RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

04 August, 2010

israel Sokong PBB Tubuh Panel Siasat Serangan Flotila?

Assalamualaikum semua,

flotilla

Semalam, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon telah menubuhkan panel siasatan terhadap kes serangan flotila ini yang dianggotai oleh 4 orang. Panel tersebut dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer dan Presiden Columbia, Alvaro Uribe sebagai Timbalan Pengerusi, sementara 2 lagi ahli masing-masing dari israel dan Turki. Identiti wakil dari Turki dan israel bagaimanapun tidak diberikan. Panel tersebut dijadualkan mula bertugas pada 10 Ogos ini dan akan menghantar laporan pertama mereka pada pertengahan September.

Panel ini ditubuhkan setelah israel mengubah pendirian mereka secara mendadak dengan memutuskan untuk menyokong siasatan tersebut. Skype heran betulla, canela tiba2 israel laknatullah nie boleh ubah fikiran. Sebelum ini, israel bukan main berkeras lagi taknak sokong siasatan dilakukan.

benjamin netanyahu, perdana menteri israel dikatakan  menyokong siasatan dilakukan selepas menerima nasihat daripada tujuh anggota forum menteri-menteri dorang yang memberi jaminan bahawa panel yang dilantik nie adalah seimbang dan adil.

Jurucakap PBB, Martin Nesirky plak cakap yang inkues nie bukanlah satu siasatan jenayah. Adooii..apsal plak bukan siasatan jenayah? bukan ke komando israel da tembak mati akitivis Gaza tu? Tak tahulah macamane siasatan tu nanti…tapi harap2la ianya betul2 adil dan telus.

Hari makin hari Skype tengok isu Palestin nie semakin membisu dikalangan kita. Semuanya bizy dengan urusan peribadi dan blogger2 pun da tak ramai da yang follow-up pasala benda nie. Asyik2 pasal duniawi…

Skype bukan ape, cuma terfikirkan kat akhirat kelak jer.

InsyaAllah, sama2la kita updates pasal isu Palestin nie. Skype percaya ramai blogger2 hebat di luar sana yang boleh menulis dengan bagus . Please…demi ISLAM. :)

p/s: Kepada yang ingin membantu rakyat Palestin boleh bank-in duit ke Tabung Palestin HALUAN seperti yang tertera pada banner kat bawah.

L4G 629x443



25 July, 2010

Protokol ke-10 Yahudi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

ordo-freemason

Pada era moden ini, kita dibiasakan dengan pelbagai perkara. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa ini adalah angkara pihak Yahudi & pihak Yahudi telahpun merancanakan pelbagai rancangan untuk menjatuhkan Islam. Mereka tidak menggunakan peperangan tetapi mereka menggunakan kaedah “psikologi” yang amat berkesan kepada minda manusia. aku listkan kat bawah apakah protokol Yahudi ke-10 dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Islam.

1. SONG

Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan & Omputih yang panjang berjela… Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah…. tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa….. berjaya sudah Yahudi…. Hingga kita terfikir….. bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

p/s: Anak muda da ramai jadi penyanyi. Lepas nie Malaysia penuh dengan penyanyi. Malaysia nak jadi ape?

2. SEX

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan…babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex… filem 18SX amat laris berbanding filem U… VCD lucah mudah didapati… dan harganya amat murah… Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah……

p/s: Filem Malaysia da ade adegan sex…mane ko JAKIM?

3. SMOKE

Rokok.. menjadi kegilaan para remaja… sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok… malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar “up to date”.. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja…. ataupun penari kabaret….( aku tengok dari filem P Ramlee )…. Syabas yahudi…berjaya lagi kamu….

p/s: Aku da berhenti hisap rokok!

4. SPORT

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan… hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. .Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss…. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang… yang menonton pun tak sembahyang juga …. Kalau menonton dirumah…akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL…. Yahudi gol lagi….. .sampai ada ulamak kata…kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh… Mashaallah,..

p/s: Malaysia da ade skuad sepak takraw perempuan…Yahudi berjaya lagi!

5. FUN

Hiburan… dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan…. Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga… yang menayangkan buah mangga artis perempuan…. Kalau ada konsert…. sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert…. pelbagai maksiat akan diselit masuk…. Yahudi terhibur lagi….

p/s: Ramai yang pergi konsert drp masjid…Yahudi berjaya lagi!

6. FEMALE

Perempuan…tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan.. terutama dalam iklan.. yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan… Kalau kita ke kedai bateri kereta…. dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi… apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?… kalau iklan Modess… perempuan adalah patutnya… Yahudi bersorak lagi…..

p/s: Iklan..indah khabar dari rupa!

