RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

09 August, 2011

Kisah Budak Penjual Kuih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

Budak Penjual Kuih

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya kembali.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

 

p/s: Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.

 

Salam Ukhwah,

18 November, 2010

Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum semua,

SELAMAT

HARI RAYA QURBAN

Alhamdulillah, hari nie dah masuk Hari Raya Qurban yang kedua dan raya kali nie Skype bersyukur sebab dapat balik beraya kat kampung. Hari Raya Qurban kali nie betul-betul jatuh pada hari Skype cuti bekerja, ditambah pulak ‘replacement leave’ yang masih berbaki 2 hari so dapatla Skype balik beraya lame sket tahun nie iaitu 4 hari. Alhamdulillah…

Hari nie baru Skype sempat menulis sebab semalam mak Skype qurban so sibuk sketla tolong melapah daging tu. Tahun lepas Skype dah qurban dah, tahun nie mak Skype plak nak qurban. Alhamdulillah, raya haji tahun nie meriah sebab tempat sembelihan lembu kali nie hanya dilakukan berdekatan dengan rumah Skype jer. So, kitorang saling mengenali dan bolehla nak bergurau senda..siap tuan lembu buat nasi dagang lagi jamu orang yang qurban. Trimas Pok Jik… ;)

Skype memang xde gambar nak dikongsikan dengan korang semua sebab Skype sendiri terpaksa melapah daging korban dan faktor yang menguatkan lagi adalah disebabkan handphone Sony Viou Skype terlampau canggih sampai tak boleh nak ambik gambar. Hehe..

Apepun, Selamat Hari Raya Qurban semua, semoga hari raya yang mulia ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaissalam dan kisah Habil & Qabil, Skype berharap ianya dapat menjadi iktibar buat kita semua dan membuatkan diri kita patuh kepada Allah S.W.T.

 

Salam Ukhwah,



17 September, 2010

Raya Oh Raya

Assalamualaikum semua,

Lame betul Skype xupdates blog, rindu giler rasenye kat kawan2 blogger. Sejak Skype ade masalah untuk buang disqus komen kat blog Skype hari tu terus Skype xde mood nak updates blog. Alhamdulillah, skang nie blog Skype da ok balik dah…baru de mood nak updates blog balik.

Skang nie dah seminggu satu hari kita menyambut hari raya puasakan…cane ngan raya korang sume? Mesti bestkan…hu3. Raya tahun nie Skype kena keje, sedey tak dapat beraya kat kampung raya pertama tahun nie tapi best jugak rasenye raya kat pejabat tahun nie. Dahla kawan2 yang keje ngan Skype kali nie adalah kawan2 yang kepala gila2. Memang best giler r…

Oh yer..hari tu Skype ada buat satu video ucapan raya untuk semua & Skype dah letakkan kat fb. Hari nie Skype nak letak kat blog plak…ingat nak letak hari tu lagi tapi disebabkan xde mood Skype biarkan je  dulu. Jom layan video ucapan raya nie Skype… :)

Skype mintak maaf sebab xsebut skali ucapan nie untuk blogger2, bukan pe..dalam skrip yang Skype tulis sebenarnya ada tapi bila on air tak terkeluar plak…he3. Dan dikesempatan nie jugak Skype nak ucapkan Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin kepada korang sume para blogger.

Tahun nie Skype dapat beraya kat umah bermula daripada raya ke-3. Apa yang tak bestnye bila balik kampung lambat adalah feel mintak maaf ngan mak ayah, rase cam balik kampung biasa jer. Tapi xpela, nak buat canekan…terpaksa keje. Orang lain Skype rase ada yang lagi sedey, langsung xdapat balik kampung.

Oh yer, Skype ada satu lagi video sebagai selingan. Video lawak aidilfitri…korang layan ek…

Kat bawah nie plak gambar Skype beraya kat ofis..Jom Layan…

:: makanan kitorang di pagi raya ::

:: kawan Skype yang kuat makan ::

:: tengok, dia dah makan dah…hu3.. ::

:: Skype yang rajin sedang menghidangkan makanan..hu3.. ::

:: Satay | Lemang | Ketupat | Rendang | Nasi Minyak | Nasi Himpit ::

:: Kawan Skype dah lapar dah tue ::

    :: The Specktakles ::

:: The Macho’s Man ::

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN



18 February, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Salam,

gong xi fa chai

Gong Xi Fa Chai

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga Tiong Hua.

 

:: Sawadikap ::

KENA TIPU…..HEHEHE….

DAH TAKDE APE DAH NAK BACA….HEHEHE….

EN3 NIE JUST UCAPAN PENDEK JER….

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA…. :@)

Related Posts with Thumbnails