RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

21 February, 2011

Home » , , , , » Kenapa Bob Lokman Sertai PAS?

Kenapa Bob Lokman Sertai PAS?

Assalamualaikum semua,

Semalam Skype ada post entri mengenai Bob Lokman sertai PAS di sini dan hari nie Skype nak kongsikan plak pengakuan saudara Bob Lokman sendiri mengenai kemasukan beliau ke dalam Pas.

Sebelum direct kepada video pengakuan Bob Lokman tu, Skype nak kongsikan isi hati Skype dengan skorang semua.

Ok, Skype sedia maklum di kalangan yang like Fan Page Skype Crew adalah sahabat-sahabat terdekat, kawan-kawan kolej, kawan sekerja dan juga kawan-kawan blogger yang mana ada yang cendorong kepada Pas dan Umno dan lain-lain. Skype juga yakin yang 99% daripada mereka adalah orang Islam.

Jadi, Skype mintak sangat anda semua, sahabat-sahabat Skype baca dan dengar video nie dengan jiwa Islam. Skype seorang anak muda yang berfikiran terbuka yang mana Skype melihat Umno dan Pas adalah parti orang Islam.

Umno Pada Pandangan Mata Hati Skype

Pada pandangan mata Skype, Skype melihat Umno adalah kerajaan yang hebat dengan pembangunan dan ekonomi negara. Umno dapat menjadikan negara kita sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Skype salute dengan Umno kerana berjaya memakmurkan Malaysia tapi sayangnya Umno gagal dalam membentuk Malaysia dengan acuan Islam yang sebenarnya.

Natijahnya, kita boleh dengar dan nampak sendiri keruntuhan moral anak-anak muda zaman sekarang. Kenapa ini berlaku? Sebab di rumah mereka dididik oleh ibubapa mereka dengan keduniaan. Mungkin masa kecil mereka di hantar ke kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya tapi bila dah besar skit, ibubapa biarkan aje anak-anak dorang nak buat ape-ape pun (free hair, keluar malam2 dengan lelaki bukan muhrim) dan mintak maaf Skype cakap, ibubapa yang sebegini adalah ibubapa yang cenderong kepada Umno. Bukan semua tapi kebanyakannya begitu pada pemerhatian Skype. Betulkan Skype jika Skype silap.

Ibubapa yang menyokong Umno, mereka nie Skype perhatikan lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti keduniaan daripada akhirat seperti karaoke, konsert hiburan dan sebagainya. Lupakah mereka bahawa mereka ini adalah Islam yang mengucap kalimah syahadah seperti di bawah?

“Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.”

Mereka telah bersaksi bahawa tiada Tuhan lain lagi selain Allah tapi mereka tetap dengan aktiviti lagha’ mereka. Lupakah mereka bahawa Al-Quran itu kalam Allah? Kenapa kalam Allah itu tidak diaplikasikan?

Sebab itulah Pas wujud bagi menyedarkan orang Umno bahawa mereka adalah orang Islam yang bertuhankan Allah. Skype tak nafikan ada yang sedar tapi ada lagi yang masih lagi tidak yakin dengan kalam Allah. Kenapa? Sebab pemimpin Umno sendiri tidak berusaha menyedarkan masyarakat Islam di bawah partinya dengan ajaran Islam.

“Nape plak takde? Banyak program-program agama yang dibuat seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Bicara Mufti dan sebagainya.”

Kat forum perdana tu pumpam2 dok cakap pasal agama dan mereka betul dalam menyampaikan kepada masyarakat tapi adakah mereka sedar bahawa pemimpin-pemimpin mereka sendiri tidak mengikut Islam. Islam tu agama Allah. Apa yang nak dibangkang lagi? Apa yang tak sesuainya?

Kita ambik 1 perkara kecik tapi besar di mata Islam iaitu bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Semua maklum bahawa ianya HARAM tapi kenapa PM kita bersalaman dengan yang bukan muhrim setiap kali turun jumpa rakyat? Takut dikatakan sombong oleh rakyat? Kita bertuhankan Allah, bukannya makcik-makcik tu. Kenapa nak takut? Di situ Skype dapat lihat yang Umno masih lagi tidak faham mengenai Islam.

Jadi, seeloknya kerajaan Umno melihat perkara ini dengan serius.

Umno dah cukup bagus dalam pentadbiran (cuma terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dibaiki seperti rasuah, kroni dan sebagainya)tapi sayangnya dalam hal agama yang sepatutnya diletakkan paling atas dalam pentadbiran tidak dilaksanakan. ISLAM, ISLAM, ISLAM…IANYA PATUT BERADA DI ATAS. Fahamilah wahai sahabat-sahabatku.

Ok, stop dulu pasal Umno.

Kita lihat pula kepada Pas.

Pas Pada Pandangan Mata Hati Skype

Dasar Pas adalah memperjuangkan agama Islam. Pas hebat dalam bab agama tapi dalam soal pentadbiran Skype tak pasti sangat lagi namun belum cuba belum tahukan? Ok, Umno hebat dalam soal pentadbiran dan Pas pula hebat dalam soal agama. Cuba korang bayangkan apa akan jadi jika mereka bersatu? InsyaAllah, dengan izin Allah, Malaysia akan jadi negara Islam yang maju.

