RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

23 February, 2011

Apa Erti Menjadi Solehah?

Assalamualaikum semua,

isteri solehah Skype yakin ramai wanita-wanita di luar sana ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Tapi sedarkah anda bahawa dalam perbuatan anda(isteri) dalam sehari-hari terdapat perkara yang menyebabkan anda gagal menjadi seorang isteri yang solehah..lebih-lebih lagi pada zaman internet sekarang nie.

Skype ada kisah di mana menceritakan mengenai “Apa Erti Menjadi Solehah?”.

Kisah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim :  Siapakah kamu?

Menantu :  Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim :  Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu :  Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya).

Menantu :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail :  Apa jawapanmu?

Isteri :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail :  Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.

Nabi Ismail :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.

Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.

Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim :  Dimana suamimu?

Menantu :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim :  Baguslah kalau begitu.

Menantu :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan.

Nabi Ibrahim :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya. (sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail :  Apa katanya?

Isteri :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail :  Apa jawapanmu?

Isteri :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.

Nabi Ismail :  Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri :  Alhamdulillah, syukur.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi wanita yang sudah ataupun akan mendirikan rumahtangga, berhati-hatilah dengan perkara nie, lebih-lebih pada zaman internet skang nie. Pelbagai status di updates setiap minit di facebook dan twitter dengan status-status yang mendedahkan rahsia rumahtangga dan mengeluh dengan kehidupan mereka. MasyaAllah, sedarkah anda bahawa anda adalah seorang wanita/isteri yang wajib taat pada suami?

Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)



21 February, 2011

Kenapa Bob Lokman Sertai PAS?

Assalamualaikum semua,

Semalam Skype ada post entri mengenai Bob Lokman sertai PAS di sini dan hari nie Skype nak kongsikan plak pengakuan saudara Bob Lokman sendiri mengenai kemasukan beliau ke dalam Pas.

Sebelum direct kepada video pengakuan Bob Lokman tu, Skype nak kongsikan isi hati Skype dengan skorang semua.

Ok, Skype sedia maklum di kalangan yang like Fan Page Skype Crew adalah sahabat-sahabat terdekat, kawan-kawan kolej, kawan sekerja dan juga kawan-kawan blogger yang mana ada yang cendorong kepada Pas dan Umno dan lain-lain. Skype juga yakin yang 99% daripada mereka adalah orang Islam.

Jadi, Skype mintak sangat anda semua, sahabat-sahabat Skype baca dan dengar video nie dengan jiwa Islam. Skype seorang anak muda yang berfikiran terbuka yang mana Skype melihat Umno dan Pas adalah parti orang Islam.

Umno Pada Pandangan Mata Hati Skype

Pada pandangan mata Skype, Skype melihat Umno adalah kerajaan yang hebat dengan pembangunan dan ekonomi negara. Umno dapat menjadikan negara kita sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Skype salute dengan Umno kerana berjaya memakmurkan Malaysia tapi sayangnya Umno gagal dalam membentuk Malaysia dengan acuan Islam yang sebenarnya.

Natijahnya, kita boleh dengar dan nampak sendiri keruntuhan moral anak-anak muda zaman sekarang. Kenapa ini berlaku? Sebab di rumah mereka dididik oleh ibubapa mereka dengan keduniaan. Mungkin masa kecil mereka di hantar ke kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya tapi bila dah besar skit, ibubapa biarkan aje anak-anak dorang nak buat ape-ape pun (free hair, keluar malam2 dengan lelaki bukan muhrim) dan mintak maaf Skype cakap, ibubapa yang sebegini adalah ibubapa yang cenderong kepada Umno. Bukan semua tapi kebanyakannya begitu pada pemerhatian Skype. Betulkan Skype jika Skype silap.

Ibubapa yang menyokong Umno, mereka nie Skype perhatikan lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti keduniaan daripada akhirat seperti karaoke, konsert hiburan dan sebagainya. Lupakah mereka bahawa mereka ini adalah Islam yang mengucap kalimah syahadah seperti di bawah?

“Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.”

Mereka telah bersaksi bahawa tiada Tuhan lain lagi selain Allah tapi mereka tetap dengan aktiviti lagha’ mereka. Lupakah mereka bahawa Al-Quran itu kalam Allah? Kenapa kalam Allah itu tidak diaplikasikan?

Sebab itulah Pas wujud bagi menyedarkan orang Umno bahawa mereka adalah orang Islam yang bertuhankan Allah. Skype tak nafikan ada yang sedar tapi ada lagi yang masih lagi tidak yakin dengan kalam Allah. Kenapa? Sebab pemimpin Umno sendiri tidak berusaha menyedarkan masyarakat Islam di bawah partinya dengan ajaran Islam.

