RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

16 November, 2012

Sunnah-Sunnah Hari Jumaat

Assalamualaikum. salam Jumaat.

08 August, 2012

Persoalan Manusia Yang Telah dijawab Oleh ALLAH SWT 1400 Tahun Yang Lalu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dah lama benar SC tak berkongsi ilmu di blog nie. Rindu pulak rasanya dengan blog nie. InshaAllah, kali nie SC berkesempatan untuk berkongsi suatu ilmu yang mana InshaAllah akan memberikan manfaat kepada kita semua. InshaAllah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persoalan Manusia
Allah S.W.T. sudah siapkan jawapan untuk kita ni. Cuma diri kita ni rajin ke idak nak buka tafsir Al-Quran nak cari jawapan. 1400 tahun yang dulu, Allah dah berikan jawapan. Sebabnya Allah Maha Mengetahui perangai hambaNya yang suka bertanya soalan yang sama.
JAWAPAN ALLAH SWT DIDALAM AL QURAN
Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).
Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)
Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?
Al Quran Menjawab: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?
Al Quran Menjawab: "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)
Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?
Al Quran Menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)
NOTA: Wujud Typo Error..yang betul ialah Surah Al Baqarah Ayat 45 ini..(didalam gambar No.145) – DrSoul
Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?
Al Quran Menjawab: "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)
Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?
Al Quran Menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)
Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!
Al Quran Menjawab: "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 87)
NOTA: Pada gambar tertera Surah Yusuf Ayat 12 - Sebenarnya merujuk kepada Ayat 87, No.12 merujuk kepada No.SURAH)
Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana? Al Quran Menjawab: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)
KESIMPULANNYA
Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)
Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Kongsikanlah kepada kawan-kawan anda supaya kita semua dapat berkongsi pahala. InshaAllah.
 
Salam Ukhwah,

23 April, 2012

[15 Gambar] Proton Preve Kebanggaan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

 

Proton-Preve-5-Year-Warranty

Ye ke??? Hurm..bagi aku Preve masih lagi tidak mencapai kehendak rakyat Malaysia sepenuhnya namun kita sebagai rakyat Malaysia memang patut berbangga dengan model terbaru keluaran Proton kali nie.

Kenapa kita patut berbangga? Tepuk dada tanya iman.

Untuk model terbaru Proton ini, Proton Holdings Berhad menawarkan tempoh jaminan lebih lama sehingga 5 tahun atau 150,000km perjalanan, mengikut mana yang tiba dahulu. Ini bagi membuktikan bahawa standard pembuatan model global pertama Proton Preve menepati piawaian antarabangsa.

Jom layan gambar Proton Preve nie. Winking smile

proton-preve-002

proton-preve-003

proton-preve-004

proton-preve-005

proton-preve-006

proton-preve-007

proton-preve-008

proton-preve-009

proton-preve-010

proton-preve-011

proton-preve-012

proton-preve-013

proton-preve-014

Amacam..comey lote tak? Kalau comey angkat, kalau tak simpan duit beli kereta BMW.

 

Salam Ukhwah,

30 March, 2012

Penutupan Perkihdmatan Prabayar TM 1515

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

tmnet1515

Sebagaimana yang anda sedia maklum, perkhidmatan  prabayar  TM 1515 adalah untuk pengguna yang tidak mahu terikat dengan komitmen yuran bulanan. Servis ini disertakan dengan kad prabayar permulaan RM30 dan tambahnilai RM20.

Sejajar dengan penyusunan semula penawaran produk-produk kepada pelanggan, perkhidmatan prabayar TM 1515 akan ditamatkan perkhidmatan mulai 31 Mei 2012. Selepas tarikh ini, transaksi khidmat pendaftaran dan pengaktifan tambah nilai akan tidak aktif di laman https://prepaid.tm.net.my

Bagi pelanggan sedia ada, akaun prabayar TM 1515 akan masih aktif untuk jangkamasa 90 hari dari tarikh akhir pengaktifan atau tambahnilai. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan  mengaktifkan tambah nilai pada tarikh akhir 31 Mei 2012, akaun prabayar TM1515 akan luput pada 31 Ogos 2012 atau apabila baki akaun adalah kosong bergantung kepada mana yang terdahulu.

Pelanggan dinasihati untuk menghabiskan baki kredit dan menyimpan e-mel dari peti e-mel akaun prabayar TM 1515 sebelum akaun tersebut luput. Pihak TM tidak akan bertanggungjawab atas baki kredit yang tidak digunakan  atau kehilangan data setelah akaun luput.

