RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

12 November, 2010

Home » , » Jawapan | Kenapa Menteri Besar Kedah ‘Sound’ Media

Jawapan | Kenapa Menteri Besar Kedah ‘Sound’ Media

Assalamualaikum semua,

ustaz azizanYAB Ustaz Azizan

Kelmarin Skype ada postkan video mengenai Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan yang ‘sound’ wartawan/media RTM & TV3 kat link. So, mesti ada yang dah tahu kenapa Ustaz Azizan ‘sound’ dorang dan mungkin juga ada yang belum tahu. Untuk mengetahui perkara sebenar, korang bolehla baca penjelasan pasal isu banjir nie oleh Ustaz Azizan.

Dan yang pasti korang kena baca habis penjelasan nie baru korang akan tahu & betul-betul faham kenapa Ustaz Azizan ‘sound’ dorang.

PENJELASAN ISU BANJIR OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

Antara perkara yang disentuh oleh YAB Menteri Besar dalam wawancara oleh WARTA DARUL AMAN adalah seperti berikut:

  • Kerajaan Negeri tidak gagal atasi masalah banjir
  • Mengapa kelam kabut di peringkat awal?
  • Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri bertungkus lumus, Muhyidin nak tuduh kita  berlepas tangan?
  • Kalau mahu maklumat datang Bilik Gerakan Banjir Negeri, bukan kutip dari Umno tepi jalan
  • Kerajaan tempatan perlu kaji semula kelulusan Double Tracking Gamuda
  • Pegawai Kerajaan Negeri ‘boikot’ lawatan TPM

Berikut adalah transkrip penuh penjelasannya:

Untuk makluman Kerajaan Negeri sudah menyalurkan bantuan pada hari pertama banjir dengan mengambil tindakan  segera di mana kita memberi fokus tiga perkara dalam mengendalikan mangsa banjir dari segi penempatan mangsa iaitu Pengarah Operasi Peringkat Negeri ialah Setiausaha Kerajaan, Peringkat Daerah ialah Pegawai Daerah dan Penempatan ialah Penghulu-Penghulu Mukim.

 

Kita mengkoordinasi dengan semua agensi kerajaan termasuklah  pihak PDRM, ATM, Bomba dan Penyelamat dengan Pertahanan Awam, Pasukan Relawan, JKR, perubatan dengan semua sekali serentak naik. Itu  operasi kita dari hari pertama kita menghadapi banjir dan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan bekalan  melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Semua penempatan peringkat awal ditanggung oleh Kerajaan Negeri sehingga pihak lain datang memberi bantuan termasuklah  NGO dalam negeri dan luar Kedah. Pada peringkat awal sehingga hari ini pun memang Kerajaan Negeri sediakan  peruntukan dan semua tu disalur melalui Pejabat Daerah.

 

Bagaimanapun pada peringkat awal memang kita hadapi sedikit masalah kerana air naik cepat dan kita bertindak berdasar kepada nasihat dari pihak agensi  tertentu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, PDRM dan  dan beberapa agensi lain seperti Bomba dan seumpamanya.

 

Tentang kejadian banjir kali ini air naik dengan pantas di tempat-tempat rendah dan bahaya. Berdasarkan maklumat inilah, kita  sediakan tempat pemindahan. Keduanya kita maklumkan kepada penduduk supaya meninggalkan rumah mereka supaya  datang ke tempat pemindahan

 

Bagi yang dapat menerima nasihat tapi terdapat juga yang  masih berdegil tidak mahu berpindah. Mereka ini masih  berat hendak meninggalkan  rumah dan  akhirnya air naik tinggi terpaksa juga berpindah. Dalam keadaan seperti ini  beberapa masalah timbul bagi anggota penyelamat menjalankan tugas. Jalanraya sudah terputus. Jalan raya menjadi sungai kenderaan tidak boleh dilalui,  kenderaan ringan tidak boleh pergi kenderaan beratpun tidak boleh sampai.

 

Maka kita kena pergi dengan motorbot Tentera atau Bomba. Tapi bila sampai separuh jalan tidak boleh pergi kerana tempat itu sudah tidak air. Di  sebelah sana ada air jadi macam pulau. Jadi ini melambatkan. Itu yang mengatakan kita lambat memberi pertolongan. Kita memerlukan kerjasama dari semua penduduk. Kita nasihat. Tapi sudah usaha membantu. NGO  dan orang ramai ikut membantu untuk bawa mereka yang terkandas.