“Nape plak takde? Banyak program-program agama yang dibuat seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Bicara Mufti dan sebagainya.”

Kat forum perdana tu pumpam2 dok cakap pasal agama dan mereka betul dalam menyampaikan kepada masyarakat tapi adakah mereka sedar bahawa pemimpin-pemimpin mereka sendiri tidak mengikut Islam. Islam tu agama Allah. Apa yang nak dibangkang lagi? Apa yang tak sesuainya?

Kita ambik 1 perkara kecik tapi besar di mata Islam iaitu bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Semua maklum bahawa ianya HARAM tapi kenapa PM kita bersalaman dengan yang bukan muhrim setiap kali turun jumpa rakyat? Takut dikatakan sombong oleh rakyat? Kita bertuhankan Allah, bukannya makcik-makcik tu. Kenapa nak takut? Di situ Skype dapat lihat yang Umno masih lagi tidak faham mengenai Islam.

Jadi, seeloknya kerajaan Umno melihat perkara ini dengan serius.

Umno dah cukup bagus dalam pentadbiran (cuma terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dibaiki seperti rasuah, kroni dan sebagainya)tapi sayangnya dalam hal agama yang sepatutnya diletakkan paling atas dalam pentadbiran tidak dilaksanakan. ISLAM, ISLAM, ISLAM…IANYA PATUT BERADA DI ATAS. Fahamilah wahai sahabat-sahabatku.

Ok, stop dulu pasal Umno.

Kita lihat pula kepada Pas.

Pas Pada Pandangan Mata Hati Skype

Dasar Pas adalah memperjuangkan agama Islam. Pas hebat dalam bab agama tapi dalam soal pentadbiran Skype tak pasti sangat lagi namun belum cuba belum tahukan? Ok, Umno hebat dalam soal pentadbiran dan Pas pula hebat dalam soal agama. Cuba korang bayangkan apa akan jadi jika mereka bersatu? InsyaAllah, dengan izin Allah, Malaysia akan jadi negara Islam yang maju.

Walaupun memperjuangkan agama namun penyokong Pas tidak terlepas daripada api neraka sebab setiap manusia tidak terlepas melakukan dosa. Cuma mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam perjuangan Pas ini mempunyai sedikit kelebihan yang mana Skype rasa ianya juga mempengaruhi seseorang itu untuk berubah.

Contohnya, daripada kecik, anak orang Pas ini diasuh dengan agama sehinggalah anak itu remaja. Apabila meningkat remaja, mereka ini mungkin akan terpengaruh dengan pelbagai perkara yang negatif dan disinilah kelebihan itu dapat dilihat apabila remaja tersebut melakukan kesilapan dan sedar dengan kesilapan yang dilakukan sebelum nie dengan asuhan daripada keluarga mereka yang berlatarbelakangkan agama.

Skype tak cakap benda nie pasti tapi ada yang begitu. Namun, sentuhan hati ataupun hidayah itu milik Allah, Allah jua lah yang layak memilih kepada siapakah DIA ingin memberikan hidayah itu.

Namun, ada jugak sesetengah ibubapa yang cenderong kepada Pas, mereka menganggap yang anak mereka jadi baik dengan didikan agama yang mereka berikan tapi tahukah anda bahawa di luar sana terdapat pelbagai dugaan daripada internet, persekitaran dan lain-lain yang boleh merosakkan anak-anak anda?

Perkara yang sebeginilah yang menjadi kelemahan2 ibubapa orang2 Pas.  jadi, pantaulah anak-anak anda seumur hidup anda kerana anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t.

Kesimpulan

Jika Umno memerintah dengan meletakkan Islam paling atas dan melaksanakan Islam, Skype tidak akan teragak-agak untuk bersama Umno dan Skype amat pasti bahawa Tok Guru Nik Aziz pun akan bantu Umno untuk mebangunkan negara.

Namun, jika Umno masih lagi tak sedar maka Pas-lah wadah perjuangan untuk orang-orang Islam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bob Lokman Tarik Diri Raja Lawak Musim Ke-5

Kenapa Bob Lokman sertai PAS (1)

Kenapa Bob Lokman sertai PAS (2)

Kepada sahabat-sahabat Skype, walau parti apapun korang..kita tetap kawan dunia akhirat. InysyaAllah, akan kusedarkan kamu dengan mimpi dunia walaupun aku juga masih lemah dalam arus kehidupan Islam ini. Allah Itu Maha Besar, Alllah itu Maha Kaya..sesungguhnya Allah akan bantu hamba-NYA yang berdoa kepada-NYA.



