TTT
Malam nie ntah tiba2 Skype rasa rajin plak nak blogwalking. Actually, mood Skype nak blogwalking masih lagi suam-suam kuku. Tadi Skype blogwalking kat blog Ben & ternampak tajuk en3 ‘Al-Fatihah buat TTT’. Ya Allah, betul ke tajuk en3 tu..?
Lepas tue Skype buka en3 tu & baca satu persatu & ternyata ianya adalah benar. Tersentap hati Skype seketika selepas dapat tahu hal nie. Mana taknya, dulu Skype boleh dikatakan baik dengan arwah & Skype dah anggap arwah sebagai kakak Skype dah. Arwah dikatakan meninggal malam semalam iaitu pada 17 September 2010 (masa tidak diketahui) ketika sedang tidur. Sebelum nie arwah dikatakan mengidap kanser serviks. Jenazah arwah akan dikebumikan di Sarawak. (Skype xconfirm bila tapi meb esok @ lusa).
Toh Tuan Tanah adalah seorang blogger yang disayangi ramai dek kerana kemanjaannya dan keramahannya melayan blogger2 lain. Selain itu, TTT jugak seorang yang pemurah. Kenapa Skype cakap pemurah?Sebab pernah satu ketika dulu arwah pernah buat kontest yang mana hadiahnya adalah Blackberry. Bukan sebijik tau tapi 4 bijik…dan difikiran Skype masa tue mesti keluarga arwah orang kaya. Namun kaya @ tidak itu bukan halnya tetapi kemurahan hati arwah untuk bagi hadiah yang begitu mahal kepada orang yang arwah tak kenali itulah yang membuatkan ramai bloggers rapat ngan arwah.
Skype mengenali arwah lebih kurang 6 bulan yang lalu, ikhlas Skype cakap yang blog arwah adalah salah satu blog yang selalu Skype terjah. Kalau korang tengok dekat blog list Skype kat tepi tu pun memang ade blog arwah. Sebelum nie Skype dah tau arwah sakit tapi sakit ape tu tak tahulah sebab arwah rahsiakan. Skype tak sangka langsung yang sakit arwah tue menyebabkan arwah pergi untuk selama-lamanya. Ingatkan arwah akan sembuh tapi rupanya…. :(
2 minggu yang lepas baru jer Skype mesej Kila. Skype mesej Kila sebab Kila tahu no phone arwah dan selalu jugak mesej arwah.
Sekarang baru Skype perasan yang blog arwah tak boleh bukak adalah petanda kepada pemergiannya. Kenapa Skype cakap macam tu? Sebab Skype ada pengalaman yang mana kawan Skype baru jer meninggal seminggu sebelum raya hari tue dan seminggu sebelum tu jugak, kedua2 kereta milik keluarganya rosak. Salah sebuah kereta tersebut adalah kereta yang selalu arwah naik. Bukan saje kereta tetapi handphone arwah yang dia telah jualkan pada Skype dulu pun turut rosak.
Itulah namanya petanda orang yang akan pergi meninggalkan kita. Namun kita tidak akan sedar melainkan selepas ianya pergi. Namun yang pergi tetap pergi, kita yang hidup harus sentiasa mendoakan mereka yang telah pergi. Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin kepada arwah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang baik.
- AL-FATIHAH -
:: Semoga kamu tenang disana ::
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
13 comments:
woi..betul ka? aku tak percaya ar... hurm... sedih weyh.. (apsal aku nangis nie?)
aduhai... ak xcaye ar...huhu.. tak sangka..dia telah pergi...al fatihah..
btl mir..ak pn klu blh xnk pcaya tp nielah hakikatnya... :(
al fatihah...
teringat dulu arwah rajin jenguk blog aku...arwah follower terawal yang follow aku dan arwah sgt peramah...
aku taw arwah sakit tapi tak sangka tuhan ambil arwah lebih awal...tuhan lebih sayangkan dia...
semoga rohnya dicucuri rahmat...
btl tue ayue...arwah mmg sgt peramah.
Xpela, kita sama2la doakan arwah k..
DUlu selalu lepak kat blog TTT ni...sedih juga kehilangan blogger baik hati seperti TTT ni...:(
al-fatihah...
serius rindu kat dia
Salam..
Saya x sempat kenal dengan dia..
Tp byk artikel tntg keramahan dia..
semoga arwah dicucuri rahmat hendaknya..
Al-Fatihah..
@Warnie
Skype pn sama gk Warnie..dulu slalu jln2 kt blog arwah tapi skang... :(
@Bert
Ak pn rndu dia gk bert...
@Ile
Arwah mmg sorang yg peramah Ile..dia tegur sume org tp nk bt cane, Tuhan lbh sayangkan dia...
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah..
Takziah kepada keluarga TTT..
agak tekejut juga dengan berita pemergian TTT. Lama dah online. Baru sekarang dapt online kerna bercuti di kampung. Sama-sama kita sedekah al-fatihah kepada arwah.
innalillah..
Baru je nak singgah blog arwah sebab lama x jenguk, nowonderlah xleh nk masuk blog dia..ingatkan salah add. bila search kat google, dapat berita neh.
Al-fatihah buat arwah.. beliau rakan baik haku dalam dunia blog .. hmm
hari ni genap stahun pemergian arwah kan?
AL-FATIHAH~~~
Post a Comment