RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

12 February, 2011

Home » , , , , , » Krisis Mesir | Hosni Mubarak Letak Jawatan Presiden

Krisis Mesir | Hosni Mubarak Letak Jawatan Presiden

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana perjuangan rakyat Mesir dalam menumbangkan kerajaan zalim Hosni Mubarak akhirnya mencapai kejayaan. Setelah berjuang selama 18 hari, akhirnya Hosni Mubarak mengalah dan mengambil keputusan meletak jawatan semalam(11 Feb 2011).

Dalam satu siaran semalam, Omar Suleiman, Naib Presiden Mesir, mengumumkan yang Hosni Mubarak telah meninggalkan pejabat beliau dan telah menyerahkan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.

Kenyataan ringkas Suleiman telah diterima dengan satu sorakan gembira dan kibaran bendera Mesir oleh beribu-ribu rakyat Mesir di Tahrir Square, Kaherah dan juga oleh aktivis-aktivis pro-demokrasi yang berkempen di seluruh negara sejak Jumaat yang lalu.

Mohammed Hussein TantawiMohammed Hussein Tantawi

Tokoh tertinggi rejim Mesir yang baru sekarang ini adalah Mohammed Hussein Tantawi, Menteri Pertahanan Mesir. Selepas pengumuman itu, beliau melepasi bekas istana Hosni Mubarak, yang mana orang ramai memberi sorakan kepada beliau. Beliau berhenti seketika dan mengucapkan terima kasih serta melambai-lambai sebelum berlalu memasuki istana tersebut.

Dalam kenyataan ketiganya kepada negara, beliau berkata Majlis Tertinggi Angkatan Tentera sedang mengkaji situasi sekarang supaya aspirasi negara mereka menjadi kenyataan.

Laporan mengatakan yang resolusi-resolusi dan kenyataan-kenyataan yang berhubungan dengan tindakan-tindakan akan diikuti supaya mencapai tuntutan-tuntutan rakyat Mesir.

Dalam siaran itu, jurucakap Mesir menyampaikan salam dan penghargaan kepada Mubarak untuk perkhidmatannya bagi negara dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah ‘jatuh’ sepanjang protes itu berlaku.

‘Mimpi Menjadi Nyata’

Rakyat Mesir yang berada di Tahrir memberi respons kepada kenyataan Suleiman dengan menyanyikan “Kami pernah menumbangkan rejim”, sementara yang lain kelihatan menangis, bersorak dan berpeluk antara satu sama lain.

Mohamed ElBaradei, seorang pemimpin pembangkang, dipetik sebagai berkata "sebuah mimpi menjadi kenyataan" ketika bercakap kepada Al Jazeera.

"Saya tidak boleh memberitahu anda bagaimana perasaan rakyat Mesir hari ini. Kami telah dapat mengembalikan hak kemanusiaan kami untuk menjadi bebas dan merdeka" katanya.

Dia mengulangi dengan mengatakan bahawa Mesir kini perlu kembali kepada kestabilan , dan mencadangkan satu kerajaan peralihan ditubuhkan.

"Kami perlu teruskan, keutamaan kami adalah untuk memastikan negara ini kembali pulih dari segi sosial, ekonomi dan demokratik secara bersepadu." katanya.

Ayman Nour Ayman Nour, seorang lagi pemimpin pembangkang dan seorang bekas presiden memberitahu Al-Jazeera yang dia akan menimbangkan untuk bertanding jawatan presiden jika mendapat sokongan kepada pencalonannya. Dia memanggil Jumaat "hari terbaik dalam sejarah Mesir.

"Negara kita telah dilahirkan semula. Orang-orang ini telah dilahirkan semula, dan ini adalah 'Mesir Baru'."

"Malam ini, selepas berminggu-minggu mengalami kekecewaan, keganasan, ugutan, suara rakyat Mesir telah didengari, bukan sahaja oleh presiden itu tetapi oleh seluruh dunia." lapor wartawan kami di Tahrir Square.

‘Letupan Emosi’

"Keriangan di sini sekarang sukar untuk digambarkan," lapor wartawan kami di bekas istana Hosni Mubarak, di mana sekurang-kurangnya sepuluh ribu aktivis pro-demokrasi sedang berkumpul.

"Saya telah menunggu, saya telah bekerja sepanjang hidup saya untuk melihat suara rakyat ke hadapan dan ianya ditunjukkan sendiri. Saya terdiam." kata Dina Magdi, seorang jurukempen pro-demokrasi di Tahrir Square kepada Al-Jazeera.

Keadaan ini bukan sahaja mengenai Mubarak undur diri, tetapi ianya juga tentang kuasa rakyat untuk membawa kepada perubahan.

Di Alexandra, bandar kedua Mesir, wartawan Al-Jazeera menggambarkan "letupan emosi" berlaku. Dia mengatakan beratus-ratus ribu rakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Hosni Mubarak di jalanan.

People CelebrateRakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Mubarak

Memberikan respons kepada pengumuman itu, Catherine Ashton, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, memberitahu Al-JAzeera yang 27 negara anggota menghormati keputusan yang telah di ambil Mubarak.