20 February, 2011

Pelakon Bob Lokman Sertai PAS

Assalamualaikum semua,

Entri kali nie mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak dan kawan-kawan Skype yang menyokong Umno namun setelah Skype berfikir banyak kali, Skype ambik keputusan untuk masukkan ke dalam blog Skype. Kepada penyokong parti Umno, Skype harap korang tak sentap dan tak kisah Skype ber’politik’ kali nie sebab niat Skype ikhlas iatu demi agama kita yakni ISLAM. Takde langsung niat lain. Skype harap korang baca dengan minda ISLAM dan semoga hubungan persahabatan kita masih kekal wahai sahabat.

______________________________________________________________________________

boblokman masuk pas

Mahfuz: PAS popular di kalangan 'rockers'

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi nafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.

sumber: Malaysiakini

 

****************************************************************

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan taufik dan hidayah kepada Bob Lokman. Sebenarnya, Skype dah mula perasan perubahan Bob Lokman nie selepas kematian Din Beramboi. Sejak itu, beliau perlahan-lahan cuba lari daripada dunia hiburan. Dunia hiburan tidak salah tetapi cara untuk membentuk dunia hiburan itu kena betul dan di dalam Islam sendiri ada cara-cara yang betul untuk berhibur.

InsyaAllah, kemasukan saudara Bob Lokman nie membuktikan bahawa Pas adalah parti yang bersungguh-sungguh dan ikhlas berjuang untuk agama. Umno bukan tidak memperjuangkan Islam tetapi Umno tidak serius dalam menegakkan agama ALLAH. Kita mengucap “LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH” yang bermaksud “AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MENLAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH YANG TERAKHIR” tetapi kita tidak beramal dengan apa yang kita ucapkan. Kalau kita percayakan ALLAH, maka hukum ALLAH WAJIB dilaksanakan.

Abang Bob jugak nampaknya mengaku yang dia sebelum nie banyak lalai dan terlalu mengejar duniawi. Berikut adalah petikan kata-kata beliau yang diambil daripada blog beliau..

“Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia.”

Semoga penghijrahan beliau ini dapat membuka mata hati artis-artis lain supaya berubah mentaati ALLAH s.w.t.

psss..semoga Afdlin Shauki pun turut terkesan dengan penghijrahan Bob Lokman nie. ;)

 

“BERJUANGLAH UNTUK ISLAM, SESUNGGUHNYA KAMU TIDAK AKAN SIA-SIA”

Bob Lokman

Bob Lokman 1

Salam Ukhwah,



18 February, 2011

Puisi Buat Sultan Kelantan

Assalamualaikum,

                                                                Sultan Kelantan 2

BICARA BUAT SEORANG SULTAN

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian

perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Sultan Kelantan 3

Sultan Kelantan 

Sultan Kelantan 4 

psst…jangan tertipu tau, nie bukan Skype yang garap. Skype xde bakat pun nak berpuisi nie..ahakss… Skype ambik daripada Dr. Maza. Skype masukkan dalam blog sebab garapan beliau amat kena skali dengan keperibadian Sultan Kelantan. Lagipun, dalam puisi nie juga diselitkan nasihat buat Sultan Kelantan. InsyaAllah, semoga Sultan Kelantan menerima nasihat melalui puisi ini dengan rasa rendah diri.

12 February, 2011

Krisis Mesir | Hosni Mubarak Letak Jawatan Presiden

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana perjuangan rakyat Mesir dalam menumbangkan kerajaan zalim Hosni Mubarak akhirnya mencapai kejayaan. Setelah berjuang selama 18 hari, akhirnya Hosni Mubarak mengalah dan mengambil keputusan meletak jawatan semalam(11 Feb 2011).

Dalam satu siaran semalam, Omar Suleiman, Naib Presiden Mesir, mengumumkan yang Hosni Mubarak telah meninggalkan pejabat beliau dan telah menyerahkan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.

Kenyataan ringkas Suleiman telah diterima dengan satu sorakan gembira dan kibaran bendera Mesir oleh beribu-ribu rakyat Mesir di Tahrir Square, Kaherah dan juga oleh aktivis-aktivis pro-demokrasi yang berkempen di seluruh negara sejak Jumaat yang lalu.

Mohammed Hussein TantawiMohammed Hussein Tantawi

Tokoh tertinggi rejim Mesir yang baru sekarang ini adalah Mohammed Hussein Tantawi, Menteri Pertahanan Mesir. Selepas pengumuman itu, beliau melepasi bekas istana Hosni Mubarak, yang mana orang ramai memberi sorakan kepada beliau. Beliau berhenti seketika dan mengucapkan terima kasih serta melambai-lambai sebelum berlalu memasuki istana tersebut.