 

Kemudian bila sampai ke tempat penempatan berlaku masalah lain pula. Kita buat persiapan untuk 3,000 tiba-tiba yang datang 4,000. Mulanya tidak mahu datang tetapi keadaan memaksa datang.  Bila sampai kita hendak sediakan makan tengahari dan malam. Alhamdulillah semua nya kita dapat atasi dengan cepat. Ini masalah pada peringkat awal sahaja.

Akhirnya berlaku masalah bekalan elektrik terpotong. Air bersih tidak boleh dapat kerana air mentah ketika itu air tidak boleh dirawat lagi. Kita terpotong air bersih.

 

Pihak berkenaan  tidak boleh pergi ke loji kerana jalanraya sudah jadi laut. Jadi dengan sebab itu kita terpaksa cari bantuan air. Ini kerana Sada tidak cukup lori dan peralatan. Dari sinilah terjadi sedikit masalah. Tapi  selepas dua hari kita mendapat bantuan daripada Perak, Pulau Pinang dan  Selangor.

 

Mereka hantar air bersih dan edar ke semua tempat penempatan dan hospital. Semua tangki berkerja 24 jam.  Lebih 100 tangki  di tempatkan di pusat-pusat pemindahan dan sekarang bila kebanyakan mangsa banjir pulang, mungkin mereka akan balik ke negeri mereka.

 

Di sinilah ada pihak-pihak tertentu kata kita tak buat kerja. Sebenarnya kita tidak gagal. Kita berjaya atasi masalah ini. Banjir  satu kejadian yang tidak diduga. Tapi semua agensi Kerajaan Negeri dengan kerjasama dengan Kerajaan Pusat telah berjaya mengatasi masalah yang timbul dan bantuan dapat disalurkan seperti dijadualkan.

 

Ini yang kita buat. Makanan kita boleh masak tidak ada masalah. Makanan Kerajaan Negeri salurkan ke semua penempatan. Cumanya ada tempat-tempat yang lambat menerima kerana  tak boleh keluar dia tak dapat makanan kita tak boleh hantar pasal jalanraya terputus. Itu saja.  Sekarang ini masih kita menerima bantuan-bantuan dan kita meningkatkan peruntukan kita daripada RM 600 ribu kepada RM 2 juta bagi tujuan beri bantuan semasa mangsa berada di tempat pemindahan.

 

Selain itu kita menerima bantuan zakat sebanyak RM 500 ribu yang diserahkan oleh KDYMM Tuanku Sultan dan RM100 ribu sumbangan peribadi baginda.

 

Dakwaan Menteri Kebajikan Masyarakat yang menuduh kita hanya  mengharap bantuan pusat adalah silap. Dia silap. Dia datang satu jam sahaja.  Kita duduk 60 jam. Bagaimana dia boleh buat kenyataan tanpa datang ke Bilik Gerakan bencana Alam negeri. Dia tak hubungi pihak autoriti  negeri. Bilik Gerakan utama negeri.  Sama ada peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri atau pejabat Daerah.  Dia hanya melawat tempat tertentu sambil mendengar laporan daripada Ketua Umno seorang dua.

 

Dia timbulkan mengenai  kanak-kanak yang lemas. Itu kerana emak bapa dia tak jaga dia jatuh sungai. Itu kenyataannya. Kita kerja. Semua pegawai berjaga siang malam. Dia buat kenyataan sedap-sedap kononnya Kerajaan Negeri lepas tangan. Menteri itu dapat maklumat dari tepi jalan.  Sepatutnya dia mai dengar di bilik Gerakan Negeri.  Di situ ada Polis dan Tentera. Ada Jenderal yang duduk bersama kita. Ketua Polis, Ketua Bomba serta semua pengarah-pengarah  berada bersama kita dalam Jawatankuasa Bencana Alam. Kenapa buat kenyataan yang tak cerdik.

 

Itu kenyataan politik. Hari ini (mereka dakwa) banjir disebabkan air datang dari Hatyaai. Itu tak betul.  Kita cakap masalah banjir berdasar laporan dan kajian daripada pihak agensi yang terlibat. Agensi yang bertanggungjwab.  Kepakarannya yang ada. Pengarah JPS  dia tahu pergerakan air dan  JKR  kita dengar maklumat hari itu baru kita buat kenyataan.

