RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

30 October, 2010

Final Piala Malaysia | Kelantan lawan Negeri Sembilan

Assalamualaikum semua,

Malam ni adalah malam yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tanahair yang mana akan berlaku pertembungan ulangan di antara Kelantan dengan Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Bukit Jambul Jalil. Penyokong-penyokong kedua-dua pasukan sudah tentu sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Namun lebih dari itu, apa yang diharapkan adalah supaya perlawanan kali ni berlangsung dengan baik & diharapkan kedua-dua pasukan menjaga tingkahlaku mereka.

N9 vs KelantanMaen tenung2 nampak..berkenan ke?Hahaha…

Barisan kemungkinan yang akan diturunkan pada malam ini adalah:

         NEGERI SEMBILAN     VS           KELANTAN

Line-up N9   Line-up Kelantan

SIARAN LANGSUNG MALAM INI ASTRO ARENA 801 JAM 8.00 MALAM

Astro Arena - New Logo

sumber: Harian Metro

28 October, 2010

[Gambar] Proton Saga Facelift

Assalamualaikum semua,

Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga yang masih belum mengetahui mengenai ‘jentera kebanggaan’ Malaysia iaitu Proton Saga Facelift yang terbaru yang akan dikeluarkan oleh Proton. Proton Saga Facelift nie adalah “nafas baru” yang diberikan Proton terhadap model Proton Saga BLM.

Kenapa Proton tidak gunakan nama Proton Saga Limited Edition atau Spesel Edition? Kenapa guna nama Facelift? Atau adakah Proton sudah terpengaruh dengan Facebook? Hahaha… Namun bagi Skype, mungkin nama Facelift yang diberikan bermaksud “yang dipertingkatkan”. Atau ada maksud lain yang korang boleh takrifkan…(Kalau ada sila tinggalkan kat bhgn komen k.. ;) )

Sekali pandang nampak macam takde perubahan tapi memang ada, kalau tak buat ape Proton keluarkan..kan?Seperti yang korang nampak kat atas tu, tempat2 yang tempek2 tu la yang Proton telah upgradekan. Dari segi body memang takde perubahan apa-apa kecuali dekat hood tu sket. Beberapa perubahan yang telah dilakukan adalah seperti berikut:-

  • Rekabentuk lampu depan & belakang
  • Sistem lampu (dipercayai sistem yang digunakan macam Honda Accord)
  • Grill depan [Trademark kereta Proton.] (ala yg korang blh nmpk kt Kete Persona & Gen2 tu)
  • Bumper depan & belakang
  • Lampu Fog (ala lampu kecik yg kt bwh tu)
  • Lampu pandang sisi (side mirror daa)
  • Hood baru
  • Rim baru
  • 2 warna kereta yang baru
  • Airbag dibahagian penumpang
  • Sistem suara (mp3, usb & aux input)
  • Fabrik tempat duduk
  • Sistem kawalan suara pada stereng
  • Sistem kawalan tingkap

Banyak jugak tu kan perubahan yang Proton buat. Benda yang dah diupgrade dah tahu dah, mesti korang nak tengok gambar plakkan? Jom kita layan gambar plak.

Saga Facelift FrontDepan

Saga Facelift BackBelakang

Pendapat Skype

Ok, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai mana-mana kereta. Bagi Skype, dari segi penambahbaikan kereta nie memang nampak satu strategi atau usaha yang patut dipuji. Pelbagai upgrading dilakukan supaya masyarakat Malaysia dapat memiliki suatu produk yang bagus. Selepas ini, orang-orang yang kecewa dengan BLM tentu akan merasa gembira dan kembali membuka mata.

