RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

09 December, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Assalamualaikum semua,

Header Bensekadar bermain di pinggiran kuala sungai…ekeke… 

Seperti korang semua dah tahu Ben akan bubarkan ‘parlimen’ dia. So, Skype pun ingat nak masuk bertandingla untuk kerusi Kuantan nie. Harap2 kerusi Kuantan masih boleh dicalonkan. Hahaha…Mane tau, murah rezekikan.. Lagipun Skype tak pernah lagi tercalon dalam ‘parlimen’ Ben tu. Yela, blog masih lagi setahun pisang…ahaks..

Skype berharap sangat dapat tercalon dalam ‘parlimen’ Ben. Mane tak harapnya..Skype banyak belajar daripada Ben. Tulisan2 beliau bagi Skype walaupun nampak macam sekadar cakap2 tapi sebenarnya penuh dengan kandungan yang tersirat. Skype banyak mendalami ilmu penulisan daripada Ben dengan senyap dan kadangkala ada jugak tergatal mengomel entri beliau.

@)---   --------------------------------------------------------------------------------   ---(@

Skype ingat nak buat satu entri mengenai pengalaman pertama Skype jumpa Ben masa blogger futsal tempoh hari tapi alang2 dah citer pasal Ben nie, Skype gitau terusla.

Malam tu, Ben datang dengan Joe serta seorang lagi kawan Joe..tak pasti pulak sape. Masa tu Skype dah sampai dah and then Joe & Ben datang bersalam dengan Skype dan kawan2 yang lain. Terkejut monkey Skype bila tengok badan Ben masa tu, mana taknya…bapak besar badan Ben, macam pemain rugby bro..muscle2 berdenyut2 bro..haha..Kalau aweks2 yang tengok nie memang terpikat habisla kat Ben nie. Takleh cari makan orang lain…Hahaha..jangan marah Ben.

Benmase nie Skype ada kat meja sebelah..Ben lak dok asyik dengan notebook dia..dicurik drp Ben 

Lepas tu dia duduk kat meja sebelah Skype seorang diri. Buka laptop, handphone dua2 belah tangan pastu sambil mengunyah bubblegam(betulx eja nie). Dalam kepala lutut Skype, terdetik “Sebab tu la entri Ben sampai 10-20 sehari, rupa2nya mana2 tempat dia pergi mesti dia bukak laptop and updates. Memang penulis yang tegar betulla Ben nie”.

Selain tu, dalam kepala Skype nie ada juga terdetik “Boleh tahan sombong jugak Ben nie ye.” Mana taknya..masa sampai dia dok sorang2 jer kat meja sebelah. Tak cakap langsung dengan geng2 yang lain kecuali Joe. Tapi rupa-rupanya Ben tak sombong cuma biasala bila kita saling tak mengenali, mesti rasa segan sket nak tegur2 orang nie. Lagipun Skype la yang sepatutnya pergi tegur diakan sebab dia lagi tua daripada Skype. Tapi Skype tak pergi tegur pun sebab malu & taknak ganggu Ben updates blog. Lagipun sapela Skype ni kan..orang tak kenal langsung…

Klah, stakat tu dulu..nie yang malas mencoret nie. Kang dah panjang berjela den buat karangan. Adeesshh…

 

Salam Ukhwah,



25 November, 2010

Murah Rezeki 2 & 3 | Key Chain & Kopi Radix

Assalamualaikum semua,

Seperti yang Skype dah bagitahu semalam, semenjak dua menjak nie rezeki Skype sangat murah. Alhamdulillah, Skype bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada Skype nie. Malah nikmat oksigen yang kita gunakan nie pun dah sepatutnya kita bersyukur dan menambahkan kepatuhan kita kepada-NYA. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kembara Minda 7 (KM7)KM7

Ok, rezeki pertama Skype dah ceritakan panjang lebar semalam kat entri nie. Malam nie plak Skype nak citer rezeki yang kedua dan ketiga plak. Rezeki yang kedua yang Skype dapat adalah Key Chain Eksklusif daripada saudara Kembara Minda 7. Sebenarnya Skype telah menyertai Peraduan Jom Kembara kat blog KM7 hari tu kat sini dan Alhamdulillah, Skype pun antara yang terpilih untuk dapat hadiah daripada Kembara Minda 7. Shukran Ya Km7. ;)