Dalam kenyataan ketiganya kepada negara, beliau berkata Majlis Tertinggi Angkatan Tentera sedang mengkaji situasi sekarang supaya aspirasi negara mereka menjadi kenyataan.

Laporan mengatakan yang resolusi-resolusi dan kenyataan-kenyataan yang berhubungan dengan tindakan-tindakan akan diikuti supaya mencapai tuntutan-tuntutan rakyat Mesir.

Dalam siaran itu, jurucakap Mesir menyampaikan salam dan penghargaan kepada Mubarak untuk perkhidmatannya bagi negara dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah ‘jatuh’ sepanjang protes itu berlaku.

‘Mimpi Menjadi Nyata’

Rakyat Mesir yang berada di Tahrir memberi respons kepada kenyataan Suleiman dengan menyanyikan “Kami pernah menumbangkan rejim”, sementara yang lain kelihatan menangis, bersorak dan berpeluk antara satu sama lain.

Mohamed ElBaradei, seorang pemimpin pembangkang, dipetik sebagai berkata "sebuah mimpi menjadi kenyataan" ketika bercakap kepada Al Jazeera.

"Saya tidak boleh memberitahu anda bagaimana perasaan rakyat Mesir hari ini. Kami telah dapat mengembalikan hak kemanusiaan kami untuk menjadi bebas dan merdeka" katanya.

Dia mengulangi dengan mengatakan bahawa Mesir kini perlu kembali kepada kestabilan , dan mencadangkan satu kerajaan peralihan ditubuhkan.

"Kami perlu teruskan, keutamaan kami adalah untuk memastikan negara ini kembali pulih dari segi sosial, ekonomi dan demokratik secara bersepadu." katanya.

Ayman Nour Ayman Nour, seorang lagi pemimpin pembangkang dan seorang bekas presiden memberitahu Al-Jazeera yang dia akan menimbangkan untuk bertanding jawatan presiden jika mendapat sokongan kepada pencalonannya. Dia memanggil Jumaat "hari terbaik dalam sejarah Mesir.

"Negara kita telah dilahirkan semula. Orang-orang ini telah dilahirkan semula, dan ini adalah 'Mesir Baru'."

"Malam ini, selepas berminggu-minggu mengalami kekecewaan, keganasan, ugutan, suara rakyat Mesir telah didengari, bukan sahaja oleh presiden itu tetapi oleh seluruh dunia." lapor wartawan kami di Tahrir Square.

‘Letupan Emosi’

"Keriangan di sini sekarang sukar untuk digambarkan," lapor wartawan kami di bekas istana Hosni Mubarak, di mana sekurang-kurangnya sepuluh ribu aktivis pro-demokrasi sedang berkumpul.

"Saya telah menunggu, saya telah bekerja sepanjang hidup saya untuk melihat suara rakyat ke hadapan dan ianya ditunjukkan sendiri. Saya terdiam." kata Dina Magdi, seorang jurukempen pro-demokrasi di Tahrir Square kepada Al-Jazeera.

Keadaan ini bukan sahaja mengenai Mubarak undur diri, tetapi ianya juga tentang kuasa rakyat untuk membawa kepada perubahan.

Di Alexandra, bandar kedua Mesir, wartawan Al-Jazeera menggambarkan "letupan emosi" berlaku. Dia mengatakan beratus-ratus ribu rakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Hosni Mubarak di jalanan.

People CelebrateRakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Mubarak

Memberikan respons kepada pengumuman itu, Catherine Ashton, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, memberitahu Al-JAzeera yang 27 negara anggota menghormati keputusan yang telah di ambil Mubarak.

Beliau berkata Kesatuan Eropah mahu mengembalikan penghormatan terhadap maruah rakyat Mesir ketika ini dan kesatuan bersedia menawarkan bantuan dalam tempoh peralihan ini.

Joseph Biden, Naib Presiden AS berkata, ini adalah "penting dalam sejarah", dan peralihan di Mesir itu mestilah "tidak boleh ditarikbalik". Laluan rundingan ini adalah ke arah demokrasi.

Barrack Obama, Presiden AS, dijangka akan membuat kenyataan mengenai perletakan jawatan Mubarak pada 2000 GMT.

Sementara itu, Menteri Luas Swiss, telah mengesahkan kepada Al-Jazeera bahawa mereka mempunyai aset-aset beku berkait dengan Mubarak.

