RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

07 June, 2011

Home » , , , , » Isu Video Klip Gambit Saifullah | Ramai Artis Tidak Faham Agama

Isu Video Klip Gambit Saifullah | Ramai Artis Tidak Faham Agama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

imagekeratan Akhbar Harian Metro 

Hari nie kat Harian Metro, Shah Jaszle telahpun memohon maaf kepada peminat atas '”aksinya” di dalam video klip lagu yang mengghairahkan. Berikut adalah kata-kata beliau yang diambil daripada Harian Metro:

Saya hanya menjalankan tugas kerana ia tanggungjawab saya sebagai pelakon… Saya memohon maaf kepada peminat dan tidak menyangka klip video Marilah Menari akan menimbulkan kontroversi yang begitu hebat.” (jika salah tlg betulkan saya)

Jika saudara Shah membaca tulisan nie, saya harap Shah boleh fikir balik bahawa tanggungjawab sebagai pelakon memang patut dilaksanakan tapi saudara perlu ingat bahawa tanggungjawab saudara terhadap Allah s.w.t lebih utama dan wajib dilaksanakan.

Jika seseorang pengarah mengarahkan saudara melakonkan watak bersentuhan dengan yang bukan muhrim maka sebagai seorang Islam saudara wajib menolak ‘tanggungjawab’ itu kerana Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran bahawa ianya HARAM. Saya pasti saudara Shah dan artis-artis lain juga tahu akan hukum ini.

lords1

Tapi saudara dan rakan artis lain tetap juga lakukan dengan alasan tanggungjawab, nak cari rezeki dan lain-lain. Allah tidak kejam kepada hamba-NYA, setiap orang dikurniakan rezeki masing2. Ya, mungkin rezeki anda di bidang lakonan tapi anda perlu ingat dalam mencari rezeki juga kita perlu patuh kepada hukum Allah.

Apa yang perlu saudara dan rakan-rakan artis buat sekarang adalah:

  1. Perbetulkan niat untuk berlakon (niat kerana Allah)
  2. Cari & terima jobs yang tidak melibatkan persentuhan antara lelaki & perempuan (melanggar hukum Allah).
  3. Cari & terima jobs yang jalan ceritanya ke arah kebaikan.

Jika ade drama2 yang sedang dishooting sekarang yang mempunya scene-scene berpegangan tangan mahupun scene2 yang tidak elok, anda selaku seorang Islam & hamba Allah, anda perlulah tolak arahan tersebut & cuba berbincang secara baik dengan pengarah tersebut.

Ambillah iktibar dan teladan daripada saudara Azmil Mustapha(Ali Setan) Sham Kamikaze, dan Bob Lokman. Mereka dari dunia seni seperti anda yang telah berubah ke arah yang lebih baik hanya kerana Allah s.w.t.

Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia. Segala apa yang dikurniakan kepada kita atas muka bumi ini adalah daripada-NYA. Janganah kita ego dan sombong atas segala kemewahan & kecantikan paras rupa yang diberikan. Seeloknya kita beryukur dan membalas segala nikmat yang Allah berikan dengan patuh segala hukum-NYA.

Carilah redha Allah wahai artis-artis di Malaysia.

 

Salam Ukhwah,

12 comments:

Anonymous said...

Taboo & Terang Nyata Menyalahi Hukum Agama..brozabar (lame xsinggah sini,,hehehe)

Anonymous said...

Komen Pasal Teguran kepada Jurugambar -
Entri yng menarik,mudah difahami tetapi perlu lebih kritikal kerana aku rasa yg follow blog ni ramai jugak dikalangan jurugambar.. "Photography is not about hobby just now, but is becoming a phenomena because everyone can have it.." ~JUST LIKE FB.. You know what i mean right?? brozabar

Solihin Zubir said...

haha.. alasan tipikal artis...
yg dia tahu, ikut arahan n tanggungjawab sbgai pelakon la knon..
tggungjwb sbg hamba Allah, mcm mana? haish...

bantalbucuk said...

hmm..macam tu la biasanya statement artis kalau de kontroversi macam ni..sabo jela..

HazHand said...

biase lah tu... pe dok pk xtahu lah.. nmpak tetek,sume die accept je kan..hahaha

Skype Crew said...

@anony (bro zabar)

mmg menyalahi tp kita still lalali lagi bro. ak xckp org len, kfg2 ak sndri pun tgk bro. ak rse utk banteras perkara kena bermula dari pemimpin. pemimpin yg btl2 berjuang ats nama Islam akn mengawal industri hiburan tanah air dgn cara Islam.

p/s: tq coz sudi singgah bro..lame xmnulis bro..

Skype Crew said...

@solihin

tu r pasal..ak kdg2 geram jgk dorang bt cani. mcm mempermainkan agama. ko teruskan bgi teguran dgn cara ko. InsyaAllah, ak akn cuba dgn cara.

gud lux solihin.. ;)

Skype Crew said...

@bantalbucuk

mmg mcm tu jela alasan dorang. sabo2 jgk bro..kita kena tegur dorang nie..huhu..

Skype Crew said...

@hazhand

smua nie sbb kita jahil agamala bro..ak pn klu k tmpt mmg ak accept kot, maklumlah dulu ak jahil jgk tp Alhamdulillah, setelah Allah hntr ak kt Cherating nie ak semakin mendalami agama..ak bersyukur sgt2..

GreenAppleKu.com said...

Lama betul tak lepak kat sini dan byk perubahan yg telah berlaku pada blog. Blog nampak lebih pro dan serius. Eh, iyer ker tak blh log in ke blog GA. Tapi knp yg lain boleh log in. Dah semak url blog GA tak? Mana tahu ada yg tak kena ker? Sekarang ni dah ok ker tak? Senang tak nak log in? Byk betul soalan yg nak tanya. hehe..

Skype Crew said...

Sori, bizy sket skang. Xsmpt nk bls komen GA. Sbnrnya blog GA ok jer cuma blog GA kena block drp diakses di premis TM jer..Skype baru perasan..huhu,...

sblm nie internet kt umh Skype down smnggu p2 Skype tryla masuk blog GA kt opis tp xblh,igtkn blog GA yg problem tp rupe2nya TM block blog GA kt premis TM jer..

Kt premis TM, FB or anything yg melibatkan "Social Network" tak dibenarkan bukak kecuali at the certain time. Skype assume team IT TM tersilap letakkan blog GA under "Social Network" website. tu yg Skype xdpt akses blog GA kt opis.. tp klu kt umh ok jer.

underfloor heating said...

hotography is not about hobby just now, but is becoming a phenomena because everyone can have it.." ~JUST LIKE FB.. You know what i mean right??

Related Posts with Thumbnails