Assalamualaikum semua,
Entri kali nie khas Skype garap untuk kontest ‘500 Blog’ yang dibuat oleh Ben. Kalau korang nak join jugak, boleh jenguk kat sini k. ;)
Apa yang perlu Skype buat join kontest nie adalah tuliskan serba sedikit mengenai diri Skype dan tujuan jadi blogger...
Ok, Skype nie sorang yang baik hati, pemurah dan berkarisma tinggi..siot je puji diri sendirikan. Haha. Ok, sori2. atas tu tipu jer. Yang nie yang betul2 k. ;)
Tentang Lelaki Ini
- Skype seorang pekerja yang bekerja menjaga kelancaran laluan data-data daripada Malaysia ke San Luis Obispo. (Sape boleh teka apa kerja Skype, Skype bagi
ferrari10sen). - Seorang yang berminat dalam bidang teknologi tetapi malas untuk meng’explore’.
- Seorang yang bercita2 untuk menjadi pendakwah tetapi hasrat tidak kesampaian. (banyak sangat cubaan dan dugaan yang datang menyebabkan hasrat tersebut tidak tercapai)
- Suka warna biru muda a.k.a biru air laut.
- Suka diving tapi tak pernah dive. hehe…
Tujuan Jadi Blogger
Memulakan aktiviti blogging pada akhir 2009 dengan nama blog ‘Jiwa Kehidupan’. Blog nie banyak bercerita mengenai peribadi dan banyak gambar2 kenangan yang Skype letak kat situ. Masa tu Skype memang perahsia giler, memang takde sorang pun di kalangan kawan Skype yang tahu Skype ada blog tapi bila kawan2 terdekat Skype mula tahu kewujudan blog tue, Skype delete blog tu sebab Skype tak suka diari Skype dibaca oleh orang lain ditambah pula Skype nie seorang yang agak pemalu. Ahakss…
Namun, pada Februari 2010, Skype kembali berblogging. Pada awalnya, niat untuk sambung berblogging nie just for fun, sekadar untuk bercerita tapi lama kelamaan niat itu bertukar sedikit demi sedikit. Bertukar kepada apa? Bertukar kepada untuk menegakkan syiar Islam. Sebab kebanyakan apa yang Skype perhatikan, kita skang meneruskan hidup dengan mengabaikan Islam sedangkan Islam itu cara hidup kita. Cara hidup yang amat sempurna Allah berikan kepada kita. Namun, atas nama kemodenan, kita ketepikan Islam. Jadi, sama2la kita fikirkan apakah yang kita telah lakukan untuk agama kita?
Sesungguhnya ALLAH itu MAHA BESAR lagi MAHA BERKUASA
Salam Ukhwah,



