RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

Showing posts with label Zizan Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Zizan Raja Lawak. Show all posts

06 January, 2012

Hukum Memetik Gitar / Hukum Bermain Alat Muzik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Akhir-akhir nie timbul persoalan mengenai Hukum Memetik Gitar / Hukum Bermain Alat Muzik setelah Ustaz Azhar Idrus dilihat memetik gitar ketika ‘Countdown 2012’ di Dataran Shah Alam tempoh hari anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Kalau timbul persoalan nie sebab betul-betul nak tahu takpe tapi timbul disebabkan politik dan dengan niat ingin mencemarkan imej Ustaz Azhar Idrus. Malah, ada beberapa blog yang menyifatkan UAI sebagai sesat dan agen Yahudi. MasyaAllah, sampai macam tu sekali dorang benci orang yang nak sebar agama Islam.

guitar

Itu satu tuduhan yang berat. Mungkin sesetengah pihak terasa terancam dengan program tersebut tapi takpela kita berdoa sajala kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada mereka-mereka ini. InsyaAllah.

SC tak minat sangat dengan alat-alat muzik nie sebab memang SC takde bakat pun dalam bidang muzik nie..huhu. Tapi SC cuba cari jugak ape hukumnya memetik gitar / hukum bermain alat muzik supaya dapat kongsi dengan anda semua. Mungkin ada yang tahu hukumnya & mungkin juga ada dah tahu tapi masih samar-samar. Jadi, InsyaAllah dengan penerangan di bawah menjelaskan perkara ini.

Biodata Ustaz Azhar Idrus & Penjelasan Terhadap Fitnah ke atas UAI.

Sebenarnya ade khilaf di kalangan ulama’ mengenai hukum memetik gitar / hukum bermain alat muzik nie. Beberapa sumber yang SC jumpa nie, InsyaAllah dapat membantu kita untuk faham dengan lebih lanjut pasal nie. InsyaAllah.

Semoga Allah melindungi SC daripada kata nista.

 

#################################################################

 

(Sumber: UstazAzhar.com/v1)

Assalamualaikum Ustaz Azhar Idrus,

Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).

Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.

Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini.

Terima kasih ustaz...

-----------------------------------------------------------

W.salam

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith2 soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

Wallahua'lam

 

#################################################################

 

(Sumber : ILuvIslam)

Assalamualaikum Warahmatullah.

Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.

Di sini berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya, pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Wallahualam.

 

#################################################################

 

1. (Sumber : PurnamaNizam) 2. (Sumber : PerjalananJauh)

Dirujuk pada : NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH(CETAKAN PERTAMA:OGOS 2006), DR. YUSUF AL-QARDAWI.

 

p/s: satu lagi entri mengenai Muzik | Hukum & Kedudukannya Pada Pandangan Syarak yang ditulis oleh Ustaz Ridhwan Hj Hashim (Bekas Imam Masjid Subang Jaya, Selangor) akan di post. Tulisan beliau itu dirujuk daripada beberapa orang alim ulamak dunia. InsyaAllah, yang nie akan lebih panjang lebar.

 

Salam Ukhwah,

05 January, 2012

Video Penuh HD Countdown 2012 Bersama Ust Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak di Shah Alam

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog SkypeCrews dan juga kepada semua rakyat Malaysia. Kali nie SC nak kongsikan dengan korang semua full video ”Countdown 2012 Bersama Ust Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak” yang diadakan di Shah Alam tempoh hari. Program nie dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Melihatkan kepada kehadiran orang ramai yang dikatakan mencecah sehingga 80,000 orang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dahagakan ilmu ukhrawi namun disebabkan lebih banyak program-program hiburan disajikan kepada masyarakat maka, mereka kekurangan pilihan dan terpaksa juga melihat program hiburan tersebut untuk memuaskan keinginan untuk berhibur.

SC ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini yang mana ianya julung2 kali diadakan di Selangor. Semoga kerajaan negeri Selangor terus istiqamah untuk memberikan pengisian Islam kepada rakyat Selangor khususnya dan seluruh umat Islam amnya.

Ok, jom kita tengok video-video tersebut.

p/s: kpd yg xdpt bukak youtube, anda boleh lihat di fan page Facebooks SkypeCrews di sini dalam bentuk video facebook. SC akn cuba utk upload video2 nie kemudian dlm bentuk video facebook utk memudahkan mereka yg xblh buka youtube.

PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

PART 6

PART 7

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Semoga program2 sebegini bertambah bagi mengisi kehausan umat Islam Malaysia yang dahagakan ilmu agama. InsyaAllah…

sumber video: annamir

Salam Ukhwah,

Related Posts with Thumbnails