 

Hujan bermula di Padang Terap bukan dari Hatyaai. Kemudian  melimpah di Padang Terap dan tradisinya akan mengalir ke Daerah Pokok Sena. Dan mengalir ke Dehrang dari situ turun   ke Wang Tepus, Jitra dari Dehrang turun ke Sungai Tajar dan akan pergi  ke Sungai Haji Deris.   Sebahagian pergi  ke kawasan Pendang tapi tahun ini air tidak pergi ke kawasan Pendang.  Tapi air pergi ke Dehrang terus Wang Tepus tembus  sampai  Changlon.  Air memenuhi kawasan rendah di  Jitra, Pekan Jitra barulah mengalir   ke kawasan sebelah barat memenuhi  Kubang Pasu, Pulau Kerengga, Pulau Timbul dan kawasan Tunjang, Megat Dewa dan kawasan sekitar Gunung

 

Daerah Pendang sikit sahaja. Masalah perjalanan air  diganggu oleh landasan keretapi double tracking. Air tertumpu di Alor Setar. Landasan keretapi yang sedang dibina  sepatutnya ada saluran yang lebih besar.  Tapi saluran itu bilangan sikit dan kecil.  Maka air lambat keluar memakan masa. Itulah sebabnya berlaku banjir di tempat-tempat yang tak pernah banjir rumah saya  telah tenggelam kali ini. Ada yang sampai ke dada.

 

(Ada yang) Tinggal selama  20 tahun ada yang  sudah 30 tahun tidak pernah banjir. Laporan pihak JPS mengatakan air tidak boleh bergerak kerana terhalang oleh  landasan keretapi ini. JPS yang juga hak Kerajaan Pusat dan Krajaan Negeri.  Pengarahnya Kerajaan Negeri yang bayar gaji walaupun dia pegawai persekutuan dia kerja di Kedah. Adakah TPM bercakap dengan Pengarah JPS atau Pegawai Mada?

 

Jadi kita sebut kita minta supaya jalan air yang sempit ini diperbesarkan. Kita panggil hari itu supaya (Gamuda) datang bincang. Petang baru datang dia mesyuarat dan dia setuju nak luaskan saluran air supaya mudah air mengalir ke laut. Dia memang korek hari itu. Kalau dia tak korek  saya arahkan JPS  buka saluran kepada orang awam. Bila dia buka saluran sekarang banjir cepat kering.  Lepas buka (baru) kering. Memang saluran kecil.

 

Dalam hal ini dia kata dia rugi. Gangguan . Kenyataan KTM Berhad kata dia rugi. Ini cakap tak bertanggungjawab. Dia  rugi kerana pentingkan keuntungan. Rakyat rugi dia tak sebut. Yang tak berniaga beratus juta punah wang  habis. Rosak harta benda. Rakyat rugi ratusan juta. Terganggu kerja sampai sekarang. Kenapa tak cakap macam tu. Kenapa nak simpati dengan pihak Gamuda dan  keretapi ini yang tak buat kerja dengan cara betul.  Ini kerugian rakyat biasa yang setiap bulan kenak potong gaji  bayar sewa rumah. Ada yang RM 700- 800 sebulan. Dapat gaji hanya hanya  seribu atau lebih. Sekarang lepas banjir terpaksa baiki sana sini rumah rosak kerana tenggelam sampai lima hingga enam hari.

 

Ini tidak termasuk kemusnahan harta benda. Kenapa tak bercakap kerugian rakyat dia bercakap kerugian dia.  Maka tak peliklah bila nanti rakyat akan saman dia lepas ni. Saya difahamkan rakyat akan buat tuntutan di mahkamah. Biar mahkamah putuskan air daripada mana. Kesilapan (dipihak) dia, memanglah banjir kerana hujan lebat. Landasan ini salah satu faktor yang menyebabkan lambat air nak turun.

 

Bila saya bercakap mula-mula pihak Keretapi Tanah Melayu  menafikan. Bila petang pihak yang bina landasan iatu Gamuda datang baiki. Jadi dia dok ulang. Makna dia bercakap atas maklumat yang tak betul.

 

Saya bercakap fasal rakyat saya. Maka sebab itu saya arahkan semua kerajaan tempatan supaya kaji semula  tentang kelulusan yang kita bagi kepada Gamuda tentang kelulusan landasan keretapi ini supaya disemak semula pesetujuan kita yang benarkan dulu.  Ini kerana telah membebankan rakyat.  Eesok ada mesyuarat  saya akan arahkan semua PBT terlibat iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap supaya semak semula tentang kelulusan yang kita bagi ini. Kita tidak akan benarkan lagi sehingga mereka selesaikan masalah ini.

