RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

08 December, 2010

Gathering Blogger Futsal

Assalamualaikum semua,

Hari tu Skype ada gtau kat sini yang Skype join blogger-blogger berfutsal di Frenzy Futsal, Shah Alam. Gathering nie just aktiviti biasa untuk mengeluarkan peluh di samping untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang lain. Sebenarnya, Skype nak updates hari tu lagi tapi belum dapat gambar daripada kamera kawan Skype dan gambar daripada kamera blogger yang len...

Kat bawah nie adalah senarai nama blogger2 yang datang pada malam tu yang dicuri daripada Joe.

Senarai Nama

Kalau korang tengok yang bukan blogger pun datang memeriahkan blogger futsal nie dan dorang yang takde blog tu sebenarnya adalah kawan Skype..huhu. Hari tu Joe ada cakap yang bukan blogger pun boleh datang so Skype ajakla kawan Skype sorang teman pergi sana tapi alih2 ramai plak yang nak join. Buat pengetahuan korang, 2 orang daripada kawan Skype tu ada blog tapi  dah lama giler tak updates. Tu yang dorang tak letak kat dalam senarai kat atas tu. Dorang malu-malu kucing..haha…

Skype sebenarnya kerja kat Kuantan atau lebih tepat lagi adalah di Cherating. Bukan sebagai pelayan bar Club Med mahupun penari tiang di sana tetapi hanyalah sebagai nelayan yang mencari rezeki yang halal. Dari Cherating ke Kuala Lumpur hanya sekadar untuk bermain futsal? Dah giler ke? Sampaikan kawan-kawan Skype pun cakap Skype gila datang jauh2 semata-mata nak men fustal…hahaha…

Sebenarnya jauh di hati Skype, niat utama menjoinkan diri dengan futsal nie adalah untuk berkenalan dengan blogger2 yang lain. Dah banyak gathering yang dibuat sebelum ini namun semua tu Skype tak dapat join disebabkan oleh kekangkang kekangan masa. Tetapi kali nie, Alhamdulillah Skype dapat join disebabkan beberapa faktor tambahan lain seperti Skype free pada tarikh tue, sumber kewangan masih lagi kuat walaupun awal bulan..ekeke.., minat terhadap sukan futsal dan ingin berjumpa kawan-kawan Skype yang lain.

Jom layan gambar2 kitorang berfutsal dulu.

BF8Gambar dicurik di blog Tuan Din & diwatemarkkan ke atas beliau.

BF1Game bermula…

BF2Main jangan tak main…

BF3Sepak jangan tak sepak…

BF4Jijan hanya memerhatikan bola nampaknya…Aik? Mane Ben?

BF5Dah gol ke belum nie?

BF7Menggelecek nampaknya disitu…

BF10Setelah penat bermain…sambil si budak sakit sempat mem‘peace’kan diri…

BF9Selesai sudah…  

Game sebenarnya stat pukul11 malam tapi kul10 Skype and kawan dah terpacak kat situ. Sebenarnya Skype tersalah faham perbualan dengan Joe tempoh hari, ingatkan kul11 main lepas tu kul10 nak berkenal-kenalan dulu tapi rupanya kul12 baru stat game. Hahaha..2jam tunggu seh..sampaikan kawan-kawan Skype pun merengek sebab dorang lapar. Tu yang beli roti sampai satu plastik besar tu. Hahaha..sori2.

Apepun, Skype enjoy gathering ni and puas hati dapat berkenalan dengan blogger2 yang lain walaupun tak semua. Setakat yang Skype dapat berkenalan dan sempat cam muka2 dorang adalah:

Ben Ashaari – Joe – Azizan Kadir – Zack Entry – Ichigo Miro – SickChild – Tuan Din

So, kepada blogger2 yang join futsal malam tu and kita belum sempat bersapa secara rapat, korang tinggalla link korang kat bawah nie k.

 

Salam Ukhwah,



04 December, 2010

Off To Blogger Futsal

Assalamualaikum semua,

[Just Short Entri]

Skang nie Skype kat KL untuk join blogger futsal yang akan diadakan pada hari nie 4 November 2010 jam 10 malam. Punyalah giler Skype buat decission last2 minit nak join gathering nie and then pukul 2.40 pagi tadi Skype bertolak dari Kuantan dan sampai kat KL pukul 5 pagi tadi.

So, kepada yang rasa berkesempatan untuk join blogger futsal this night bolehlah hadirkan diri korang malam nie kat Frenzy Futsal Shah Alam.



Antara blogger2 hot yang akan hadir adalah:


Jom Berfutsal!!!

25 October, 2010

Jom Vote | When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together

Asslamualikum semua,

Free Your Ideas - DiGi

DiGi kali nie dengan bermurah hatinya ingin menawarkan wang berjumlah RM10,000 kepada ‘Youths’  yang dapat memberikan idea-idea yang menarik untuk mengadakan apa-apa aktiviti bersama kawan-kawan. Maknanya sesiapa yang ade idea-idea yang menarik yang ingin dilakukan bersama-sama kawan-kawan korang tak kiralah korang nak buat gathering ke, scuba diving ke, pameran fotografi ke atau apa-apa saje aktiviti yang sihat & menarik..DiGi sedia memsponsor korang.

So, salah seorang daripada blogger kita iaitu Joegrimjow kita telah menghantar proposal kepada Digi untuk buat satu event yang bertajuk “When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together”. Gempak jugak tajuk tu kan..dan InysaAllah akan lebih gempak lagi jika event tersebut terlaksana.


Sedikit Info Mengenai Gathering

Gathering nie meb akan diadakan pada bulan December atau Januari yang akan datang. Gathering kali nie juga InysaAllah akan diadakan secara besar-besaran dan akan mengumpulkan para blogger, para tweeple dan para facebooker. Opss..para-para Sakura tak datang k. Dia bizy…huhuhu. So, bagi melaksanakan gathering yang besar nie sudah tentu memerlukan dana yang besar jadi inilah harapan kita supaya korang dapat vote ramai-ramai supaya gathering yang dirancang terlaksana. InsyaAllah. ;)
Ini adalah proposal dan gambar yang dihantar oleh joe kepada pihak DiGI.

|| When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together | |

|| The Words ||


Apa yang korang boleh buat adalah:
              a) Blog (Buat satu entri khas utk promote event nie, klu copy paste yang ni pun blh jgk)
              b) Twitter & Facebook (korang blh tweet & share en3 nie also kat blog Skype, just tokan yoo)


Semangat Buat Korang

Buat pengetahuan korang proposal yang joe hantar tu skang berada di ranking 12 daripada 342 penyertaan! Jadi, kita memerlukan sedikit lagi usaha daripada korang untuk ‘PROMOTE’ & ‘VOTE’. InsyaAllah dengan usaha kita bersama nie kita akan berada dalam top 5. Kat bawah nie adalah antara top 5 setakat ini.

Top 5 Rankings


Peringatan..(siap ade peringatan tue.huhu):

Voting period akan tamat pada esok hari (26 Oktober 2010) jam 7 malam, so kita hanya ada masa hari nie & esok je lagi. Apa tunggu lagi ‘PROMOTE’ & ‘VOTE’ler event nie skarang & InysaAllah jika berjaya dan Big Gathering yang kita usahakan nie akan terlaksana.

“PROMOTE & VOTE”just that

p/s: korang jugak boleh refer benda ni kat blog joegrimjow pasal nie.



Adiosa!
Related Posts with Thumbnails