Perpisahan Jumaat

Pengumuman Suleiman datang selepas beratus-ratus ribu rakyat Mesir turun ke jalanan selama 18 hari berturut, berarak ke istana Mubarak, bangunan-bangunan televisyen negeri dan lain-lain bangunan rasmi kerajaan.

Aktivis-aktivis pro-demokrasi telah menggelar hari semalam 'Perpisahan Jumaat', dan telah menuntut "berjuta-juta"  keluar dan menuntut yang Mubarak meletakkan jawatan.

Beratus-ratus ribu dilihat telah berkumpul di Tahrir Square, Kaherah, yang mana tumpuan utama adalah membantah, melaungkan slogan-slogan menentang kerajaan dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan kenyataan Mubarak pada alam Khamis, apabila beliau telah mengulangi sumpahnya untuk enghabiskan tempohnya.

egypt people demo 1Rakyat Mesir berkumpul di Tahrir Square

Berpuluh-puluh ribu turut berkumpul di luar istana presiden Hosni Mubarak, di mana wartawan Al-Jazeera melaporkan bahawa terdapat sekumpulan tentera yang mempunyai kekuatan yang kuat
berada di situ sepanjang hari, tetapi tiada tanda yang menunjukkan tentera bercadang untuk bertindak keras terhadap penunjuk perasaan.

Disebabkan rakyat Mesir semakin ramai di luar istana, Mubarak meninggalkan Cairo pada hari Jumaat ke pusat peranginan Red Sea Sharm Al-Shaikh, menurut sumber-sumberyang bercakap kepada Al-Jazeera.

Kenyataan Tentera

Dalam satu kenyataan yang dibaca menerusi televisyen negara Mesir pada tengah hari pada hari Jumaat, tentera mengumumkan bahawa ia akan menggunakan satu undang-undang darurat yang berumur 30 tahun tetapi hanya akan digunakan "sebaik sahaja keadaan sekarang ditamatkan".

 

Sumber: Al-Jazeera

Terjemahan & Olahan Kembali: Skype Crew

_______________________________________________________________________________

Skype saluted dengan rakyat Mesir, bila mereka dah ambik keputusan untuk buat sesuatu, mereka akan buat sehingga berjaya walaupun terpaksa menumpahkan darah. Tapi kita? Kita penakut… Bukan kita nak kemewahan, bukan kita nak bangunan besar tapi kita nak kerajaan laksanakan Islam yang sebenar. Tu jer..please Malaysian, be strong and be smart. Please… :(



03 February, 2011

Aku Sudah Tidak Percaya Kepada Mat Karpet

Assalamualaikum semua,

Dah baca HMetro hari nie(03 Feb 2011) beb? Belum? Kalau belum moh baca sini dulu.

Nikah Tebus Hutang Karpet

Ade rasa tertipu tak? Bukan pasal pompuan tu kawen ngan mat Pakistan tu tapi pasal beli karpet ngan dorangla. Canela tak rasa tertipu beb, sebelum nie Skype anggap dorang nie memang jual karpet2 yang bermutu tinggi beb tapi alangkah terkejutnya bila dapat tahu harga asal karpet yang dorang jual nie jauh lebih rendah beb. Tak ke panas kena tipu cani beb.

JUAL KARPET / JITRAdia yang kupanggil sayang…hahaha…

Bukan sikit dia tipu beb, banyak tuh..daripada harga karpet RM65, jadi RM400. Kalau karpet berkualiti takpe beb tapi karpet “made in china” tu beb. Aduhh..Skype ingat lagi masa sekolah rendah dulu, mat2 Pakistan nie dok mai jual karpet ngan motor dari rumah ke rumah dan pada masa tu pandangan Skype terhadap mereka adalah mereka jual karpet yang betul2 dari Pakistan.

Tapi beb, bila dah kuar citer cani membuatkan Skype dah tak percaya kepada mat2 karpet nie dan membuatkan Skype lebih berhati-hati. Gaya cakap macamla Skype marah sebab dah tertipu dengan dorangkan… Hahaha..Bukan marah sangat cuma rasa macam hati ini dikhianati..Ahakss.

Tapi Skype rasa bukan semua kot cani, meb ada yang betul2 jual karpet berkualiti dari Pakistan cuma tak ramai. So, kepada korang hati di jalan raya dan jugak hati dengan mat2 karpet nie. Dorang juga manyak manis itu mulut ma. Kalau kena dekat orang yang mudah kesian macam den, memang kaw2 kena tipu maa..

 

Salam Ukwah,

01 February, 2011

Sejarah Kezaliman Hosni Mubarak & Anwar Sadat

Assalamualaikum semua,

Skype  pasti ramai yang sudah tahu huru-hara yang berlaku di Mesir sekarang nie dan Skype pasti ada sesetengah kita yang masih lagi tidak faham sepenuhnya kenapa perkara nie berlaku. Untuk ketahuinya, jom baca kat bawah nie.