Dengan penutupan perkhidmatan ini, kami menggalakkan pelanggan agar menaiktaraf pakej langganan dari jalur sempit ke pakej UniFi atau Jalur Lebar dan Telefon pasca bayar di mana pelanggan boleh menikmati:

- Modem WiFi Percuma (Pakej Jalur Lebar dan Telefon)

- Residential Gateway dan Set-Top-Box Percuma (Pakej UniFi)

- ID WiFi  Percuma (akses Internet wayarles di TM WiFi seluruh negara)

- Dect Telefon Percuma

- Panggilan Percuma ke Talian Tetap seluruh Negara

- Kadar Tetap 10 sen/min dari talian mudah alih  ke talian tetap bukan TM  seluruh Negara

Selain  itu, kami juga mencadangkan pakej –pakej internet lain seperti  Kad prabayar TM WiFi  dan perkhidmatan EZnet 1315 yang membolehkan pelanggan mengakses internet dari talian tetap sedia ada atau dengan menggunakan kad iTalk. Untuk melanggan pakej-pakej di atas, sila lawat TMpoint yang berdekatan atau layari http://www.tm.com.my  untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai PENUTUPAN PERKHIDMATAN PRABAYAR TM 1515 dan pakej-pakej cadangan, sila hubungi:

 

Ahmad Hanazir Abdul Halim

Penolong Pengurus Besar  – Consumer

Internet Services, Retail Product

03- 22406436

hanazir.halim@tm.com.my

Norfaizah Waharuddin

Pengurus

VAS/Narrowband

Internet Services, Retail Product

03-2240 6427

norfaiza@tm.com.my

Norakmal Abdullah

Penolong Pengurus

VAS/Narrowband

Internet Services, Retail Product

03-2240 1143

norakmal.abdullah@tm.com.my

 

Yang ikhlas,

DUTA KECIK TM,

 

Salam Ukhwah,

28 March, 2012

Kisah Loo Joo Yee Memeluk Islam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Lee Joo Yee

Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau. Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

p/s: Jika anda mengambil berat, jangan lupa untuk kongsikan kepada orang lain. Semoga kita semua mendapat manfaat daripanya..InshaAllah.

 

Salam Ukhwah,

03 March, 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi

Asslamualaikum & Salam Sejahtera,

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul ini dari gelatin babi’.

Babi

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sama2lah kita kongsikan perkara ini kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat. InshaAllah.

 

Salam Ukhwah,

29 February, 2012

Program Bicara Ilmuan Bersama Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, TIARANITA Nasional akan menganjurkan Program Bicara Ilmuan berserta Hi Tea pada 24 Mac 2012. Untuk makluman pendaftaran program ini dibuka kepada semua anggota TM sama ada ahli atau bukan ahli TIARANITA dan juga individu luar.

Sila rujuk kepada maklumat dalam poster yang dilampirkan.

Program Bicara Ilmuan

 

Terima kasih dan salam hormat.

TIARANITA Nasional

 

Salam Ukhwah,

Pencegahan Penyakit Melalui Kisah Ashabul Kahfi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Al-Kahf Inside Cave

Kisah Ashabul kahf menceritakan tentang beberapa orang pemuda dengan seekor anjing yang ditidurkan Allah selama 309 tahun.

Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang keluar dari negeri untuk menyelamatkan aqidah daripada ditangkap oleh Maharaja Rome yang zalim.

Disebabkan atas niat yang tulus Allah memudahkan sehingga mereka menjumpai sebuah gua dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang.

Ajaibnya,mereka tertidur tanpa memerlukan makan dan minum.Allah membolak-balikkan tubuh mereka sehingga tidaklah membeku darah pada salah satu bagian tubuhnya.Ini semua termasuk hikmah Allah.

Allah berfirman, “Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri.”

(QS Al Kahfi: 18).

Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?).”

Mereka menjawab: “Kita berada (disini) sehari atau setengah hari.”
Berkata (yang lain lagi): “Tuhan lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini).

Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun.

(QS Al Kahfi : 19)

Pada akhirnya, ketika para Ashabul Kahfi itu terbangun,pemerintahan telah berganti. Para penduduk negeri telah berganti kepada penduduk yang bertakwa kepada Allah. Dan ketika mereka mengetahui kisah para pemuda itu,tidak lama kemudian para Ashabul kahfi pun meninggal dunia. Selanjutnya para penguasa di waktu itu berkeinginan untuk membangunkan masjid di atas kuburan-kuburannya.

Allah berfirman, “Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya.”

(QS Al Kahfi: 21).

Namun begitu terdapat satu ayat dalam Surah Al-Kahfi yang benar-benar menarik perhatian saya iaitu firman ALLAH SWT :

dan kamu sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika kamu melihat mereka, tentulah kamu akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah kamu akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

(Surah Al-Kahfi : 18 )

Ayat “dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri” membawa maksud pemuda-pemuda itu tidur dalam posisi yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah.Ini kerana perlakuan membalik-balikkan badan dapat dijadikan langkah pencegahan daripada mendapat pelbagai jenis penyakit.

