RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

04 January, 2011

Home » , » Sarapan Pagi 2011

Sarapan Pagi 2011

Assalamualaikum semua,

Apa khabar korang semua hari ni? Skype sebenarnya masih lagi berada dalam keadaan sedar tak sedar sebenarnya..yela, still ingat nie tahun 2010. Huhu..

Hari nie Skype cuti so hari nie plan nak balik kampung tapi kena tidur dulula. Petang kang baru balik. Alhamdulillah, pagi nie dapat juga merasa nasi berlauk setelah sekian lama tak dapat makan. Biasanya kat area Skype nie femes dengan nasi lemak. Nasi lemak kerang ada, nasi lemak ikan ada, nasi minyak ada dan lebih istimewa lagi setiap kedai berbeza dia punya rasa & penampilan nasi lemak tu.

Yang Skype biasa beli adalah nasi lemak kerang. Gerai yang jual nasi lemak kerang nie boleh dikatakan masih baru lagi kewujudannya kat sini. Meb dalam 6-7bulanla.. Tapi gerai nasi lemak lain dah lama wujud kat Cheratig nie. So, bila dah ada nasi lemak kerang nie, memang tiap2 hari sarapan dengan nasi lemak kerangla ditambah pulak harganya yang murah..rm1.50 je satu, kuih 4 = rm1.

Tapi hari nie Skype try nasi berlauk plak, dah lama nak makan nasi berlauk nie tapi tak kesampaian. Biasanya kalau kat kampung nie, memang tiap2 hari boleh makan tapi kat sini susah sket. Bukan susah ape pun cuma jauh daripada rumah jer. Skype tak pasti kedai mana yang Skype pergi makan tadi sebab ingatkan nak pergi makan kat kedai yang nasi berlauknya rm1.50 tapi rupa2nya kedai nasi dia harga rm3 daa..adoii, dah lari bajet sket. Dahla awal bulan nie.

IMG0257A mee tomyam..yummy3…. ;)

Balik daripada makan tadi, jiran Skype, En Wan bagi mee tomyam kot. Erm..perut dah kenyang nie tapi nafsu belum lagi. Haha..So, Skype melantakla pastu tiba2 teringat kat kucing kat luar. Tadi, masa nak masuk umah dia dok menyusukan anak2 dia. Pastu, Skype kuarla nak bagi lauk2 daripada mee tomyam nie kat dia tapi dia hilang dah. Meb dia frust kot sebab tadi Skype tak belikan dia sarapan. Bukan tak nak beli tapi lupa plus kucing yang ada kat sini dah sampi lebih kurang 20 ekor dah. Nanti kalau bagi nanti memang confirm gaduh r.

IMG0255Akucing itu.. ;)

Bila kucing tu takde so Skype panggilla geng kucing yang lain, yang Skype panggil nie adalah yang memang dah biasa dengan Skype. Panggil Skype laju je datang..macam peluru berpandu. Seperti biasa, si ibu yang datang dulu, Tup2 bila dah datang tu, terkejut Skype bila tengok mata kanan dia macam mata orang buta. Sebelum nie ok jer..kesian giler Skype tengok. Selaput mata dia dah terkoyak, tinggal yang belah dalam jer. Adoii..sapela yang buat nie. Kalau kucing yang buat Skype tak marah sangat tapi kalau budak2 yang kat area umah Skype yang buat memang dajjalla. Mak bapak kena pantau tu perbuatan anak2 dorang.

Klah, nak tidur dulu..petang kang nak drive plak. Kesian kucing tu..



8 comments:

Solihin Zubir said...

nasik lemak kerang? perghh.. cam sedap je..
aku dhla peminat setia kerang.. hehe..

Encik Luncai said...

memang ibu bapa kena pantau bro..aku jadi trauma nak park dekat umah ni.takot kena calar lagi keta aku..

papepun nasi lemak kerang memang best..hehe

FOOTPC said...

lamo bebenor balik redland....

Skype Crew said...

@solihin

pergh..peminat kerang tuh. nk ke? klu nk nti skype poskan..ahakss..

Skype Crew said...

@luncai

haha..dah ko parking kt tepi jln, mne xkena tores kt bdk2 tu..haha..

lgpn bdk2 tu tau ko minat torres, tu yg dorang tores kete ko tu..haha..

nasi lemak kerang dulu spukul.. ;)

Skype Crew said...

@footpc

footpc da rnd dgn skype ke..haha.. ni skype da blk da nie...jomla bercanda..haha

Enna Banana said...

murahnya nasi lemak kerang rm1.50?

Skype Crew said...

mknan pagi kt sini mmg murah enna.. Alhamdulillah, skype bsyukur Allah bg keje utk skype kt sini.

senang2 dtgla cherating nie enna..ajk skali kwn2 blogger yg len..

Related Posts with Thumbnails