam ‘parlimen’ Ben tu. Yela, blog masih lagi setahun pisang…ahaks..
Skype berharap sangat dapat tercalon dalam ‘parlimen’ Ben. Mane tak harapnya..Skype banyak belajar daripada Ben. Tulisan2 beliau bagi Skype walaupun nampak macam sekadar cakap2 tapi sebenarnya penuh dengan kandungan yang tersirat. Skype banyak mendalami ilmu penulisan daripada Ben dengan senyap dan kadangkala ada jugak tergatal mengomel entri beliau.
@)--- -------------------------------------------------------------------------------- ---(@
Skype ingat nak buat satu entri mengenai pengalaman pertama Skype jumpa Ben masa blogger futsal tempoh hari tapi alang2 dah citer pasal Ben nie, Skype gitau terusla.
Malam tu, Ben datang dengan Joe serta seorang lagi kawan Joe..tak pasti pulak sape. Masa tu Skype dah sampai dah and then Joe & Ben datang bersalam dengan Skype dan kawan2 yang lain. Terkejut monkey Skype bila tengok badan Ben masa tu, mana taknya…bapak besar badan Ben, macam pemain rugby bro..muscle2 berdenyut2 bro..haha..Kalau aweks2 yang tengok nie memang terpikat habisla kat Ben nie. Takleh cari makan orang lain…Hahaha..jangan marah Ben.
mase nie Skype ada kat meja sebelah..Ben lak dok asyik dengan notebook dia..dicurik drp Ben
Lepas tu dia duduk kat meja sebelah Skype seorang diri. Buka laptop, handphone dua2 belah tangan pastu sambil mengunyah bubblegam(betulx eja nie). Dalam kepala lutut Skype, terdetik “Sebab tu la entri Ben sampai 10-20 sehari, rupa2nya mana2 tempat dia pergi mesti dia bukak laptop and updates. Memang penulis yang tegar betulla Ben nie”.
Selain tu, dalam kepala Skype nie ada juga terdetik “Boleh tahan sombong jugak Ben nie ye.” Mana taknya..masa sampai dia dok sorang2 jer kat meja sebelah. Tak cakap langsung dengan geng2 yang lain kecuali Joe. Tapi rupa-rupanya Ben tak sombong cuma biasala bila kita saling tak mengenali, mesti rasa segan sket nak tegur2 orang nie. Lagipun Skype la yang sepatutnya pergi tegur diakan sebab dia lagi tua daripada Skype. Tapi Skype tak pergi tegur pun sebab malu & taknak ganggu Ben updates blog. Lagipun sapela Skype ni kan..orang tak kenal langsung…
Klah, stakat tu dulu..nie yang malas mencoret nie. Kang dah panjang berjela den buat karangan. Adeesshh…
Salam Ukhwah,
27 November, 2010
Skype Disabotaj Oleh Nuffnang
Assalamualaikum semua,
Skang nie dah pukul 5 pagi, nak tido kang Subuh dah nak masuk. So, Skype pun bukakla internet, layan apa-apa yang patut. Lepas tu tetiba jer teringat nak bukak email yang dah 2,3 hari tak bukak. Bila bukak tu cam biasala, ada notification fb, twitter and etc. Bila Skype belek2 lagi Skype tengok ada email daripada Nuff seperti kat bawah.
“Dear Nuffnanger,
Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November). You are receiving this email because your account was affected.
We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.
We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with us.”
Kalau Skype dapat email daripada Nuff nie, kebiasaannya pasal community punya update tapi hari nie tajuk dia len sket..”Duplicate Earnings Issue”. Skali dengar macam dorang duplicate Skype punya earnings tapi rupa2nya sistem dorang ade masalah sket pasal earnings nie dan akaun Skype terlibat. Dorang cakap kalau Skype ada nampak apa-apa perubahan dekat earnings tu, maknanya sistem ader masalah la tu. So, dorang emailla kita awal2 supaya kita tak terkejut monyet dengan error tu.
Skype ingatkan dorang nak cakap yang Skype main kelik2 ads…Huhu, mujur bukan pasal tu. Kalau dorang cakap Skype main kelik2 ads, Skype saman dorang..Haha..(just kidding k). Kalau pasal main kelik2 nie, Skype mintak maafla..Skype tak buat benda2 camtu. I’m not kids that play like that.
Sebenarnya Skype tak kisah sangat pasal earnings nie sebab niat Skype berblog adalah untuk kebebasan diri dan meluahkan apa yang tersirat di hati Skype. This is all about FREEDOM. But, if they want to give us money, we just take with open hand.
