Assalamualaikum semua,
Masih ingat dengan gempa bumi & tsunami di Jepun baru-baru nie? Skype pasti ada yang masih ingat dan ada yang sudah lupa dengan kemurkaan Allah itu. Sungguh biadap kitakan..bila Allah turunkan bala, kita ingat kejap je dengan kejadian tu. Lepas tu buat tak tahu..betul, hidup perlu diteruskan tapi biarlah dengan cara yang betul.
Dunia kini dah berada di akhir zamannya tapi cara hidup kita sekarang seolah-olah seperti permulaan zaman. Kita berseronok, kita menikmati segala apa yang ada di muka bumi ini, kita nak buat apa saja yang kita inginkan tanpa kita peduli ajaran agama. Kita sekarang semakin banyak melakukan sesuatu dengan menggunakan logik akal kita sedangkan Islam adalah agama yang patut kita ikut berdasarkan hukum syarak.
Apa perbezaan antara logik akal dan hukum syarak?
Ok, Skype bawakan satu contoh. Apabila kita dalam keadaan berwudhu’ dan selepas itu kita terkentut sudah tentu jika mengikut logik akal kita, sepatutnya kita patut membersihkan dubur tapi kenapa dalam Islam apabila kita dalam keadaan berwudhu’ dan terkentut kita disuruh untuk mengambil wudhu’? Kenapa?
SEBAB Islam adalah agama yang berlandaskan hukum syarak. Setiap yang diperintahkan mempunyai signifikannya yang tersendiri. Tapi masyarakat kita sekarang begitu sombong untuk menggunakan kebijaksanaan Al-Quran dalam mentadbir diri kita sehari-hari.
Masing-masing menggunakan logik akal mereka untuk membuat segala keputusan dalam hidup mereka.
MasyaAllah..sedarlah kita wahai para mukmin. Kita di ambang pengakhiran dunia, patuhlah kita dengan ajaran Allah, InsyaAllah..kamu akan selamat daripada azab Allah.
Sedar atau tidak bahawa kita sekarang didodoikan dengan pelbagai hiburan dunia yang amat melalaikan seperti:
- Akademi Fantasia
- Mentor
- Raja Lawak
- Maharaja Lawak
- Anugerah Bintang Popular
- Anugerah Juara Lagu
- Website-webiste yang menceritakan perihal artis-artis dunia seperti OhArtis!, OhBulan!, BeautifulNara, Budiey, Mat Kepoh dan sebagainya.
- Konsert
- Iklan
- Dan lain-lain.
Cuba korang perhatikan banyak mana program agama yang disiarkan kat tv berbanding program-program hiburan. Kita dihidangkan dengan pelbagai perkara hiburan beb. Dengan Skype sekali terkena bahangnya..yela, iman nipis ditambah plak kat tv banyak dok siar program-program hiburan yang takde kawalan memang jadi lalaila kita.
Kalau dekat website-website plak, pelbagai cerita-cerita artis yang dijaja. Ada yang bagus, bagusla tapi banyak yang tak bagus sebenarnya. Skype tak paham dengan mereka-mereka nie, mereka faham tak bahawa mendedahkan gambar-gambar lelaki & perempuan yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Atau adakah disebabkan ingin popular dalam bidang penulisan mereka mengabaikan hukum Allah.
Allah dah tunjukkan kekuasaan Allah ke atas muka bumi nie, jadi bawak2lah citer yang boleh bagi pedoman kepada masyarakat. Allah takkan tanya kat akhirat berapa banyak traffic dapat daripada buat artikel pasal Fasha Sandha putus tunang hari tu. Takdenye..malahan kita akan bertanggungjawab dan berkongsi dosa kat akhirat kelak ke atas berapa ramai orang yang telah tengok gambar-gambar yang tak menutup aurat tu.
Sedarlah wahai-wahai penerbit-penerbit rancangan tv hiburan, wartawan, penulis-penulis blog dan kamu sendiri wahai Skype. Sedarlah, bumi ini berada di pengakhir zaman..maka kembalilah kamu kepada jalan Allah Rabbul Jalil.
“Kiamat tidak akan terjadi kecuali lenyapnya ilmu, banyak terjadi gempa, waktu berlalu sangat cepat, muncullnya berbagai fitnah, dan banyak terjadi pembunuhan. Sebelum terjadinya kiamat akan ada pertempuran yang besar dan setelahnya tahun-tahun yang penuh dengan gempa.”
Hadith Shahih.
Musibah Dunia Apabila Allah Murka!!! [Part 2]