RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Entertaiment. Show all posts
Showing posts with label Entertaiment. Show all posts

07 June, 2011

Isu Video Klip Gambit Saifullah | Ramai Artis Tidak Faham Agama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

imagekeratan Akhbar Harian Metro 

Hari nie kat Harian Metro, Shah Jaszle telahpun memohon maaf kepada peminat atas '”aksinya” di dalam video klip lagu yang mengghairahkan. Berikut adalah kata-kata beliau yang diambil daripada Harian Metro:

“Saya hanya menjalankan tugas kerana ia tanggungjawab saya sebagai pelakon… Saya memohon maaf kepada peminat dan tidak menyangka klip video Marilah Menari akan menimbulkan kontroversi yang begitu hebat.” (jika salah tlg betulkan saya)

Jika saudara Shah membaca tulisan nie, saya harap Shah boleh fikir balik bahawa tanggungjawab sebagai pelakon memang patut dilaksanakan tapi saudara perlu ingat bahawa tanggungjawab saudara terhadap Allah s.w.t lebih utama dan wajib dilaksanakan.

Jika seseorang pengarah mengarahkan saudara melakonkan watak bersentuhan dengan yang bukan muhrim maka sebagai seorang Islam saudara wajib menolak ‘tanggungjawab’ itu kerana Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran bahawa ianya HARAM. Saya pasti saudara Shah dan artis-artis lain juga tahu akan hukum ini.

lords1

Tapi saudara dan rakan artis lain tetap juga lakukan dengan alasan tanggungjawab, nak cari rezeki dan lain-lain. Allah tidak kejam kepada hamba-NYA, setiap orang dikurniakan rezeki masing2. Ya, mungkin rezeki anda di bidang lakonan tapi anda perlu ingat dalam mencari rezeki juga kita perlu patuh kepada hukum Allah.

Apa yang perlu saudara dan rakan-rakan artis buat sekarang adalah:

  1. Perbetulkan niat untuk berlakon (niat kerana Allah)
  2. Cari & terima jobs yang tidak melibatkan persentuhan antara lelaki & perempuan (melanggar hukum Allah).
  3. Cari & terima jobs yang jalan ceritanya ke arah kebaikan.

Jika ade drama2 yang sedang dishooting sekarang yang mempunya scene-scene berpegangan tangan mahupun scene2 yang tidak elok, anda selaku seorang Islam & hamba Allah, anda perlulah tolak arahan tersebut & cuba berbincang secara baik dengan pengarah tersebut.

Ambillah iktibar dan teladan daripada saudara Azmil Mustapha(Ali Setan) Sham Kamikaze, dan Bob Lokman. Mereka dari dunia seni seperti anda yang telah berubah ke arah yang lebih baik hanya kerana Allah s.w.t.

Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia. Segala apa yang dikurniakan kepada kita atas muka bumi ini adalah daripada-NYA. Janganah kita ego dan sombong atas segala kemewahan & kecantikan paras rupa yang diberikan. Seeloknya kita beryukur dan membalas segala nikmat yang Allah berikan dengan patuh segala hukum-NYA.

Carilah redha Allah wahai artis-artis di Malaysia.

 

Salam Ukhwah,

04 April, 2011

Perkara Paling Cantik Di Dunia

Assalamualaikum semua,

Ape habaq? Dah lama kita tak bersuakan? Rindu plak Skype dengan blog-blog korang..hampir sebulan Skype tak update dan tak jenguk dunia blog. Thanx kepada korang yang sudi jugak singgah walaupun hampir sebulan Skype tak update namun Skype percaya apabila korang masuk ke blog Skype korang takkan rugi sebab Skype menyajikan perkara-perkara yang bermanfaat buat korang.

Oh yer, kalau ada entri-entri kat blog Skype nie macam menyeleweng dari agama or something like that, Skype harap sangat korang dapat tegur k. Ok, sebagai pembuka entri untuk April nie..Skype nak share ngan korang gambar-gambar ‘Perkara Paling Cantik Di Dunia’.

