RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

15 December, 2010

Home » , , » Pemaafnya Rasulullah s.a.w

Pemaafnya Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum semua,

Selamat malam, korang tengah buat ape tu? Mesti tengah syok blogwalkingkan? Teruskan blogwalking tapi ingat jangan sampai tidur lewat k. And then kepada yang belum solat Isyak eloklah solat Isyak dulu k. ;)

Ok, jap lagi Skype nak tidur dah sebab dah ngantuk sangat dah nie. So, sebelum Skype nak tidur Skype nak tinggalkan korang dengan kisah Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kisah yang mana menunjukkan betapa pemaafnya Baginda. Jom sama2 baca dan hayati kisah nie.

        @)          -----------------------------------------------------------------------------------          (@

pemaafSekadar gambar hiasan 

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan Islam secara terang-terangan, maka Rasulullah menjalankan dakwah dengan penuh hikmah, namun mendapat tentangan daripada kafir Quraisy Makkah. Baginda tetap tabah. Baginda berubah arah ke perkampungan Taif, yang amat subur tanahnya. Malangnya, penduduk Taif juga menolak.

Di Taif, para penduduknya bukan sahaja menolak dakwah Baginda malah Baginda yang ditemani Zaid bin Thabit dilontar batu-batu. Zaid sedaya upaya melindungi Baginda Rasulullah, namun Baginda yang mulia itu terluka dan mengalir darah.

Mereka berdua berlari menyelamatkan diri dan singgah berteduh di bawah sepohon pokok. Sejurus itu juga malaikat Jibrail datang dan meminta izin untuk mengangkat bukit dan menghempap penduduk Taif yang biadap itu.

Namun Baginda s.a.w. tidak mengizinkannya. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini.”

Begitulah mulianya sifat pemaaf Baginda s.a.w. Jadikanlah kisah2 Nabi ini sebagai panduan hidup kita. InsyaAllah, selagi mana kita mengikut apa yang disyariat & disunnahkan kepada kita..kita akan selamat dunia & akhirat.

Selamat malam semua.. ;)

 

Salam Ukhwah,



8 comments:

Unknown said...

Subhanallah..mulianya sifat Rasulullah SAW,, nak jadi sepertinya amatlah susah kerana kita manusia biasa yang penuh dengan dendam hasad dengki..mudah-mudahan dapat mengambil sikap baginda untuk dijadikan panduan dalam hidup kita

sfatimahzj said...

rasulullah adalah sebaik teladan...

Unknown said...

Bguslah entry ni....
tahniah:)

anyway, rasanya dh lamer fiq xmelawat blog ni :)

atok said...

terasa :(

Puteri Iqa Izyan said...

Rasulullah adalah sebaik-baik contoh yang patut semua umat ikuti :)

Ainna Jalil said...

Subhanallah bagusnya sifat Rasulullah, enna suka dan cuba mencontohi dia, semoga kita semua diberkati Allah dan diberi lebih petunjuk, Amin :)

Jimie SC said...

@fikri

skype pun dah lame xsinggah kt blog fik. bkn pe..skype bizy sket. smpt updates blog je kdg2..

papepun, keep blogging ok tp jgn lupa Allah. ;)

Anonymous said...

Couldnt agree more with that, very attractive article

Related Posts with Thumbnails