7. FASHION

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat…. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah…Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan…. Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu… Kalau dah rambut di warnakan… sembahyang pun tak sah… malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air… itu tak kira yang cukur bulu kening lagi… Yahudi ketawa lagi….Umat islam sudah jadi macam Yahudi….

p/s: Artis da ramai xde bulu kening!

8. FOOD

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut…dan beribu satu macam lagi…Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina….masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan…tapi makanan Barat menjadi kebanggaan… Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika…. siapa nak pergi check… halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman

menjadi mantap… Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi…tetapi berfikiran pun macam yahudi… Nauzubillah…..Yahudi makan Islam lagi…

p/s: Jangan percaya kopitiam juga!

Itu protokol yang ke 10……yang lain-lain entah macamanela lagi…. aku cinta Malaysia…..tapi lebih cintakan ALLAH……….. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah……
DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH

Jadi, sama2la kita renung dan berfikir sejenak sejauh mana mereka telah berjaya dalam menguasai minda kita.



01 June, 2010

Doa Untuk Sukarelawan Gaza

Assalamualaikum semua,

israellaknatullah Seperti yang kita sedia maklum bahawa para sukarelawan yang menyertai misi bantuan kemanusian ke Gaza telah diserang oleh askar komando rejim zionis yang keji lagi jahil. Setakat ini, yang Skype tahu setelah membaca beberapa website seperti Al-Jazeera, seramai 20 orang telah terbunuh & 30 orang lagi cedera. Mungkinkah angka tersebut akan bertambah? Mungkin akan bertambah, jadi marilah kita sama2 berdoa supaya ALLAH SWT selamatkan mereka daripada kekejaman israel laknatullah. Seorang pendakwah di Malaysia nie telah menyarankan kita membaca Qunut Nazilah & berdoa kepada ALLAH SWT supaya para peserta konvoi tersebut selamat & seterusnya dapat memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang teraniaya.

DOA QUNUT NAZILAH

   

Wassalam.

08 May, 2010

Konvoi Nasional Untuk GAZA

Assalamualaikum semua,

palestina_demo_jakarta_02072006 1st Skype nak minta maafla kepada blogger2 yang singgah kt blog Skype tp Skype xbuat kunjungan balas. Bukan ape, Skype bizy sket skang. Kerja dah start bertimbun dah nie. Nak on9 kat ofis sah2 xsempat sebab kena buat kerja, balik umah plak terus tido..letih woo… :( Skang Skype nak postkan en3 yang tertangguh 3,4 hari yang lepas & nak jalan2 kat blog korang. En3 kali nie maybe sedikit panjang so Skype harap korang xboring membacanya sebab en3 nie berkenaan kemanusiaan & agama kita, Islam.

Hari nie Skype ingin berkongsi sedikit info mengenai Palestin & kesengsaraan yang dihadapi saudara kita yang berada di sana. Skype terdetik hati nak buat en3 pasal nie bila Skype tengok MHI (4 April 2010) apabila seorang rakyat Palestin yang kudung kakinya dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan lanjut. Skype xsure NGO mane yang bawa dia ke Malaysia tetapi salah satu NGO yang terlibat adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia-MAPIM. Untuk segmen tersebut Wardina telah mewawancara lelaki Palestin tersebut. Wardina telah menitiskan air mata secara live kerana sebak melihat keadaan lelaki Palestin tersebut yang kudung kakinya akibat serangan oleh Zionis Israel.

Boycott Israel poster 3

Skype terfikir apa yang Israel nak sebenarnya…Adakah kuasa? Wang? Pengaruh? Ya..memang itu yang Israel mahukan dan dari segi Islam pula, Israel mahu menghapuskan umat Islam di Palestin. Mereka menggunakan segala kuasa yang mereka ada serta pengaruh daripada Amerika Syarikat untuk menyerang & membunuh rakyat Palestin. Pada asalnya, konflik yang mencetuskan kejadian sekarang adalah merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Namun konflik ini semakin serius dan menyebabkan ramai yang terkorban. Mereka menggunakan alasan ini sebagai satu peluang untuk mengusir rakyat Palestin.

gaza-freedom-march-poster

Setiap hari, ada jer berita kematian yang berlaku di Palestin disiarkan oleh media. Mereka membunuh rakyat Palestin sewenang-wenangnya dan menafikan hak mereka(rakyat Palestin). Korang tengokla peta kat bawah nie, dah berapa banyak dah tanah rakyat Palestin yang dirampas secara paksa oleh Zionis Israel nie sejak tahun 1946. Pada tahun 2000, negara Palestin semakin kecil & akan terus mengecil jika tiada tindakan di ambil oleh pihak2 tertentu. Dan kini pada tahun 2010, korang dapat bayangkan tak ape akan jadi? Korang fikirkan sendiri.