____________________________________________________________________________

HosniMubarakPemerintah Zalim/Sekutu AS & Israel

Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku dalam negara kita menampakkan tanda-tanda yang Islam sedang menghadapi cabaran hebat. Bukan setakat di Malaysia, malah di seluruh dunia. Di awal abad ke 21 ini, Islam bukan setakat menghadapi tentangan dari pihak musuh Yahudi dan Nasrani saja, malah ditentang dan dibenci oleh para pemerintah yang beragama Islam sendiri.

Lihat saja bagaimana tergamaknya Presiden Mesir Hosni Mubarak membina tembok besi antara sempadan Mesir - Gaza, Palestine. Pada asasnya macam tak percaya bagaimana seorang Muslim sanggup bertindak sedemikian rupa sedangkan dia sendiri tahu Wilayah Gaza telah musnah teruk akibat serangan biadap Regim Zionis Yahudi pada tahun lalu.

Mengapa orang seperti Hosni Mubarak ini sanggup bertindak begitu ? Tergamak merelakan dirinya diperalatkan oleh Regim Zionis yang telah membunuh puluhan ribu saudara Islamnya sendiri di bumi Palestin. Di manakah letak duduknya iman dan Islam orang sepertinya ?

Ekoran tindakan zalim dan tak berperikemanusiaan Hosni terhadap rakyat Palestin ini, saya menjangkakan mungkin dia akan mengalami nasib yang serupa sebagaimana yang dialami oleh Presiden Anwar Sadat yang mati ditembak. Samada partinya akan terus memerintah Mesir atau sebaliknya, itu bergantung kepada sikap dan kesedaran rakyat Mesir seluruhnya.

63236026Ya ALLAH..Bantulah saudara2ku ini…

Namun hakikat yang perlu diakui fahaman sekular telah merosakkan sebahagian besar daripada rakyat Mesir. Kita lihat saja bagaimana telatah dan gaya berpakaian artis wanita Mesir hari ini. Seksi dan menjolok mata. Seperkara lagi yang nyata adalah pemimpin sekular Mesir memang sangat benci dengan Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Kebencian mereka ini jelas terbukti apabila Assyahid Imam Hasan Al-Bana mati ditembak di hadapan bangunan pejabat Ikhwan di Kaherah. Begitu juga dengan Assyahid Syed Qutb yang mati di tali gantung di penjara Mesir.

Ramai di kalangan sahabat yang balik dari Mesir beritahu tekanan terhadap Gerakan Islam di sana lebih hebat dan dahsyat berbanding di Malaysia. Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dipenjara dan disiksa oleh Rejim Sekular Mesir. Ada yang mengalami kecederaan teruk dan tidak kurang pula yang mati di dalam penjara neraka Mesir.

Majoriti rakyat Mesir pula diugut dengan pelbagai hukuman jika mendekati, menyokong dan menjadi ahli Ikhwanul Muslimin. Sewaktu saya pergi menunaikan Umrah dalam bulan April tahun lalu, beberapa orang rakyat Mesir yang saya temui dan sengaja saya bertanya tentang 'Ikhwanul Muslimin'.

Mereka langsung tidak menjawab malah air muka mereka berubah walau mungkin jauh di lubuk hati mereka memang menyokong Ikhwan. Sebenarnya mereka takut dan bimbang akan dihidu oleh agen-agen Hosni Mubarak yang ada di Madinah dan Mekah. Itulah yang dimaklumkan kepada saya oleh sahabat. Mari kita singkap semula sejarah bagaimana tindakan Nasionalis Arab dalam memerangi kebangkitan Islam di bumi Mesir.

Anwar Sadat

Anwar Sadat

Anwar Sadat menjadi Presiden Mesir pada bulan September 1970 selepas kematian Presiden Gamal Abd.Nasser. Selepas 8 bulan menaiki takhta, pada pagi 15 Mei 1971 berlaku cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan Ali Sabri tetapi berjaya dipatahkan oleh Presiden Sadat dengan bantuan tentera elit yang dipanggil pengawal istana.

Selang beberapa hari kemudian, Presiden Sadat membuat ucapannya melalui radio dan TV Mesir serta mengisytiharkan kepada rakyat Mesir bahawa beliau sajalah ketua mereka. Dan antara ucapan yang memeranjatkan seluruh rakyatnya bila dia menyebut "Saya akan mencincang sesiapa saja yang membuka mulut."