Beliau berkata Kesatuan Eropah mahu mengembalikan penghormatan terhadap maruah rakyat Mesir ketika ini dan kesatuan bersedia menawarkan bantuan dalam tempoh peralihan ini.

Joseph Biden, Naib Presiden AS berkata, ini adalah "penting dalam sejarah", dan peralihan di Mesir itu mestilah "tidak boleh ditarikbalik". Laluan rundingan ini adalah ke arah demokrasi.

Barrack Obama, Presiden AS, dijangka akan membuat kenyataan mengenai perletakan jawatan Mubarak pada 2000 GMT.

Sementara itu, Menteri Luas Swiss, telah mengesahkan kepada Al-Jazeera bahawa mereka mempunyai aset-aset beku berkait dengan Mubarak.

Perpisahan Jumaat

Pengumuman Suleiman datang selepas beratus-ratus ribu rakyat Mesir turun ke jalanan selama 18 hari berturut, berarak ke istana Mubarak, bangunan-bangunan televisyen negeri dan lain-lain bangunan rasmi kerajaan.

Aktivis-aktivis pro-demokrasi telah menggelar hari semalam 'Perpisahan Jumaat', dan telah menuntut "berjuta-juta"  keluar dan menuntut yang Mubarak meletakkan jawatan.

Beratus-ratus ribu dilihat telah berkumpul di Tahrir Square, Kaherah, yang mana tumpuan utama adalah membantah, melaungkan slogan-slogan menentang kerajaan dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan kenyataan Mubarak pada alam Khamis, apabila beliau telah mengulangi sumpahnya untuk enghabiskan tempohnya.

egypt people demo 1Rakyat Mesir berkumpul di Tahrir Square

Berpuluh-puluh ribu turut berkumpul di luar istana presiden Hosni Mubarak, di mana wartawan Al-Jazeera melaporkan bahawa terdapat sekumpulan tentera yang mempunyai kekuatan yang kuat
berada di situ sepanjang hari, tetapi tiada tanda yang menunjukkan tentera bercadang untuk bertindak keras terhadap penunjuk perasaan.

Disebabkan rakyat Mesir semakin ramai di luar istana, Mubarak meninggalkan Cairo pada hari Jumaat ke pusat peranginan Red Sea Sharm Al-Shaikh, menurut sumber-sumberyang bercakap kepada Al-Jazeera.

Kenyataan Tentera

Dalam satu kenyataan yang dibaca menerusi televisyen negara Mesir pada tengah hari pada hari Jumaat, tentera mengumumkan bahawa ia akan menggunakan satu undang-undang darurat yang berumur 30 tahun tetapi hanya akan digunakan "sebaik sahaja keadaan sekarang ditamatkan".

 

Sumber: Al-Jazeera

Terjemahan & Olahan Kembali: Skype Crew

_______________________________________________________________________________

Skype saluted dengan rakyat Mesir, bila mereka dah ambik keputusan untuk buat sesuatu, mereka akan buat sehingga berjaya walaupun terpaksa menumpahkan darah. Tapi kita? Kita penakut… Bukan kita nak kemewahan, bukan kita nak bangunan besar tapi kita nak kerajaan laksanakan Islam yang sebenar. Tu jer..please Malaysian, be strong and be smart. Please… :(



7 comments:

Solihin Zubir said...

Alhamdulillah.. Syukur..
moga2 peralihan kuasa ini akan menjana kebangkitan Islam di seluruh dunia..
insyaAllah..

Anonymous said...

Mubarak II-Omar Suleiman

Semoga demokrasi akan kembali terlaksana sama cam negaraku,,eh' hahaha

Kalo duk bawah ptadbiran pun xde gune gak sebab undang2 darurat masih terpakai..

Apapepun salute buat semua rakyat Mesir!!

(pssst...pasti bangga jika ada rakyat kite turut serta dalam kebangkitan rakyat ni..i mean menjadi sebahagian sejarah...jgn hanya pandai mengampu cakap terima kasih P* time turun kapal terbang je(duit semua rakyat malaysia tu!!)..JiHe

Anonymous said...

ralat-kalo duk bawah pentdbiran TENTERA pun xde bla14x...

Sham said...

kemenangan untuk rakyat mesir...tapi jgn keluar mulut buaya masuk pula mulut rimau udah le...

Skype Crew said...

@solihin

InsyaAllah, umat Islam di seluruh dunia akan sedar bro..

Skype Crew said...

@anonymous/jihe

InsyaAllah bro..Ikhwanul Muslimin skang sdg berusaha utk mentadbir Mesir tapi rasenye xkan terang2an menggunakan nama Ikhwanul Muslimin sbb tkt nti US akan sabotaj dgn melancarkan serangan thadap Mesir dgn alasan Ikhwanul Muslimin pengganas.

Skype Crew said...

@bro sham

Kita sama2 doakan spy perkara sdmkian xberlaku bro..

Related Posts with Thumbnails