RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

14 August, 2010

Home » , » Puting Beliung Di Jasin | Ujian @ Bala? [Video]

Puting Beliung Di Jasin | Ujian @ Bala? [Video]

Assalamualaikum semua,

 tragedi ramadhan

Mesti korang dah dengarkan pasal bazar ramadhan yang dilanda ribut dan puting beliung di Jasin, Melaka. Kejadian nie berlaku pada 13 Ogos 2010 iaitu semalam, lebih kurang pukul 4.45 petang iaitu selepas azan Asar. Setakat nie Skype dah tengok 3 video yang berlainan yang dikongsikan di facebook & youtube. Dalam video pertama yang dirakamkan oleh seorang lelaki Cina yang berada berdekatan kawasan kejadian, lebih kurang 30 buah khemah diterbangkan oleh ribut @ puting beliung. Cuba korang bayangkan khemah putih yang besar tu terbang pastu jatuh balik menghempap peniaga & orang ramai yang sedang membeli kat situ. Diberitakan 3 orang maut & 18 orang cedera.

Video kedua nie plak adalah daripada mangsa di tempat kejadian iaitu saudara Shukri Yusof. Dia merupakan peniaga di bazar ramadhan tersebut dan ini adalah kali pertama dia berniaga pada bulan ramadhan. Video nie dirakamkan oleh rakan beliau iaitu Amir dan saudar Shukri pula adalah yang berbaju oren dengan apron. Dalam video nie, korang boleh dengar kedengaran suara tangisan mangsa2 di tempat kejadian.

Video ketiga pula Skype tak pasti samada daripada siapa tapi Skype jumpa kat youtube. Semasa merakam peristiwa ini, si perakam nie tersedu2 macam nak nangis.

Nie plak video daripada berita tv1

Sedihkan melihat peristiwa yang berlaku kat Jasin tue. Skype terfikir apakah peristiwa tu sebagai ujian kepada umat Islam di bulan ramadhan ataupun ianya suatu bala? Jawapannya ade pada diri masing2. Bagi mereka yang tidak menderhaka kepada Allah, mungkin ini adalah ujian bagi mereka tapi bagi mereka yang seringkali meninggalkan solat & kufur kepada Allah, maka ini mungkin bala bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ade hikmah disebalik semua nie dan InsyaAllah, mungkin ade yang akan insaf dan kembali beriman kepada Allah.

p/s: Adakah kita mahu dilanda suatu musibah yang lagi teruk seperti tsunami atau yang lagi teruk daripada tsunami baru kita nak berubah?



6 comments:

zool said...

dekat je dengan rumah aku.. selalu gak pegi sana.. tak sangka berlaku bencana kat situ,,, Itulah ketentuanNya

Skype Crew said...

tula zool...semua nie ketentuan drp Allah S.W.T. Kita kena berhati2 & sentiasa igt kpd Allah.

Syima Emi said...

Masya Allah.. terkejut sgt tgk.. Tak tahu nak cakap ape sebab benda-benda mcm ni jarang berlaku kat Malaysia. kebelakangan ni macam byk plak benda2 yang tak terpikir dek fikiran kita yang berlaku macam pembuangan bayi yg memang berleluasa, kes 'haruan makan anak' makin menjadi-jadi.. ni plak, puting beliung...

Harap-harap kita semua dilindungi oleh Nya.

Skype Crew said...

Btl tu Syima..Skype pn tkjut tapi dengan segala mcm perkara yg berlaku skang nie Skype rse xmustahil Allah murka kat kita. Allah Maha Berkuasa...nie baru puting beliung yg kecik...kat Amerika lagi besar puting beliung tu. Kalau kita masih xsedar xmustahil Allah akn turunkan bala yang lagi teruk. :(

Anonymous said...

Hi, Just came back here to remind you about Mobile Monopoly. It is a superb technique and WILL make you money, especially seeing as you own a website. Take a quick look at their video, the strategy is about using Mobile Advertising which is brand new and an unexposed market where you can make thousands by doing hardly any work. I promise you that after you watch their short video it will change you and it will start making you think. http://mobile-mastermind.com

Anonymous said...

ceauinzqb [url=http://ricostrong.net]Rico The Destroyer[/url]

Related Posts with Thumbnails