RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

09 August, 2011

Home » , , » Isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah!

Isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

sidangmedia-400x300

PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

NGO-Islam-pertahan-Jais

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit  Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan  untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Sungai-Buloh-20110808-00762-225x300

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.

“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

 

sumber: FreeMalaysiaToday

7 comments:

eddy syrol said...

jahat kan agenda ini.. sy ada join satu seminar yang salah satu penceramahnya ialah pengarah Jabatan agama di negeri ini.. dia ada kata yg kalau di persidangan DUN/parlimen, jumlah org murtad yang di umumkan oleh menteri yang terlibat ialah menggunakan data 10 tahun lepas..mengapa begitu?motif nak menipu begitu.? no comment..

silalah ke sini
BACA DAN CLICK TAU





SEGMEN PERTAMA EDDY SYROL


INI BLOG EDDY SYROL

Eiza GreenAppleKu said...

Singgah membaca entri

Cikgu Hairul said...

ermmm.. napa kita marah sangat orang sebarkan agama mereka? kita yang tak menyebarkan islam ni apa kes? kita kena melipatgandakan penyebaran islam berbanding agama lain. kalaulah seluruh dunia tiru macam malaysia, menyekat agama lain disebarkan di negara diorang.. agak2 ada lagi ke orang islam kat dunia ni?

manchester web design said...

I once heard about a man in my country (Egypt) who was said to be a murtad because of some of his writings, he was punished by getting out of the country immediately and never come back! But actually i knew that later they put that punishment down when they were sure he wasn't!

Jimie SC said...

@eddy

jika betul dorang menggunakan data yg lama utk menipu mmg tidak patut. sbg org Islam spttnya menteri2 yg terlibat mengemukan data yg btl & seterusnya berusaha bersungguh2 bagi membanteras org murtad nie.

Jimie SC said...

@cik GA

Terima kasih krn sudi membaca. ;)

Anonymous said...

@Cikgu Hairul

mungkin benar motif diorang untuk berdakwah menyebarkan agama diorang, tapi dah kita nampak diorang cuba untuk merosakkan akidah saudara seagama kita, takkan kita cuma melihat dan berpeluk tubuh..dah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan agama Islam, menyelamatkan akidah saudara kita..dalam hadis pun ada berkata," jika antara kamu melihat berlakunya kejahatan, maka betulkan dengan tanganmu, jika tidak mampu betulkan dengan lidahmu, jika tidak mampu betulkan dengan hatimu-itulah selemah-lemah iman"..wallahualam.

Related Posts with Thumbnails