Namun bagi Skype, Skype hanya akan rembat Proton Saga BLM @ Facelift nie jika loan lulus rendah jer. Kalau loan dapat tinggi, Skype akan rembat Persona/Inspira(jika Proton). Maknanya BLM/Facelift nie hanya pilihan terakhir sebab daripada rekabentuk dalamannya(dashboard) sudah tidak menepati citarasa Skype sebagai anak muda.(Sbb tula kereta ni dipanggil kereta mampu milik)

Selain itu, rekabentuk luaran kereta ni juga sangat tidak menarik. Dengan punggungnya yang sedikit montot & kelihatan seperti kereta ‘kotak kecil’. Skype perlu membelanjakan sejumlah wang untuk menjadikan kereta ini nampak elok daripada asal. Kalau yang kaya tue meb dorang tak kesah tapi kalau dah kaya buat pe beli BLM lagikan..Hohoho…

Kepada anak muda yang sudah memiliki Proton Saga BLM disebabkan faktor kewangan, korang tak perlu gusar sebab Skype sertakan gambar2 BLM yang telah dimodified untuk inspirasi korang. Kereta pun dah ambik so takde gunanya menyesal. Yang penting, teruskan ke hadapan… Modified kereta korang kaw2..masuk enjin turbo ke takpun enjin jet shukoi..Huhuhu.

BLM Inspirasi2Amacam, smart tak?

BLM Inspirasi3Yang nie plak cane? Ade brans?

BLM InspirasiMacam Subaru pun ade la… ;)

BLM Inspirasi4Mantap siot…!!!

Oh yer, nak tahu serba sedikit pasal ubahsuai nie, korang boleh pergi sini. Kat sini, bro shag ade share pasal price dan lain2.

p/s: bajet rmRM3500 da blh jadi macam gambar no3 dah..perghh..

sumber gambar: paultan, sioloon, shagrasyiid.

 

Adiosa!

26 October, 2010

Betapa…Namun.. | Manusia Lalai

Assalamualaikum semua,

Baca & Selamilah Wahai Ummat Muhammad.

MasaDemi Masa…

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;

TETAPI betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

****************************************************

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit NAMUN

betapa singkatnya kalau kita melihat filem, melayan facebook, blog & seumpamanya.

****************************************************

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) NAMUN

betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

****************************************************

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya NAMUN

kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

****************************************************

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-Qur'an TETAPI

betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

****************************************************

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert NAMUN

lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di masjid.

****************************************************

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, NAMUN

alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

****************************************************

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu NAMUN

betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

****************************************************

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al Qur'an; NAMUN

betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

****************************************************

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar NAMUN

betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

****************************************************

Betapa takutnya kita apabila dipanggil boss dan cepat-cepat menghadapnya NAMUN

betapa kita berani dan lambatnya menghadapNya saat azan berkumandang.

****************************************************

p/s: Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. Fikir-fikirkan…



25 October, 2010

Jom Vote | When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together

Asslamualikum semua,

Free Your Ideas - DiGi

DiGi kali nie dengan bermurah hatinya ingin menawarkan wang berjumlah RM10,000 kepada ‘Youths’  yang dapat memberikan idea-idea yang menarik untuk mengadakan apa-apa aktiviti bersama kawan-kawan. Maknanya sesiapa yang ade idea-idea yang menarik yang ingin dilakukan bersama-sama kawan-kawan korang tak kiralah korang nak buat gathering ke, scuba diving ke, pameran fotografi ke atau apa-apa saje aktiviti yang sihat & menarik..DiGi sedia memsponsor korang.

So, salah seorang daripada blogger kita iaitu Joegrimjow kita telah menghantar proposal kepada Digi untuk buat satu event yang bertajuk “When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together”. Gempak jugak tajuk tu kan..dan InysaAllah akan lebih gempak lagi jika event tersebut terlaksana.


Sedikit Info Mengenai Gathering

Gathering nie meb akan diadakan pada bulan December atau Januari yang akan datang. Gathering kali nie juga InysaAllah akan diadakan secara besar-besaran dan akan mengumpulkan para blogger, para tweeple dan para facebooker. Opss..para-para Sakura tak datang k. Dia bizy…huhuhu. So, bagi melaksanakan gathering yang besar nie sudah tentu memerlukan dana yang besar jadi inilah harapan kita supaya korang dapat vote ramai-ramai supaya gathering yang dirancang terlaksana. InsyaAllah. ;)
Ini adalah proposal dan gambar yang dihantar oleh joe kepada pihak DiGI.

|| When Blogger, Tweeple & Facebooker Meet Together | |

|| The Words ||


Apa yang korang boleh buat adalah:
              a) Blog (Buat satu entri khas utk promote event nie, klu copy paste yang ni pun blh jgk)
              b) Twitter & Facebook (korang blh tweet & share en3 nie also kat blog Skype, just tokan yoo)


Semangat Buat Korang

Buat pengetahuan korang proposal yang joe hantar tu skang berada di ranking 12 daripada 342 penyertaan! Jadi, kita memerlukan sedikit lagi usaha daripada korang untuk ‘PROMOTE’ & ‘VOTE’. InsyaAllah dengan usaha kita bersama nie kita akan berada dalam top 5. Kat bawah nie adalah antara top 5 setakat ini.

