RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

08 November, 2010

Home » , , » Antara Facebook, Blog & Al-Quran

Antara Facebook, Blog & Al-Quran

Assalamualaikum semua,

al-quran

Pagi ni, masa Skype tengok rancangan Madrasah Salasilah kat Astro Awani, tiba-tiba Skype terfikir mengenai “kita” yakni orang muda yang ada facebook dan blog. Fikir pasal ape? Fikir pasal kelekaan kita terhadap facebook & blog sehinggakan kita lupa pada Al-Quran.

Ya..dalam solat kita ada baca Al-Quran tapi adakah kita pernah membuka Al-Quran dan membaca Al-Quran mengikut makhraj2nya yang betul? Bulan nie, tahun nie, berapa kalikah kita buka dan baca Al-Quran? 50 kali? 20 kali? 5 kali? 2 kali atau…mungkin kita tidak pernah membuka Al-Quran lagi untuk tahun ini…siapa tahu? Kita dan Allah sahaja yang tahukan?

"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

Betapa kita boleh bukak facebook selama 1 jam, 5 jam, 16 jam, bahpun 24 jam skalipun kita boleh. Ya..Malaysia Boleh! Oh tidak, Melayu Boleh sebenarnya! Itu yang kita banggakan? Dengan facebook kita boleh update status kitakan? Cuba tanya pada diri kita, apa pentingnya status kita tu? Adakah ianya penting pada hari akhirat kelak? Ya..mesti ada di kalangan kita akan cakap benda remeh macam nie pun nak bising-bising tapi benda yang remeh ni la yang menjauhkan kita daripada Al-Quran.

facebook-addictAddicted Facebook

Malah dengan facebook, kita dalam tidak sedar sebenarnya telah membuka pekung di dada. Kita dedahkan gambar-gambar kita cium isteri kita. Adakah itu baik? Ya, ianya baik tapi tidak elok jika dipaparkan kepada umum. Nak tunjuk kemesraan? Tak payah..kemesraan tu hanya untuk korang suami isteri jer. Kenapa jadi macam nie? Sebab Al-Quran dah takde dalam hati kita. Harap baca dalam solat jer, padahal apa yang dibaca tu pun sepatah haram tak faham apa-apa.

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

Yang semakin popular skang jugak adalah blog. Orang yang giler berblog biasanya agak jarang berfacebook kecuali apabila nak ‘ping’ blog mereka. Setiap hari, blogger2 ini akan cuba untuk mencari idea untuk diletakkan dalam entri mereka. “Tak boleh ke update blog bro?” Bukan tak boleh tapi jangan sampai solat kita terabai. Bila solat kita terabai Al-Quran juga terabai.

blogger addictedAddicted Blogger

Skype perhatikan semenjak dua menjak nie makin ramai blogger2 yang berusaha bertungkus-lumus blogwalking, jumpwalking dan sebagainya. Seolah-olah, kalau tak blogwalking sehari seperti nyawa akan hilang. Blog bolehlah plak updates & blogwalking tiap-tiap hari tapi Al-Quran? Di mana kita letakkan nilai sebuah Al-Quran? Atas almari? Atas meja? Ada yang ada Al-Quran tapi hanya jadi perhiasan bahkan ada yang langsung takde Al-Quran. Adakah kita Islam? Atau kita hanya Islam pada nama?

"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)

Adakah kat akhirat nanti Allah akan tanya nombor berapa ranking blog kamu kat alexa? Tidak!!! Bahkan Allah tidak akan tanya berapa banyak pendapatan kamu dapat daripada nuffnang! Allah akan tanya adakah kamu solat? Kenapa kamu tidak solat? Adakah kita nak bagitahu sebab kita updates blog? Jawapan itu tidak laku di mahkamah Allah nanti. Tidak sama skali...

Berblog boleh dan daripada berblog banyak manfaat yang kita boleh dapat, cuma kita harus pandai membahagikan masa kita. Jangan sampai kita menjadi hamba blog kerana tu semua duniawi. Jangan sampai kita leka hinggakan Al-Quran kita lupakan.

p/s: skype menulis hal bukan untuk untuk mengkritik tetapi untuk kebaikan kita semua.

 

Salam Ukhwah,



10 comments:

Fariq Jalil said...

btul2..
kite sume leka..
astaghfirullahalazim..

Islam Dan Artis

Yana Mohamad said...

SENTAP kejap baca entry nih.. rasa diri ni hina sangat.. betul sesangat apa yang awak tulis tu.. Terima Kasih kerana sedarkan saya..uhuhu..

Jimie SC said...

@Fariq

sama2la kita beringat2 spy kita xleka fariq

Nadia Syakila said...

Igfirli zunubii ya Allah....
Mari kita berhijrah ke arah kebaikan..
cuba lazimkan bacaan alquran dan maknanya..
mudahan istiqamah...

Jimie SC said...

@Yana

sama2..

sbnrnya benda nie tjadi kpd skype sndiri & skype bt en3 nie sbg peringatan kita semua.. ;)

Jimie SC said...

@Nor Nadia

InysaAllah..mudah-mudahan. smoga kita berada dlm perhatian Allah.

Puteri Iqa Izyan said...

skype..terase sgt.
tp kan bgs entri ni.
sdrkan org sekeliling..

iqa sndri pon dah lame x bce al-quran..
rindu jugak nak baca.
harap kan lepas ni kembali baca lagi..

thanks 4 sharing this :)

Ainna Jalil said...

sumpah suka entry nih!
dulu enna macam ni lah, duk depan laptop smp bengkak mata,
skang dah okay sejak kena basuh dengan abg-abg sendiri.
padan muka terasa! skang ni pun on pagi dengan petang jeh
x se active dulu :(

Jimie SC said...

@puteri

maaf sbb bt puteri terasa tp nie utk kebaikan kita bersama. lgpn skype bt en3 nie pn sbb skype sndiri yg alami benda nie & Alhamdulillah, skype da berubah dah sket2...

Jimie SC said...

@enna

samala kita enna..skype drp dlu asyk dgn komp jer. pg kje pn ngadap komp, blk umh pn ngadap komp..blh dikatakan 24h dgn komp jer tp hr tu ble skype tgk kwn skype baca quran tiba2 rse terdetik dihati..dh brp lame ak xbuka Al-Quran, asyik2 ngn komp..aduh, rse cam hina sgt di pandangan Allah. :(

Related Posts with Thumbnails