Antaranya :

Bed sore

Bedsore adalah satu penyakit yang merosakkan kulit dan tissue yang berpunca dari tekanan berlebihan.Tekanan ini mampu memusnahkan saluran darah.Apabila saluran darah ini pecah maka oksigen dan nutrient yang sepatutnya dibekalkan kepada cell menjadi terhenti.Ini mengakibatkan cell-cell yang terlibat mati.

Penyakit ini sering terjadi di bahagian paha dan punggung kerana bahagian ini sering terdedah kepada tekanan sewaktu duduk atau baring.

Pesakit yang tidak mampu bangun untuk mengubah posisi sering diancam penyakit ini. Bukan itu sahaja,tindakan Allah membolak-balikkan pemuda-pemuda itu telah menyelamatkan mereka dari terjadinya muscle atropy.Sudah pasti 309 tahun itu adalah satu tempoh yang sangat lama.

Muscle atrophy

Muscle atrophy bermaksud kehilangan tissue muscle akibat dari kekurangan aktiviti fizikal. Kondisi ini juga sering terjadi pada pesakit yang terlantar atau orang malas yang tidak mahu bergerak.

Bayangkan pesakit yang terlantar selama sebulan di hospital boleh mengalami pengurangan jisim muscle sebanyak 10 peratus apatah lagi 309 tahun.Inilah hikmah dan kekuasaan Allah SWT.Apa gunanya mereka bernyawa tetapi tidak mampu untuk begerak.Ketiadaan otot menyebabkan seseorang tidak mampu menghasilkan pergerakan.

Langkah pencegahan kedua penyakit ini telah Allah tunjukkan kepada manusia sekian lama,sebelum manusia mengetahuinya.

 

Salam Ukhwah,

20 February, 2012

Biodata Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum & Salam Sejatera,

Keluarga Ustaz Azhar Idrus

BIODATA LENGKAP USTAZ AZHAR IDRUS 

Nama Penuh: Ustaz Azhar Idrus

Tarikh Lahir: 12 Februari 1964

Umur: 48 Tahun

Asal: Kuala Terengganu, Terengganu.

Kerjaya: Pendakwah & Penceramah Bebas

Latar Belakang Pendidikan:

  • Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
  • Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
  • Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)

Hobi: Fotografi

Isteri: Rogayah Binti Sulung (42), Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26)

Anak: Nur Madihah Asyiqin (20), Nur Farhah (19), Mohd Faqihuddin (18), Mohd Zuhaili (16), Ikhwan Najmi (14), Khairul Mukmin (7), Rasydan (6).

Ust Azhar dan Anak2

ustaz azhar dan isteri

Semoga Ustaz Azhar Idrus terus diberikan rahmat oleh Allah Taala untuk menyebarkan agama Islam kepada rakyat Malaysia & rakyat amnya. InshaAllah.. ;-) 

14 February, 2012

Petua Imam Syafie

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

cara

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa.
zikir.
Itulah kekuatan seorang muslim :)

 

Salam Ukhwah,

07 February, 2012

‎4 Jenis Lelaki yang Ditarik Perempuan ke Neraka Di Akhirat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

api neraka

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

 

Firman Allah SWT:- “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : Ayat 6)]

 

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...Wallahua'lam.

 

Salam Ukhwah,

05 February, 2012

Hukum Memperingati Maulid Nabi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

maulid-nabi

Sempena Maulidul Rasul 1433H nie, SC nak share dengan anda semua mengenai Maulid Nabi ini. Penerangan pasal maulid nie disusun oleh Hasan al-Husaini dan diterjemahkan oleh Team Indonesia. Jom kita sama2 baca. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya & semoga Allah melindungi SC daripada perkara-perkara dusta. InsyaAllah.

______________________________________________________________________________________________________

---------------------------------------------------------------------------------------------------

 

:: Disusun Oleh ::
Hasan al-Husaini

:: Penerjemah ::
Team Indonesia

:: Murajaah ::
Abu Ziyad

Hukum memperingati maulid nabi

Allah telah memerintah nabinya untuk mengikuti syari'atnya dalam beribadah kepadanya, dan melarang mengikuti hawa nafsu, dalam banyak ayat Allah memerintah nabinya untuk mengikuti wahyu. Ulama mengatakan bahwa ibadah harus didasari wahyu, dan tidak berdasarkan akal fikiran manusia.