Top 5 Rankings


Peringatan..(siap ade peringatan tue.huhu):

Voting period akan tamat pada esok hari (26 Oktober 2010) jam 7 malam, so kita hanya ada masa hari nie & esok je lagi. Apa tunggu lagi ‘PROMOTE’ & ‘VOTE’ler event nie skarang & InysaAllah jika berjaya dan Big Gathering yang kita usahakan nie akan terlaksana.

“PROMOTE & VOTE”just that

p/s: korang jugak boleh refer benda ni kat blog joegrimjow pasal nie.



Adiosa!

24 October, 2010

Jom Teka 1 | Jawapan Dan Keputusan Pemenang

Assalamualikum semua,

Wah…macam-macam ek korang bagi jawapan untuk Jom Teka 1 | Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi? Erm…mula-mula Skype nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi join teka-teki yang mudah lagi sonang nie. Terima kasih banyak-banyak.

Ok..jom kita terus kepada jawapannya sebab Skype tahu korang yang join mesti tak sabar-sabar nak tahu jawapannya dan seterusnya menang duit yang Skype telah tawarkan.

Soalan Jom Teka 1:

Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi?

Jawapannya:

Skype pergi kenduri rumah kawan Skype.

Hehehe…jangan frust k.

Tak percaya? Ishh..korang nie tak baik tau cakap Skype tipu. Betulla…nak bukti? Ok, korang tengok gambar kat bawah nie.

Perkahwinan Tos & AienYg mana satu Skype ek? Sape blh teka Skype bg hdiah penginapan 5H5M kt umh sendiri. ;))

Dan pemenang bagi Jom Teka pada kali nie adalah:

Kembara Minda 7 (KM7)Kembara Minda 7 (KM7)

Tahniah diucapkan kepada pemilik blog KM7 kerana telah berjaya meneka dengan betul. Jawapannya begitu ringkas, padat, melekat, pelekat. Huhu..terpengaruh dengan Farouk Hussien plak. Oh yer, Skype nie kadang-kadang gila sket, gila ape? Gila nak bagi orang duit dan disebabkan hanya ada sorang je pemenang kali nie so Skype dengan ini mengumumkan yang pemilik blog nie akan menerima duit berjumlah RM50. Tahniah kepada KM7.

Serba Sedikit Mengenai KM7

Mula-mula Skype ingatkan sapela KM7 ni tapi selepas Skype belek-belek blog KM7 nie rupenye2 KM7 nie adalah seorang cikgu. Nama dekat entri bahagian komen teka tadi tertera KM7 so Skype ingat KM7 tu adalah singkatan kepada Kilometer tapi rupenye Kembara Minda.

Apa dan kenapa nama Kembara Minda dipilih, itu korang kena tanya sendiri dengan cikgu ataupun maybe cikgu boleh gtau kat kawan-kawan blogger kita kat bahagian komen entri ni nanti..kalau cikgu sudi nak bgtahula. ;) Blog cikgu nie Skype baru first time masuk dan belum explore habis lagi tapi setakat yang dah Skype explore blog cikgu nie memang best sebab banyak ilmu yang dikongsikan. Biasala cikgu, mestila banyak ilmu beb. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal cikgu nie boleh terbang pergi sini.

Ok, sekian dulu. Skype pun da ngantuk & pening2 da nie. So, jangan lupe untuk join teka-teki dengan Skype lagi lepas nie sebab korang hanya perlu taip jer. Tak perlu nak follow2 Skype nie tapi kalau nak follow ape salahnyakan. ;)

p/s: Cikgu (KM7), jangan lupa claim duit nie..nanti lesap di ambil orang.

Adiosa!



23 October, 2010

Jom Teka 1 | Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi?