 

Pasca dari segi kerugian harta benda, rumah dan kereta. Keduanya  kerosakan  tanaman kita serahkan kepada pihak Mada. Memang Mada bertanggungjawab kerana yang ini kita tidka ada  peruntukan. TPM akan minta  senarai.

 

Pegawai dia bila datang Kedah tidak jumpa kita. Mai rumah kita kenalah tanya kita. Demokrasi dia laung-laungkan. Dia patut kena tanya saya. Maka sebab itu tak pelik tidak ada seorang pun pegawai Kerajaan Negeri pergi sambut dia di stadium. Yang ada cuma seorang iatu Pengurus Stadium. Ini kerana dia hendak dengar ucapan Umno bukan laporan Kerajaan Negeri.

 

Sepatutnya sebagai Negeri Persekutuan dia kena datang jumpa saya atau hubungi Kerajaan Negeri.  Saya hubungi  Menteri Besar negeri lain minta tolong. Kerana kami tak cukup peralatan. Minta lori air dari Perak, Selangor bawa lori air. Air kita ada di paip-paip yang kita telah baiki tapi kita tidak ada tangki. Yang ada tidak cukup. Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

 

Kerajaan Pusat ada  duit banyak dia datang  tolong. Kerajaan negeri tidak ada duit. Tapi tak payah ajar kita. Kita tahu apa nak buat. Dia mengatakan kita sensasikan cerita. Kita bagi bantuan tak tanyapun dia orang tu Umno atau Pas. Peruntukan diambil dari Kerajaan Negeri.  Itu saja.

 

Saya tak tunggu bantuan Kerajaan Pusat. Sekalipun saya tak minta. Siapa kata saya minta?Sapa kata saya lepas tangan? Tan Sri Mahyudin kata saya lepas. Pernahkah pejabat saya hantar surat ke Kuala Lumpur minta selesaikan masalah. Tak ada. Saya cuna merayu NGO. Kalau berlaku gempa bumi di Pakistan, di Afghanistan dan Indonesia berduyun-duyun pergi tolong di sana. Kenapa tidak tolong rakyat di Kedah yang ditimpa bencana. Itu saja itu saya  minta kepada NGO. Saya tak pernah tulis surat kepada PM tolong sat saya. Saya tak pernah tulis surat kepada Shahrizat mai sat tolong saya. Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa.

 

Saya sangat simpati dengan penduduk yang terkena banjir. Tempat pertama saya pergi di Padang terap. Semua pusat  pemindahan saya pergi. Masjidnya, surau dan sekolah. Saya beramah mesra dengan mereka. Saya pergi Bilik Gerakan. Mereka yang bertugas gembira saya datang. Kanak-kanak  nampak saya datang bersalaman. Kanak-kanak biasalah tetap gembira Cuma ibu dan bapa nampak runsing.  Masa itu kita sediakan keperluan  makan minum, selimut. Masalah makanan lambat siap dan tidak cukup bantal dan selimut adalah.

 

Tempat lain  begitu juga. Alhamdulilah. Mereka nampaknya  tenang. Layanan dari kita begitu baik dan para sukarelawan menolong mereka. Kadang-kadang makanan lambat. Itu biasalah kerana hendak siapkan makanan dengan jumlah yang banyak. Nak masak, nak bungkus sedikit terlambat pada hari pertama.

 

Ada yang pindah ke sekolah. Di Jitra ada yang pindah ke sekolah ingatkan selamat tiba-tiba malam air naik terpaksa pindah pula. Jadi terpaksa  gunakan jentera-jentera kenderaan berat. Saya menghargai semua jasa dan kerjasama pegawai-pegawai  kerajaan negeri. Saya waktu siang keluar pukul 4 petang balik 11 malam. Keluar 10 pagi balik petang. Malam pergi pula. Saya pindah dari satu Bilik Gerakan ke satu Bilik Gerakan saya hubungi Setiausaha Kerajaan dan DO-DO apa yang diperlukan atau ada apa kekurangan. Semua cukup tapi kita standby arah keluarkan duit Kerajaan Negeri.

Pelik juga tang  mana saya lepas tangan. Itu  political statement  tapi pihak BN mengeksploit untuk kepentingan politik.

