RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Tips Ke?. Show all posts
Showing posts with label Tips Ke?. Show all posts

27 November, 2010

Skype Disabotaj Oleh Nuffnang

Assalamualaikum semua,

nuffnang_logo_dragonball

Skang nie dah pukul 5 pagi, nak tido kang Subuh dah nak masuk. So, Skype pun bukakla internet, layan apa-apa yang patut. Lepas tu tetiba jer teringat nak bukak email yang dah 2,3 hari tak bukak. Bila bukak tu cam biasala, ada notification fb, twitter and etc. Bila Skype belek2 lagi Skype tengok ada email daripada Nuff seperti kat bawah.

“Dear Nuffnanger,

Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November). You are receiving this email because your account was affected.

We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.

We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with us.”

Kalau Skype dapat email daripada Nuff nie, kebiasaannya pasal community punya update tapi hari nie tajuk dia len sket..”Duplicate Earnings Issue”. Skali dengar macam dorang duplicate Skype punya earnings tapi rupa2nya sistem dorang ade masalah sket pasal earnings nie dan akaun Skype terlibat. Dorang cakap kalau Skype ada nampak apa-apa perubahan dekat earnings tu, maknanya sistem ader masalah la tu. So, dorang emailla kita awal2 supaya kita tak terkejut monyet dengan error tu.

Skype ingatkan dorang nak cakap yang Skype main kelik2 ads…Huhu, mujur bukan pasal tu. Kalau dorang cakap Skype main kelik2 ads, Skype saman dorang..Haha..(just kidding k). Kalau pasal main kelik2 nie, Skype mintak maafla..Skype tak buat benda2 camtu. I’m not kids that play like that.

Sebenarnya Skype tak kisah sangat pasal earnings nie sebab niat Skype berblog adalah untuk kebebasan diri dan meluahkan apa yang tersirat di hati Skype. This is all about FREEDOM. But, if they want to give us money, we just take with open hand.

Ape-ape pun, thanks 4 Nuffnang bcoz give me money. I appreciate that.

Thank you.

 

Salam Ukhwah,



26 November, 2010

Siapa Ada Akaun Twitter?

Assalamualaikum semua,

twitter_logo

Amacam korang hari nie? Sihat tak? Kalau tak sihat pi jumpa doc k. Ahaks…Ok, hari nie, Skype takde idea nak updates blog so Skype ingat nak add twitter korang. Sepertimana yang korang tahu, Twitter memang membantu kita sebagai bloggers meningkatkan traffic blog kita.

Twitter nie kira sebagai medium kita untuk iklankan blog kita. Selain tue, kawan-kawan Skype yang takde blog pun dipersilakan share juga twitter korang. Nanti senang aku nak contact korang. So, ape lagi share la twitter korang kat bawah tu. Nanti Skype follow korang k. And jangan lupa follow Skype skali.. ;)

 

twitter-follow-achiever

skypecrews



15 June, 2010

5 Rahsia Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu [Part 1]

Assalamualaikum semua,

Rahsia Lelaki Kali nie Skype nak kongsikan ngan korang semua terutamanya blogger wanita mengenai rahsia lelaki yang patut korang tahu. Bukan mudah sebenarnya wanita nak korek rahsia daripada lelaki, sebab lelaki nie terkenal dengan sikap mereka yang kebal dengan rahsia. Tidak kiralah rahsia tersebut adalah rahsia yang baik mahupun tidak, itulah kekebalan lelaki yang susah untuk wanita tembusi. Tetapi, sebenarnya korang(wanita) boleh tahu sikap & kriteria seseorang lelaki tu dengan melalui gerak-geri dan perlakuan mereka. Dengan cara ini sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk menilai seseorang lelaki…So, ape lagi..jom cokodok kat bawah nie…

1Korang perlu tahu yang lelaki tidak akan tertarik dengan seseorang gadis hanya kerana dia mempunyai bentuk fizikal yang menarik. Apa yang pasti, lelaki cukup senang sekiranya berdampingan dengan gadis yang bijak, boleh bersembang mengenai apa sahaja, dan tidak mengada-ngada tidak kena tempat.

2Lelaki juga mudah cair jika gadis yg mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka. Contohnya, jika si lelaki meminati sukan bola sepak dan si gadis memberi sepenuh sokongan padanya. Pada masa sama, lelaki juga senang dengan gadis yang mempunyai persamaan dengan dirinya.