KM7Ni dia sampul suratnya

KM7 2Nie dia Key Chainnya..siap ade gambar Km7 lagi..huhu.. ;)

 

*****************************************************************************

 

Ok, kita pergi pula kepada rezeki yang ketiga. Rezeki yang Skype dapat nie adalah daripada kawan Skype sendiri. Nak dijadikan cerita..sebelum nak balik raya hari tu, masa Skype tengah berbual-bual kosong dengan dia, Skype ada sebut Skype suka kopi radix dan nak beli kopi radix and then after raya tiba-tiba dia datang ke rumah Skype bawak satu kotak kopi radix yang ada 32 paket dalam tue.

Radix1Kopi Pracampuran Radix

Radix2Kalau korang nak, ambikla satu..

Radix3Radix boleh menghilangkan demam. 

Biar betul kawan aku nie, mula-mula Skype ingat dia main-main jer tapi rupa-rupanya memang betul dia nak bagi kat Skype. Kawan Skype nie memang baik hati sebenarnya, dia nie jenis yang tak kisah untuk berkorban untuk kawan-kawan. Syukur, Alhamdulillah..Skype dapat kawan macam dia. Thanks banyak2 Irwan.

footpc blogFootPC Blog

Oh yer, kawan Skype nie baru jer melibatkan diri dalam dunia blog. Header dia kat atas tue. Sebenarnya sejak dulu lagi dia telah menyatakan hasrat untuk berblog namun disebabkan kesibukan kerja, dia hold dulu niat dia tu. Skype harap korang semua dapat ‘support’ dia sebagaimana kita di‘support’ oleh kawan2 blogger lain sewaktu kita mula-mula bertatih dulu.

Hari nie, kawan Skype si Irwan nie demam dan sakit gigi. Kesian dia..huhu. Papepun, trima kasih banyak2 sebab bagi kopi radix nie. Termakbul jugak niat Skype nak beli kopi radix.

psss..skang nie dia tgh down & takde idea nk berbblog, so klu korang bagi support kat dia bolehlah melawat dia kat sini.

Salam Ukhwah,



23 November, 2010

Murah Rezeki 1 | Majalah Solusi Daripada GreenAppleKu

Assalamualaikum semua,

Allahuakbar..Allahuakbar..hampir seminggu Skype tak updates blog dan malam ni bila dapat updates blog rasa lega sket. Kalau tak, Skype asyik dok fikir pasal korang semua jer..yela, walaupun Skype tak updates apa-apa dalam seminggu nie, korang masih lagi sudi singgah kat blog Skype untuk komen & blogwalking. Terima kasih Skype ucapkan kepada korang semua.

Alhamdulillah, Skype baru jer selesai menjamu selera bersama-sama housemate tercinta. Hahaha… Menu malam nie adalah daging (daging korban hari tu) gulai pedas, ikan sungai goreng, hati goreng, pelempung goreng dan pelempung masak pedas. Daging masak pedas di masak oleh kawan Skype, iaitu Irwan. Dia memang pandai masak dan sedikit cerewet dengan makanan. Hehe...

Skype plak masak pelempung masak pedas tapi tak berapa menjadi sebab tumis hangit dan pelempung tak berapa masak, nie gara-gara tengok tv punya pasalla. Adoii..tapi dalam tak menjadi tu, laku jugakla pelempung masak pedas tu, tinggal 2 jer yang tak habis tapi takpe..kucing ade untuk habiskan.

GreenAppleKu

Ok, back to the topic..Alhamdulillah, kebelakangan nie rezeki Skype agak murah. Lepas satu, satu benda yang Skype dapat. Rezeki pertama yang Skype dapat adalah sebuah Majalah Solusi ‘Panduan Hidup Bersyariat’ daripada pemilik header di atas iaitu Cik GreenAppleKu. Sebelum nie Skype pernah citer pasal blog GreenAppleKu nie kat sini. Sebenarnya, Skype dapat majalah nie 2 hari sebelum nak raya haji hari tu tapi disebabkan masa tu Skype dah ready pack barang nak balik kampung so, tak sempatla Skype nak buat entry pasal nie. Skype dapat hadiah nie sebab jawab soalan yang dikemukan oleh Cik GreenApple kat entri nie.