Assalamualaikum semua,

Hari nie Skype rasa bermurah hati nak bagi korang duit raya korban untuk korang gunakan untuk beli daging korban..hehe..xdela, Skype gurau jer. Sebenarnya kali nie Skype nak buat teka-teki sket dan ini adalah cara mudah untuk korang dapat duit daripada Skype yang pemurah nie. Ekeke…

Caranya mudah jer..korang hanya perlu jawab teka-teki yang Skype buat di bahagian komen entri nie dan untuk soalan teka-teki hari ini adalah:

Ke manakah Skype nak pergi kejap lagi?

Hadiah untuk setiap teka-teki adalah berbeza dan kali nie hadiahnya adalah:

RM50 sahaja

RM50 nie adalah untuk 5 orang pemenang yang jawab dengan tepat. Maknanya sorang akan dapat RM10 sorang. Nak cash boleh, nak suh top-up pun boleh. No hal…‘Chances’ untuk korang menang adalah sangat tinggi so ape tunggu lagi jawab jer…

Oh yer, jawapan yang Skype nak takdela terlalu details just bagitahu apa tempat yang Skype nak pergi jer. Contohnya Pasaraya Giants, Pasaraya Tesco, Kedai Handphone, Kedai Runcit dll.

Ok, Skype dah nak pergi dah nie. Kawan Skype da tunggu da ni. Malam nanti Skype balik Skype gtau result k. Selamat berteka-teki & selamat berhujung minggu. ;)

Adiosa!

22 October, 2010

Dengan iPhone Anda Boleh Tengok Video Bogel Secara LIVE?

Assalamualaikum semua,

Skype tak tahu video yang Skype nak tunjukkan nie palsu atau betul tapi video nie memang menarik tetapi bukan disebabkan kebogelan yang akan ditunjukkan nanti. Tetapi disebabkan teknologi yang digunakan dalam video nie.

Ok, korang layan dulu video nie… ;)

Video 1

Video 2

Amacam..best tak video tu? Korang jangan buat yang tidak2 tau. Hu3.. Skype tak pasti sangatla tentang kesahihan video nie tapi diyoutube ade komen yang mengatakan yang video nie fake. Bagusla kalau fake. Kalau tak makin tinggila harga iPhone lepas nie & makin meningkatla gejala sosial di negara kita nanti. ;) Ntah2 Skype pun beli satu kot.. Hahaha…(just joke k)

So, pendapat korang lak cane? FAKE or TRUE???

Adiosa!

21 October, 2010

Ben Ashaari Punya Pasal!!!

Assalamualaikum semua,

Hari tue Skype ade jenguk blog Ben Ashaari pastu Skype tengok dia ade buat teka-teki yang bertajuk ‘Milik Siapakah HEADER ini???’ kat blog dia. Korang mesti dah taukan. Skang nie teka-teki tu da masuk yang ke-9 rasanya…

Skype tak join pun lagi sebab takde masa sangat. Sebab nak jawab teka-teki nie korang kena banyak mengenali blog lain atau lebih tepat adalah korang kena rajin blogwalking…blogwalking tau, bukan shoutmixwalking…huhu.

Kalau korang baca tajuk tu macam Skype tak puas ati ataupun bergaduh dengan Ben kan? Huhuhu… Don’t jugde entri by title tau…Tapi memang Skype nak marah pun kat Ben nie sebab disebabkan nak cari entri yang Ben telah buat untuk teka-teki nie, Skype habiskan masa 2jam lebih cari tau. Kalau ade ‘archive’kan sonang Ben. Pandai Ben trick ek…huhuu…

Sebenarnya Skype nak citer pasal teka-teki yang Ben buat nie. Disebabkan ruangan teka-teki yang Ben buat nie la Skype mengenali seorang lagi blogger yang mempunyai blog yang menarik dan membuatkan Skype masukkan blog nie ke dalam bloglist “Mesti Terjah” Skype.

Korang nak tahu blog ape? Cuba korang tengok header kat bawah.

GreenAppleKuLove..Freedom..Independence

Mesti ade antara korang yang dah pernah masuk kat sinikan. So, amacam…best tak? Thanx to Ben Ashaari kerana membuat teka-teki tersebut dan seterusnya membantu bloggers mengenali antara satu sama lain.