Allah SWT memberi karunia kepada hambanya dengan mengutus rasulnya SAW, bukan dengan kelahirannya, oleh karena itu pada hari kelahiran nabi s.a.w para salafus shalih tidak melakukan amal perbuatan yang lebih dari hari-hari lain, dan tidak menganggap hari kelahiran nabi sebagai hari istimewa yang perlu diperingati, dirayakan atau dikaitkan dengan suatu hal yang dianggap penting, lihatlah misalnya Umar bin Khattab ketika akan menetapkan awal tahun hijriyah, beliau tidak memulainya dari hari atau bulan kelahiran nabi s.a.w, namun memulainya dengan tanggal kemenangan nabi SAW.

Peringatan maulid nabi tidak pernah dilakukan oleh rasulullah, para sahabat, para tabi'in, maupun para imam madzhab seperti imam syafi'I, imam malik, Ahmad bin hambal dan Abu Hanifah, akan tetapi yang pertama kali mengadakan peringatan maulid nabi adalah para khalifah fatimiyah pada abad keempat hijriyah, bahkan mereka bukan hanya memperingati hari kelahiran nabi, akan tetapi mereka juga memperingati hari kelahiran imam Ali, Fatimah, hasan, dan Husain. Sebelumnya umat islam tidak mengenal yang namanya peringatan maulid nabi s.a.w.

Sebenarnya para ahli sejarah berbeda pendapat tentang bulan kelahiran nabi s.a.w, ada yang mengatakan nabi dilahirkan pada bulan ramadhan, namun mayoritas mereka mengatakan bahwa nabi s.a.w dilahirkan pada bulan rabiul awwal. Kemudian mereka juga berbeda pendapat tentang tanggal kelahiran nabi s.a.w. Ibnu Abdil barr mengatakan beliau lahir pada tanggal dua, ada yang mengatakan tanggal delapan, ini didukung oleh ibnu Hazm dan kebanyakan ahli hadits, ada yang mengatakan pada tanggal sembilah, ini dikuatkan oleh abul hasan an-Nadawi dan zahid al-kaustari, ada yang mengatakan tanggal sepuluh, ini dikatakan oleh al-Baqir, ada yang mengatakan pada tanggal dua belas, ini ditegaskan oleh Ibnu Ishaq, ada yang mengatakan tanggal tujuh belas, dan ada yang mengatakan tanggal delapan belas rabi'ul awwal.

Ini menunjukkan bahwa para sahabat tidak begitu memperhatikan tanggal kelahiran nabi, karena tidak ada ibadah yang berkaitan dengan hari kelahirannya, sebab kalau seandianya ada, niscaya diriwayatkan kepada kita. Kemudian perlu diketahui bahwa tanggal dua belas rabi'ul awal juga merupakan hari meninggalnya rasulullah s.a.w, jadi bergembira pada hari itu tidak lebih baik dari bersedih, selain itu bila diperhatikan, peringatan maulid nabi banyak menyebar di Negara-negara yang bertetangga dengan Kristen, seperti di suriah dan mesir.

Orang-orang nasrani merayakan hari kelahiran Isa, dan itu merupakan sebab orang-orang islam mengadakan perayaan hari besar karena mengikuti tradisi mereka. Kecintaan kepada nabi SAW bukan dibuktikan dengan memperingati hari kelahirannya, namun dengan mengikuti sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, dan gembira dengan nabi SAW bukan hanya pada waktu-waktu tertentu, seperti hanya di bulan rabi'ul awal, tetapi sepanjang masa.

Nabi saw telah melarang umatnya berlebihan dalam memuji dan mengagungkan beliau, beliu bersabda: janganlah kalian belebihan terhadapku sebagaimana orang nasrani berlebihan terhadap putera Maryam, aku tidak lain hanyalah hamban Allah, maka katakanlah: hamba Allah dan rasulnya. (HR. Bukhari).

Kebanyakan bacaan yang dibaca dalam peringatan maulid nabi yang berupa pujian kepada beliau sangat berlebihan, dan ini diakui oleh orang yang mendukung peringatan maulid nabi itu sendiri, terutama ketika sebagian orang mengarang buku tentang peringatan maulid nabi, kemudian mereka membuat-buat hadits palsu untuk mendukung perbuatannya.

Salah seorang tokoh sufi di abad ini yaitu Abdullah al-Ghimari berkata: (( "… buku-buku tentang maulid nabi dipenuhi oleh hadits-hadits palsu, dan ini telah menjadi keyakinan kuat bagi kalangan awam, aku berharap semoga Allah memberi taufik kepadaku untuk menulis buku tentang maulid nabi, yang terbebas dari dua hal yaitu: hadits-hadits palsu, dan sajak yang dipaksakan…jadi berlebihan dalam mumuji itu tercela, berdasarkan firman Allah swt: ((janganlah kalian berlebihan dalam agama kalian)), dan juga orang yang memuji nabi saw dengan suatu hal yang tidak ada dasarnya dari nabi saw maka ia telah berbohong, sehingga ia termasuk orang yang diancam dalam hadits: barangsiapa yang sengaja berdusta kepadaku maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka.

