RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

31 March, 2010

Thanks To All My Friends…

Assalamualaikum semua,

 

Birthday Cake Jimie1

Enrtry kali nie ak buat khas sebagai PENGHARGAAN untuk kawan2 ak yang sudi wish besday ak kelmarin. Terharu sangat ak kerana ramai kawan2 sudi wish besday ak…Memang ak tak expect langsung korang sume akn wish sbb ak sendiri pun tak pikirkan sangat pasal besday ak. Lagipun sejak ak dok Cherating ni ak dah xigt haribulan dah…biasala keje shift, so hari mmg dah xnormal dah..29hb pagi baru ak teringat yang esoknya hari jadi ak…gilerkan…mmg giler…ak mmg giler… 

 

Secara kesuluruhannya, orang yg first wish besday ak adalah Wani Mat Salleh iaitu kawan ak mase sek menengah dulu. Tapi dia wish sebelum pukul12 la…dalam kul1130 gitu. Papepun thanx to Wani..nti blanje ak tau. Orang yang first wish besday ak tepat kul 12tgh mlm smalam adalah Farouq Hadi ﻓﺎﺭﻭﻖ ﮬﺎﺪﻱ, kawan mase sek rendah dulu. thanx Farouq… Selepas tu, orang ketiga yang wish adalah Arif Abdul Manaf. Ak xsangka langsung dia akan wish sbb ak knl dia masa ak g kursus induksi kat Terengganu. Ak kenal pun macam tu jer tapi xsangka dia sudi utk wish besday akt ak. Thanx Arif coz sudi wish kat ak…

 

Kawan2 ak yang ade FB kebanyakannya wish besday kat ak…Thanx, ak sbnrnya nak letak nama korang skali dalam tp disebabkan terlalu ramai so ak ambik 3 of top bottom jela ek..Papepun thanx to all…Ak sayang kamu semua…Oh yer ade yang tanya ak, umur makin meningkat..bile nak kawen?huhu….Ak bajet dalam 2 @ 3 tahun lagi!kumpul duit lu bro…

 

Ak nak kongsikan satu video yang kawan sekerja anta kat ak…Meanrik juga video yang dia anta kat ak tp ucapan besday tuh yang ak xtahan tuh…korang nak tau pe?

 

Heppy Besday my friend. Semoga Jadi Manusia Normal...
Cukup2 lah jadi burung hantu.

 

Ade ke patut dia cakap ak nie burung hantu…padahal dia pun sama, xpe nti besday dia..ak anta wish cani gak..tgula ko iwan…hahah…

Jom layan kejap video yang dia anta kat ak…

 

 

Adiosa!

28 March, 2010

Pertandingan Komen Terbanyak – Mashiblog.net

 

contest-1

Assalamualaikum,

“Terukir sejarah…

…dalam diri ak sebagai seorang blogger kerana buat kali pertamanya, ak menyertai contest yang dibuat oleh para blogger.”

Tahniah kepada diri aku…heheehe…

Sebelum nie xtaula knape ak malas & xsuke join contest yang diadakan. Tetapi mase ak blogwalking kat blog Mashi nie tiba2 ak tertengok contest ni & rasa tertarik untuk join. Oklah, sebelum ak terangkan lebih lanjut tentu korang nak tau ape hadiahkan?

:: Hadiah Pertandingan Mengomel Terbanyak ::

money face

money face 1st Prize : RM50 + Hadiah Misteri 

2nd Prize : RM20 + Hadiah Misteri

3rd Prize : RM10 + Hadiah Misteri

Komen Terbaik

RM20 + Hadiah Misteri

 

:: Apa Yang Korang Perlu Buat Untuk Join Contest Nie Adalah ::

1

Buat review korang tentang pertandingan nie kat blog korang.

2

Dalam review yang korang buat tu mestilah mempunya pautan @ link ke blog post Mashiblog.net yang pasal contest nie. (nie ak bagi siap2 url dia…klik sini)

3

Akhir skali, tinggalkan URL review korang kat ruangan komen pada post contest Mashi.