Nie gambar majalah yang Cik GA bagi kat Skype tu...

abxNie dia punya courier.

majalah solusiNie dia majalah solusi tue.

Majalah nie memang banyak ilmu-ilmu mengenai mengenai panduan umat Islam dalam hidup bersyariat seperti:

  • Nafsu | Musuh Yang Dicintai
  • Diam Ada Makna
  • Apabila Anak-Anak Pandai Berbohong
  • Muslim yang “Islamophobia”
  • Bank Islam Mahal?
  • Sambut Aidiladha dengan Udhiyyah, Sambut Bayi dengan Akikah
  • HIJAB Bukan Tuntutan Agama?
  • Ciri-ciri Suami Idaman
  • Keajaiban Kulit Manusia

Cane, banyak bukan? Bukan tue jer tapi banyak lagi dan InsyaAllah Skype akan kongsikan dengan korang semua nanti.

Cik GA

Terima kasih banyak-banyak Skype ucapkan kepada Cik GA kerana sudi menghadiahkan majalah nie kepada Skype. Semoga Allah membalas hadiah nie dengan pahala yang berlipat ganda kepada Cik GA.

p/s: rezeki yang kedua dan ketiga nanti Skype tulis dalam entri selepas ni, panjang sangatla nak letak skali semua..huhu..papeun thanks Cik GA.

 

Salam Ukhwah,



24 October, 2010

Jom Teka 1 | Jawapan Dan Keputusan Pemenang

Assalamualikum semua,

Wah…macam-macam ek korang bagi jawapan untuk Jom Teka 1 | Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi? Erm…mula-mula Skype nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi join teka-teki yang mudah lagi sonang nie. Terima kasih banyak-banyak.

Ok..jom kita terus kepada jawapannya sebab Skype tahu korang yang join mesti tak sabar-sabar nak tahu jawapannya dan seterusnya menang duit yang Skype telah tawarkan.

Soalan Jom Teka 1:

Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi?

Jawapannya:

Skype pergi kenduri rumah kawan Skype.

Hehehe…jangan frust k.

Tak percaya? Ishh..korang nie tak baik tau cakap Skype tipu. Betulla…nak bukti? Ok, korang tengok gambar kat bawah nie.

Perkahwinan Tos & AienYg mana satu Skype ek? Sape blh teka Skype bg hdiah penginapan 5H5M kt umh sendiri. ;))

Dan pemenang bagi Jom Teka pada kali nie adalah:

Kembara Minda 7 (KM7)Kembara Minda 7 (KM7)

Tahniah diucapkan kepada pemilik blog KM7 kerana telah berjaya meneka dengan betul. Jawapannya begitu ringkas, padat, melekat, pelekat. Huhu..terpengaruh dengan Farouk Hussien plak. Oh yer, Skype nie kadang-kadang gila sket, gila ape? Gila nak bagi orang duit dan disebabkan hanya ada sorang je pemenang kali nie so Skype dengan ini mengumumkan yang pemilik blog nie akan menerima duit berjumlah RM50. Tahniah kepada KM7.

Serba Sedikit Mengenai KM7

Mula-mula Skype ingatkan sapela KM7 ni tapi selepas Skype belek-belek blog KM7 nie rupenye2 KM7 nie adalah seorang cikgu. Nama dekat entri bahagian komen teka tadi tertera KM7 so Skype ingat KM7 tu adalah singkatan kepada Kilometer tapi rupenye Kembara Minda.

Apa dan kenapa nama Kembara Minda dipilih, itu korang kena tanya sendiri dengan cikgu ataupun maybe cikgu boleh gtau kat kawan-kawan blogger kita kat bahagian komen entri ni nanti..kalau cikgu sudi nak bgtahula. ;) Blog cikgu nie Skype baru first time masuk dan belum explore habis lagi tapi setakat yang dah Skype explore blog cikgu nie memang best sebab banyak ilmu yang dikongsikan. Biasala cikgu, mestila banyak ilmu beb. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal cikgu nie boleh terbang pergi sini.