3Lelaki bukan seorang yang ‘mesra’ telefon! Itu perkara yang perlu korang ketahui wahai si gadis. Bagi mereka yang baru bercinta, jangan suka sangat kalau di awal percintaan si lelaki asyik dok berbalas SMS dengan kamu kerana ianya hanya sementara. Lelaki berSMS dengan kamu di awal percintaan adalah untuk mengenali kamu dengan lebih dekat dan menawan hati kamu sahaja. Setelah kamu bercinta selama 1-2 tahun si lelaki akan kurang berSMS dengan kamu kerana itulah sifat mereka. Dan kamu juga perlu tahu bahawa mereka(lelaki) lebih suka melakukan aktiviti lain selain berSMS.

4Fesyen! Lelaki memang fail pasal nie wahai kaum wanita. So, korang jangan dok marah2 kat lelaki sebab tak pandai nak berfesyen. Lelaki akan pakai apa yang dorang rasa selesa untuk dipakai, tak kiralah apa yang dorang pakai tue tak sesuai dengan dorang. Jika si wanita ingin menegur si lelaki mengenai pakaian mereka diharapkan tegurla dengan berlapik supaya si lelaki tidak terasa hati dengan anda.

5Majoriti lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating untuk kali pertama. Jadi, jika korang(wanita) berada dalam situasi sebegini, cuba untuk menenangkan lelaki itu dengan berbual-bual topik ringan dengannya misalnya mengenai filem terbaru sekarang atau lagu kegemaran mereka.

So, kepada wanita2 di luar sana yang sudah mempunyai teman lelaki tue faham2la ya. Janganlah dok ambik hati sangat dengan teman lelaki anda tue. He3..pastu kepada yang masih tercari2 tue, rahsia2 kat atas tu diharapkan dapat membantu korang memahami lelaki.

Tunggu 5 lagi Rahsia Lelaki yang Skype akan bongkarkan pada post yang kedua nanti k.

 

Adiosa!

29 May, 2010

Blogwalking Software [Percuma]

Assalamualaikum semua,

blogwalking Semakin hari semakin ramai blogger wujud & jumlahnya semakin hari semakin bertambah. Wujudnya blog2 tersebut mungkin atas dasar peribadi, minat berblog, mahu cari duit sampingan dan sebagainya. Namun pada en3 Skype kali nie bukan ingin mempersoalkan hal tersebut tetapi ingin MENOLONG BLOGGER2 yang baru nak naik macam Skype nie untuk mendapatkan traffic yang tinggi @ dalam erti kata yang mudah “nak bagi ramai orang datang ke blog kita”. Tak kirala, mereka yang datang tue hanya sekadar menjadi silent reader ataupun membaca & mengomel skali.

Jadi, apa yang Skype ingin kongsikan dgn korang sume adlh sebuah SOFTWARE BLOGWALKING yang diilhamkan oleh PakcikHusen (PCH) yang mana benefits yang korang akan dapat nanti adalah korang dapat men“up”kan traffic blog korang. Selain tue, software jugak dapat mempromote blog korang dan akan menjimatkan masa korang untuk blogwalking. Jadi, kepada yang bizy ngan keje & jarang dapat on9…software nie memang seswai untuk korang. Selain tue, korang akan mendapat 1 banner khas yang akan dicreate oleh PCH.

Syarat-syarat untuk korang dapatkan software nie adalah dengan mempunyai blog sendiri & hanya tuan punya blog sahaja yang dapat apply software nie. Software nie percuma kepada 50 bloggers terawal mendaftarkan diri di bahagian komen en3  PCH. So, untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh dapatkan info kat blog PCH sendiri.

 

Adiosa!

27 May, 2010

Tips Selepas Langgar Kereta Orang

Assalamualaikum semua,

Tips Eksiden

En3 sebelum ni Skype ade bagitahu pasal Skype langgar kereta orangkan? So kali nie plak Skype nak kongsikan dengan korang tips2 yang patut korang lakukan apabila berada dalam situasi Skype pada masa tue. Biasanya korang dengar tips pasala blog jerkan? tips up traffic la, tips nak itula, tips nak inila…tapi kali nie Skype nak kongsikan ngan korang sume TIPS SELEPAS LANGGAR KERETA ORANG. Sebenarnya kalau korang tak tahu cane nak handle diz moment bahaya jugak tau sebab nanti orang akan ambik kesempatan atas diri korang. So, Skype harap tips nie akan dapat membantu korang semasa menghadapi keadaan tersobut. Jom Layan.

