RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

01 November, 2010

Home » , , » Kisah Yang Membuatkan Ku Ingin Kawen

Kisah Yang Membuatkan Ku Ingin Kawen

Assalamualaikum semua,

pelamin perkahwinan

Skype ada satu kisah yang mana ianya membuatkan Skype rasa nak kawen skang jugak. Huhu.. bunyi cam gatalkan tapi bukan gatal tapi memang dah sepatutnya Skype kawen dah skang. Sebab ape? Sebab Skype sudah mengenali pasangan Skype dah hampir 6 tahun dan Skype sendiri sudahpun bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.

Lagipun Skype dah bekerja hampir 2 tahun cuma skang nie duit je yang tak cukup untuk buat majlis. Tapi bila Skype baca 1 kisah, Skype rasa macam nak kawen skang jer. Sebab masalah utama yang sebenarnya yang menangguhkan niat Skype untuk berkahwin adalah duit. Tapi Alhamdulillah, mujurlah pasangan Skype seorang yang memahami dan dia juga tak kisah sangat mengenai hantaran. Isshh…ni dah terlebih cerita pasal peribadila plak..Huhuhu…

Oklah, cuba korang baca kisah kat bawah nie, mana tau korang plak yang terbuka hati nak kawen lepas nie. ;)

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

wedding

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

duit

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

 

p/s: patut ke buat loan untuk kawen? erm…

 

Adiosa!



14 comments:

tengkorakemas said...

kena ada kerjasama keluarga dua-dua pihak tu huhu...

memang rasa nak kawen...

Shahrizah said...

Hmmmmmmm saya setuju sangat pendapat dalam artikel ni..

Fariq Jalil said...

isteri cm ni yg aku cari..
meh2 spe2 rasa diri cm ni,,
cntct aku cpt...
kite knl 2 minggu then kwin.. hehe

suzie rahman said...

hihi suzie pon nk kawen..tp xder calon..nasib!

Hakimi Reza said...

terbuai seketika membaca entri ni

mengasyikan...hehe

Amiey White said...

mak saya kata kalau ikut arwah abah saya saya da lama kawen sebab dalam family perempuan sume kawen awl...
tp...alaaaaaaaaaaaaaaax laku lg la!! :(

Jimie SC said...

@tengkorak emas
kawen je bro..ape ssh..

@shahrizah
sy lagi bersetuju.. ;)

Jimie SC said...

@fariq
wah..2mgu da nk ajk kawen..ni mmg gatal nie..haha

@suzie
calon/jodoh tu ade cuma xjmp lg.. usaha & sbr... ;)

Jimie SC said...
This comment has been removed by the author.
Jimie SC said...

@budak nakal
mesti bdk nakal dok terkenangkn cinta lame nie..hehe..

@amiey
bkn xlaku amiey tp blm smpi mse lg.. InsyaAllah, nti adela tu yg dtg menyunting.. ;)

zimah said...

terasa shahdu dan sayu membaca kisah ni...alangkah indahnya kalau terjadi pada ku..

Anonymous said...

thankz 4 sharin skype..
bg aku aku dah sedar menda ni dari awal, just follow kuliah kt masjid/internet/forum mende ni byk di jelaskan..tp sekadar penjelasan..tp bab implementation? hurm..bg aku ssh tuk merubah keadaan culture skrg ni, dgn perspektif masyarakat+mindset famili...cume satu je yg bleh ubah..kita dan anak2 kite nanti yg bleh implement mende ni (insyaAllah)..tu pn kalo kite tak ego+malu dgn persepsi masyarakat kite..transfomasi!! -just my2cent

Jimie SC said...

@zimah

alangkah indah jika ianya teradi pada diriku juga zimah...huhu

@anony

btl tu anony, skype stuju ngn anony ni. kita yg tkt nk ubah culture zmn skang. klu kita kuat & xkesah dgn kata2 org, InsyaAllah, kita dpt implement benda nie.

Anonymous said...

Jihe berkata:-

"Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah"

Dengar macam retorik utk zaman sekarang ni..Ironi nya mmgla bagus jika hal yg demikain terjadi (meletakkan syariat pada tempatnya dan adat dibawahya)..

Pada pdapat ambo, Majlis mesti dilangsungkan kerana itu maksudnya Walimaturus(hebahan kalo xsilap)..Buatlah majlis (bagi orang makan;sedekah) tanda syukur kita kepada Allah swt yg memudahkan urusan kita dalam membina rumah tangga. Dalam hal ini, nilai 10k adalah nilai patut utk zaman sekarang(minima)utk buat majlis makan.

Tak ker gitu tuan rumah?

hohoho..

pss..camnela ambo bley xtau siapalah puteri idaman putera skpe ni..

Related Posts with Thumbnails