RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

23 February, 2011

Home » , , , , » Apa Erti Menjadi Solehah?

Apa Erti Menjadi Solehah?

Assalamualaikum semua,

isteri solehah Skype yakin ramai wanita-wanita di luar sana ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Tapi sedarkah anda bahawa dalam perbuatan anda(isteri) dalam sehari-hari terdapat perkara yang menyebabkan anda gagal menjadi seorang isteri yang solehah..lebih-lebih lagi pada zaman internet sekarang nie.

Skype ada kisah di mana menceritakan mengenai “Apa Erti Menjadi Solehah?”.

Kisah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim :  Siapakah kamu?

Menantu :  Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim :  Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu :  Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya).

Menantu :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail :  Apa jawapanmu?

Isteri :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail :  Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.

Nabi Ismail :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.

Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.

Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim :  Dimana suamimu?

Menantu :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim :  Baguslah kalau begitu.

Menantu :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan.

Nabi Ibrahim :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya. (sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail :  Apa katanya?

Isteri :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail :  Apa jawapanmu?

Isteri :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.

Nabi Ismail :  Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri :  Alhamdulillah, syukur.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi wanita yang sudah ataupun akan mendirikan rumahtangga, berhati-hatilah dengan perkara nie, lebih-lebih pada zaman internet skang nie. Pelbagai status di updates setiap minit di facebook dan twitter dengan status-status yang mendedahkan rahsia rumahtangga dan mengeluh dengan kehidupan mereka. MasyaAllah, sedarkah anda bahawa anda adalah seorang wanita/isteri yang wajib taat pada suami?

Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)



5 comments:

Solihin Zubir said...

kisah yg bermanfaat utk psgn berumahtangga..
jangan dedahkan aib suami dan kekurangan dalam rumahtangga..
zaman skrg susah nk cari isteri solehah..
isteri SOLIHIN ada la.. heheh...

Jimie SC said...

hahaha..siot je. isteri solihin plak.
bile nk kawen bro?ahaks..

IftiMonstaa said...

peringatan yg baik. kalau ada jodoh panjang umur sempat kawin harap tak jd cmtu

Jimie SC said...

@iftimonstaa

InsyaAllah, berdoa je kpd spy dipanjangkan umur dan dpt kawen & dpt berbakti pada ur future husband k. ;)

Lynn Azlina said...

Perkongsian ilmu yang amat bermanfaat utk kaum wanita...

Sentiasa REDHA dan BERSYUKUR dalam setiap kehidupan seharian...
Insyaallah.

Syukran jazilan.

Related Posts with Thumbnails