Ape-ape pun, thanks 4 Nuffnang bcoz give me money. I appreciate that.
Thank you.
Salam Ukhwah,
13 November, 2010
[Video] Bayi Ninja vs Baby Lembu Ketawa
Assalamualaikum semua,
Selamat pagi tengahari kepada yang baru bangun pagi, wah2..bangun2 terus mengadap komputer ek. tak sopan betulla korang nie..pergi gosok gigi dulu, zohor pun dah masuk nie..solat zohor skali. Ape..mimpi semalam? Aduyai…tahu2 jer mimpi tu kan, asal malam minggu datang mimpi, asal malam minggu datang mimpi. Dah2..pergi mandi wajib dulu, pastu baru mengadap komputer ok.
Ok, en3 kali nie sebenarnya sebagai selingan jer sebab pagi tadi sepatutnya Skype tidur tapi tak mengantuk pulak. So, tadi Skype layanlah Man, Woman, Wild kat youtube. Layan punya layan dah pukul 1 tengahari dah. Otak dah penat dah nie…jap lagi lepas solat Zohor, Skype nak tidur jap pastu kul3 nanti kena bangun balik pergi kerja. Adess…
So, sebelum tu Skype nak share dengan korang semua video bayi-bayi yang cute-mute. Satu video bayi yang menunjukkan aksi ninjanya( bila ntah budak nie blajar ilmu kekaratean nie, heran Skype) dan satu lagi video budak cute yang memakai suite lembu mengetawakan diri dorang. Memang lucu & kelakor. Jangan tension2...& Selamat Beramal.
Bayi Ninja
Ade sape2 yang brani nak lawan dengan budak nie tak? Hahaha…
Bayi Lembu Ketawa
Cute gak baju baby ni kan..Nanti nak belikan untuk anakla lepas nie… ;)
Adiosa!
11 November, 2010
Skype Frust Ditinggalkan Kekasih
Assalamualaikum semua,
Malam nie Skype tak nak cakap banyak sebab skang Skype tengah frust. Sampai hati si dia menghancurkan hati Skype. Skype setia dengan si dia tapi tiba-tiba dia mintak clash dengan Skype. Takpela, meb antara kita dah takde jodoh…
Kat bawah nie ada video Skype tengah frust, kalau korang nak tengok, tengokla…tapi jangan gelakkan Skype plak ek..
Hahaha…
kredit: http://kakimotong.blogspot.com/
Adiosa!
02 November, 2010
Terima Kasih Doktor Syarifah
Assalamualaikum semua,
Doktor? Adakah Skype sakit? Huhu..Memang Skype sakit pun tapi bukan sakit kronikla cuma sakit gigi. Sakit gigi? Aduhh..sakit tuh. Betul..memang sakit giler 2,3hari nie gigi Skype nie. Yang paling sakit adalah pagi tadi, pergh..menusuk kalbu betul, rasa nak nangis pun ada tapi Skype tak nangisla cuma mengerang kesakitan jer. Hehehe…
Sakit gigi nie kalau dah sampai menusuk-nusuk tu memang sakit r. Skype ade gigi berlubang kat geraham atas sebelah kiri. Sebenarnya sebelum raya Aidilfitri hari tu lagi dah sakit tapi masa tu Skype boleh tahan lagi. Pastu tetiba jer pagi tadi datang balik sakit tu. Kalau mengikut petua-petua orang lama, dorang cakap kalau sakit gigi kumur dengan air garam tapi Skype tadi letak garam terus kat gigi yang berlubang dan Alhamdulillah cara tu berkesan. Huhuhu…
Lepas reda sket, Skype cuba tidur & Alhamdulillah dapat gak tidur. Lepas tu Skype bangun lak kul 1.30 tengahari..masa tu ade rasa2 sket cam sakit r pastu Skype decide nak pergi klinik. Disebebabkan ayah Skype kerja kat hospital & Skype pun dah biasa dengan hospital so Skpe memang tak takut sangatla nak pergi klinik.