 

“Takde syarat ke?”

:: Mestila ade…hehe, syarat2 contest nie adalah seperti di bawah ::

1

Wajib ade BLOG.

2

Komen berupa pendapat yang bernas berpeluang untuk dipilih sebagai komen terbaik…Manakala komen terbanyak akan memenangi tempat pertama contest ini.(pendek pun takpe…kata Mashi)

3

Pemarkahan hanya akan dikira berdasarkan jumlah komen bermula dari Sabtu 27 Mac hingga Sabtu 8 Mei 2010.

(Lama siot…tp xpe, nie memudahkan korang utk ngomel bnyk2 kt post Mashi tuh & berpeluang utk korang dpt hdiah wang tunai & hadiah misteri tuh. Agak2 apela ek hdiah misteri tuh..hehe…)

4

Jumlah komen korang akan dianalisis menggunakan sistem kiraan yang tepat dan ranking peng’komen’ akan dapat dilihat pada widget di sebelah kanan blog Mashi pada 3 minggu sebelum tarikh tutup penyertaan.

5

Lagi banyak komen  lagi cerah peluang untuk memenangi contest ini.

 

:: Tarikh Tutup Contest Nie Adalah ::

Sabtu 8 Mei 2010

Selepas tarikh tutup contest ini, Mashi akan mengumumkan pemenang komen terbanyak melalui entri terbarunya.

Oh yer, jangan lupe letakkan skali url blog dari mana korang tahu pasal contest nie. Klu ko baca review pasal contest nie kat blog ak so letakla alamat blog ak…tu jer…

bannermushi781x182-1

 

Adiosa!

Perasaan Tersembunyi Manusia

Assalamualaikum,

              syukur ke hadrat Ilahi,

                                          kerana di pertemukan

ak pagi yang indah

                                                   ini dengan hidangan nasi lemak,

                  suatu nikmat yang amat besar

                                           bagi ak yang kerdil ini

   setiap hari KAMU tidak pernah kedekut

                                                                                       dengan nikmat-MU,

                                     senantiasa memberi kami nikmat hidup….

         tetapi adakah makhluk-MU yang hina ini senantiasa

                                                          bersyukur dengan nikmat-MU???

 

BERANI AKU KATAKAN KAMI MANUSIA YANG HINA INI MEMANG TIDAK BERSYUKUR SEPENUHNYA!

                                                       

                             kenapa…???jangan tanya ak,

      engkau tahu wahai manusia.

                                            kereta diberi, duit diberi, makan diberi…

               namun ak & kamu di luar sana

                                                      masih lagi angkuh & ego dengan segala yang kamu miliki.

                                                                 INGAT!!! itu hanya

                          pinjaman daripada ALLAH.

                                                                                       ianya tidak kekal….

 

Adiosa!

14 March, 2010

Kenapa Aku Down?

nachdenklich Pagi td ak down…psl ape? Pasal kehidupan ak la…ak tahu korang pn penah rase downkn…. Ak tau..korg xyah nak kelentongla…ak bgn pagi td trus rase macam xsmangat nk g kje. Mane nk semangatnya, kul 730pagi baru ak tersedar. Ak spatutnya masuk kul 7pagi..biasala keje shift. Tapi tu ok lagi…xdela rase down sangat.

Yang rase down giler adalah time dok kat ofis. Adooiii..kalau time takde keje xpe…tp kalau time ade keje memang rase down sebab ak jarang sangat buat keje. Ak keje berpartner dan partner ak tu mmg hebatla psl kerja kitorg nie…sbb mase training dulu mmg dia fokus. So, bile ade keje dia la slalu yg buat…ak bt jgk cuma tolong2 jerla…Sama jugak bile ak partner ngan kawan ak sorang lagi. Biasanya mmg dorang buat kje. Ak dok surfing internet sampai lebam….