Fadhilah-fadilah nabi bukanlah suatu hal yang bisa dianggap enteng dengan menggunakan hadits dhaif dan sebagainya, karena ini berkaitan dengan pembawa syari’at, nabi umat ini, yang mengharamkan dusta atas nama beliau dan menjadikannya sebagai salah satu dosa besar, bahkan Abu Muhammad al-Juwaini, bapak dari Imam al-Haramain berpendapat bahwa orang yg berdusta atas nama nabi saw, ia kafir.

Dengan demikian, hal-hal yang berlebihan yang terdapat dalam buku-buku maulid nabi, dan kisah isra’ mi’raj tidak ada dasarnya sama sekali, maka wajib dibakar agar para penulisnya dan orang-orang yang membacanya tidak dibakar di neraka, kami mohon keselamatan kepada Allah". (ini dalam buku tentang kritik terhadap burdatnya al-Bushiri hal 75).

Dan biasanya dalam peringatan maulid diakhiri dengan kata-kata bid’ah dan tawassul-tawassul yang berbau syirik. Kemudian dalam peringatan maulid nabi biasanya melakukan beberapa kesalahan, di antaranya: Orang-orang yg memperingati maulid menuduh orang-orang yang tidak merayakannya bahwa mereka tidak mencintai nabi saw, mereka pura-pura tidak tahu bahwa kecintaan kepada nabi dibuktikan dengan mengikuti sunnah beliau, bukan dengan berbuat bid’ah, demikan pula hal-hal yg dilakukan pada waktu memperingati maulid, seperti bacaan-bacaan yang tidak ada dasarnya dari agama yang dibaca dengan disertai gerakan-gerakan yang tidak pernah diajarkan dalam agama, disamping kisah-kisah bohong yang dibuat-buat tentang faedah atau fadhilah memperingati maulid nabi dsb.

Syaikh Ali Mahfudz al-Azhari berkata: "dalam memperingati maulid nabi banyak terjadi pemborosan dan membuang-buang harta serta waktu yang tidak ada gunanya dan tidak kebaikannya sama sekali".(al-Ibda’/324) sedangkan kaidah syar’iyah mengatakan bahwa suatu yang mubah jika menyebabkan kepada suatu yang diharamkan maka hukumnya haram. Seluruh umat islam telah sepakat bahwa merayakan maulid nabi adalah bid’ah, akan tetapi mereka berbeda pendapat, ada yang mengatakan bahwa ia adalah bid’ah hasanah, dengan alasan bahwa ada maslahat yang mungkin bisa
diperoleh.

Akan tetapi para ulama yang lain, baik dahulu maupun sekarang banyak yang berfatwa bahwa merayakan maulid hukumnya haram, berdasarkan dali-dalil syari’at yang mengharamkan bid’ah dalam masalah agama, sedangkan perayaan maulid termasuk masalah agama, mereka memandang bahwa perayaan maulid adalah suatu kesalahan yang pasti, sedangkan kebaikan yang diharapkan hanya merupakan dugaan.

Kemudian perayaan tersebut tidak pernah dilakukan oleh nabi saw, dan juga para sahabat, para tabi’in, dan juga periode setelah itu. Dan juga nabi saw tidak membedakan bid’ah ada yang baik dan buruk, akan tetapi beliau mengatakan: kullu bid’atin dhalaalah: semua bid’ah adalah kesesatan).

Imam malik berkata: barangsiapa yang berbuat bid’ah dalam islam dan ia menganggapnya baik, maka ia telah menyangka bahwa Muhammad saw telah berkhianat terhadap kerasulan, karena Allah swt berfirman: “pada hari ini aku telah menyempurnakan agamamu”, maka apa yang tidak termasuk agama pada waktu itu, maka sekarang tidak menjadi agama) (al-I’tisham karangan as-
Syatibi).

Adapun ulama-ulama yang berfatwa bahwa perayaan maulid itu bid’ah, diantaranya:

Imam Syatibi, beliau menyebutkan di awal kitabnya al-I’tisham (1/34) dan mengatakan bahwa menjadikan hari kelahiran nabi saw sebagai ied adalah bid’ah. Imam al-fakihani dalam bukunya risalah al-Mufradah hal 8-9.