Jom usha-usha gambar tue.. ;-)

Rumah Paling Cantik Di Dunia

Most Beautiful House Rumah nie dikatakan milik pemain bola sepak terkenal iaitu Ronaldinho. Kita pun kalau ade rezeki nak jugakkan rumah macam nie kan? InsyaAllah, kalau kita usaha dan bertawakal kepada Allah, kita akan dapat dengan izin-NYA. Tapi agak-agak kalau rumah kita macam nie, nak ke lagi kita pergi surau atau masjid? Dahla rumah-rumah biasa yang kita duduk nie pun tak terpergi..inikan pulak bila duduk rumah cani…huhu…

 

Bayi Paling Cantik Di Dunia

Most Beautiful BabyNama baby nie ialah Fatima daripada Morocco. Very da cute..nak baby cani kenala kawen cepat2 & berdoa kepada Allah. Allah tu Maha Pemurah dan tak mustahil dia boleh bagi kita baby yang cute cani kalau kita betul2 berusaha dan bertawakal kepada-NYA.

 

Air Terjun Paling Cantik Di Dunia

Most Beautiful WaterfallAir terjun nie terletak di Sungai Niagara, bersempadan antara US dan Kanada. Apa yang Skype tahu, air terjun Niagara nie terbentuk apabila glasier nie merosot pada pengakhiran zaman ais. Maknanya dah sampai masa air tu cair dan tahukah korang bahawa tempat ini telah dijadikan kawasan pelancongan dan juga sebagai satu sumber kuasa hidroelektrik.

“Sungguh indah ciptaan Ilahi kan? Sesungguhnya, Allah amat sukakan kecantikan.”

 

Mata Paling Cantik Di Dunia

Most Beautiful EyesOrang cakap mata budak nie cantik tapi Skype rasa ade yang lagi cantik kot. Diz gurl from Afghanistan. Tapi bila korang tengok betul2, ade something melalui jelingan mata budak tu.

 

Jambatan Paling Cantik Di Dunia

Most Beautiful BridgeJambatan tercantik…yap, memang cantik giler apabila malam. Jambatan nie terletak di Jepun. Skype tak pasti kat daerah mane and tak pasti ianya masih ade lagi ke tak selepas kejadian tsunami hari tu.

 

Kuda Paling Cantik Di Dunia

Most Beautiful HorseKuda tercantik nie dijumpai di Arab.  That’s nicekan..putih meletak giler tapi yang kat bawah tu yang tak tahan tuh..huhuhu..

 

Sesungguhnya apa jua yang ada di dunia ini adalah hak milik Allah. Kita hanya sebagai pemegang amanah-NYA, kita just pinjam kejap jer. So, beringatlah kita. Don’t be proud more what u have… :-)

25 December, 2010

Anugerah Skrin Rancangan Maksiat

Assalamualaikum semua,

ASK2010 1

Amacam? Dah tengok anugerah skrin? Tak tengok? Tipula..Betul tak tengok nie? Bagus-bagus. Lagipun rancangan macam tu memang tak patut korang tengok pun sebenarnya..samala jugak dengan Anugerah Bintang Popular, Juara Lagu dan program-program yang sama waktu dengannya.

Tapi boleh dikatakan ramai jugak yang tengokkan..termasuklah jugak Skype. Betapa lemahnya iman Skype ni kan. Bukan apa..walaupun ‘pum pam’ dok cakap pasal agama, sirah Nabi tapi tengok gak bendalah nie kan. Tapi Skype tengok kejap jela pastu terus tukar citer lain. Tapi lepas tu bukak balik. Biasala..iman lemah katakan..

Bila dah bukak balik tu, tup2 penyampaian hadiah pasal dram yasmin ahmad kot pastu sharipoh amani berkata-kata..bla..bla..bla…malas Skype nak cakap. Korang dah tahukan skrip dia. Kata-kata dia nie langsung tak sesuai dengan baju yang dipakai sharipoh nie. Kameraman plak baik je ambik gambar half daripada dada ke atas. Memang nampak telanjangla kawan nie. Aduhh..nie sebenarnya yang Skype dok benci sangat dengan artis nie. Tak pasal2 dapat dosa free.