Ak rase down bile dorang tu buat keje…rase serba salah sebab xbuat sama, yang mana ak blh tlg…InsyaAllah, ak tlg tp klu bab yg ak xtau mmg ak xtolong r…buat2 pandai kang hbs plak circuit down. Tak pasal2, ak kena maki ngan bos…maki xpe lagi…maunyer dia potong gaji ak xke naya tu…Ikhlas ak cakap, memang ak xminat bhgn nie…bukan tak menarik tapi ak xminat. Ak da try pupuk diri ak spy minat dalam bidang nie tapi xleh…

Lepas tu dalam kul12 tghr td, ak call kawan ak yg keje kat cmpany yg sama ngan ak tp kat kl laa…ak tnyla de kosongx kat sane, dia ckp ade…tp xcnfrm btl2 lagila…dlm hati ak tghr td mmg klu ade kosong & dapat tukar mmg ak nk tukar r…sbb matlamat kita adalah untuk bekerja tp klu kita xminat cane…xkan nk biarkan c2 jer….try cari inisiatif lenla… Lagipun bila kita selesa bekerja di suatu tempat tu, kehidupan kita pun InsyaAllah akan ok.

Tapi yang bestnyer dok sini bile habis waktu keje…sebab kat sini kalau balik kul5 ptg, kul5.05 minit da sampai umah dah…balik boleh rehat2 wlaupun keje ak nie xdela memenatkan sangat..he3…. Kalau dok KL sah2 kul7 baru sampai umah. Masa ak keje kat KL sebelum nie, kul8 mlm baru blh sampai umah. Penat sighh…tu pun ngn motor…kalau ngan kete mau2 8.30 mlm baru sampai. Balik xsempat nak buat ape pn, yela da penat drive…kat sini balik tuh sempat lagi nk g bandar cari barang or bt ape2 xtvt.

Skang memang ak tgh sakit kapla dok pikir nak stay sini or nak transfer KL…sbb dua2 tempat nie ade pro & kontranya msg2…Pening2….Meb ak patut bt solat istikharah kot…

12 March, 2010

Bila Ak Downnnn.......

Salam,
 
down
Slowqekjdkjsddydfytycvsldk,qwuuysdklkwergtfucvcxnvsus
dffsndfbbsdbbndfbmnbufdfifusdofowqepqwieksldweicxvnx
cvnjjkhqwejqwekofsdiucxivuwqekkjhnmnbwqenoidiaqjk
eqwhehqwennodsfiiuqwrhzxsadkmksmxwncjdenchfbvhrf
bvgakmswcneduchbfxmcnchsdfyeksmcidyvbcbhrcedjcskxm
swkxmxmvxsodefebcebcyebvyrfvgakxmwskmxednchfr
xbkashdqoeiqoeshdjgdxncsdiadhadndscydvurweytrsvndadhf
tdcvcheapospaosikgudyigdadjdcvuerrdoifvcxxhvxcgdkgjd
fsadcksxswkcdebhrfvqmxjidcnfhvbrfbvfvjdcnsxmodhbdsdcoecmdkmcbvkxmwxndcbfroxkworiuwdhfhdkeqycznxcxznsdfhdfsdsdhfsdfbhksdfbsdfaSaksqmxjwhfmnxcbvmaseuuwcmzbchdcwdfgwpoii
dtdbadahdasdasdhakdadnsxcxbsvksdjfsdufiuyreruiwyruweyrnsbcsskdsdksnckdwnhvbfehvrfhvbruhbvhfrbvbfebvncnvgforuqirqyrytrtrtynbrmnbrmnbemixvzoidfsdkwtlkhagfusdfpdigpsdogsdgudsgnnbdvwxdkcpvjfbfrbhfbhfubhufbnvhfksfhs;dfjksdghdvdfdkgdgdjshgsgwqieuusdiuwhksoiwqhsmnbsdhuywqepowhhjdsfdnfjhoqwoywedshfhgqwrdsfnvdsfkyerosuuwerbchgsdfhjkswqteyyupoiysdfuiytyasqwekdvxcvkzzkwqueoiuwqeodgdskfiuyqwrshdfqweiuqwyeqwepouudfwbqvbfhfg!
 