Ok, sekian dulu. Skype pun da ngantuk & pening2 da nie. So, jangan lupe untuk join teka-teki dengan Skype lagi lepas nie sebab korang hanya perlu taip jer. Tak perlu nak follow2 Skype nie tapi kalau nak follow ape salahnyakan. ;)

p/s: Cikgu (KM7), jangan lupa claim duit nie..nanti lesap di ambil orang.

Adiosa!



23 October, 2010

Jom Teka 1 | Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi?

Assalamualaikum semua,

Hari nie Skype rasa bermurah hati nak bagi korang duit raya korban untuk korang gunakan untuk beli daging korban..hehe..xdela, Skype gurau jer. Sebenarnya kali nie Skype nak buat teka-teki sket dan ini adalah cara mudah untuk korang dapat duit daripada Skype yang pemurah nie. Ekeke…

Caranya mudah jer..korang hanya perlu jawab teka-teki yang Skype buat di bahagian komen entri nie dan untuk soalan teka-teki hari ini adalah:

Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi?

Hadiah untuk setiap teka-teki adalah berbeza dan kali nie hadiahnya adalah:

RM50 sahaja

RM50 nie adalah untuk 5 orang pemenang yang jawab dengan tepat. Maknanya sorang akan dapat RM10 sorang. Nak cash boleh, nak suh top-up pun boleh. No hal…‘Chances’ untuk korang menang adalah sangat tinggi so ape tunggu lagi jawab jer…

Oh yer, jawapan yang Skype nak takdela terlalu details just bagitahu apa tempat yang Skype nak pergi jer. Contohnya Pasaraya Giants, Pasaraya Tesco, Kedai Handphone, Kedai Runcit dll.

Ok, Skype dah nak pergi dah nie. Kawan Skype da tunggu da ni. Malam nanti Skype balik Skype gtau result k. Selamat berteka-teki & selamat berhujung minggu. ;)

Adiosa!

21 October, 2010

Ben Ashaari Punya Pasal!!!

Assalamualaikum semua,

Hari tue Skype ade jenguk blog Ben Ashaari pastu Skype tengok dia ade buat teka-teki yang bertajuk ‘Milik Siapakah HEADER ini???’ kat blog dia. Korang mesti dah taukan. Skang nie teka-teki tu da masuk yang ke-9 rasanya…

Skype tak join pun lagi sebab takde masa sangat. Sebab nak jawab teka-teki nie korang kena banyak mengenali blog lain atau lebih tepat adalah korang kena rajin blogwalking…blogwalking tau, bukan shoutmixwalking…huhu.

Kalau korang baca tajuk tu macam Skype tak puas ati ataupun bergaduh dengan Ben kan? Huhuhu… Don’t jugde entri by title tau…Tapi memang Skype nak marah pun kat Ben nie sebab disebabkan nak cari entri yang Ben telah buat untuk teka-teki nie, Skype habiskan masa 2jam lebih cari tau. Kalau ade ‘archive’kan sonang Ben. Pandai Ben trick ek…huhuu…

Sebenarnya Skype nak citer pasal teka-teki yang Ben buat nie. Disebabkan ruangan teka-teki yang Ben buat nie la Skype mengenali seorang lagi blogger yang mempunyai blog yang menarik dan membuatkan Skype masukkan blog nie ke dalam bloglist “Mesti Terjah” Skype.

Korang nak tahu blog ape? Cuba korang tengok header kat bawah.

GreenAppleKuLove..Freedom..Independence

Mesti ade antara korang yang dah pernah masuk kat sinikan. So, amacam…best tak? Thanx to Ben Ashaari kerana membuat teka-teki tersebut dan seterusnya membantu bloggers mengenali antara satu sama lain.

Mesti korang tertanya-tanyakan nape Skype suka blog ni dan jawapannya adalah kerana  entri2 kat blog nie mempunyai ilmu-ilmu berkaitan dengan agama kita yakni Islam disamping celoteh peribadi tuan blog yang mana kadangkala dapat mencuit hati pembaca.

Oh yer, lupa lak nak bagi link blog nie. GreenAppleKu.

Adiosa!

02 June, 2010

Blue Van Giveaway

Assalamualaikum semua,

Blue Van Giveaway

Jom join Blue Van Giveaway kawan2…

Just click here!!!

Related Posts with Thumbnails