RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

20 February, 2011

Home » , , , , » Pelakon Bob Lokman Sertai PAS

Pelakon Bob Lokman Sertai PAS

Assalamualaikum semua,

Entri kali nie mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak dan kawan-kawan Skype yang menyokong Umno namun setelah Skype berfikir banyak kali, Skype ambik keputusan untuk masukkan ke dalam blog Skype. Kepada penyokong parti Umno, Skype harap korang tak sentap dan tak kisah Skype ber’politik’ kali nie sebab niat Skype ikhlas iatu demi agama kita yakni ISLAM. Takde langsung niat lain. Skype harap korang baca dengan minda ISLAM dan semoga hubungan persahabatan kita masih kekal wahai sahabat.

______________________________________________________________________________

boblokman masuk pas

Mahfuz: PAS popular di kalangan 'rockers'

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi nafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.

sumber: Malaysiakini

 

****************************************************************

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan taufik dan hidayah kepada Bob Lokman. Sebenarnya, Skype dah mula perasan perubahan Bob Lokman nie selepas kematian Din Beramboi. Sejak itu, beliau perlahan-lahan cuba lari daripada dunia hiburan. Dunia hiburan tidak salah tetapi cara untuk membentuk dunia hiburan itu kena betul dan di dalam Islam sendiri ada cara-cara yang betul untuk berhibur.

InsyaAllah, kemasukan saudara Bob Lokman nie membuktikan bahawa Pas adalah parti yang bersungguh-sungguh dan ikhlas berjuang untuk agama. Umno bukan tidak memperjuangkan Islam tetapi Umno tidak serius dalam menegakkan agama ALLAH. Kita mengucap “LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH” yang bermaksud “AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MENLAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH YANG TERAKHIR” tetapi kita tidak beramal dengan apa yang kita ucapkan. Kalau kita percayakan ALLAH, maka hukum ALLAH WAJIB dilaksanakan.

Abang Bob jugak nampaknya mengaku yang dia sebelum nie banyak lalai dan terlalu mengejar duniawi. Berikut adalah petikan kata-kata beliau yang diambil daripada blog beliau..

“Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia.”

Semoga penghijrahan beliau ini dapat membuka mata hati artis-artis lain supaya berubah mentaati ALLAH s.w.t.

psss..semoga Afdlin Shauki pun turut terkesan dengan penghijrahan Bob Lokman nie. ;)

 

“BERJUANGLAH UNTUK ISLAM, SESUNGGUHNYA KAMU TIDAK AKAN SIA-SIA”

Bob Lokman

Bob Lokman 1

Salam Ukhwah,



7 comments:

Fariq Jalil said...

aku takde masalah pun dgn parti mana2. mana yang betul kita ikut, mana yang songsang kita hindarkan. buat bob loqman. harap takde timbul persoalan/ gosip utk beliau lepas beliau menyertai pas. sebab itu adalah kehendak beliau, dan individu berhak utk memilih parti mereka sendiri..

Anonymous said...

it doesn meant that PAS is ISLAM and ISLAM is PAS....PAS adalah wadah utk menegakkan ISLAM (yg sememangnya xde pd UMNO dr dulu samapai saat aku tulis komentar ni)..ttg Bob masuk PAS,,pd aku,,itu suatu hal yg menarik kerana die adalah public figure dlm masyarakat..Aku doakan semoga Bob akan gune PAS sebagai saluran untuk sebarluaskan kefahaman mengenai perjuangan PAS dlm menegakkan syiar ISLAM..Semoga beliau diberi ketabahan hanti dlm menempuh dunia baru yg dia pilih ats hidayah Allah swt..brozabar

Sham said...

yang benar akan tegak yang batil akan runtuh...takbir...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Jimie SC said...

@fariq

btl tu fariq, ak hrp pn dia dpt jadi cnth kpd org lain nti.

Jimie SC said...

@anonymous/brozabar/sahabatku

InsyaAllah, sama2la kita doakan smoga sdr Bob Lokman nie dikuatkan iman & semangatnya utk memperjuangkan Islam.

Jimie SC said...

@sham

InsyaAllah, Allah bersama orang2 yg berani menegakkan agama-Nya. Amin..
Allahuakbar..

Related Posts with Thumbnails