 
Adiosa!

05 March, 2010

The Amazing Race Asia (TARA) S4 is coming to Malaysia!

Salam,

tara4

Sedang ak sedang membelek2 blog para sahabat dalam keadaan mengantuk, ak dapat email daripada AXN Asia pasal The Amazing Race Season 4. Ingatkan nak jemput ak join TARA S4 direct tapi dorang suh pergi audition.

Sebenarnya awal bulan Januari hari tu, ak memang da usha dah pasal TARA nie kat webiste AXN, siap register lagi website AXN tu untuk dapatkan borang penyertaan, syarat2 penyertaan dan eligibility requirements(amenda ntah lam bhs melayu…huhuhu)…bile dah donlod, ak pun tengok dia punya syarat2…perrghh…boleh tahan jugak.

 

tara info

 

Lepas tu dalam borang penyertaan tu, macam biasa kita isi form…nama, alamat dan lain2. Lepas tu dalam borang penyertaan tu jugak korang kena jawab lebih kurang 50 PULUH SOALAN IN INGGERIS. Macam2 dorang tanya…soalan plak bukan calang2 soalan tau. Ini menjadi halangan kecil untuk ak join this program. Halangan yang meb ak anggap paling mencabar adalah kena buat video selama 3 minit. Bukan video tutt la…Dalam video tu korang mesti menceritakan ape2 yang menarik dan why both of u should be a participants in diz program…(blh jgk ek ak ckp omputih).

Semasa di dalam program tu jugak memang korang kena cakap omputih. Kalau korang cakap Melayu di tambah plak sleng2 kenegerian korang tu failla. Korang dua orang jela gamaknya yang paham…Ak bukan nak takutkan korang tau…TAPI saje jer nak bagi info, mane tau korang nak join TARA S4 nie kan….huhu…Klu korang xcaya, korang boleh dapatkan borang tu kat sini.

Oh yer, lupe lak ak nak gtau ngn sape ak nak join diz programkan(klu dapatla…). InsyaAllah, kalau dapat ak nak join ngan kawan kolej ak dulu..tasnif. Ak lum gtau dia lg sbb bile ak tgk syarat2 TARA hari tu terus tak jadi nak join. Tapi ak confirm, klu ak ajak tentu dia nak join. Ak pilih dia sebab kitorg kat kolej dulu kira macam saling memahamila…ahaks, macam mane tu…heheh…sori, i’m not gay ok…

So, sape2 yang teringin sangat nak join program nie pergila ke salah satu tempat yang ade kat atas tu. Lokasi dan tarikh semuanya ade kat atas tu…Ak tak tahu join ke tak sebab kalau ak pergi audition tu pun meb pergi yangkat KL jer kot tapi tarikh tu kawann ak kawenla…tengokla cane nanti…

 

JUMPA DI SANA….!!!!!!!!!

 

Adiosa!

04 March, 2010

Keputeraan Rasulullah s.a.w / 12 Rabiulawal 1431H

Salam,

Sempena ulangtahun keputeraan Rasulullah s.a.w, saya nak kongsikan sikit dengan sahabat-sahabat semua mengenai kisah benar yang dialami oleh seorang wanita yang layak saya panggil kakak. Kisah ini saya ambil dari blog seorang sahabat iaitu Azrai. Kisah ini saya jumpa secara tidak sengaja semasa mengusha blog-blog sahabat dan saya rasa bertuah sungguh kerana diberikan ruang oleh Allah Taala untuk membaca kisah ini.

Begini kisahnya…

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata  Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Selesai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."  Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkinkan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

 

p/s:kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilaluinya… kisah nie pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini dan saya hanya memaparkannya kembali buat renungan bersama sempena keputeraan baginda Rasul tahun ini..semoga kita semua mendapat manfaat dari kisah nie. InsyaAllah…

Related Posts with Thumbnails