RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

12 December, 2010

Home » , , » Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah 2

Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah 2

Assalamualaikum semua,

Kali nie Skype akan publish entri “Sirah Nabi | Kesedihan Rasulullah Siri Kedua” plak. Sebelum nie, Skype dah publish siri yang pertama kat sini. So, sape2 yang belum baca yang pertama bolehla baca situ dulu sebab yang kedua adalah sambungan daripada yang pertama.

@)          --------------------------------------------------------------------------------------          (@

puteri

Puterinya menangis melihat ayah yang didera dan diseksa

Selepas Abu Talib meninggal dunia, orang Quraisy telah bertindak menyakiti Nabi s.a.w. dengan cara yang mereka tidak sanggup lakukan semasa Abu Talib masih hidup. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. yang masuk ke rumanya dalam keadaan tanah masih berada di atas kepalanya anaknya, “Jangan menangis anakku, sesungguhnya Allah akan mempertahankan bapamu.”

Keluar ke Taif untuk mendapatkan bantuan, namun dicemuh dan dihina

Lantas, dengan perasaan yang sedih Baginda keluar ke Taif dengan harapan dapat menyampaikan dakwah atau mendapatkan bantuan penduduk di sana. Sayangnya, harapan hanya tinggal harapan. Baginda tidak mendapat apa-apa bantuan daripada penduduk Taif sebaliknya Baginda dicemuh, dihina dan disakiti dengan lebih teruk lagi. Terdapat riwayat yang menyebut ketika baginda berada di Taif, ibu bapa di sana menyuruh anak-anak mereka lontarkan batu kepada Rasulullah. Akibat lontaran batu tersebut, darah mengalir dari tubuh Baginda hingga memenuhi kasut.

Tips Rasulullah s.a.w Berhadapan dengan Kesedihan, Masalah dan Ujian

Walaupun Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dilanda pelbagai masalah, mereka percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik ujian yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya.

Musibah Datang Bersama Hikmah

Rasulullah s.a.w. percaya dan yakin bahawa setiap uian yang diberikan oleh Allah kepadanya pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Baginda juga yakin bahawa setiap musibah yang menimpa dirinya adalah kehendak daripada Allah yang ingin menguji ketabahan serta kerelaan hatinya dan juga para sahabatnya yang lain di samping menyakini bahawa itulah yang terbaik untuk diri mereka.

Dunia Medan Ujian

Dunia ialah jambatan menuju akhirat. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat memandang akhirat sebagai kejayaan atau kegagalan bagi seseorang manusia itu. Akhirat merupakan matlamat utama, namun dunia tidak boleh dilupakan kerana jambatan menuju akhirat adalah melalui dunia. Ketika umat Islam pada ketika itu diuji dengan ujian yang berat, mereka sanggup mengorbankan diri kerana yakin syurga Allah pasti menanti bagi hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Bilal bin Rabah sebagai contohnya tidak meninggalkan Islam apabila diseksa dengan dahsyat oleh majikannya sendiri kerana yakin dan percaya bahawa dunia ini bukanlah segala-galanya, sebaliknya akhirat itu yang lebih utama.

tentera berkuda

Melihat Musibah yang Lebih Teruk yang Menimpa Orang Lain

Tatkala diuji, Rasulullah s.a.w sering menceritakan kepada para sahabat kisah nabi-nabi terdahulu yang menerima ujian yang lebih berat daripada apa yang mereka terima. Mengetahui keadaan orang lain yang lebih susah akan menenangkan diri kita yang seolah-olah memberitahu bahawa ujian yang kita terima itu hanya sedikit sahaja.

Musibah Hanya Sementara

Rasulullah s.a.w. sentiasa menyakini bahawa setiap ujian yang diberikan kepadanya dan para sahabat adalah bersifat sementara kerana Allah akan memberikan kemenangan dan kejayaan kepada hamba-hamba-Nya yang sabar. Sebagai contohnya, ketika baginda s.a.w dan para sahabat menjalankan operasi dakwah secara terang-terangan, kemudian diketahui, ditentang dan diseksa oleh pihak kafir Quraisy, mereka tidak pernah merasakan penyesalan memeluk Islam kerana meyakini bahawa seksaan tersebut adalah bersifat sementara. berkat kesabaran dan keyakinan mereka, akhirnya mereka mendapat kehidupan yang bahagia setelah berhijrah ke Madinah.

Mendampingi Al-Quran dan Menghayatinya

Al-Quran merupakan petunjuk bagi setiap hamba yang bertaqwa kepada Allah. Ketika zaman Rasulullah, Al-Quran menjadi penghibur bagi mengubat hati-hati umat Islam yang berada dalam kesedihan kerana kehilangan isteri, suami, anak dan sebagainya. Pada ketika itu banyak ayat-ayat yang turun menceritakan ganjaran yang besar bagi orang yang bersabar. Selain itu juga, ayat-ayat yang diturunkan menerangkan kepada para sahabat hikmah di sebalik kesusahan yang mereka alami. Sebagai contoh, Allah menurunkan ayat 21 daripada surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku pada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan  (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya: ‘Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?’ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

Begitulah kehidupan manusia yang sering diuji oleh Allah untuk melihat tahap keimanan hamba-hamba-Nya.

kredit: Majalah Solusi

Salam Ukhwah,



9 comments:

Unknown said...

tq sgt2 skype crew sbb post pasal benda ni..mmg wan skang ni dilanda musibah dan alhamdulillah,lepas wan baca post ni,wan sedar akan cara Rasulullah SAW menghadapi musibah.. time kasih byk2..

Jimie SC said...

sama2..smoga tabah & bjaya menemuhi musibah tu k. ;)

WanitaMustanir said...

thanks skype atas perkongsian ini.. semoga kita menjadikan Nabi SAW sbg suri tauladan kita sepanjang masa.. InsyaAllah..

jemputlah baca entri baru, ia ttg si kecil, Ilham..Bila Ilham bertemu Encik PISANGGGGGG.. Ingin Salahkan Siapa?? di shirashafrida.blogspot.com

Kak Amy said...

As'salam..

thanks for the sharing , good entry..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

as salam...

terima kasih kOngsi info.dah lama x baca kisah nabi...

Jimie SC said...

@shira

sama2...Nabi adlh idola terbaik spnjang zmn & baginda yg spttnya kita ikuti. smoga kita tdk lari drp apa yg di ajar oleh Nabi s.a.w.

Jimie SC said...

@amy

welcome..tq amy.
smoga kita sama2 dpt berkongsi pkara yg baik di dlm blog kita.. ;)

Jimie SC said...

@kinakoyu

sama2..skype pn sama, dh lame jgk xdgr kisah Nabi. skype hrp dgr en3 nie kita dpt sama2 mengingati Nabi.

Anonymous said...

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku pada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya: ‘Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?’ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

typo disitu, bukan ayat 21 tp ayat 214 Al-Baqarah

Related Posts with Thumbnails