So, pukul 4 petang tadi Skype pergi ke Klinik Pergigian Syarifah (Sya Family Dental Clinic) kat Kemaman. 2 hari sebelum tu sebenarnya Skype dah pegi sini untuk check gigi Skype ingat nak suruh dia cabut terus tapi doc cakap suh datang siang hari. So, hari nie baru Skype dapat pergi klinik tu balik . Thanx kepada kawan Skype (Sham) yang sudi temankan Skype tadi..Dia nie hensem tau, ade iras-iras Arab gitu. Hahaha…Kalau nak ejust boleh bagi no fon kat Skype.. ;)
Sampai jer kat klinik tu, Skype pun masuk terus ke bilik pembedahan. Tak payah nak daftar2 sebab Skype da datang sebelum nie & korang semua tahu bahawa Doktor Syarifah just ambik masa hanya 10 minit jer untuk cabut gigi Skype, mula-mula dia bius 3 jarum..bius memang rasa sakit sket tapi kalau korang nak pergi cabut gigi lepas nie tak payahla takut, sakit just masa bius tu jer sket tapi tu pun bagi Skype takdela sakit sangat, just sengal2 jer.
Lepas bius, doktor tunggu jap 5minit & then dia stat cabut dan dalam masa lebih kurang 5minit jugak dia ambik masa untuk cabut gigi Skype. Lepas tu Skype dah boleh keluar…kawan Skype yang kat luar terkejut tiba-tiba jer Skype dah keluar. Orang cakap tak sempat panas punggung lagi duduk. Gigi Skype nie mengikut kata doktor susah sket nak cabut sebab gigi Skype da patah sebelah atau orang Kelantan cakap ‘sopeh’. So, susah sketla nak cabut sebab takde ruang yang cukup untuk pegang & tarik gigi tu.
Yang paling penting…resit. Nanti boleh claims.. ;)
Tapi dalam susah2 pun, kejap jer Doktor Syarifah tu buat. Skype pun gembira giler tadi. Mana taknya 10 minit er cabut gigi beb. Kalau dulu-dulu maunya setengah jam, kadang-kadang sejam cabut gigi. Tu ramai yang fobia nak pergi klinik gigi. Thanx to Doktor Syarifah & kerani-keraninya yang mesra alam..Huhu. Oh yer, Skype cabut gigi tadi kena RM50. Erm..bagi Skype okla kot.
Serba Sedikit Mengenai Doktor Syarifah
Doktor Syarifah merupakan doktor gigi kelulusan UK, Skype xingat ape nama universiti tu. Berumur 29 tahun..bujang atau tidak Skype tak sempat nak tanya tadi. Huhu..Tapi Skype memang suggestla kalau korang dok kat area Kemama, Kuantan atau yang dok kat KL skalipun, kalau takut nak pergi mana2 dentist, bolehla pergi sini. Memang best..tak sakit sikit pun. Doktor pun baik, staff pun baik.
Kalau korang nak pergi, nie alamatnya:
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (SYA FAMILY DENTAL CLINIC)
Lot K3110, Jalan Kuantan-Kemaman,
Taman Geliga Sakti,
24000 Kemaman, Terengganu.
p/s: rasa nak pergi plak besok..hehehe…
22 October, 2010
Dengan iPhone Anda Boleh Tengok Video Bogel Secara LIVE?
Assalamualaikum semua,
Skype tak tahu video yang Skype nak tunjukkan nie palsu atau betul tapi video nie memang menarik tetapi bukan disebabkan kebogelan yang akan ditunjukkan nanti. Tetapi disebabkan teknologi yang digunakan dalam video nie.
Ok, korang layan dulu video nie… ;)
Video 1
Video 2
Amacam..best tak video tu? Korang jangan buat yang tidak2 tau. Hu3.. Skype tak pasti sangatla tentang kesahihan video nie tapi diyoutube ade komen yang mengatakan yang video nie fake. Bagusla kalau fake. Kalau tak makin tinggila harga iPhone lepas nie & makin meningkatla gejala sosial di negara kita nanti. ;) Ntah2 Skype pun beli satu kot.. Hahaha…(just joke k)
So, pendapat korang lak cane? FAKE or TRUE???
Adiosa!
14 October, 2010
Kalau Fans Selangor & Kelantan Macam Nie Kan BAGUS!
Assalamualaikum semua,
Sehari dua nie tengah panas insiden yang berlaku semasa perlawanan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Sebenarnya perlawanan nie takkan hangat sangat tapi disebabkan terdapat seorang penyokong Kelantan yang mati akibat sesak nafas so insiden nie menyebabkan perlawanan semalam menjadi begitu hangat.