Mulut dorang ‘pum pang’2 macam dok cakap “InsyaAllah2, filem sekian2 akan keluar bulan depan tapi pakai baju singkat2, nampak itu, nampak ini.” Korang pun satu, dok promote gak artis2 nie. Saya sukala fahrin ahmad, eh, saya sukala lisa surihani..macam tuttt…(Skype tidak menyumpah ok) dorang nie kalau korang tanya kenapa dorang peluk2 time berlakon, mesti dorang akan cakap pengarah suruh buat macam tu. TU JAWAPAN BODOH YANG TAK BOLEH DITERIMA AKAL. Pengarah dengan ALLAH mana lebig “BESAR” beb? Kat situ pun para2 artis2 dah kalah dah kalau nak berdebat.

Walaubagaimana lemah sekalipun iman Skype nie tak bermakna Skype akan akur dan bersetuju dengan mereka2 itu. Kita nie kalau tak boleh nak nasihat dorang nie, kita patut mengutuk perbuatan mereka dengan harapan mereka sedar tapi alangkah sedihnya Skype apabila ada juga sebilangan blogger yang Skype anggap dorang nie sepatutnya cerdik tapi sebenarnya tak cerdik. Mana taknya, ada yang pergi ke anugerah skrin tersebut untuk melihat program tersebut.

Blogger2 nie sepatutnya dorang cerdik sebab apabila dorang berblog, dorang akan dapat lebih ilmu yang dikongsikan di alam maya. Tapi ada lagi yang bodoh pergi support rancangan maksiat nie. Tengok sajalah macamana pakaian2 mereka tu. Kita ada agama beb, mana ko campakkan agama ko tu? Jangan disebabkan glemer, teknologi dan sebagainya, korang tolak Islam tu ke tepi.

Ada plak blogger2 yang buat entri mengenai pemenang2 anugerah skrin tu plak. Tu dah kira promosi rancangan maksiat tau. NOT I SAID BUT THEY SAID HERE. Ok, fine. kalau korang nak tengok jugak rancangan macam nie..boleh tapi korang suruh penerbit rancangan nie pastikan semua orang kat dalam tu pakai baju yang tutup aurat dan kalau yang non Muslim plak pakai pakaian yang tidak menjomlok mata sang nafsu, pastu drama2/filem2 yang ditayangkan tu mengikut syariat Islam. Jangan ada pegang2 tangan, peluk2 dan sebagainya.

Eh, korang sedar tak nie? Bangunlah..jangan bermimpi dengan nikmat dunia ni. Jangan ikutkan sangat kemahuan duniawi korang nie. Dok kejar dunia, akhirat terlepas.

pss…ramai blogger2 yang menghalalkan perkara haram dalam blog beliau. tidak terlepas juga dalam blog skype dan blog blogger2 femes…fikir2kan…

pss lagi..sila tegur skype jika apa yang dikatakan ini tidak benar dan jika ada entri2 skype sebelum nie terdapat unsur2 mempromosikan dosa. plzz.. ;)

ok2..pss yang last skali..

anugerah skrin nie meb kurang sket dia punya penangan sebab tak happening sangat. tengoklah anugerah bintang popular dengn juara lagu nti..

ok2..yang nie confirm last..

klu xde rncangan2 mcm nie orang takdela dpt dosa wahai penerbit2. klu nk bt jgk sila ikut panduan Islam.

 

Salam Ukhwah,



13 November, 2010

[Video] Bayi Ninja vs Baby Lembu Ketawa

Assalamualaikum  semua,

wake up

Selamat pagi tengahari kepada yang baru bangun pagi, wah2..bangun2 terus mengadap komputer ek. tak sopan betulla korang nie..pergi gosok gigi dulu, zohor pun dah masuk nie..solat zohor skali. Ape..mimpi semalam? Aduyai…tahu2 jer mimpi tu kan, asal malam minggu datang mimpi, asal malam minggu datang mimpi. Dah2..pergi mandi wajib dulu, pastu baru mengadap komputer ok.

