RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

02 November, 2010

Home » , , » Terima Kasih Doktor Syarifah

Terima Kasih Doktor Syarifah

Assalamualaikum semua,

teeth-1

Doktor? Adakah Skype sakit? Huhu..Memang Skype sakit pun tapi bukan sakit kronikla cuma sakit gigi. Sakit gigi? Aduhh..sakit tuh. Betul..memang sakit giler 2,3hari nie gigi Skype nie. Yang paling sakit adalah pagi tadi, pergh..menusuk kalbu betul, rasa nak nangis pun ada tapi Skype tak nangisla cuma mengerang kesakitan jer. Hehehe…

Sakit gigi nie kalau dah sampai menusuk-nusuk tu memang sakit r. Skype ade gigi berlubang kat geraham atas sebelah kiri. Sebenarnya sebelum raya Aidilfitri hari tu lagi dah sakit tapi masa tu Skype boleh tahan lagi. Pastu tetiba jer pagi tadi datang balik sakit tu. Kalau mengikut petua-petua orang lama, dorang cakap kalau sakit gigi kumur dengan air garam tapi Skype tadi letak garam terus kat gigi yang berlubang dan Alhamdulillah cara tu berkesan. Huhuhu…

IMG0207AUbat penahan sakit.

Lepas reda sket, Skype cuba tidur & Alhamdulillah dapat gak tidur. Lepas tu Skype bangun lak kul 1.30 tengahari..masa tu ade rasa2 sket cam sakit r pastu Skype decide nak pergi klinik. Disebebabkan ayah Skype kerja kat hospital & Skype pun dah biasa dengan hospital so Skpe memang tak takut sangatla nak pergi klinik.

So, pukul 4 petang tadi Skype pergi ke Klinik Pergigian Syarifah (Sya Family Dental Clinic) kat Kemaman. 2 hari sebelum tu sebenarnya Skype dah pegi sini untuk check gigi Skype ingat nak suruh dia cabut terus tapi doc cakap suh datang siang hari. So, hari nie baru Skype dapat pergi klinik tu balik . Thanx kepada kawan Skype (Sham) yang sudi temankan Skype tadi..Dia nie hensem tau, ade iras-iras Arab gitu. Hahaha…Kalau nak ejust boleh bagi no fon kat Skype.. ;)

IMG0206AKapas

Sampai jer kat klinik tu, Skype pun masuk terus ke bilik pembedahan. Tak payah nak daftar2 sebab Skype da datang sebelum nie & korang semua tahu bahawa Doktor Syarifah just ambik masa hanya 10 minit jer untuk cabut gigi Skype, mula-mula dia bius 3 jarum..bius memang rasa sakit sket tapi kalau korang nak pergi cabut gigi lepas nie tak payahla takut, sakit just masa bius tu jer sket tapi tu pun bagi Skype takdela sakit sangat, just sengal2 jer.

Lepas bius, doktor tunggu jap 5minit & then dia stat cabut dan dalam masa lebih kurang 5minit jugak dia ambik masa untuk cabut gigi Skype. Lepas tu Skype dah boleh keluar…kawan Skype yang kat luar terkejut tiba-tiba jer Skype dah keluar. Orang cakap tak sempat panas punggung lagi duduk. Gigi Skype nie mengikut kata doktor susah sket nak cabut sebab gigi Skype da patah sebelah atau orang Kelantan cakap ‘sopeh’. So, susah sketla nak cabut sebab takde ruang yang cukup untuk pegang & tarik gigi tu.

IMG0204AYang paling penting…resit. Nanti boleh claims.. ;)

Tapi dalam susah2 pun, kejap jer Doktor Syarifah tu buat. Skype pun gembira giler tadi. Mana taknya 10 minit er cabut gigi beb. Kalau dulu-dulu maunya setengah jam, kadang-kadang sejam cabut gigi.  Tu ramai yang fobia nak pergi klinik gigi. Thanx to Doktor Syarifah & kerani-keraninya yang mesra alam..Huhu. Oh yer, Skype cabut gigi tadi kena RM50. Erm..bagi Skype okla kot.

Serba Sedikit Mengenai Doktor Syarifah

Doktor Syarifah merupakan doktor gigi kelulusan UK, Skype xingat ape nama universiti tu. Berumur 29 tahun..bujang atau tidak Skype tak sempat nak tanya tadi. Huhu..Tapi Skype memang suggestla kalau korang dok kat area Kemama, Kuantan atau yang dok kat KL skalipun, kalau takut nak pergi mana2 dentist, bolehla pergi sini. Memang best..tak sakit sikit pun. Doktor pun baik, staff pun baik.

Kalau korang nak pergi, nie alamatnya:

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (SYA FAMILY DENTAL CLINIC)

Lot K3110, Jalan Kuantan-Kemaman,

Taman Geliga Sakti,

24000 Kemaman, Terengganu.

p/s: rasa nak pergi plak besok..hehehe…



12 comments:

Si Luncai said...

kalau nak kenal sham tu singgah2 la kat blog dia..hehe

Skype Crew said...

yoyo oo jer ko sham...

Anonymous said...

salan nk tanya, klinik gigi ni kat area mana yer kat kemaman. kalu blh bg klinik tu bersebelahan dgn supermarket mana2 ke.. lg snang blh cari..

thanks...:D

Nurul.Liyana said...

ada no tel klinik ni x? xnk la drive dr k.trg smpai2 tutup or kna dtg tarikh lain...cuti susah nk dpt ni ><

Dr. Syarifah said...

Terima kasih kerana berpuas hati di atas perkhidmatan kami.

Jimie SC said...

anony: sory anony..xperasan ade komen masuk..sy cuba jwbla jgkla k wlaupun anony dh tny lame dh.

klinik tu berdekatan dgn perumahan perwaja dan kalau drp kemaman, klinik nie kat sebelah kiri selepas daripada pusat basuh kereta bermesin(Car Wash Rm4.00)

Jimie SC said...

@nurul liyana

No. tel spt di bwh liyana:

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Lot K 3110,Jln Kuantan-Kemaman, Taman Geliga Sakti,24000 Kemaman,Trg
Phone: +6019 9554161

atau

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KUANTAN)
Jalan Teluk SIsik,Kuantan, Pahang.
Phone:+6019 9814913
drsya_fazlina@yahoo.com

Jimie SC said...

@Doktor Syarifah

Sama2 doktor.. ;)

-MsGoodNite- said...

Kat klinik doc ada buat perkhimatan pemakaian braces tak?

Jimie SC said...

sy tumpang jwb..rasanya ada kot msgood. meb awk blh kol terus dr syarifah utk confirmation. ni no tel dia...(019-9554161).

-MsGoodNite- said...

Thanks Jimie for sharing. Now saya dh dpt dental yg ideal utk pakai braces :)

Jimie SC said...

Sama2...Selamat berbraces... ;p

Related Posts with Thumbnails