Selepas menaiki takhta, Sadat menukar hala dari Rusia ke Amerika pada tahun 1973 kerana terpaksa mempamerkan watak demokratik bagi membezakan dirinya dengan Gamal Nasser yang zalim itu. Sebenarnya rakyat Mesir keluar dari mulut buaya dan masuk pula ke mulut naga berapi.

Di samping mewarisi Kitab ideologi Al-Mithaq (Undang-Undang Kebangsaan 1962) dan konsep satu parti (Sosialis Arab), Sadat juga mewarisi semua akta zalim yang berlandaskan kepada tentera dan polis rahsia.

Kezaliman Pemerintahan Tentera

Sejarah zalim Mesir bermula pada Disember 1952 apabila perlembagaan Mesir dibatalkan oleh Junta Tentera. Semua parti politik diharamkan selepas itu. Dan pada bulan Jun 1956, undang-undang baru dibuat oleh pegawai tentera dan Dewan Negara ditubuhkan secara rasmi pada Julai 1957, sejurus selesainya pilihanraya.

Pilihanraya ini hanya ditandingi oleh wakil-wakil yang dipilih oleh kerajaan tentera pada ketika itu. Mesyuarat Persatuan Kebangsaan Bagi Angkatan Popular yang terdiri 1,750 orang ahli dari pelbagai persatuan dan pekerjaan berlangsung pada Mei 1962 untuk meluluskan Perlembagaan Kebangsaan (yang membawa Nasser ke jalan sosialis).

Semua persatuan ini turut diharamkan, juga Persatuan Kebangsaan 1958 dan digantikan dengan Persatuan Sosialis Arab dengan menetapkan syarat 50% dari perwakilan mereka mestilah pekerja dan petani. Di sudut teorinya Persatuan Sosialis ini berlandaskan kepada penyertaan pekerja tetapi di sudut praktikal ianya dikawal oleh tentera.

Untuk mengukuhkan kedudukannya, Sadat menyusun semula jentera kerajaan di semua peringkat. Seluruh musuh dan penentangnya ditangkap dan dihukum manakala beribu penjawat awam diarah bersara awal. Tindakan ini adalah bagi memastikan tiada lagi wujud unsur-unsur penentangan terhadapnya dalam semua jabatan.

Pada Julai 1971, telah diadakan pilihanraya bagi Dewan Negara, Persatuan Sosialis Arab, Persatuan Pekerja dan badan-bdan profesional. Pemimpin lama digugurkan dan para pengikut setia dan penjilat dilantik.

Dua bulan selepas itu perlembagaan baru digubal, mereka yang menyokong puak Ali Sabri turut digugurkan, dihina dan ditarik balik semua hak mereka, antaranya Naib Presiden Hussein Shafei dan pengarang Al-Ahram, Muhammad Hussien Haikal melalui pelbagai undang-undang dan akta. Sadat juga menetapkan sebarang bentuk penentangan dan rasa tidak puas hati terhadapnya sebagai satu jenayah.

Bila berlaku satu rusuhan pelajar yang hebat pada awal musim panas 1972, telah menyebabkan Sadat membuat undang-undang baru yang dinamakan undang-undang melindungi Perpaduan Nasional pada bulan Ogos 1972. Mereka yang menentang kerajaan dengan kekuatan atau mencetuskan rusuhan antara orang Islam dan Kristian boleh dihukum hingga ke penjara seumur hidup.

Kemudian Sadat membuat perubahan dengan memperkenalkan perdagangan liberal dan menggalakkan pelaburan asing. Kelas menengah yang telah sejuk beku sebelum ini dihidupkan kembali dan memperolehi semula harta mereka.

Manakala tiga orang anak perempuannya dikahwinkan dengan pemuda hartawan dengan temasya besar-besaran manakala rakyat diingatkan supaya berkorban dan menunggu kesenangan yang semakin hampir.Rasa tidak puas hati rakyat mula timbul ekoran polisi perdagangan negara diubah satu persatu. Propaganda Sadat tidak berjaya menyembunyikan kemarahan rakyatnya.

Selepas rusuhan anti-kerajaan berlaku antara Januari - Mac 1975 di Cairo dan di bandar kain Al-Mahallah al Kubra, Menteri Dalam Negeri Mesir General Manduh Salem dilantik menjadi Perdana Menteri.

Maka bermulalah penyiksaan, kezaliman dan hukuman penjara ke atas mereka yang menentang kerajaan Sadat. Semuanya ini semakin menambahkan lagi kemarahan rakyat sehingga berlakunya satu rusuhan besar pada 15 dan 19 Januari 1977 yang menggoncang dan menggugat kedudukan rejim Mesir.Bukannya masalah rakyat yang diselesaikan tetapi satu lagi undang-undang zalim digubal pada Februari 1977.

