RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Korang Nak Sihat Tak?. Show all posts
Showing posts with label Korang Nak Sihat Tak?. Show all posts

08 August, 2012

Persoalan Manusia Yang Telah dijawab Oleh ALLAH SWT 1400 Tahun Yang Lalu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dah lama benar SC tak berkongsi ilmu di blog nie. Rindu pulak rasanya dengan blog nie. InshaAllah, kali nie SC berkesempatan untuk berkongsi suatu ilmu yang mana InshaAllah akan memberikan manfaat kepada kita semua. InshaAllah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persoalan Manusia
Allah S.W.T. sudah siapkan jawapan untuk kita ni. Cuma diri kita ni rajin ke idak nak buka tafsir Al-Quran nak cari jawapan. 1400 tahun yang dulu, Allah dah berikan jawapan. Sebabnya Allah Maha Mengetahui perangai hambaNya yang suka bertanya soalan yang sama.
JAWAPAN ALLAH SWT DIDALAM AL QURAN
Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).
Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)
Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?
Al Quran Menjawab: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?
Al Quran Menjawab: "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)
Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?
Al Quran Menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)
NOTA: Wujud Typo Error..yang betul ialah Surah Al Baqarah Ayat 45 ini..(didalam gambar No.145) – DrSoul
Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?
Al Quran Menjawab: "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)
Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?
Al Quran Menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)
Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!
Al Quran Menjawab: "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 87)
NOTA: Pada gambar tertera Surah Yusuf Ayat 12 - Sebenarnya merujuk kepada Ayat 87, No.12 merujuk kepada No.SURAH)
Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana? Al Quran Menjawab: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)
KESIMPULANNYA
Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)
Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Kongsikanlah kepada kawan-kawan anda supaya kita semua dapat berkongsi pahala. InshaAllah.
 
Salam Ukhwah,

27 October, 2011

Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

42-19721872

Kali nie aku nak kongsikan cara pemakanan Rasulullah S.A.W. Sebelum nie memang aku ada terbaca dah pasal cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah dan cuba amalkan tapi kejap jer aku amalkan lepas tu back to normal.

Itulah manusia, selalu perlu diingatkan. Melalui perkongsian nie, aku harap kita dapat saling mengingati antara satu sama lain dan bila korang dah baca nie pun harap boleh kongsi dengan kawan-kawan yang lain.

Sejak akhir-akhir aku baru perasan yang setiap kali aku minum, aku selalu pegang gelas dengan tangan kiri. Bila teguk botol air mineral pun, pegang dengan tangan kiri. MasyaAllah, dah berapa lama agaknya aku dah pakai tangan kiri untuk minum air nie sampaikan aku try ubah untuk guna tangan kanan pun dah jadi kekok.

Korang cane? Korang pakai tangan mane nak minum air tu? Baik korang check..kadang-kadang kita tak perasan kecuali apabila ditegur.

Ok, jom kita baca cara pemakanan Rasulullah plak.

Dalam kitab, Nabi melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

1) Jangan makan SUSU + DAGING
2) Jangan makan DAGING + IKAN
3) Jangan makan IKAN + SUSU
4) Jangan makan AYAM + SUSU
5) Jangan makan IKAN + TELUR
6) Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7) Jangan makan SUSU + CUKA
8) Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Amacam? Berbezakan dengan apa yang kita dok amalkan selama nie kan. Memang berbeza sangat-sangat. Kenapa berbeza? Sebab kita tak belajar..kenapa kita tak belajar Sebab kita tak pergi masjid/surau untuk belajar. Jangan dok harap benda-benda nie akan datang depan muka kita jer. Jenguk2la masjid/surau dekat dengan umah kita tue.

Ok, skang kita pergi pula kepada cara Rasulullah makan.

Kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

InsyaAllah, sama-sama kita amalkan.

 

Salam Ukhwah,

01 January, 2011

Siapa Sangka Habuk Kayu Boleh Jadi Gula?

