Assalamualaikum semua,
Semalam, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon telah menubuhkan panel siasatan terhadap kes serangan flotila ini yang dianggotai oleh 4 orang. Panel tersebut dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer dan Presiden Columbia, Alvaro Uribe sebagai Timbalan Pengerusi, sementara 2 lagi ahli masing-masing dari israel dan Turki. Identiti wakil dari Turki dan israel bagaimanapun tidak diberikan. Panel tersebut dijadualkan mula bertugas pada 10 Ogos ini dan akan menghantar laporan pertama mereka pada pertengahan September.
Panel ini ditubuhkan setelah israel mengubah pendirian mereka secara mendadak dengan memutuskan untuk menyokong siasatan tersebut. Skype heran betulla, canela tiba2 israel laknatullah nie boleh ubah fikiran. Sebelum ini, israel bukan main berkeras lagi taknak sokong siasatan dilakukan.
benjamin netanyahu, perdana menteri israel dikatakan menyokong siasatan dilakukan selepas menerima nasihat daripada tujuh anggota forum menteri-menteri dorang yang memberi jaminan bahawa panel yang dilantik nie adalah seimbang dan adil.
Jurucakap PBB, Martin Nesirky plak cakap yang inkues nie bukanlah satu siasatan jenayah. Adooii..apsal plak bukan siasatan jenayah? bukan ke komando israel da tembak mati akitivis Gaza tu? Tak tahulah macamane siasatan tu nanti…tapi harap2la ianya betul2 adil dan telus.
Hari makin hari Skype tengok isu Palestin nie semakin membisu dikalangan kita. Semuanya bizy dengan urusan peribadi dan blogger2 pun da tak ramai da yang follow-up pasala benda nie. Asyik2 pasal duniawi…
Skype bukan ape, cuma terfikirkan kat akhirat kelak jer.
InsyaAllah, sama2la kita updates pasal isu Palestin nie. Skype percaya ramai blogger2 hebat di luar sana yang boleh menulis dengan bagus . Please…demi ISLAM. :)
p/s: Kepada yang ingin membantu rakyat Palestin boleh bank-in duit ke Tabung Palestin HALUAN seperti yang tertera pada banner kat bawah.
2 comments:
huhu.. thanks sebab mengingatkan tentang isu Flotilla nih..
pelik tp benar gak pasal isu israel tetiba jer sokong panel siasatan nih..
harap2 hasil siasatan tuh dapat membuka mata dunia kepada cerita sebenar..
sama2 kyo9..
tula..mtk2la siasatan tu benar2 telus & adil...
sama2la kita doakan smoga kemenangan berpihak kpd kita..
Post a Comment