Mesti korang tertanya-tanyakan nape Skype suka blog ni dan jawapannya adalah kerana  entri2 kat blog nie mempunyai ilmu-ilmu berkaitan dengan agama kita yakni Islam disamping celoteh peribadi tuan blog yang mana kadangkala dapat mencuit hati pembaca.

Oh yer, lupa lak nak bagi link blog nie. GreenAppleKu.

Adiosa!

20 October, 2010

[Gambar] Chelsea Masih Berbisa Tanpa Bintang

Assalamualaikum semua,

Awal pagi semalam, Chelsea telah berjaya mengalahkan Spartak Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara dengan keputusan 2-0. Walaupun beberapa key player Chelsea injured namun barisan yang ada tetap dapat memberikan yang terbaik buat team. Syabas Skype ucapkan…Skype bukan nak ulas panjang2 sebenarnya cuma nak letak beberapa gambar buat tatapan peminat-peminat Chelsea.

Jom kita layan beberapa aksi pasukan yang hebat nie…huhuhu.

team line upLine up Chelsea semalam 20/10/2010.

zhirkov scoreAksi jaringan mantap daripada Zhirkov.

zhirkovYeah..I got it!!!

team“Wowowo..chomel gol demo” katanya Fer kpd Zhirkov…hahaha…

bakal bintangBakal bintang Chelsea…

terryWoit..ape nie, sek dio wak saloh wei…

anelka scoreAksi jaringan Anelka..Syabas bette…

anelkaKeep The Blues Fly High!!!

Jom kita layan video jaringan Chelsea semalam.

Oh yer, beberapa keputusan perlawanan yang berlangsung semalam adalah seperti berikut:-

Group E [ As Roma 1 – 3 Basel | B.Munich 3 – 2 CGR Cluj ]

Group F [ Spartak Moscow 0 – 2 Chelsea | Marseile 1 – 0 Zilina ]

Group G [ Ajax 2 – 1 Auxerre | Real Madrid 2 – 0 AC Milan ]

Group H [ Arsenal 5 – 1 Shaktar | Barga 2 – 0 Partizan Belgrade ]

p/s: Chelsea bakal Juara Liga Juara-Juara?

14 October, 2010

Kalau Fans Selangor & Kelantan Macam Nie Kan BAGUS!

Assalamualaikum semua,

Sehari dua nie tengah panas insiden yang berlaku semasa perlawanan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Sebenarnya perlawanan nie takkan hangat sangat tapi disebabkan terdapat seorang penyokong Kelantan yang mati akibat sesak nafas so insiden nie menyebabkan perlawanan semalam menjadi begitu hangat.

Semalam Skype xleh tido so Skype usha2la pasal nie kat ‘mukabuku’ penyokong pasukan Kelantan dan ternampakla beberapa komen yang mencuit hati Skype. Dan jika komen2 ini diaplikasikan di dunia nyata alangkah indahnya bola sepak kita. Namun disebabkan ade segelintir manusia yang tidak cukup di ajar di kedua-dua belah pihak maka timbullah pergaduhan.

Maka sedarlah wahai segelintir manusia itu. Jadilah kamu mahkluk Tuhan yang bijaksana. Tiada gunanya keegoaan kamu itu kerana ego kamu itu tidak akan ke mana. ALLAH itu MAHA BERKUASA.

Ok, komen nie sebenarnya bermula apabila seorang fan Selangor masuk ke page penyokong Kelantan. Jom kita tengok…

1st Sempat lagi saudara Taufeq tu tanya sengoti tu ape…kalau camnie kn best.

2ndTengok..alih2 lepak & minum skali gak..

3rdTengok…pusing mane2 pun alih2 sama2 kita jugak sebenarnya.

Be cool, Be steady!!!



12 October, 2010

Apabila Sapi a.k.a Lembu & Ayam Mahal Di Indonesia [Gambar]

Assalamualaikum semua,

Entri kali nie bukan untuk bersikap rasicm dengan rakyat Indonesia tetapi untuk berkongsi dengan korang semua terutamanya umat Islam supaya berhati-hati. Walaupun ade sebilangan rakyat Indonesia yang telah melakukan pelbagai perkara yang tidak elok kepada kita(Malaysia) namun Skype tetap bersikap positif kerana marah dorang ade rasionalnya cuma caranya saje yang tidak kena.