Ok, en3 kali nie sebenarnya sebagai selingan jer sebab pagi tadi sepatutnya Skype tidur tapi tak mengantuk pulak. So, tadi Skype layanlah Man, Woman, Wild kat youtube. Layan punya layan dah pukul 1 tengahari dah. Otak dah penat dah nie…jap lagi lepas solat Zohor, Skype nak tidur jap pastu kul3 nanti kena bangun balik pergi kerja. Adess…

So, sebelum tu Skype nak share dengan korang semua video bayi-bayi yang cute-mute. Satu video bayi yang menunjukkan aksi ninjanya( bila ntah budak nie blajar ilmu kekaratean nie, heran Skype) dan satu lagi video budak cute yang memakai suite lembu mengetawakan diri dorang. Memang lucu & kelakor. Jangan tension2...& Selamat Beramal.

Bayi Ninja

Ade sape2 yang brani nak lawan dengan budak nie tak? Hahaha…

 

Bayi Lembu Ketawa

Cute gak baju baby ni kan..Nanti nak belikan untuk anakla lepas nie… ;)

 

Adiosa!



11 November, 2010

Skype Frust Ditinggalkan Kekasih

Assalamualaikum semua,

Malam nie Skype tak nak cakap banyak sebab skang Skype tengah frust. Sampai hati si dia menghancurkan hati Skype. Skype setia dengan si dia tapi tiba-tiba dia mintak clash dengan Skype. Takpela, meb antara kita dah takde jodoh…

Kat bawah nie ada video Skype tengah frust, kalau korang nak tengok, tengokla…tapi jangan gelakkan Skype plak ek..

Hahaha…

kredit: http://kakimotong.blogspot.com/

 

Adiosa!



25 October, 2010

Jom Vote | When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together

Asslamualikum semua,

Free Your Ideas - DiGi

DiGi kali nie dengan bermurah hatinya ingin menawarkan wang berjumlah RM10,000 kepada ‘Youths’  yang dapat memberikan idea-idea yang menarik untuk mengadakan apa-apa aktiviti bersama kawan-kawan. Maknanya sesiapa yang ade idea-idea yang menarik yang ingin dilakukan bersama-sama kawan-kawan korang tak kiralah korang nak buat gathering ke, scuba diving ke, pameran fotografi ke atau apa-apa saje aktiviti yang sihat & menarik..DiGi sedia memsponsor korang.

So, salah seorang daripada blogger kita iaitu Joegrimjow kita telah menghantar proposal kepada Digi untuk buat satu event yang bertajuk “When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together”. Gempak jugak tajuk tu kan..dan InysaAllah akan lebih gempak lagi jika event tersebut terlaksana.


Sedikit Info Mengenai Gathering

Gathering nie meb akan diadakan pada bulan December atau Januari yang akan datang. Gathering kali nie juga InysaAllah akan diadakan secara besar-besaran dan akan mengumpulkan para blogger, para tweeple dan para facebooker. Opss..para-para Sakura tak datang k. Dia bizy…huhuhu. So, bagi melaksanakan gathering yang besar nie sudah tentu memerlukan dana yang besar jadi inilah harapan kita supaya korang dapat vote ramai-ramai supaya gathering yang dirancang terlaksana. InsyaAllah. ;)
Ini adalah proposal dan gambar yang dihantar oleh joe kepada pihak DiGI.

|| When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together | |

|| The Words ||


Apa yang korang boleh buat adalah:
              a) Blog (Buat satu entri khas utk promote event nie, klu copy paste yang ni pun blh jgk)
              b) Twitter & Facebook (korang blh tweet & share en3 nie also kat blog Skype, just tokan yoo)


Semangat Buat Korang

Buat pengetahuan korang proposal yang joe hantar tu skang berada di ranking 12 daripada 342 penyertaan! Jadi, kita memerlukan sedikit lagi usaha daripada korang untuk ‘PROMOTE’ & ‘VOTE’. InsyaAllah dengan usaha kita bersama nie kita akan berada dalam top 5. Kat bawah nie adalah antara top 5 setakat ini.

Top 5 Rankings


Peringatan..(siap ade peringatan tue.huhu):

Voting period akan tamat pada esok hari (26 Oktober 2010) jam 7 malam, so kita hanya ada masa hari nie & esok je lagi. Apa tunggu lagi ‘PROMOTE’ & ‘VOTE’ler event nie skarang & InysaAllah jika berjaya dan Big Gathering yang kita usahakan nie akan terlaksana.