Semalam Skype xleh tido so Skype usha2la pasal nie kat ‘mukabuku’ penyokong pasukan Kelantan dan ternampakla beberapa komen yang mencuit hati Skype. Dan jika komen2 ini diaplikasikan di dunia nyata alangkah indahnya bola sepak kita. Namun disebabkan ade segelintir manusia yang tidak cukup di ajar di kedua-dua belah pihak maka timbullah pergaduhan.
Maka sedarlah wahai segelintir manusia itu. Jadilah kamu mahkluk Tuhan yang bijaksana. Tiada gunanya keegoaan kamu itu kerana ego kamu itu tidak akan ke mana. ALLAH itu MAHA BERKUASA.
Ok, komen nie sebenarnya bermula apabila seorang fan Selangor masuk ke page penyokong Kelantan. Jom kita tengok…
Sempat lagi saudara Taufeq tu tanya sengoti tu ape…kalau camnie kn best.
Tengok..alih2 lepak & minum skali gak..
Tengok…pusing mane2 pun alih2 sama2 kita jugak sebenarnya.
Be cool, Be steady!!!
24 September, 2010
Wedding Of The Year [2010]
Assalamualaikum semua,
Kali nie Skype nak kongsikan dengan korang sebuah video perkahwinan anak gadis Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin (Pengasas Empayar NAZA Group) iaitu Nur Nadiah SM Nasimuddin, 23, bersama pasangannya Hamzah Datuk Azman Shah, anak kepada pemilik Holiday Villa Hotel sekitar Julai lalu.
p/s: (Perempuan)Jangan terlalu taksub dengan video nie. Nanti naya bakal suami korang..ekeke…
Firstly, Skype nak ucapkan tahniahla kepada dorang sebab sudah selamat diijabkabulkan. Skype post video nie just sebagai renungan/ingatan kepada kita semua yang akan berumah tangga. Kalau kita tengok wedding dorang nie memang ‘grand’ & Skype tak nafikan yang dorang mampu. Tak kisahla dorang pakai duit dorang sendiri ataupun duit mak ayah dorang. Itu hak dorang.
Namun, Skype tak berapa setuju/suka dengan tema yang diguna pakai pada majlis bersiram (majlis bersiram tu ape? Skype xpenah tau pun..huhu). Majlis bersiram nie Skype tengok tema dia dah macam ikut barat dah, dengan orangnya yang tak tutup aurat pastu men baling2 bunga pastu plak dok tuang air ape ntah .(adoii..macam-macam) Rasanya kalau dorang nak tuang air tu xkesah kot tapi pilihla kaler len sket..macam warna biru ke, purple ke & etc. Nie tak kaler same cam wain je…
Skype tak hairan sebenarnya majlis dorang ‘grand’ sebab maybe dorang dah biasa dengan kemewahan. Tapi sayangnya nilai-nilai Islam kurang diterapkan pada majlis perkahwinan dorang. terlalu ikutkan barat. Sayang, seribu kali sayang…
Kepada kita semua yang sederhana nie, lakukanlah upacara perkahwinan kita dengan penuh kesederhaan dan berlandaskan agama kita yakni ISLAM. Skype percaya tang laki tak kisah sangat bab ‘grand’ tak ‘grand’ ni tapi tang pompuanla yang biasanya dok nak macam nie. (jangan marah ye..hehe)
Ade beberapa keping gambar menarik bagi Skype sekitar majlis mereka yang Skype printscreen untuk korang semua layan…Layaannn… :)
Kolam renang berlambangkan NAZA…
Agak2 kakak dia kat sebelah tu solo lagik tak? Hahaha…
"Wedding is only a door to the marriage house. Why should we spent a lot of money to decorate the door so beautifully, when the inside of the house is then left empty, dark and unattractive?"
10 July, 2010
GB Gathering + OnLine ShoPPing
Assalamualaikum semua,
Wahh…dah 2minggu lebih Skype tak update blog. Rindu giler rasenyer kat blog Skype nie. Kesian blog Skype, lame giler sepi tanpa kata2. Sorry my blog… :( Skype nak ucapkan jutaan TRIMAS kepada blogger2 yang sudi singgah kat blog Skype & sudi klik nuff Skype walaupun Skype tak update dah hampir 2 minggu lebih. TRIMAS semua…InsyaAllah, jap lagi Skype akan jalan2 balik kat blog korang k. Kebelakangan nie nafsu Skype untuk berblogging sangat kurang malah mungkin tiada langsung, semua nie gara-gara Piala Dunia 2010. InsyaAllah, selepas habis kempen Piala Dunia 2010 nie blog Skype akan terus memacu ke hadapan..hu3(macam kete la plak).
