Assalamualaikum semua,
Apa? Terkejut? Skype pasti korang tak terkejut dengan tajuk entri Skype tu kan sebab memang realitinya masalah gejala sosial di negara kita sekarang nie dah memang makin teruk. Cuba korang bayangkan, lepas habis SPM dah hilang dara..tak ke teruk namanya tu.
Dorang nie pergi sekolah belajar ke main seks? Adoii..Skype pun pening. Zaman Skype sekolah dulu tak teruk benda-benda macam nie. Ya, memang ada cuma satu dua kes jer. Tapi skang nie, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada.
Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.
Hasil kajian rambang ini mungkin membawa pelbagai spekulasi atau penerimaan masyarakat kita. Berkemungkinan kerana ia tidak dijelaskan golongan responden yang terlibat, apakah agama mereka dan latar belakang mereka.
Mahu atau tidak, kita kenalah menerima realiti penemuan ini. Kita kena terima hakikat remaja hari ini mengetahui tentang seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun.
Malah majoriti mereka memperoleh maklumat daripada teman-teman sebaya atau menerusi kecanggihan informasi dan teknologi komunikasi (ICT).
Boleh dikatakan amat sedikit jumlahnya yang mendapat maklumat ini melalui pertanyaan yang diajukan kepada ibu bapa atau guru mereka.
Apatah lagi, apabila mendapati 74 peratus remaja yang mengadakan hubungan seks memberitahu mereka tidak mengamalkan sebarang perlindungan.
Malah, 83 peratus berkata mereka tidak mengalami apa-apa kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripadanya pula merasa ‘bahagia’ ekoran pengalaman seks tersebut.
Bahagia? Adoii..bahagiala sangat. Ya, meb bahagia di dunia nie tapi di akhirat adakah akan bahagia? Nauzubillahiminzalik…
Bagi Skype, pihak pertama yang Skype salahkan adalah kerajaan. Ya, kerajaan telah banyak melabur duit untuk melakukan pelbagai kempen kesedaran kepada masyarakat namun dalam pada masa yang sama, mereka tidak sedar bahawa mereka juga telah menggalakkan remaja-remaja ini melakukan maksiat dengan pelbagai program atas nama aktivit sosial.
Jika kerajaan betul-betul ikhlas ingin menangani kes ini, kerajaan yang mempunyai kuasa memerintah harus menjadikan Islam sebagai dasar pimpinan. Setiap apa program yang ingin dilakukan haruslah yang dilihat dari segi Islam.
Contoh yang Skype dapat beri adalah program televisyen. Cuba korang kira berapa banyak program-program keagamaan daripada program hiburan? Memang sikit sekali program keagamaan. Apabila remaja-remaja kita disuap dengan pelbagai program hiburan maka remaja kita dah takkan minat dengan program-program ilmu.
Nak suruh dorang pergi masjid? Jangan harap..dengan wujudnya facebook, blog dan sebagainya.. remaja kita hari nie dah lekat depan komputer dah beb. Tak maunya pergi masjid. Bila suruh pergi masjid, dorang cakap kat internet pun boleh dengar. Ya, memang boleh dengar tapi sebaik-baik menuntut ilmu biarlah berguru.
Jadi, kerajaan haruslah mengawal program-program yang ada di televisyen skang nie. Lebihkan program keagamaan. Tak ruginyer buat macam tu.
Yang kedua adalah ibubapa, ibubapa memang memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik anak-anak. Apabila didikan ibubapa di rumah betul-betul diterapkan dan kerajaan bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dengan ajaran Islam. maka InsyaAllah, mereka tidak akan terjebak dengan gejala sosial.
Akhir sekali adalah diri sendiri, remaja yang berumur 15-22 tahun nie susah sket sebenarnya nak dengar nasihat orang. Dorang nak dorang jer betul walaupun dorang salah. Skype tak cakap kat kat orang tapi berdasarkan pengalaman Skype sendiri masa belasan tahun dulu. Memang degil sket tapi InsyaAllah, kalau dok dengar ustaz-ustaz mengajar tiap-tiap malam kat masjid atau surau, InsyaAllah dorang akan sedar dan dapat mengelakkan para remaja daripada gejala sosial nie.
Marilah kita sama-sama mengangkat tangan berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan kesedaran kepada para pemimpin kita supaya betul-betul menjalankan ajaran Islam seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Ikutilah Al-Quran, nescaya kamu tidak akan sesat.
Salam Ukhwah,
12 comments:
kan bagus kalau mereka ni guna akal dgn sebaik2nya..ngeri betul lorh..:(
Bila manusia bertuhankan nafsu
Erk tajuk yang agak panas namun itulah realiti akhir zaman di mana salah satu tandanya, maksiat berleluasa..
@nurida ardy
tula psl..Allah dah bagi akal kat kita nie tapi xnak guna sebaiknya. Astagfirullahalazim..
@ammar
Bila nafsu menguasai manusia...
@GA
mmg Skype nak highlightkan benda tu pun..nak bagi kita semua sedar.. InsyaAllah, dpt memberikan kesedaran kpd mereka.. ;)
Kita ni tak boleh ada teknologi....sebab budak2 selalu salah guna....tgk blue ah apalah...sebab tu perasaan tu kata nak...dan budak2 sekarang tak pandai piki panjang...dan berilmu...inilah jadinya...tak pk panjang--biosskip
@biosskip
sy pun stuju dgn sdara...bidang teknologi bgs sbnrnya cume disalahkan gunakan jer. ostaz2 nie spatutnya tahu psl benda2 teknologi ni spy nti sonang nk gtau kt bdk2 nie..huhu..
p/s: mcm kenai jer nickname biosskip tu..ahaks..thanx coz sudi komen bro.
hmm taktau la nk ckp cne. kita nk bertindak pun tak mampu.. sekadar rkyat biasa je
Sila layari: http://info4thetruth.blogspot.com/
bila dah jadii mcm ni..semua org nak maki hamun...tp bila kte fikir balik...adakah kita membantu menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh remaja kita pada hari ini..??pendidikan agama perlu diterapkan dlm diri mereka..bg mereka ada fikir iman n amal dlm diri mereka tu..selagi mereka xd fikir tentang perkara ni,jgn kita mengeluh dlm berusaha membantu mereka,,bila mereka ad fikir iman n amal..maka dgn mudah mereka menta'ati perintah allah n menjauhi larangan allah..
kita pon tahu remaja mencari erti kehidupan yg sebenar...setiap mereka inginkan kebaikan dlm kehidupan mereka,..dan kita kena terima diri seorang remaja yg xsuka ditekan dlm melakukan sesuatu perkara,so bila kita paksa sesuatu yg mereka xsuka,maka mereka akn memberontak kemudiannya melakukan sesuatu diluar jangkaan..tp dalam perkara2 agama perlulah kita tekan mereka sedikit untuk kebaikan mereka..contohnya jaga aurat,galakkan bersolat di masjid bg org lelaki,n sebagainya supaya jiwa mereka terdidik dgn amalan2 agama yg kemudiannya akan memberi keuntungan jangkamasa panjang untuk diri mereka...selamat beramal.huhu
Post a Comment