Walaupun memperjuangkan agama namun penyokong Pas tidak terlepas daripada api neraka sebab setiap manusia tidak terlepas melakukan dosa. Cuma mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam perjuangan Pas ini mempunyai sedikit kelebihan yang mana Skype rasa ianya juga mempengaruhi seseorang itu untuk berubah.

Contohnya, daripada kecik, anak orang Pas ini diasuh dengan agama sehinggalah anak itu remaja. Apabila meningkat remaja, mereka ini mungkin akan terpengaruh dengan pelbagai perkara yang negatif dan disinilah kelebihan itu dapat dilihat apabila remaja tersebut melakukan kesilapan dan sedar dengan kesilapan yang dilakukan sebelum nie dengan asuhan daripada keluarga mereka yang berlatarbelakangkan agama.

Skype tak cakap benda nie pasti tapi ada yang begitu. Namun, sentuhan hati ataupun hidayah itu milik Allah, Allah jua lah yang layak memilih kepada siapakah DIA ingin memberikan hidayah itu.

Namun, ada jugak sesetengah ibubapa yang cenderong kepada Pas, mereka menganggap yang anak mereka jadi baik dengan didikan agama yang mereka berikan tapi tahukah anda bahawa di luar sana terdapat pelbagai dugaan daripada internet, persekitaran dan lain-lain yang boleh merosakkan anak-anak anda?

Perkara yang sebeginilah yang menjadi kelemahan2 ibubapa orang2 Pas.  jadi, pantaulah anak-anak anda seumur hidup anda kerana anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t.

Kesimpulan

Jika Umno memerintah dengan meletakkan Islam paling atas dan melaksanakan Islam, Skype tidak akan teragak-agak untuk bersama Umno dan Skype amat pasti bahawa Tok Guru Nik Aziz pun akan bantu Umno untuk mebangunkan negara.

Namun, jika Umno masih lagi tak sedar maka Pas-lah wadah perjuangan untuk orang-orang Islam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bob Lokman Tarik Diri Raja Lawak Musim Ke-5

Kenapa Bob Lokman sertai PAS (1)

Kenapa Bob Lokman sertai PAS (2)

Kepada sahabat-sahabat Skype, walau parti apapun korang..kita tetap kawan dunia akhirat. InysyaAllah, akan kusedarkan kamu dengan mimpi dunia walaupun aku juga masih lemah dalam arus kehidupan Islam ini. Allah Itu Maha Besar, Alllah itu Maha Kaya..sesungguhnya Allah akan bantu hamba-NYA yang berdoa kepada-NYA.



11 comments:

Solihin Zubir said...

Alhamdulillah.. syukur..
moga lebih ramai yg akan dapat hidayah lepas ni..

Liyana said...

teringat pulak kata2 kazen dulu..
dia nak masuk UMNO sbb dia suka pki baju ketat..kalau pangkah pas, nnt xbole pakai semua2 tu...

apepun, smua tu datang dari hati sendiri kan?

Skype Crew said...

@solihin

InysaAllah bro, kita berdoa je kpd Allah smoga dia beri hidayah kpd yg lain plak..Amin..

Skype Crew said...

@liyana

Jika ditegur dgn cara yg baik & berhikmah,InsyaAllah, sepupu liyana akan ubah cara pemakaian dia.

meb dlm hati dia tergerak nk ikut Islam tapi disebabkan ade ruang yg terbuka utk dia bt mcm tu jadi mungkin dengan hasutan iblis juga, dia memilih utk ikut jln tu.

xpe, kita sama2 doakan dia kembali kpd ajaran Islam yg sbnr. ;)

GreenAppleKu.com said...

Sihat..diharap awak pun sihat juga hendaknya. Keep in touch yer..

Anonymous said...

akhi bob,u my man!! salute100x!!..from brozabar

Skype Crew said...

@GA

Alhamdulillah, sy chat. keep in touch.. ;)

Skype Crew said...

@brozabar

he's my man also beb..haha..

IftiMonstaa said...

suke entry nie. skype memang bagus.. skype tak memberatkan mana2 pihak. skype tunjuk kelemahan dan kelebihan kedua parti tu. bagus sgt.. penah jugak terfikir kalau pas dan umno bersatu, sure negara lagi maju dr segi duniawi dan ukhrawi. harap sgt cmtu..

Skype Crew said...

@iftimonstaa

sbnrnya skype da penat nk tgk 2parti nk bertikam lidah. kita anak muda ni la yg jadi mangsa.rsenye blh nk bergabung cume kedua2 parti perlu merendahkan ego masing2.

klu btl dorang jadi wakil utk bela nasib rakyat rasenye takde masalah utk dorang letak jawatan & pilih org2 yg akan menerajui kerajaan baru drp dua parti nie..

Anonymous said...

Hi semua . Saya suka menonton film . Setiap hari saya mulai menonton seri , namun , sayangnya , pekerjaan ini membunuh banyak waktu[url=http://carplace.net/].[/url] Dan jika Anda terjebak pada film tertentu, maka saya tidak robek . Dan kemudian pekerjaan tidak ada yang tidak ( untungnya , saya bekerja di rumah ) atau keluarga tidak memiliki cukup waktu . Katakan padaku , apakah ada pemain yang telah dipercepat film fitur untuk dapat melihat kecepatan sedikit lebih ?

Related Posts with Thumbnails