p/s: taktau nak letak gambar pe kat 1st perenggan nie..so Skype gambar anak buah Skype jerla.he3…
Malam nie pun Skype takleh nak on9 lame sangat sebab pagi sok kul7 Skype keje. So dalam pukul 2 Skype bajet nak tido dah, biasalah keje shift nie memang letih sket..tak banyak masa yang dapat diluangkan untuk buat sesuatu perkara, lebih2 lagi jenis yang susah nak tido macam Skype. Kadang2 tak boleh nak tido kat umah, ofisla yang jadi mangsa…hu3…& perkara nie la yang Skype cuba nak ubah dalam hidup Skype nie. InsyaAllah, dengan izin Yang Maha Kuasa, Skype dapat berubah supaya rezeki yang Skype dapat adalah berkat. :)
Laparla plak rasa perut nie…minum nescafe & biskut mayatla dulu..hu3…
GengBlogger Gathering
Esok akan berlangsung gathering untuk blogger2 anjuran GengBlogger. Pada asalnya Skype memang nak join & telah pun tempah baju tapi malangnya esok Skype kena keje. Adooii…ruginyer…kalau tak, dah boleh jumpa korang sume. Tadi Skype ade call joegrimjow tanya pasal baju yang Skype tempah tue & beginilah lebih kurang perbualan kitorang tadi…
Joegrimjow: Assalamualaikum…(dengan nada peramah)
Skype: Assalamualaikum…(dgn nada yg lg peramah..he3…)
Joegrimjow: Wa’alaikumussalam.
Skype: Joe…ak nie jimie pemilik blog Skype Crews, cane ngn persiapan untuk gathering sok? okx?
Joegrimjow: Ok jer…
Skype: Ko de kat ne skang?
Joegrimjow: Ak de kat Putrajaya dah nie ngan member2 yang lain. Petang tadi ak da pergi tengok da tempat yang nak buat gathering tu…Okla tempat tue…
Skype: Bagusla camtu, sok agak2 berapa ramai yang akan join joe?
Joegrimjow: Kalau ikutkan yang isi form tu dalam 100 lebihla…dalam 145 orang lebih kurang. Ko de isi form tak hari tu?
Skype: Ak tak isila joe…ak tak jadi nak pergila, ak kena keje sok tapi baju tu ak da tempah & da bayar dah kt ko hari tue.
Joegrimjow: Ooo..ok2.
Skype: So, cani…nanti ak sms/email ko alamat ak untuk ko hantar baju tu. Berapa ek harga posting untuk baju tu?
Joegrimjow: Erm..ko bank-in 7 henggit pastu nanti ak hantarla baju ko tu.
Skype: Ok joe..Gud luX untuk gathering sok. Ambik gambar banyak2 sket pastu share ngan kitorang semua.
Joegrimjow: Ok, boleh, no hal…
Skype: Assalamualaikum…
Joegrimjow: Wa’alaikumussalam.
Begitulah lebih kurang perbualan kitorang tadi. Bestnye kalau dapat pergi gathering tue…Xpela, nak buat cane dah kena keje. InsyaAllah, gathering kedua nanti Skype akan join. Oh yer, kepada yang tak tengok lagi design baju GengBlogger, bolehla tengok kat bawah nie.