Ulama India, Abu thayyib syamsul Haq, begitu pula gurunya al-Allamah Basyiruddin Qanuji yang menulis buku dengan judul: ghayatul kalam fii ibthalil amalil maulid wal qiyam.

Syaikh al-Allamah Abi Abdillah Muhammad al-Haffar al-Maliki salah satu ulama maroko berkata: (para salafus shalih yaitu para sahabat nabi dan orang-orang yang mengikuti mereka tidak pernah berkumpul pada malam kelahiran nabi untuk beribadah, dan tidak melakukan sesuatu yang lebih dari hari-hari biasa,
karena nabi saw tidak mengagugkan sesuatu kecuali yang disyari’atkan oleh Allah swt… (almi’yaar al-mu’rab 7/99).

Syaikh Muhammad shalih al-Utsaimin kt: (mereka melakukannya dengan alasan mencintai rasulullah saw, dan mereka ingin mengingat rasulillah saw. Kami katakan kepada mereka: kami senang jika kalian mencintai nabi saw, dan kami senang jika kalian ingin mengingat nabi saw, akan tetapi ada ketentuan yang
telah ditetapkan olen Yang Maha Bijaksana, dan tuhan seluruh alam, ada ketentuan dalam mencintai, yaitu firman Allah swt: katakan, jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku niscaya Allah mencintaimu.

Jika seseorang jujur dalam pengakuannya mencintai Allah dan rasulnya, makan hendaklah mengikuti syari’at Allah, dan mengikuti apa yang diajarkan oleh nabi saw, jika ia tidak mengikutinya, maka pengakuan cintanya dusta. Karena neraca ini adalah neraka yang jujur dan adil. Oleh karena itu mari kita lihat, apakah
merayakan kelahiran nabi saw termasuk syari’at allah? Apakan nabi saw melakukannya? Apakan khulafa’ rasyidin melakukannya? Apakah para sahabat melakukannya? Apakah para tabi’in melakukannya? Jelas jawabnya tidak, barangsiapa yang mengatakan sebaliknya, maka hendaklah memberikan bukti.
“katakan, sampaikanlah bukti kalian jika kalian benar”).

Syaikh DR. Yusuf al-Qardhawi berkata: mereka mengatakan bahwa yang membuat-buat perayaan maulid ini adalah Fathimiyah di mesir, dan dari mesir menyebar ke Negara-negara lain, ada kemungkinan di balik itu ada tujuan politik tertentu, mereka ingin mengalihkan perhatian rakyat kepada perayaan maulid ini, sehingga mereka tidak ikut campur memikirkan urusan politik dan juga masalah-masalah umum lainnya, oleh karena itu kalau ini dianggap ibadah maka kami berkata: ibadah ini tida pernah diajarkan dan tidak benar) al-Jazirah.

Syaikh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya: bukan termasuk islam hal 252kt: bertaqarrub dengan mengadakan perayaan maulid adalah ibadah yang tidak ada dasarnya, oleh karena itu kita memandang bahwa semua perayaan ini adalah bid’ah yang ditolak dan tidak bisa dibenarkan.. menghilangkan maulid
adalah masalah yang sangat penting baik dari segi agama maupun dunia ..selain maulid nabi juga peringatan isra’ mi’raj, malam nisfu sya’ban, lailatul qadar, dan malam awal tahun hijriyah. Perayaan-perayaan ini telah ditentukan waktunya, dan mengeluarkan biaya dianggap sebagian syi’ar agama, dan orang-orang awam telah memberikan perhatian lebih dengan kata-kata dan makanan, apakan hal itu menolong agama!

Ahirnya kita berdoa semoga kita mendapat kekuatan iman dan ilmu yang bermanfaat sehingga bisa mengamalkan agama dengan benar sesuai dengan yang diajarkan oleh Allah dan Rasulnya, dan semoga kita dijaga dari kesalah pahaman terhadap agama yang bisa menggelincirkan kita dari jalah yang lurus.

Amin.

Dikutip dari "waqfah ma'a muhtafilina biyaum 12 rabi'ul awal, oleh: hasan al-
Husaini. www.saaid.net

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Video kata bawah nie pula ulasan daripada Ustaz kita kat Malaysia.

 

Semoga kita semua jelas dengan perkara Maulid Nabi nie. InsyaAllah.

02 February, 2012

Batu Zamrud Terbesar Dunia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

zamrud REGAN REANEY melihat batu zamrud Teodara di Rumah Lelongan Western Star, Kelowna, British Columbia kelmarin.

KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.

Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.

Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.

Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).

Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.

Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. – Agensi

-cari-

Salam Ukhwah,

12 January, 2012

Rumah Wardina Safiyyah Dimasuki Perompak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

wardina

Masa SC tengah surf internet pagi nie (12 Jan 2012) dalam pukul 5 pagi, tiba-tiba SC ternampak status twitter Wardina Safiyyah melalui facebook yang mengatakan bahawa beliau telah dirompak. Status tu telah dibuat pada pukul 4:50 pagi.

Rumah Wardina Dirompak 

Dan kalau mengikut status yang dibuat oleh beliau, rumah beliau baru sahaja dirompak lebih kurang pukul 4:00 pagi - 4:45 pagi. Mengikut statusnya, rumah beliau telah dirompak oleh pekerja Indon dan anak2nya berada dalam ketakutan.

Baca status beliau dari bawah ke atas.

Rumah Wardina Dirompak1

Selepas beliau membuat status, ade orang yang mungkin call beliau untuk bertanyakan berita mengenai rompakan nie tapi beliau tidak boleh jawab buat masa nie. SC pun tak tahu kenapa.

Wardina Safiyyah memberi sedikit info berkenaan dengan perompak tersebut iaitu perompak membawa beg dan berada di sekitar Ampang (Bukit Antarabangsa). Dan kepada sesiapa yang kat area tu skang bolehla tolong2 tengokkan kot ADE TERNAMPAK WARGA INDON YANG MEMBAWA BEG. Kalau ada info, korang bolehla call polis direct atau 999.

Video Penuh HD Countdown 2012 Bersama Ust Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak di Shah Alam

Pada pukul 4:58 pagi, polis telahpun sampai ke rumah beliau dan mungkin beliau sedang memberikan maklumat skang kat polis. Dikhabarkan bahawa suaminya iaitu saudara Ikhwan telah dipukul oleh perompak bertopeng kerana marah sebab dorang takde barang kemas.

Baca status beliau dari bawah ke atas.

Rumah Wardina Dirompak2

Wardina juga mengingatkan supaya kita semua berhati-hati sebab skang musim pencuri masuk rumah nak CNY. SC tak pasti ape itu CNY..korang taux ape CNY?

Sape2 yang nak bagi info pasal pencuri tu atau nak lahirkan rasa simpati & nak memberi semangat kepada beliau, korang boleh contact melalui FB atau emails beliau.

Wardina menceritakan bahawa beliau sangat takut melihat 3 lelaki bertopeng membawa tongkat & parang kat dalam rumah beliau. Beliau telah bersembunyi di dalam selimut dengan anak-anak akibat ketakutan.

Aku Mat Rempit…Pengikut Setia Ustaz Azhar

Setakat pukul 6:10 pagi sewaktu cerita ini ditulis, tiada status update yang dibuat oleh Wardina Safiyyah. Mungkin beliau masih lagi trauma atau sedang berbincang dengan pihak polis.

Dari pihak SC, SC mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" (Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jualah kita kembali).

Semoga Kak Wardina sekeluarga sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Ini mungkin dugaan yang akan menguatkan lagi anda dan percayalah bahawa hikmah yang terdapat di sebalik peristiwa ini mungkin amat bermakna buat anda dan masyarkat nanti. InsyaAllah…

 

Salam Ukhwah,

08 January, 2012

Aku Mat Rempit…Pengikut Setia Ustaz Azhar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

SC jumpa satu cerita daripada sebuah blog awal pagi tadi. Cerita nie di ambil dari seorang anak muda Terengganu. (Diedit sedikit supaya orang LUAL boleh faham)

Ada satu part pada cerita nie yang membuatkan hati SC sebak…tak tahulah kenapa. Anda bacalah sendiri dan kalau boleh SHARElah kepada kawan-kawan yang lain supaya menjadi dorongan kepada kita  untuk lebih mendalami agama.

ustaz-azhar

 

Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti  berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**.  Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.

SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku  ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..

Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada  awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang  mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...

''Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..

"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo).

merempit3

Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin  gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...

Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha

GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...

dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)

Admin Blog Tersebut: Orang Muda sebenarnya nak kepada Agama..tapi kerajaan yang sekarang seolah-olah seperti tidak menitikberatkan pasal Agama...Ustaz dihalang mengajar...hiburan 24 jam...ARTIS beri sokmo permit..Cuba kita check balik, antara rancangan agama & hiburan, yang mana paling banyak dalam seminggu, tak payah seminggu, sehari pun dah cukup...PUNOH ranoh HABIS budok2 muda...BODO KE CERDIK??

 

InsyaAllah, semoga kita dapat ambil iktibar daripada kisah nie dan seterusnya menegakkan panji-panji Islam di muka bumi Allah ini.

