RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

06 March, 2011

Home » , , , » Teguran Buat ‘Photographer’

Teguran Buat ‘Photographer’

Assalamualaikum semua,

photographer

Hampir 2 minggu blog Skype tak diupdate dan Alhamdulillah..hari nie Allah s.w.t telah bagi Skype idea untuk update blog Skype. Skype tak kisah sangat sebenarnya untuk pastikan blog Skype nie selalu diupdate atau tidak SEBAB semakin banyak kita bercakap/menulis, semakin banyak dosa yang kita akan buat tapi kalau apa-apa yang kita cakapkan/tuliskan itu baik, InsyaAllah..pahalalah yang kita dapat.

Lagipun, sejak dua menjak nie Skype bizy sket dan mood untuk menulis pun takde tapi Alhamdulillah, malam nie Allah telah bagi ruang untuk menulis dan Skype harapkan tulisan ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada korang tetapi juga kepada diri Skype.

Ok, back to the topic..laa nie dah ramai dah yang pakai kamera digital ataupun nama glamernya DSLR. Sebenarnya, Skype pun nak angkut jugak..dah 2 tahun cuba kumpul duit tapi tak pernah nak cukup. Time nak simpan tu ada-ada je benda nak guna duit dan terpaksa disetelkan dulu. Sampai skang nie pun masih tak dapat nak beli. Adess..

Sebenarnya perkara nie dah lama Skype nak tulis tapi tak berkesempatan dan kali nie Skype tekad untuk menulis disebabkan kerana ianya terjadi kepada kawan Skype sendiri bahkan kepada sebilangan photographer yang lain juga.

This is About ‘Subjek’

Kamera digunakan untuk mengambil gambar dan video.

Untuk mengambil gambar, seseorang photographer memerlukan ‘SUBJEK’.

‘SUBJEK’ boleh jadi apa sahaja…kereta, pokok, awan, haiwan, MANUSIA, dan lain-lain.

Namun, ‘SUBJEK MANUSIA’ seringkali digunakan oleh sesetengah photographer Islam yang terlepas pandang bahawa sebagai seorang ISLAM, apa-apa yang kita hendak lakukan haruslah mengikut syariat Islam.

Kita orang Islam, jadi.. ‘SUBJEK’ yang kita hendak gunakan itu WAJIB mengikut syariat Islam.

Apa hukum-hukum Islam?

Skype ambik salah satu contoh yang mudah iaitu MENUTUP AURAT.

Tidak kiralah ‘SUBJEK’ itu lelaki ataupun perempuan, ianya WAJIB MENUTUP AURAT.

Tapi yang banyaknya, ramai yang menjadikan ‘WANITA CANTIK’ sebagai ‘SUBJEK’ atau ‘MODEL’. Lebih-lebih lagi, sifat wanita itu sendiri yang sukakan kecantikan dan suka menunjukkan ‘kecantikan sementara’ mereka itu.

Tidak kurang juga, si lelaki pun turut suka melihat wanita yang cantik. ermm…..

Tidaklah menjadi masalah menjadikan wanita yang menutup aurat sebagai ‘MODEL’ tapi sebolehnya elakkanla..

Definisi Tutup Aurat

Tapi skang nie ramai dikalangan kita melihat menutup aurat itu hanyalah pakai tudung. Kalau kita tengok seorang wanita tu pakai tudung memang confirm kita kata dia seorang yang menutup aurat tapi kita tak sedar bahawa baju kasual atau apa-apa bau yang sesetengahnya dipakai oleh kaum wanita itu adalah menampakkan bentuk badan.

Bentuk ape yang nampak Skype tak nak gtau, korang dah boleh fikir sendiri. Lagipun, ketahuilah olehmu wahai wanita bahawa kebanyakan 1st impression looking lelaki terhadap wanita adalah pada dada anda. So, bila dah pakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh apelagi..ibarat mengantuk disorongkan bantalla.

Kalau si lelaki tu hanya melihat saje takpe, tapi nantikan lepas dia tengok ur dada and then balik rumah dia layan benda2 yang tak elok cane? Lagi parah anda wahai wanita..dapat dosa buka aurat lepas tu dapat dosa lelaki tu sekali.

Nie definisi tutup aurat, so..kepada photographer di luar sane, Skype harap korang faham definisi menutup aurat nie.

  1. Hendaklah pakaian itu melitupi seluruh badan kecuali anggota yang bukan aurat.
  2. Hendaklah pakaian itu tebal dan tidak nipis.
  3. Hendaklah pakaian itu longgar dan tidak ketat.
  4. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.

muslimah

Masalahnya

Yang menjadi masalahnya, wanita yang menjadi ‘MODEL’ itu tidak menutup aurat.