Kat manela dorang rembat model2 nie semua..hu3…
OnLiNe Shopping
Yap…Skype memang suka shopping on9. Dah banyak dah barang Skype beli melalui on9 nie. Dan yang terbaru nie adalah yang ke-20 lebih kot. Minggu lepas Skype beli Sony Alarm Clock Radio…harganya just RM65 jer. Dah lame sebenarnya Skype nak cari jam loceng sebab Skype nie jenis yang susah nak bangun tido..hu3. So, hari tue Skype tengok dekat Lelong ade jual bendalah nie, so ape lagi Skype nak belila…tapi susah jugakla nak dapat jam loceng nie hari tu. Biasala..barang kena bid, so kena berusaha sketla. Sebenarnya Skype rugi RM10 beli jam loceng nie sebab harga sebenarnya kat pasaran RM55. Takpelah rugi RM10 pun, lagipun benda tu berguna. Biasanya sebelum Skype nak beli sesuatu barang kat Lelong @ kat mane2 website, Skype akan usha dulu barang2 tu kat tempat lain…nak tengok berapa harga sebenar barang tue. Kalau harga ditawarkan/bid semasa melebihi harga asal barang tu Skype tak belila tapi hari tu terlepas pandang plak..dok asyik sangat bid ngan buyer2 lain..hu3…Tapi tak rugila Skype dapat Alarm Clock nie sebab jam nie bukan saje ade alarm tapi jugak ade radio. Hari pertama Skype guna jam loceng nie pagi tadi, Alhamdulillah..dengan izin Allah jam nie membantu Skype untuk bangun tengahari tadi. Nak tengok tak barangnya…? Kalau nak tengok, korang scrolla kat bawah…
Selain tu, Skype juga ade beli buku melalui OnLine iaitu buku yang bertajuk “Palestin Tak Pernah Gentar”. Skype beli buku nie selepas Skype tengok MHI, Skype dah lupe dah tarikh siaran MHI tue. Masa tu Ustaz Zahazan di jemput ke MHI untuk bercerita tentang Palestin. Masa tue tengah hangat lagi pasal israel laknatullah menyerang aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal Mavi Marmara. Buat masa nie, Skype masih lagi membaca buku nie & InsyaAllah, lepas nie Skype akan kongsikan dengan korang semua apa yang terkandung dalam buku nie. Apa yang boleh Skype katakan selepas membaca beberapa helai buku ni adalah bahawa buku ini bagus & pada permulaan buku ini sahaja telah membuatkan Skype terpaku seketika & membuatkan Skype muhasabah diri Skype.
Oklah, Skype nak tido dah…pagi sok keje plak nie, bajet kul2 sepatutnya dah boleh tido dah tapi dah terlebey sudaa.
Skype tinggalkan korang ngan haiwan2 kesayangan Skype. Layaannzzzz…. =)
Kuat tul Si Putih nie tido ek…macam2 gaya. Mentang2la tido atas katil yang beralaskan tilam yang lembut. Nie baru kucing kawan2…ade laei. Cube tengok bawah lagi… =)
Nie adalah “Koko” anak keturunan kambing kesayangan Skype…hu3. Selalu naik atas rumah atuk Skype nie. Mak Ayah dia sume duk kat bawah umah tapi yang nie sekor punyala demand tinggi nak dok dalam umah. Mane taknyer…dalam umah ade banyak makanan. Kadang2, pisang setandan yang kat dapur tu habis si Koko nie makan. Yang nampak kain kat sebelah Koko tu adalah ibu Skype, yang pakai seluar jeans belakang Koko tu anak buah Skype, belakang anak buah Skype tu baru nenek Skype.
Ade laei tau gambar Koko nie…cube tengok bawah.
Nie plak gambar Koko ngan anak buah yang kedua Skype iaitu adik kepada anak buah Skype yang pertama tadi. Skype memang ramai anak buah tau...hu3. Tiba2 plak Skype teringat kat anak buah Skype yang cute mute nie…jom cekodok kat bawah…
Nie baby yang ibu Skype jaga dulu…masa nie Skype masih ade kat umah ibubapa Skype so kerap jugakla Skype jaga baby nie tapi Skype lupe nama dia sebab masa dorang nie baby muka lebih kurang sama jer. Tak silap Skype yang nie nama Nafis, Amni @ Stoyah(nama manja dia). Tak taula yang mana satu…tetapi yang penting Skype rindukan dorang.
Oh yer..Skype ade beberapa bahan untuk dikongsikan dengan korang semu yang berkapel tapi Skype takkan post skang sebab Skype da ngantuk giler nie. Bahan yang Skype nak kongsikan nie meb cukup pedas buat korang yang berkapel tapi percayalh ini adalah untuk kebaikan kita semua umat Islam.
Klah, Skype cokodok dulu….ZZZZZzzzzzzz…….
Sponsored
Skype Crew™ on MukaBuku
Skype Crews™ on Twitter
Hot Entry
Siasah
-
-
-
Kenali EgStories2 years ago
-
-
Hello world!5 years ago
-
-
-
Official : Selamat datang Cuadrado10 years ago
-
-
Demi masa13 years ago
-
-
-
-
-
They Are
-
-
Setia City Mall, Selangor 20168 years ago
-
-
Cinta Si Gadis Bermata Empat.13 years ago
-
25 Kek Hari Jadi yang Super Kreatif!!!13 years ago
-
-
-
-
-
Update & Ping Here Guys
Who's Look Me
Blogger Showcase - Submit Your Blog Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress theme by Site5