“PROMOTE & VOTE”just that

p/s: korang jugak boleh refer benda ni kat blog joegrimjow pasal nie.



Adiosa!

22 October, 2010

Dengan iPhone Anda Boleh Tengok Video Bogel Secara LIVE?

Assalamualaikum semua,

Skype tak tahu video yang Skype nak tunjukkan nie palsu atau betul tapi video nie memang menarik tetapi bukan disebabkan kebogelan yang akan ditunjukkan nanti. Tetapi disebabkan teknologi yang digunakan dalam video nie.

Ok, korang layan dulu video nie… ;)

Video 1

Video 2

Amacam..best tak video tu? Korang jangan buat yang tidak2 tau. Hu3.. Skype tak pasti sangatla tentang kesahihan video nie tapi diyoutube ade komen yang mengatakan yang video nie fake. Bagusla kalau fake. Kalau tak makin tinggila harga iPhone lepas nie & makin meningkatla gejala sosial di negara kita nanti. ;) Ntah2 Skype pun beli satu kot.. Hahaha…(just joke k)

So, pendapat korang lak cane? FAKE or TRUE???

Adiosa!

12 August, 2010

Bila Budak Bercakap Dengan Ikan

Assalamualaikum semua,

Cane puasa?Ok tak? Skype harap korang dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya. Ok, Skype nak kongsikan dengan korang semua satu video “Budak Bercakap Dengan Ikan”. Nak tergelak pun ade…sedih pun ade. Papepun layan jela sebagai selingan… =)

 

~~ SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA ~~



17 July, 2010

11 Perkara Menarik Sekitar Piala Dunia 2010

Assalamualaikum semua,

S.Aguero Baby Piala Dunia 2010 telah pun melabuhkan tirainya pada 11 Julai 2010. Tahniah kepada Sepanyol kerana telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia 2010. Kemenangan nie amat bermakna bagi Sepanyol kerana ini adalah kali pertama pasukan mereka layak ke final dan seterusnya menjadi juara. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Sepanyol dan penyokong2nya. Memang korang patut menang…walaupun untuk aksi final hari tu Skype sokong Belanda namun sebagai peminat yang profesional Skype bangga dan berpuas hati dengan kemenangan Sepanyol. Corak permainan Sepanyol memang bagus dan dorang memang patut menang, Belanda juga tidak kurang hebatnya namun dengan corak permainan yang sedikit kasar dan tertekan menyebabkan Belanda dirundum malang walaupun mempunyai beberapa peluang yang cukup baik. Tahniah sekali lagi Sepanyol!!! Klah, Skype nak kongsikan beberapa video yang menarik dan mencuit hati sekitar Piala Dunia 2010 nie. Diharapkan korang terhibur dengan video2 tersebut.

Jom Layannn….

Teruk tulla perangai jurulatih Germany nie…hu3

Senakla tue..kah3…

Ha3..yg ni xleh tahan nie, kelakar tulla Eboue nie…koya faham pe yg coach korea tu cakap….

Giler r Maradona…open minded tul, rela kena tembak ngn anak2 buah…

Ilek jer budak tue ek…hahaha…

Casillas macam itik…

Korang mesti ade buat canikan…Skype tau…hu3…

Golie nak akrobatik tapi xpandai..hahaha..memalukan tulla…

Janganla ade yang kena cani…klux naya si isteri….wakaka…

Vuvuzela punya keje…kesian laki tu…

Drogba main cuit2…hahaha…padan muka bommel….

  

Adiosa!