Ok, kat bawah ade beberapa step yg korang patut lakukan selepas korang langgar kereta orang.

:: Step Pertama ::

JANGAN PANIK (tapi Skype tahu korang tetap akan panik…huhuhu)

:: Step Kedua ::

Alihkan kereta korang kat tepi jalan dulu. Kalau tak, habis jem roti jalan. Lebih2 lagi kalau mase tu time orang masuk/kuar ofis. Kalau kete xleh gerak biarkan ajo kat tengah2 jalan tu..huhuu

:: Step Ketiga ::

Keluar dari kereta & tengok kerosakan kereta korang dan lepas tu tengok plak kerosakan kereta yang korang langgar. Biasanya bila dah langgar nie memang kedua-dua kereta akan ada kerosakan, tak kiralah rosak tu sikit atau banyak & korang akan dimaki jika sekiranya yang bersalah tu adalah korang & menurut undang2 pun memang orang belakang(yang melanggar) yang bersalah. So, bersedialah untuk dimaki & kalau boleh jangan maki balik. Cuba balas balik percakapan dengan baik & sebaiknya korang terangkan cane perkara nie boleh terjadi. Kalau betul korang yang bersalah, jangan cepat mengaku salah. Korang cubala ambik hati orang yang korang langgar tu & selepas itu barulah korang mengaku salah korang.

:: Step Keempat ::

Bincang dengan pemandu kereta yang korang langgar tu apa tindakan yang korang berdua nak ambil selepas ini dengan nada percakapan yang baik & sopan santun supaya dia tak bengang ngan korang, kalau perlukan aauuww…korang aauuww jerla.hehe….Dalam perbincangan nie, korang boleh suggestkan beberapa solutin kepada pemandu yang korang langgar tue mengikut tahap kerosakan kereta korang berdua…

Tahap Kerosakan

*Rosak Banyak =  Didefinisikan sebagai rosak yang melebihi kemampuan korang untuk bayar kos pembaikan. Seperti contoh: korang hanya mampu keluarkan duit sebanyak RM200 jer untuk membaiki kereta orang yang korang langgaer sedangkan kerosakan kereta tu melebihi RM200.

*Rosak Sikit = Didefinisikan sebagai rosak yang korang mampu bayar untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tue..

  i – Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Banyak!

  • Kalau situasi sebegini, sebaiknya korang berdua pergi buat report kat balai polis yang berhampiran supaya kos pembaikan kereta korang & kereta yang korang langgar dapat di claims dengan pihak insurans.
  • Kalau korang kaya/anak orang kaya, korang boleh settle dengan bawak kereta korang & kereta yang korang langgar tu ke bengkel & korang bayar semua kos pembaikan.

  ii – Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Rosak Sikit!

  • Situasi sebegini pun sebaiknya korang buat report kat balai polis supaya korang dapat claims insurans untuk baiki kereta korang yang rosak banyak tu. Untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tu, pemilik kereta tu akan claims kos pembaikan ke atas insurans korang. So, korang xpayahla nak kuar duit untuk bayar semua tu.
  • *Begitu juga sebaliknya jika Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar tu Rosak Banyak!

  iii – Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Sikit!

  • Dalam situasi cani, korang boleh settlekan tanpa perlu report polis. Seperti yang Skype dah terangkan definisi “Rosak Banyak” kat atas tue, korang boleh counttim elok2 ngan pemilik kereta yang korang langgar tu untuk bayar kos pembaikan kereta dia. So, tak payah korang nak bersusah payah pergi balai nak buat report.

Oh yer, kalau korang pergi buat report & korang didapati bersalah, korang akan disaman sebanyak RM300 tapi jangan takut untuk disaman sebab elok korang disaman RM300 daripada korang bayar kos pembaikan kereta yang beribu-ribu ringgit. Yang ribu-riban tu pihak insurans boleh bayar untuk korang. Lagi satu, kalau korang nak buat report..buat dalam masa 24jam. Kalau korang buat selepas 24jam eksiden tu berlaku, korang akan didenda RM400.

 

Adiosa!

Related Posts with Thumbnails