Skype baru jer bercadang nak pergi bercuti ke Indonesia tapi bila terbaca satu info yang begitu menjijikkan nie terus Skype batalkan hasrat untuk pergi bercuti ke Indonesia. Tahukah korang bahawa di kebanyakan tempat seperti Jakarta, Bandung, Medan, Surabaya, Yogjakarta, Makassar dan Bali, mereka menggunakan TIKUS dan BABI dalam masakan mereka bagi menggantikan sapi a.k.a lembu & ayam yang mahal di sana.

Biasanya, mereka meletakkan tikus tersebut ke dalam Nasi Goreng Campur/Gila, Bakso Sapi & Satey. Tempat-tempat yang ‘noted’kan adalah gerai-gerai tepi jalan dan sekitar pasaraya…

Korang tak percaya ek..meh Skype tunjukkan gambarnya skali. Tak lalu Skype nak makan malam nie bila tengok gambar nie…aduyaii…

tikus yg sodapOh!Tikus yang sodap.

layur skaliTikus di layur…

cincang2Dicincang pula..memang macam ayam.

gaul tikusDigaul dengan rempah ratus…

jom masak tikus yg cuteMari memasak tikus…

siap utk dihidangSiap untuk dimakan..nyum3…

mantap bebMantap beb…memang best giler r ‘ayam’ nie…

bestnyerBestnyer kulit ‘ayam’ nie…makan pon sodap. 

Erm..lepas nie nak pergi melancong mane2 kena bawak dapur sendirila nampaknya..huhu…

dapur

Kredit to: Faradila Fara

11 October, 2010

Di sebalik tarikh 10-10-10 [Gambar]

Assalamualaikum semua,

Kelmarin adalah tarikh yang agak cantik & ramai orang buat majlis kawen. Namun disebalik kemeriahan majlis2 yang diadakan sempena tarikh yang cantik ini ada berita yang tidak enak terpaksa kita dengari. Apa yang Skype maksudkan adalah kemalangan yang berlaku kat KM223, Lebuhraya PLUS, Berhampiran Susur Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Kejadian dikatakan berlaku jam 7.00 malam.

Setakat ini, 12 mangsa dikatakan maut dan diboleh dikategorikan sebagai salah satu tragedi terburuk di negara kita. Manakala 40 lagi mangsa dikatakan mengalami pelbagai kecederaan termasuk cedera parah.

10-10-10 v1Sebuah Myvi dihempap oleh sebuah bas.

10-10-10 v2Mayat-mayat diletakkan di tepi jalan.

10-10-10 v4 Antara mangsa yang terlibat.

10-10-10 v5Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut terlibat.

Malang tidak berbau,maka berhati2lah kita dijalan raya.

Mati akan tiba pada bila-bila masa saja, maka taatlah kita pada perintah ALLAH. 

kredit to: OnDescene (korang blh tgk kt ondescene utk maklumat lanjut)

02 October, 2010

Dengarlah, InysaAllah..Jiwa Kamu Akan Tenang

Assalamualaikum semua,

anak kecil baca quran

Skype nak kongsikan dengan korang semua sebuah video yang sungguh tenang, sungguh melembutkan jiwa kita. Sesungguhnya video yang sebeginilah yang patut kita dengar selalu daripada video muzik lain yang tidak berfaedah.

Sungguh merdu & tenangnya jiwa kita bila mendengar ayat-ayat Al-Quran dibaca tapi kebelakangan nie Skype da jarang buka Al-Quran. Asyik dengan internet jer…kenapalah minda kita senang sangat dijajah oleh barat & yahudi laknatullah. Saat Skype menulis nie rasa macam nak hancurkan laptop nie pun sebab dah menyebabkan Skype lalai dengan tuntutan ALLAH S.W.T.

Skype harap sangat2 yang korang semua janganlah lalai macam Skype jugak. Ingatlah bahawa Al-Quran yang sepatutnya kita dengar bukannyer muzik-muzik yang melalaikan.

Jom sama-sama kita dengar video nie:-

Kembalilah kita kepada Pencipta kita yakni ALLAH S.W.T.



Related Posts with Thumbnails