RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

23 November, 2010

Home » , , » Murah Rezeki 1 | Majalah Solusi Daripada GreenAppleKu

Murah Rezeki 1 | Majalah Solusi Daripada GreenAppleKu

Assalamualaikum semua,

Allahuakbar..Allahuakbar..hampir seminggu Skype tak updates blog dan malam ni bila dapat updates blog rasa lega sket. Kalau tak, Skype asyik dok fikir pasal korang semua jer..yela, walaupun Skype tak updates apa-apa dalam seminggu nie, korang masih lagi sudi singgah kat blog Skype untuk komen & blogwalking. Terima kasih Skype ucapkan kepada korang semua.

Alhamdulillah, Skype baru jer selesai menjamu selera bersama-sama housemate tercinta. Hahaha… Menu malam nie adalah daging (daging korban hari tu) gulai pedas, ikan sungai goreng, hati goreng, pelempung goreng dan pelempung masak pedas. Daging masak pedas di masak oleh kawan Skype, iaitu Irwan. Dia memang pandai masak dan sedikit cerewet dengan makanan. Hehe...

Skype plak masak pelempung masak pedas tapi tak berapa menjadi sebab tumis hangit dan pelempung tak berapa masak, nie gara-gara tengok tv punya pasalla. Adoii..tapi dalam tak menjadi tu, laku jugakla pelempung masak pedas tu, tinggal 2 jer yang tak habis tapi takpe..kucing ade untuk habiskan.

GreenAppleKu

Ok, back to the topic..Alhamdulillah, kebelakangan nie rezeki Skype agak murah. Lepas satu, satu benda yang Skype dapat. Rezeki pertama yang Skype dapat adalah sebuah Majalah Solusi ‘Panduan Hidup Bersyariat’ daripada pemilik header di atas iaitu Cik GreenAppleKu. Sebelum nie Skype pernah citer pasal blog GreenAppleKu nie kat sini. Sebenarnya, Skype dapat majalah nie 2 hari sebelum nak raya haji hari tu tapi disebabkan masa tu Skype dah ready pack barang nak balik kampung so, tak sempatla Skype nak buat entry pasal nie. Skype dapat hadiah nie sebab jawab soalan yang dikemukan oleh Cik GreenApple kat entri nie.

Nie gambar majalah yang Cik GA bagi kat Skype tu...

abxNie dia punya courier.

majalah solusiNie dia majalah solusi tue.

Majalah nie memang banyak ilmu-ilmu mengenai mengenai panduan umat Islam dalam hidup bersyariat seperti:

  • Nafsu | Musuh Yang Dicintai
  • Diam Ada Makna
  • Apabila Anak-Anak Pandai Berbohong
  • Muslim yang “Islamophobia”
  • Bank Islam Mahal?
  • Sambut Aidiladha dengan Udhiyyah, Sambut Bayi dengan Akikah
  • HIJAB Bukan Tuntutan Agama?
  • Ciri-ciri Suami Idaman
  • Keajaiban Kulit Manusia

Cane, banyak bukan? Bukan tue jer tapi banyak lagi dan InsyaAllah Skype akan kongsikan dengan korang semua nanti.

Cik GA

Terima kasih banyak-banyak Skype ucapkan kepada Cik GA kerana sudi menghadiahkan majalah nie kepada Skype. Semoga Allah membalas hadiah nie dengan pahala yang berlipat ganda kepada Cik GA.

p/s: rezeki yang kedua dan ketiga nanti Skype tulis dalam entri selepas ni, panjang sangatla nak letak skali semua..huhu..papeun thanks Cik GA.

 

Salam Ukhwah,



6 comments:

Solihin Zubir said...

lama btoi menyepi.. huhu..

Puteri Iqa Izyan said...

patut la lame tak nmpk skype :P

eyh2..bestnye makan..
kat rumah ni da hbs da daging korban.. rindu nk mkn..hehe

Perutusan dari pihak Nuffengers | Buffered Earning

Eiza GreenAppleKu said...

Muchas Gracias untuk entry istimewa ini. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hadiah tu kepada Skype. Risau GA apabila courier person kata susahnya nak cari alamat kamu.

Jimie SC said...

@solihin

raya korban pny psl, tu yg lama menyepi tu..huhu

Jimie SC said...

@p3 iqa izyan

mehla sini skype masakkan..huhu.. klu xleh dtg nti skype poskan utk iqa. ade lg dging korban nie.. ;)

Jimie SC said...

@cik ga

wah..ckp spanyol cik ga ek..huhu
Alhamdulillah, sampai. courier abx mmg jarang smpi kt tmpt skype nie, tu yg dorang xtau kot. yg biasa dtg pos laju, fdex, dhl & etc.

papepun, muchas gracias back to cik GA.. ;)

Related Posts with Thumbnails