 

Salam Ukhwah,

06 January, 2012

Hukum Memetik Gitar / Hukum Bermain Alat Muzik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Akhir-akhir nie timbul persoalan mengenai Hukum Memetik Gitar / Hukum Bermain Alat Muzik setelah Ustaz Azhar Idrus dilihat memetik gitar ketika ‘Countdown 2012’ di Dataran Shah Alam tempoh hari anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Kalau timbul persoalan nie sebab betul-betul nak tahu takpe tapi timbul disebabkan politik dan dengan niat ingin mencemarkan imej Ustaz Azhar Idrus. Malah, ada beberapa blog yang menyifatkan UAI sebagai sesat dan agen Yahudi. MasyaAllah, sampai macam tu sekali dorang benci orang yang nak sebar agama Islam.

guitar

Itu satu tuduhan yang berat. Mungkin sesetengah pihak terasa terancam dengan program tersebut tapi takpela kita berdoa sajala kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada mereka-mereka ini. InsyaAllah.

SC tak minat sangat dengan alat-alat muzik nie sebab memang SC takde bakat pun dalam bidang muzik nie..huhu. Tapi SC cuba cari jugak ape hukumnya memetik gitar / hukum bermain alat muzik supaya dapat kongsi dengan anda semua. Mungkin ada yang tahu hukumnya & mungkin juga ada dah tahu tapi masih samar-samar. Jadi, InsyaAllah dengan penerangan di bawah menjelaskan perkara ini.

Biodata Ustaz Azhar Idrus & Penjelasan Terhadap Fitnah ke atas UAI.

Sebenarnya ade khilaf di kalangan ulama’ mengenai hukum memetik gitar / hukum bermain alat muzik nie. Beberapa sumber yang SC jumpa nie, InsyaAllah dapat membantu kita untuk faham dengan lebih lanjut pasal nie. InsyaAllah.

Semoga Allah melindungi SC daripada kata nista.

 

#################################################################

 

(Sumber: UstazAzhar.com/v1)

Assalamualaikum Ustaz Azhar Idrus,

Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).

Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.

Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini.

Terima kasih ustaz...

-----------------------------------------------------------

W.salam

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith2 soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

Wallahua'lam

 

#################################################################

 

(Sumber : ILuvIslam)

Assalamualaikum Warahmatullah.

Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.

Di sini berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya, pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Wallahualam.

 

#################################################################

 

1. (Sumber : PurnamaNizam) 2. (Sumber : PerjalananJauh)

Dirujuk pada : NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH(CETAKAN PERTAMA:OGOS 2006), DR. YUSUF AL-QARDAWI.

 

p/s: satu lagi entri mengenai Muzik | Hukum & Kedudukannya Pada Pandangan Syarak yang ditulis oleh Ustaz Ridhwan Hj Hashim (Bekas Imam Masjid Subang Jaya, Selangor) akan di post. Tulisan beliau itu dirujuk daripada beberapa orang alim ulamak dunia. InsyaAllah, yang nie akan lebih panjang lebar.

 

Salam Ukhwah,

05 January, 2012

Video Penuh HD Countdown 2012 Bersama Ust Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak di Shah Alam

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog SkypeCrews dan juga kepada semua rakyat Malaysia. Kali nie SC nak kongsikan dengan korang semua full video ”Countdown 2012 Bersama Ust Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak” yang diadakan di Shah Alam tempoh hari. Program nie dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Melihatkan kepada kehadiran orang ramai yang dikatakan mencecah sehingga 80,000 orang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dahagakan ilmu ukhrawi namun disebabkan lebih banyak program-program hiburan disajikan kepada masyarakat maka, mereka kekurangan pilihan dan terpaksa juga melihat program hiburan tersebut untuk memuaskan keinginan untuk berhibur.

SC ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini yang mana ianya julung2 kali diadakan di Selangor. Semoga kerajaan negeri Selangor terus istiqamah untuk memberikan pengisian Islam kepada rakyat Selangor khususnya dan seluruh umat Islam amnya.

Ok, jom kita tengok video-video tersebut.

p/s: kpd yg xdpt bukak youtube, anda boleh lihat di fan page Facebooks SkypeCrews di sini dalam bentuk video facebook. SC akn cuba utk upload video2 nie kemudian dlm bentuk video facebook utk memudahkan mereka yg xblh buka youtube.

PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

PART 6

PART 7

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Semoga program2 sebegini bertambah bagi mengisi kehausan umat Islam Malaysia yang dahagakan ilmu agama. InsyaAllah…

sumber video: annamir

Salam Ukhwah,

03 January, 2012

Fakta Menakjubkan Mengenai Wudhu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

baron

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

wudhuk idealogika

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali.Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )

Huraian

Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam….

- sumber: http://hasnulhadiahmad.com -

Related Posts with Thumbnails