RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

14 November, 2010

Home » , » [Video] Review: Malaysia vs China | Sukan Asia Guangzhou 2010

[Video] Review: Malaysia vs China | Sukan Asia Guangzhou 2010

Assalamualaikum semua,

Logo Sukan Asia 2010

Amacam? Dah tengok game Malaysia lawan China semalam? Bengangkan? Aku pun tengah bengang lagi nie. Seperti yang kita dah tahu skuad harimau kita kalah dengan China, 3-0 semalam. Frust aku tau..iye2 jer aku gtau kat joe yang aku yakin yang Malaysia akan menang 2-0 tapi alih-alih kalah 3-0. Joe pulak predict Malaysia menang 2-1..hahaha..semua tak betul.

Bila kita tengok game semalam nampak sangat pengadil yang nak glemer cepat nie tak adil & mungkin telah dirasuah oleh mana-mana pihak demi menjaga nama baik tuan rumah China. Aku dapat bayangkan ramai yang telah menyumpah seranah si Williams Ben nie semalam, hari nie dan bila esok(cam tajuk lagu sofazla plak).

Korang cubala bayangkan pada minit yang pertama (1:01) perlawanan, skuad kita (Mahali) dah dilayangkan pulut kad kuning, minit pertama tu beb. Sepatutnya, pengadil hanya memberi sepakan percuma sahaja ataupun advantage kepada pasukan China dan bukannya melayangkan kad kuning. Padahal beberapa saat sebelum tue (0:55), pasukan China telahpun dulu melakukan terjahan yang bahaya kepada  Mahali yang juga sepatutnya mendapat kad kuning tapi pengadil membiarkan sahaja. Di sini kita dah boleh nampak ketidakadilan si Ben nie.

Kad Merah Pertama

Lepas tu, pada minit yang ke 24:38, Mahali sekali lagi dihadiahkan pulut kad kuning kerana menendang bola keluar. Yang ini aku tak nafikan kalau si Williams ni nak bagi pulut kuning..sebab memang kalau mengikut undang-undang bola sepak pun si Mahali nie memang boleh dikenakan kad kuning tapi terpulang juga kepada budi bicara pengadil kerana pengadil juga boleh memberi amaran lisan terlebih dahulu kepada Mahali.

Dengan kad kuning kedua yang dilayangkan kepada Mahali, bermakna Mahali mendapat pulut kad merah dan dibuang negeri padang. Kalau pada minit yang pertama tadi Mahali tidak dilayangkan hadiah hari jadi kad kuning, sepatutnya Mahali masih lagi dapat meneruskan perlawanan. Namun, pengadil yang bengap ini telah membuat keputusan yang berat sebelah yang menyebabkan Mahali terpaksa dibuang padang.

Namun bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, pasukan kita sekali lagi mendapat hadiah kereta Ferarri kad merah apabila Syafiq Rahim pula diarahkan keluar padang kerana membantah keputusan pengadil. Whats??? Kad merah beb…gila ke ape. Aduii..aku dah nak start mencarut dah nie. Argghh…

Kad Merah Kedua

Selepas Mahali Jasuli dan Syafiq Rahim dibuang padang, Malaysia terpaksa meneruskan perlawanan dengan 9 pemain. Walaubagaimanapun, aku puji pasukan kita kerana dapat menghalang team China daripada membolosi gawang kita pada baki separuh masa yang pertama perlawanan walaupun bermain dengan 9 pemain. Syabas Malaysia!

Namun, pada separuh masa yang kedua pula, team kita hanya dapat bertahan selama 10 minit jer selepas Li Jianbin menanduk masuk bola ke gawang kita. Di sini, kesilapan terletak kepada Ahmad Rohidan kerana, beliau tidak mencabar Li Jianbin yang melompat untuk melakukan tandukan.

1 – 0

Selepas itu, pada minit yang ke 64, sekali lagi penjaga gol kita, Khairul Fahmi Che Mat berjaya ditewaskan oleh sepakan leret yang diambil oleh Zhao Hanglue dan di‘dummy’ oleh pemain China. Di sini kita dapat lihat Norshahrul cuba untuk menghalang bola tersebut tetapi gagal. Muslim juga sepatutnya cuba untuk menghalang bola tersebut tetapi Muslim hanya melihat sahaja bola tersebut dan akhirnya bola tersebut berjaya dikelirukan oleh pemain China dan seterusnya menghasilkan gol yang kedua kepada China.

2 – 0

Tak cukup dengan 2 kad merah yang si Williams bengap nie bagi kat Malaysia, dia skali lagi dengan bermurah hatinya memberi kita 1 pulut kad kuning bersamaan dengan 1 ferrari kad merah serta 1 hadiah bonus iaitu penalti. Sungguh muliakan hatikan beliau. Kad merah diberi selepas S. Kunanlan dikatakan menolak pemain China di dalam kotak penalti. Kalau korang tengok pun memang tak caya yang kejadian tu sebenarnya tak perlu pun kad kuning mahupun fouls. Bengap betulla si Williams nie.

Kad Merah Ketiga

3 – 0

Dan akhirnya, kita dikalahkan oleh China disebabkan pengadil yang bersikap tidak profesional & bersikap tidak adil dalam mengadili perlawanan. Aku sebagai rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan bola sepak tempatan nie berasa sangat terkilan dengan sikap Ben Williams. Meskipun pasukan kita masih layak untuk ke Pusingan Kedua kerana 3 mata yang diperolehi hasil kemenangan 2 – 1 menentang Kyrgyzstan pada Selasa lalu namun PENGADILAN BEN WILLIAMS YANG TAMPAK SEPERTI BERAT SEBELAH INI adalah sesuatu yang tak dapat diterima.

InsyaAllah, entri yang seterusnya nanti mungkin akan ada tindakan susulan yang aku akan buat dan ini memerlukan sokongan korang semua sebagai pejuang bola sepak tempatan.

 

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

kredit video: sokernet.com

Adiosa!



11 comments:

Unknown said...

Malaysia Boleh~~~Maju lah sukan Untuk Negara~~~

TV Online Free

PMOfficial said...

China boleh...majulah sukan untuk China....tetiba nak bg orang mesia marah...hehehe...no offense...

Unknown said...

jom kita buat page besar-besaran anti ref semalam kat facebook..okay!!

Jimie SC said...

@nasique

yeah..fikirkan boleh.. ;)

Jimie SC said...

@pm official

await tetiba china blh lak nie.. ke pm org china? huhu...

Jimie SC said...

@rozuan

jom2..buat surat bantahan kat fifa skali..

hans said...

gila pelik pengadil tu
malaysia kena banyak kad tapi china langsung xkena
aku tgok china main pun lebih kurang sama jer kasar

P/S : Nak Buat Panggilan Hangit? Jangan Sampai Aku Hangitkan Kau Pula!

Jimie SC said...

@hans

bkn pelik dah hans..tp da sewel agknya. canela fifa blh approve dia jd pengadil. ak rse ade pkara yg yg menyebabkan si ben ni jadi c2..

dirasuah?
mmg dia suka kad merah?
dia benci malaysia?

hans said...

maybe rasuah lah aku rasa

P/S : Nak Buat Panggilan Hangit? Jangan Sampai Aku Hangitkan Kau Pula!

rockinsudu said...

gilehh ahh. 3 skali. salah sket2 je kot. hampeh tol r.

Jimie SC said...

@hans

ak pn rse camtu gk. afc kena bt siasatan nie..

@rockinsudu

mm hampeh pun si william nie..rse nk cepuk je si bangang nie..

Related Posts with Thumbnails