29 April, 2010

Pandangan Korang Pasal Game kat FB? ~~Jwb JUJUR tau..hehe~~

Salam semua,

Kegilaan Facebook Siang tadi masa Skype belek2 paper, Skype terpandang satu kartun nie. Memang kelakar…memang sindir tahap gaban nie. Orang2 lama yang dulunya berkebun kat tanah mesti ketawa terbahak nie…Yela, mane taknya, dulu berkebun pakai cangkul tapi skang berkebun pakai laptop..Hahaha…Memang menjadi kegilaan ramai skang nie men game melalui FB..Game yang biasa orang men adalah FarmVille, FishVille, Mafia Wars,Premier Footbal & lain2. Kadang2 tu bukak FB niat utamanya memang nak men game…bukannya nak berinteraksi ngan kawan ke ape…Huhuu…

“Cakap kat orangla lu nie Skype, padahal lu pun sama…”Hahaha…tau takpe, dulu Skype memang cam karektor dalam kartun nie r. Bangun tido buka farmville, balik keje buka farmville, malam sebelum tido buka farmville. Kadang2 tu sanggup tak tido kerana asyik dok men game tu lepas tu pergi keje mulalah ngantukla, p2 curi2 tido kat ofisla…jahatkan Skype…hehee…Tapi skang Skype dah xmain dah, Skpe dah insaf dah…huhu. Bukan insaf sangatla cuma dah rasa boring men farmville nie, rase cam Skype buang masa banyak sangat kat game ni sampai abaikan kerja Skype. Lagipun ladang Skype dah berjaya. Hehehe….

Korang plak cane…?

Korang men tak game kt FB nie…?

Game ape korang men?

Skang nie korang men lagi ke game tue?

Adiosa!

05 March, 2010

The Amazing Race Asia (TARA) S4 is coming to Malaysia!

Salam,

tara4

Sedang ak sedang membelek2 blog para sahabat dalam keadaan mengantuk, ak dapat email daripada AXN Asia pasal The Amazing Race Season 4. Ingatkan nak jemput ak join TARA S4 direct tapi dorang suh pergi audition.

Sebenarnya awal bulan Januari hari tu, ak memang da usha dah pasal TARA nie kat webiste AXN, siap register lagi website AXN tu untuk dapatkan borang penyertaan, syarat2 penyertaan dan eligibility requirements(amenda ntah lam bhs melayu…huhuhu)…bile dah donlod, ak pun tengok dia punya syarat2…perrghh…boleh tahan jugak.

 

tara info

 

Lepas tu dalam borang penyertaan tu, macam biasa kita isi form…nama, alamat dan lain2. Lepas tu dalam borang penyertaan tu jugak korang kena jawab lebih kurang 50 PULUH SOALAN IN INGGERIS. Macam2 dorang tanya…soalan plak bukan calang2 soalan tau. Ini menjadi halangan kecil untuk ak join this program. Halangan yang meb ak anggap paling mencabar adalah kena buat video selama 3 minit. Bukan video tutt la…Dalam video tu korang mesti menceritakan ape2 yang menarik dan why both of u should be a participants in diz program…(blh jgk ek ak ckp omputih).

Semasa di dalam program tu jugak memang korang kena cakap omputih. Kalau korang cakap Melayu di tambah plak sleng2 kenegerian korang tu failla. Korang dua orang jela gamaknya yang paham…Ak bukan nak takutkan korang tau…TAPI saje jer nak bagi info, mane tau korang nak join TARA S4 nie kan….huhu…Klu korang xcaya, korang boleh dapatkan borang tu kat sini.

Oh yer, lupe lak ak nak gtau ngn sape ak nak join diz programkan(klu dapatla…). InsyaAllah, kalau dapat ak nak join ngan kawan kolej ak dulu..tasnif. Ak lum gtau dia lg sbb bile ak tgk syarat2 TARA hari tu terus tak jadi nak join. Tapi ak confirm, klu ak ajak tentu dia nak join. Ak pilih dia sebab kitorg kat kolej dulu kira macam saling memahamila…ahaks, macam mane tu…heheh…sori, i’m not gay ok…

So, sape2 yang teringin sangat nak join program nie pergila ke salah satu tempat yang ade kat atas tu. Lokasi dan tarikh semuanya ade kat atas tu…Ak tak tahu join ke tak sebab kalau ak pergi audition tu pun meb pergi yangkat KL jer kot tapi tarikh tu kawann ak kawenla…tengokla cane nanti…

 

JUMPA DI SANA….!!!!!!!!!

 

Adiosa!

Related Posts with Thumbnails