 

Mereka pasang bendera BN di stadium Sultan Abdul Halim tunggu TPM  turun. Makanya itu lebih mencari publisiti daripada  untuk kemanusian.  Saya pergi  tak bawa bendera Pas tak bawa bendera Kedah. Saya pergi nak jumpa bertanya khabar ada pihak Umno sendiri nak control dan Puteri-puterinya menafikan  bantuan Kerajaan Negeri. Ini menghalang orang nak melawat. Itu tak bertamadun. Otak tamadun sempit. Politik sempit. Kita tak  boleh buat begitu. Termasuklah Menteri yang dibodohkan oleh pemimpin Umno di Kedah. Dan rakyat akan menilai mereka nanti.

 

Saya ucapkan terima kasih kepada semua sukrelawan dan pihak-pihak yang membantu. Saya ucapkan terima kasih  kepada mereka yang datang membantu. Saya  ucapkan selamat datang.  Bagi mangsa banjir Alhamdullilah kita selamat walaupun hilang harta benda tapi tidak hilang keluarga. Kita bersyukur.

pss…nak masuk rumah orang bagi salam dulu tau, pastu baru dpt tau apa sebenarnya yg berlaku.

sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah

 

Salam Ukhwah,

17 comments:

taufiq said...

fuhh mantap jawapan

Jimie SC said...

mantap, padat, melekat..

moralnya, nk tlg mangsa2 bnjr tlgla tp jgn tlg tu semata2 ats dasar politik.

mumumeow said...

lol..perlu ke hantar bntuan nk pamer bndera?..nmpak sgt depa cari publisiti...x ikhlas wat keje...

Azrul Hisham said...

umngok memang camtu...tabik la kat menteri besar kedah...

Jimie SC said...

@mumumeow

tula, klu dorang ikhls nk bg bantuan rsenye xpyh nk bwk bendera.

Jimie SC said...

@azrul

ustaz azizan mmg sorang yg berkredibilit pd pndangan skype. dia mrh sbb orang ckp dia tak buat kerja pdhl xde liputan yg dibuat.

sama2la kita membantu mangsa2 bnjr, xkiralah mangsa tu pas ke umno ke..yg pntg dorang perlukan pertolongan kita. klu xdpt dgn kudrat kita, kita derma kat mana2 tabung yg tlh dibuat khas utk mangsa2 bnjr.

Solihin Zubir said...

meremang bulu roma aku weyh!
ustz azizan mmg terbaek!
masa aku tgok buletin tv3suku tu, mmg padan muka la media yg kena ngan ustz..
buat kerja cara org ISLAM!
diorg nie saja nk politikkan isu banjir nie.. mengong btoi..

Enche said...

caya la ustaz

Fariq Jalil said...

aku hrp blog2 yg postkn psl tv3 n rtm kne sound 2 bce ni..
diorg sdp2 je ckp yg bkn2 sdgkn xtau kisah..

Jimie SC said...

@Fariq

InsyaAllah Fariq, smoga dorang baca.

Anonymous said...

sakit ati dengar org ckp MB nk lpas dri..sbnarnya depa yg tak penah mbik tau brta yg btoi dan cma dgar dr media tv1 dan Tv3..pdahal mmg dah jelas media tu berat seblh....

Jimie SC said...

btl tu anony..skype pn rse terkilan jgk sbb psl bnjr nie pn nk dipolitikkan jgk...meb dsbbkan dh nk dkt nn pru kot...

Anonymous said...

ape yg terjadi pada sidang tu buat aku xpuas hati...kenapa xde bodyguard ustaz azizan yg belasah wartwan yg kurang ajar tu...halau je...kasi black list TV3 dan RTM...diorang ingat orang bodoh ke...orang sekrang dah cerdik...ape yang RTM dan UMNO wat tu menambahkan benci rakyat pada UMNO dan BN

Jimie SC said...

ileks bro, xkn smpi nk belasah2 bro.

di sini sbnrnya apa yg blh di ambl iktibar oleh rtm & tv3 adlh spy adil dlm melaporkan sesuatu berita. jadi, xdelah org nk mrh2kan..

peace no war.. ;)

Anonymous said...

Lain kali kalau nak wat kerja..wat kerja cara org Islam..Itu yg terbaik drpd org yg tahu amanah yg dipertanggungjawabkan oleh rakyat utk kebajikan rakyat.

Anonymous said...

politic!!!

Anonymous said...

media p tanya orang yang tak kena banjir,yang si kena tanya tu nak pulak orang umno hancuq bleh kat tv3,rtm,

Related Posts with Thumbnails