Apabila anda menangkap gambar ‘MODEL’ tersebut dengan auratnya yang terdedah dan anda siarkan di facebook, blog dan sebagainya..akibat daripada ‘HASIL KERJA’ anda yang ‘BAGUS’ itu, anda mendapat DOSA kerana menolong menyebarkan aurat wanita Islam.

Bukan Janji Tapi Pasti

Skype pasti anda2(photographer) sebenarnya terlepas pandang mengenai hal ini. Jadi, selepas ini Skype harap anda dapat ‘ALERT’ mengenai hal ini demi kehidupan akhirat anda.

Jadikanlah keindahan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t ini sebagai ‘SUBJEK’ anda. InsyaAllah, semoga ‘HASIL KERJA’ anda diredhai oleh Allah.

Ok, sebagai inspirasi untuk korang ambik gambar yang baik lepas nie, korang boleh tengok ‘HASIL KERJA’ Ustaz Azhar kat sini.

psss..berhati-hati dengan kelas dekat beberapa tempat yang korang pergi utk belajar fotografi. mereka ada menggunakan wanita Cina sebagai model. biasanya kelas2 nie anjuran company brand2 dslr yg korang beli tu..drp dapat dosa tangkap gambar wanita xtutup aurat lebih baik xyah masuk kelas tu. banyak lagi kelas2 lain yg blh korang join.. ;)

ingat..‘ARAHAN ALLAH’ itu lebih utama daripada ‘ARAHAN MANUSIA’…

 

Salam Ukhwah,



22 comments:

habsahharun said...

model muslimah katenye..
hakikatnya, muslimah tak boleh tontonkan kecantikan..

terima kasih untuk entri yg bagus ni..

D'China Store said...

nasib aku tangkap gambar kucing je..nice entri..:)

Unknown said...

stuju...btw..nice entry.. :)

suichi said...

Yup..true.. can't agree more..
~~aku suka memotretkan kanak2.. gadis btudung tu ada lah jugak... yang tak betudung tu pun ada jugak.. haha..

Sang Gabriel said...

lawan pada amal jariah

ni macam dosa jariah

IftiMonstaa said...

betul. ramai tak pandang hali cmnie

Eiza GreenAppleKu said...

Nice entry..tapi blog kamu diserang katak!!!!

Eiza GreenAppleKu said...

Better betulkan kes katak nih..

Siti Safiyyah said...

erkk tak terfikir lak pasal tu..terima kasih kerana ingatkan..;)


psstt : Elok ke merendah diri sangat ni?

Jimie SC said...

@habsah harun

sama2..tp skang nie da bnyk jadi c2. trendy katakan. kdg2 kita nie terlalu ikutkan arus kemodenan tp agama xseiringkan.

Jimie SC said...

@Luncai

kucing? xde pun gmbr kucing ak tgk.. gmbr ak adela..hahaha

Jimie SC said...

@cik aish

thanx cik aish.. ;)

Jimie SC said...

@suichi

kanak xpe bro..tp wanita yg xmenutup aurat tu yg xleh..tp tula bila da kamera nie kdg2 ssh nk controlkan..ahaks..

Jimie SC said...

@gaban morka

dosa jariah? erm..risau2..

Jimie SC said...

@ifti

InsyaAllah, kita sama2 tegurla k.

Jimie SC said...

@GA

huhu..tula, blog skype kena serang ngn katak. xde mse lgla nk fixkan benda nie. skang nie bizy sket..

hr tu blog GA pun kena serang jgkkan?

Jimie SC said...

@siti

sama2 siti..sebarkan ye. InsyaAllah, smoga kita smua brada dlm rahmat Allah s.w.t

Farhan Zulhusmi said...

betul tu...sy suka kata2mu...semakin banyak kita menulis..semakin banyak dosa kita...tapi its all depend to niat...ok....
xsalah kalau nak share something....
nice entry....;-)

Amira Anorah said...

Skype crew?hehehe..gila skype ke ape??

betol apa skype cakap..nice entri..
ada jugak yang pakai tudung, disebab kan muka cantik, perfect body shape, dorang bukak tudung just because nak jadi model..hmmm...

Jimie SC said...

@farhan

thank farhan..

btl tu farhan..xslh klu kita nk share something tp biarlah something yg kita nk share tu tdk bercanggah drp hukum Islam.

Jimie SC said...

@amira

await sengeh2 bila sebut skype nie? nie msti ade pape..ke jatuh cinta dgn si dia melalui skype..haha..

tu yg skype bimbang sbnrnya mira, elok2 pki tudung last2 bukak sbb nk jadi model.

iniialahaku said...

aku xda DSLR...tpi aku ada 3.2mp ni je..aku lgi suka tgkap gmbar pokok..org kata plik...lntakla...

Related Posts with Thumbnails