Menurut undang-undang yang digubal ini, kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup termasuk penubuhan parti politik atau jamaah tanpa izin kerajaan, penubuhan kumpulan yang boleh merosakkan harta benda, orang ramai atau individu, lari dari cukai, menghasut rakyat, menghalang kegiatan kerajaan dalam bidang perniagaan atau pusat pengajian, mogok dan sebagainya.

Imam masjid yang menerima gaji dari kementerian Auqaf dilarang mencampurkan agama dengan politik dalam setiap khutbah mereka. Sadat kerap menyebut jangan mencampur-adukkan agama dengan politik.

Undang-Undang Melindungi Malu

Pelbagai jenis undang-undang digubal oleh Sadat melalui undian rakyat bagi menampakkan dirinya lebih terbuka sedangkan hakikatnya adalah semata-mata untuk memastikan dirinya berkuasa penuh ke atas Mesir tanpa ditentang dan digugat oleh sesiapa pun.

Kemuncak kepada pemusatan kuasa ini berlaku pada April 1980 apabila satu akta zalim yang dipanggil "Undang-Undang Melindungi Malu" diluluskan. Akta ini bertujuan untuk menghapuskan sama-sekali sebarang rasa tidak puas hati dan penentangan rakyat terhadap pemerintahannya.

Sesiapa yang didakwa di bawah Undnag-Undang ini tidak dibenarkan merayu (serupa dengan Akta Zalim ISA). Rakyat menentang dengan hebatnya undang-undang ini, dan akhirnya rayuan diizinkan tetapi mesti diajukan kepada Jawatankuasa Tertinggi Kehakiman Nilai. Dan keputusan jawatankuasa ini tidak boleh dipertikaikan.

'Penjenayah' di bawah akta ini akan dibicara oleh Sidang Kehakiman Nilai dan dihukum oleh Jeneral Penghukum Sosialis. Di bawah akta ini, sebarang perbuatan atau tindakan menyokong sebarang pendapat yang bercanggah dengan Islam (Islam tafsiran mereka) atau mengajak orang menentang kerajaan boleh dikenakan hukuman 6 bulan hingga 5 tahun penjara serta dilucutkan hak politik dan diharamkan memegang sebarang jawatan penting dalam negara, sektor awam dan persatuan profesional.

Sebenarnya akta ini dibuat khusus untuk menekan segala aktiviti politik terutamanya gerakan Islam dan kumpulan berhaluan kiri. "Undang-Undang Melindungi Malu" ini ditandatangani oleh Sadat sendiri pada hari yang sama beliau mengharamkan negara darurat yang telah wujud sejak zaman Nasser lagi.

Di bawah undang-undang ini, sepatah perkataan menentang kerajaan akan dianggap sebagai jenayah. Kerajaan Sadat hanya 'menutup telinga' terhadap kritikan para profesioanal tempatan yang berada di luar negara.

Kumpulan profesional ini selalunya dihina dan dizalimi. Surat khabar Mesir selalu menggelar mereka sebagai pembelot atau agen kuasa luar. Sadat berkuasa penuh di bawah undang-undang ini bagi menghukum seteru politiknya dan juga mempunyai kuasa veto terhadap calon-calon yang bakal memimpin persatuan atau badan kooperasi.

Sadat turut membuat satu lagi undang-undang baru bernama Majlis As-Syura. Kuasanya rendah sedikit dari Dewan Rakyat namun pada fikiran Sadat majlis ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kuasanya. Pada pilihanraya majlis ini, semua parti pembangkang menentang dan menganggapnya sebagai sandiwara yang sengaja diadakan.

Pembunuhan Sadat

Pembunuhan Sadat 

Akhirnya Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981. Dia ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.

Anwar Sadar Die

Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatannya sedang mengerjakan haji di Mekah.

Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara. Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit.

Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu. Khalid Islambouli menjerit "Matilah kamu Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.

Tujuh terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.

Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri.Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Khalid Islambouli didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada April 1982.

Kezaliman dan kejahatan Sadat ini diteruskan sehingga kini oleh Hosni Mubarak.

Renungan buat umat Islam…

Sumber: MohamadAzhan

 

Skype respek dengan semangat pengorbanan rakyat Mesir demi menuntut hak mereka dari kezaliman pemerintah yang zalim. Dah lama dorang ditindas, akhirnya dorang bangkit. Syabas rakyat Mesir.

 

“ونحن نصلي من اجل ان تكون محمية لكم من قبل الله”



Related Posts with Thumbnails