palestinmap

Sebelum ini, pelbagai pihak cuba membantu dengan menghantar makanan, ubat-ubatan, bahan2 pembinaan dan sebagainya tetapi ianya disekat oleh Zionis Kejam Israel dan ianya tidak sampai kepada rakyat Palestin. Walaupun ade sebilangan pihak yang dapat sampai & masuk ke Palestin tetapi mereka yang masuk cedera terkena bedilan Israel.

Pengepungan yang sedang dikenakan kepada Gaza sekarang sudah masuk 4 tahun. Ini telah menjadikan krisis kemanusiaan yang telah menyebabkan semua rakyat Palestine tanpa makanan yang cukup, air, ubat-ubatan, elektrik, bekalan bangunan , pakaian, mainan, dan kebebasan bergerak. Seramai 1.5 juta orang, lebih setengah daripada mereka adalah kanak-kanak, menderita akibat pengepungan tersebut. Sejak serangan di Gaza tahun lalu, seramai 1400 orang telah terkorban dan 50,000 orang kehilangan tempat tinggal. Selama 15 bulan rakyat Palestin terpaksa tinggal di khemah-khemah & tempat tinggal sementara kerana pembekal bahan bangunan tidak dibenarkan untuk memasuki Gaza bagi membekalkan bahan binaan untuk membina kembali rumah mereka.

viva gaza

Kali ini, VivaPalestine Dunia yang diterajui pelbagai NGO-NGO yang berusaha untuk membebaskan Palestine daripada kekejaman Israel telah merancang untuk menghantar ubat-ubatan & bahan binaan melalui laut setelah jalan darat di sekat. Pada 15 Mei 2010 nanti, 3 kapal kargo akan membawa lebih daripada 5,000 tan ubat-ubatan dan bahan binaan dan 5 kapal penumpang akan membawa lebih dari 600 orang. Salah satu kapal penumpang yang menyertai ekspidisi ini disumbangkan oleh seorang dermawan dari Malaysia. Ianya akan berangkat dari Eropah dan belayar menuju ke Gaza.

 Armada ini akan diketuai oleh Badan Amal IHH dari Turki dan disokong oleh banyak kumpulan di seluruh dunia, termasuk Gerakan Bebas Gaza, Gerakan Bebaskan Palestin , Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan Gaza, Greece dan Swedish Boat to Gaza dan lain-lain. Armada ini diketuai oleh Turki (berkemungkinan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri) kerana dikhabarkan Israel telah menyediakan kapal perang untuk menghadapi armada ini dan dalam pada masa yang sama negara Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Jadi Perdana Menteri Turki telah mengambil keputusan untuk mengetuai armada ini dengan harapan Israel tidak menyerang armada ini dengan alasan hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara.

viva-palestina1

Hari ini, 8 Mei 2010…satu konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati, Shah Alam sedang diadakan. Kepada korang yang tinggal berdekatan bolehlah join untuk menyemarakkan lagi konvoi tersebut. Kalau korang ade nampak konvoi2 nie lalu kat tepi umah korang hari ni, korang kibarkanlah bendera Malaysia & Palestin. Untuk pengetahuan korang, konvoi ni adalah lanjutan daripada program2 yang telah dianjurkan VivaPalestin Malaysia dengan kerjasama badan2 NGO lain. Sebelum ini, bermula 28 Mac 2010 yang lalu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh VivaPalestin Malaysia untuk menerangkan mengenai permasalahan rakyat Palestin ini dan menerangkan tentang bantuan yang akan dihantar pada 15 Mei ini. Korang boleh dapatkan maklumat mengenai aktiviti VivaPalestine ini di blog mereka. VivaPaletineMalaysia.

Akhir sekali, marilah sama2 kita tengok video nie. InsyaAllah, semoga ianya dapat membuatkan hati kita lebih dekat dengan Allah dan membuatkan hati kita tergerak untuk membantu saudara kita di Palestine.

p/s:Kepada blogger yang beragama Islam, sama2la kita guna kelebihan berblogging ini untuk agama kita. Janganlah kita leka dengan duniawi yang sementara ini. Saling tegur menegurla sesama kita supaya kita tidak alpa dalam meneruskan hidup yang penuh mencabar ini. :)

Related Posts with Thumbnails