Assalamualaikum semua,

Habuk Kayu 2 Habuk Kayu

Percayakah korang kalau Skype bagitahu yang habuk kayu boleh dijadikan gula? Mesti korang geleng2kan kepalakan..Huhu. Tapi dengan rahmat dan kekuasaan Allah S.W.T, apa sahaja boleh berlaku. Bukan sahaja habuk kayu bahkan habuk daun juga boleh dijadikan gula dengan izin Allah.

PENYELIDIKAN terbaru Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim iaitu penghasilan gula daripada serbuk kayu berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Rekaan British 2010 di London Oktober lalu.Menurutnya, penggunaan habuk kayu itu secara tidak langsung mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula yang dihasilkan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

“Idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negara ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan. Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu terbabit kepada bahan bernilai dan bermanfaat daripada dibiarkan begitu sahaja. Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen, tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula,” katanya.

Bagi Dr Mimi Sakinah, gula ciptaannya adalah terbaik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes kerana mengandungi aspartam.

Dr MimiDr. Mimi Sakinah

“Aspartam yang berasaskan bahan kimia boleh menyebabkan tumor otak,” jelasnya sambil memberitahu semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula melalui penyelidikannya.
Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat bertukar kepada gula alternatif ini kerana berdasarkan statistik dianggarkan kira-kira 2.37 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes menjelang 2020.

“Penggunaan habuk kayu juga mampu mengatasi masalah pembuangan sisa industri yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia,” jelasnya yang menjalankan penyelidikan itu selama tiga tahun.
Katanya, setiap 40 kilogram habuk kayu mampu menghasilkan kira-kira 12 kilogram gula dalam tempoh dua hari.

Dia juga melahirkan rasa bangga kerana sepanjang tahun ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima peruntukan sebanyak RsM5.5 juta bagi melaksanakan 150 projek penyelidikan baru termasuk projek yang dilaksanakannya.

Dr Mimi Sakinah berkata, warga penyelidik UMP turut menerima pelbagai insentif termasuk Skim Pembentangan Kertas Kerja Seminar, Skim Penerbitan Artikel Jurnal, Dana Pendaftaran Harta Intelek Universiti dan Dana Pertandingan dan Pameran Penyelidikan.

“Pihak UMP dan fakulti sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada setiap staf fakulti untuk menerbitkan hasil penyelidikan masing-masing.

“Saya yakin hasil penyelidikan yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk jurnal mampu menjadikan sesebuah universiti itu melahirkan lebih ramai warga penyelidik profesional dan mampu memartabatkan Malaysia ke mata dunia,” katanya.

pss..korang bila lagi nak buat penyelidikan?

Sumber: HMetrro&BHarian

 

Salam Ukhwah,



27 April, 2010

Kesan Minum Aiyor Sejuk!

Assalamualaikum & Salam Sejatera semua,

kesan minum air sejukDi keheningan pepagi buta nie Skype nak kongsikan sedikit ilmu kat korang sume. Mesti ramai antara blogger2 sekalian yang dah biasa minum aiyor sejuk lepas makankan? TAK….???Tipu…korang tipu. Skype tahu korang biasa buat camtu. Skype sendiri pun buat camtu..hehe. Sebenarnya amalan minum aiyor sejuk lepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali.

Sememangnya terasa nikmat yang amat sangat bila minum air berAIS selepas makan tetapi korang tahu tak ape akibatnya bila minum air yang berAIS selepas makan mahupun masa tengah makan? Minum minuman yang berAIS selepas makan akan membekukan makanan berminyak yang kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita dan lama kelamaan akan menghasilkan lemak.

Apabila lemak-lemak terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan saluran dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan menyebabkan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai penyakit. So, jalan terbaik kepada permasalahan ini adalah korang kena minum air panas/suam selepas makan. Skype sendiri pun skang da start t minum air panas lepas makan. Takut woo…lagipun ini sesuai kita amalkan untuk hidup dengan gaya sihat tau…

Secara logik, hal ini mungkin ada kebenarannya. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan.... dan bukannya air berAIS.  Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Skype sayang blogger2 semua dan Skype harap korang sume amalkan minum air panas/suam selepas makan demi menjaga tubuh badan korang sendiri. Gud Lux All….  :)

 

Adiosa!

Related Posts with Thumbnails