RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

09 December, 2010

Home » , , » Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah 1

Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah 1

Assalamualaikum semua,

sedih

Mungkin ada antara kita yang dah lupa bahawa kita baru jer menyambut awal Muharram dan sudahpun memikirkan di mana hendak sambut tahun baru 2011 nanti? Dataran Merdeka kah? Putrajayakah? Atau di manakah? Begitu pelupa dan lalaikan kita terhadap ALLAH…

Sedih? Pernahkah kita sedih? Skype yakin di kalangan kita sudah tentu pernah merasai saat-saat kesedihan kerana ditimpa kemalangan, kehilangan orang yang tersayang dan sebagainya. Namun usahlah kita bersedih kerana tatkala kita merasakan kita kehilangan segala-galanya, sebenarnya kita masih ada ALLAH, Tuhan yang menciptakan kita.

Sebutlah kalimah “ALLAH” sekuat hati ketika sesuatu yang berat sedang menimpa kita. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Penyayang lagi Maha Mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Sebutlah “ALLAH…ALLAH…ALLAH” dan percaya serta yakinlah bahawa Dia akan menolong kita dan mengabulkan permintaan hamba-Nya yang benar-benar yakin dan ikhlas.

Hari ni Skype nak kongsikan dengan korang semua mengenai kesedihan Rasulullah s.a.w  Walaupun Nabi Muhammad adalah “Kekasih ALLAH”, namun Baginda juga tidak terlepas daripada ditimpa masalah dan kehilangan orang yang tersayang.

Tahun Kesedihan

Pada tahun ke-10 kenabian, Rasulullah s.a.w ditimpa ujian yang sangat berat apabila kehilangan 2 orang yang sangat penting dalam kehidupannya iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid dalam masa yang terdekat. Disebabkan ujian yang bertali arus itu, Rasulullah menamakan tahun itu sebagai “Tahun Kesedihan”.

1. Pemergian Abu Talib

Abu Talib walaupun tidak memeluk Islam, dia merupakan seorang yang amat menyayangin Rasulullah S.A.W. Dia tidak pernah jemu untuk melindungi anak saudaranya yang membawa satu ajaran baru pada ketika itu walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada pembesar Quraisy yang lain. Baginda menerima perlindungan dan pengawalan yang teguh bagi memelihara dakwah Islamiah daripada serangan orang yang takbur dan sombong.

2. Kehilangan Khadijah binti Khuwailid

Sayidatina Khadijah r.ha. merupakan satu nikmat terbesar yang dikurniakan oleh ALLAH kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama suku abad dan merasai saat-saat yang mendebarkan dan mencemaskan serta sering membantu Baginda ketika suasana yang sukar bagi menyebarkan risalah Islam. Selain itu juga beliau telah mengorbankan diri dan hartanya untuk perjuangan Baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud:

Dia beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku, dan ALLAH mengurniakan kepadaku anaknya dan menghalangku mendapat anak daripada selainnya. (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya – 6/118)

Selepas tiga hari (ada pendapat mengatakan dua bulan) kematian Abu Talib, isteri yang banyak membantu dari segi harta dan moral kembali ke rahmatullah iaitu pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh kenabian. Ketika itu usia Khadijah, Ummul Mukminin adalah 65 tahun, manakala Rasulullah s.a.w pula berumur 50 tahun. Kematian ini telah menyebabkan Nabi s.a.w bertambah kesedihannya.

3. Penderaan Kuffar Semakin Memuncak

Tatkala Rasulullah s.a.w masih berada dalam kesedihan kerana kehilangan dua insan yang disayanginya, puak kuffar mendera Baginda dan para sahabat dengan lebih dahsyat lagi. Mereka menyakiti hati Baginda secara terbuka dan menyebabkan kesedihan Baginda semakin bertambah.

bersambung di sini

kredit: Majalah Solusi

Salam Ukhwah,



8 comments:

Ainna Jalil said...

love this blog, nape enna tak perasan before this?
enna dah lama cari blog tentang sejarah, agama and so on :)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

best baca cerita para nabi dan rasul. x sabar nak baca yg seterusnya.

cacing said...

nape lah kite tak pernah hargai Rasul yang selalu rindukan umatnya... =(

EmanTheHalia said...

pasal tips tadi sebenarnye org kite klu jangan baru x buat kan?
urm sal entri ni. aku rase bro. mmg ramai lupa ngan Rasul mereka sendiri.. mane x nye. macam2 org dijadikan idola. sedangkan Rasul kite sendiri boleh dijadikan contoh dan teladan..

Jimie SC said...

@enna

thanx enna..
biasala enna, kat mesia nie bknnya sikit blogger tp rmi..tu yg bru jmp tu..huhu..

lgpn mmg niat utama skype bt blog utk bkongsi ilmu2 agama dsmping bercerita... =)

keep looking diz blog k.. ;)

Jimie SC said...

@kinakoyu

slmt membaca mak adam... ;)

Jimie SC said...

@cacing

sbb kita dah terlalu lalai dgn nikmat dunia..Rasulullah hny digt pd masa2 ttentu shj... :(

Jimie SC said...

@eman

a'aa eman..klu ckp jgn mmg nk je bt tp klu suruh bt..jgn hrpla nk bt..

tula..yg xtahan tu..mereka jadikan artis sbgi idola..i sad wif that.. :(

Related Posts with Thumbnails