RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

01 January, 2011

Home » , , » Siapa Sangka Habuk Kayu Boleh Jadi Gula?

Siapa Sangka Habuk Kayu Boleh Jadi Gula?

Assalamualaikum semua,

Habuk Kayu 2 Habuk Kayu

Percayakah korang kalau Skype bagitahu yang habuk kayu boleh dijadikan gula? Mesti korang geleng2kan kepalakan..Huhu. Tapi dengan rahmat dan kekuasaan Allah S.W.T, apa sahaja boleh berlaku. Bukan sahaja habuk kayu bahkan habuk daun juga boleh dijadikan gula dengan izin Allah.

PENYELIDIKAN terbaru Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim iaitu penghasilan gula daripada serbuk kayu berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Rekaan British 2010 di London Oktober lalu.Menurutnya, penggunaan habuk kayu itu secara tidak langsung mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula yang dihasilkan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

“Idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negara ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan. Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu terbabit kepada bahan bernilai dan bermanfaat daripada dibiarkan begitu sahaja. Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen, tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula,” katanya.

Bagi Dr Mimi Sakinah, gula ciptaannya adalah terbaik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes kerana mengandungi aspartam.

Dr MimiDr. Mimi Sakinah

“Aspartam yang berasaskan bahan kimia boleh menyebabkan tumor otak,” jelasnya sambil memberitahu semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula melalui penyelidikannya.
Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat bertukar kepada gula alternatif ini kerana berdasarkan statistik dianggarkan kira-kira 2.37 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes menjelang 2020.

“Penggunaan habuk kayu juga mampu mengatasi masalah pembuangan sisa industri yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia,” jelasnya yang menjalankan penyelidikan itu selama tiga tahun.
Katanya, setiap 40 kilogram habuk kayu mampu menghasilkan kira-kira 12 kilogram gula dalam tempoh dua hari.

Dia juga melahirkan rasa bangga kerana sepanjang tahun ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima peruntukan sebanyak RsM5.5 juta bagi melaksanakan 150 projek penyelidikan baru termasuk projek yang dilaksanakannya.

Dr Mimi Sakinah berkata, warga penyelidik UMP turut menerima pelbagai insentif termasuk Skim Pembentangan Kertas Kerja Seminar, Skim Penerbitan Artikel Jurnal, Dana Pendaftaran Harta Intelek Universiti dan Dana Pertandingan dan Pameran Penyelidikan.

“Pihak UMP dan fakulti sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada setiap staf fakulti untuk menerbitkan hasil penyelidikan masing-masing.

“Saya yakin hasil penyelidikan yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk jurnal mampu menjadikan sesebuah universiti itu melahirkan lebih ramai warga penyelidik profesional dan mampu memartabatkan Malaysia ke mata dunia,” katanya.

pss..korang bila lagi nak buat penyelidikan?

Sumber: HMetrro&BHarian

 

Salam Ukhwah,



9 comments:

Rozuan Ismail said...

wah..satu penemuan saintifik yang hebat..kalau sebelum ni habuk kayu tu duk buang je,sekarag ni dah boleh makan pulak..

bro.zabar said...

kalo geran (peruntukkan) dh dpt juta2..harap hasil penyelidikan yg dibuat dikembalikanlah manfaatnya kepada rakyat marhaein cam aku ni..(jgnla lps menang anugerah,jual hakcipta pd swasta..pastu kowang fikirlah sendiri ea dgn sistem kapitalisme yg negara kita anuti ni) PEACE NO WAR!!

Sham said...

betul kata bro zabar...lepas ni boleh jual gula 5posen sekilo...

Amy Syaquena said...

good info nice sharing...

Skype Crew said...

@rozuan

bnyk sbnrnya benda yg Allah ciptakan kt ats bumi ni yg blh bg manfaat kpd kita manusia.

cuma hendak @ xnk je kita nie utk kaji.. ;)

Skype Crew said...

@bro zabar

btl2..ana stuju dgn ente bro zabar. ;)

Skype Crew said...

@sham

50posen skilo? murah giler tu..huhu

Skype Crew said...

@amy

thank you.. ;)

thank 4 visiting me.. ;)

FUtsAl Extravaganza said...

bukan senang utk jadi penyelidik..harus sokong supaya ramai lagi jadi penyelidik di negara ini..bukan salah mereka harga naek..krn bukan mereka yg mengawal harga...tetapi yg manfaat gula dari habuk kayu ini utk org yg berpenyakit seperti diabetis

Related Posts with Thumbnails