RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

22 August, 2011

Hukum Jimak Isteri di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

Semalam, seorang sahabat telah sms saya dan bertanya kepada saya mengenai hukum jimak isteri di siang hari pada bulan Ramadhan. Sahabat saya nie bertanya bagi pihak kawannya yang baru saja berkahwin sebelum Ramadhan hari tu. Siapa orangnya tak payah den khabarkan ye..kan malu pulak dia.

Saya respek kawan kepada sahabat saya tu kerana berani untuk bertanyakan hal ni secara direct dengan sahabat saya. Ya, mungkin kita terasa malu tapi baik tanya daripada terus menanggung dosa.

cincin-1-of-1

Biasalah orang baru kahwin..kadang-kadang susah sket nak kontrolkan. Walaupun syaitan dah takde tapi nafsu tetap ade lagi dalam diri kita lebih-lebih lagi nafsu lelaki hanya satu iaitu seks. Namun bila berada di alam perkahwinan seks itu adalah HALAL kecuali pada waktu-waktu yang di larang oleh Allah.

Sebenanya saya bukanlah orang yang selayaknya untuk jawab soalan yang beliau ajukan tu tapi dah dia tanya jadi saya cuba jawablah. Lagipun saya tahu, sahabat saya tu bukan kaki internet so dorang tak tahula nak cari dekat mane. Jawapan saya nie pun saya tengok kat internet. Saya tengok dekat blog beberapa cendiakawan Islam dan juga beberapa forum Islam.

Hukum

Hukum suami isteri yang melakukan jimak pada siang hari di bulan Ramadhan adalah HARAM dan wajib dikenakan KAFFARAH.

Apakah KAFFARAH?

Dari sudut bahasa (al-Kafru) bermaksud menutup. Di namakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

Dari sudut istilah pula ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.

  • Wajib puasa 2 bulan berturut-turut.
  • Jika tidak mampu berpuasa, merdekakan seorang hamba.
  • Jika tidak mampu merdeka hamba, beri makan kepada 60 orang fakir miskin (secupak seorang).

Taksiran

1 cupak beras = ¼ gantang Baghdad
1 gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg

Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

Contoh :

Kafarah
Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00.

Rumusan

Begitulah rumusannya mengikut pembacaan saya di beberapa buah website, blog cendiakawan Islam serta beberapa forum. Tinggal lagi adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakan kaffarah itu.

Jadi, saya sarankan kepada anda yang mengalami perkara nie..sila rujuk kepada imam/ustaz di tempat anda. InsyaAllah, mereka boleh bantu.

*Sila tegur saya jika ada kesilapan dalam saya menulis entri ini.

sumber: halaqah.net, MAIWP, abuumair1, serta video2 ceramah drp cendiakawan Islam.

 

Salam Ukhwah,

31 May, 2011

[Gambar] Majlis Perkahwinan & Pernikahan Ahmad Fedtri Yahya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

AFY10meminta dari YANG MAHA ESA spy membantu menjaga amanah yang bakal dipikul… 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Ahmad Fedtri Yahya telahpun selamat diijabkabulkan dengan permaisuri pilihan hatinya iaitu Nurul Anati Ismail, 26 tahun pada hari Sabtu yang lalu (28 Mei 2011). Nurul Anati Ismail adalah seorang guru dan berasal dari Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Detik pertemuan & perkenalan mereka adalah ketika Fedtri menjalani penggambaran program dari Masjid ke Masjid di Masjid Taman Tun Dr Ismail. Ketika itu, Nurul adalah antara peserta yang menyertai program yang dianjurkan di masjid tersebut.

Majlis diadakan secara sederhana dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala majlis  sambut menantu pada 1 Jun depan akan diadakan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak iaitu di tempat kelahiran Ahmad Fedtri Yahya bertemakan Manisnya Ukhwah.

 

@)- - Majlis Pernikahan - -(@

 

AFY1senyuman yang menggambit seribu makna…

AFY3ado yang single lagi tak dalam gambar nie…ahakss..

AFY2menghadap khusyuk sayembara teruna diri… 

AFY5Islam tak menyusahkan utk penganutnya berkahwin tapi kita org Melayu yg menyusahkannya...

AFY8“pahlawan kata-kata Melayu”

Melihatkan majlis yang diadakan di rumah sebelah perempuan sememangnya menepati kehendak Fedtri & pasangannya yang menginginkan majlis yang sederhana  dan mengekalkan identiti orang kampung.

Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak.

p/s: betul tu, dalam kuliah ustaz azhar pun beliau ada cakap pertunangan itu adalah perjanjian. apabila keluarga lelaki pergi ke rumah keluarga perempuan utk berbincang dan mengikat janji maka itulah pertunangan. apa yang kita buat sekarang nie adalah hanya berlebih-lebihan+membazir duit(dahla hantaran puluh2 ribu)+serta nafsu orang perempuan yang mindsetnya “tunang/kahwin sekali seumur hidup.”(Jadi, orang laki..tugas anda adalah menyedarkan bakal isteri anda.)

“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tetapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga. Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.

“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,”.

AFY9berwalikan daku… 

AFY10 AFY11

AFY6amanah yang bertukar milik… 

AFY12cintaku bukan di atas kertas… 

AFY14ciuman kasih seribu perasaan…

 

@)- - Majlis Perkahwinan - - (@

 

AFY100Gerombolan pejuang Islam melangkah menuju puncak destinasi…

AFY101yang pasti tujuannya hanya satu…

AFY102disambuat oleh si ayah yang berpaksikan…

AFY103melangkah ke gerbang perkahwinan…

AFY104alunan Al-Quran yg sepatutnya menjadi kebiasaan dlm masyarakat…

AFY105meh apak suap meh menantu kesayang apak…olololo….comeynye dia..auwww..

AFY106eh3x..apak da suap tadi still nak lagi ke en fedtri oii… ;) 

AFY108 eh3x..await pakcik nak suapkan isteri fedtri lak? adehhh…

AFY109this is my taste also to do the wedding..just simple..no big2 bcoz i dont have money… 

AFY110kenalx sape kat sebelah fedtri yg pakai baju itam tu? mcm penah nmpk tapi kat ne ek? hahaha…

AFY111 sanak saudara & sahabat hyundai handai…

AFY112Alhamdulillah…

p/s: Alhamdulillah..mintak2la boleh bini yang paham agama. Tidak semestinya dia tahu semua pasal agama TETAPI cukupla sekadar apabila diterangkan kepadanya kenapa Islam melarang tentang sesuatu perkara maka ia FAHAM & TIDAK MEMBANTAH. hrp mklm.

 

kredit gambar: Odisi Studio

Related Posts with Thumbnails