RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

08 May, 2010

Home » , , , » Konvoi Nasional Untuk GAZA

Konvoi Nasional Untuk GAZA

Assalamualaikum semua,

palestina_demo_jakarta_02072006 1st Skype nak minta maafla kepada blogger2 yang singgah kt blog Skype tp Skype xbuat kunjungan balas. Bukan ape, Skype bizy sket skang. Kerja dah start bertimbun dah nie. Nak on9 kat ofis sah2 xsempat sebab kena buat kerja, balik umah plak terus tido..letih woo… :( Skang Skype nak postkan en3 yang tertangguh 3,4 hari yang lepas & nak jalan2 kat blog korang. En3 kali nie maybe sedikit panjang so Skype harap korang xboring membacanya sebab en3 nie berkenaan kemanusiaan & agama kita, Islam.

Hari nie Skype ingin berkongsi sedikit info mengenai Palestin & kesengsaraan yang dihadapi saudara kita yang berada di sana. Skype terdetik hati nak buat en3 pasal nie bila Skype tengok MHI (4 April 2010) apabila seorang rakyat Palestin yang kudung kakinya dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan lanjut. Skype xsure NGO mane yang bawa dia ke Malaysia tetapi salah satu NGO yang terlibat adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia-MAPIM. Untuk segmen tersebut Wardina telah mewawancara lelaki Palestin tersebut. Wardina telah menitiskan air mata secara live kerana sebak melihat keadaan lelaki Palestin tersebut yang kudung kakinya akibat serangan oleh Zionis Israel.

Boycott Israel poster 3

Skype terfikir apa yang Israel nak sebenarnya…Adakah kuasa? Wang? Pengaruh? Ya..memang itu yang Israel mahukan dan dari segi Islam pula, Israel mahu menghapuskan umat Islam di Palestin. Mereka menggunakan segala kuasa yang mereka ada serta pengaruh daripada Amerika Syarikat untuk menyerang & membunuh rakyat Palestin. Pada asalnya, konflik yang mencetuskan kejadian sekarang adalah merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Namun konflik ini semakin serius dan menyebabkan ramai yang terkorban. Mereka menggunakan alasan ini sebagai satu peluang untuk mengusir rakyat Palestin.

gaza-freedom-march-poster

Setiap hari, ada jer berita kematian yang berlaku di Palestin disiarkan oleh media. Mereka membunuh rakyat Palestin sewenang-wenangnya dan menafikan hak mereka(rakyat Palestin). Korang tengokla peta kat bawah nie, dah berapa banyak dah tanah rakyat Palestin yang dirampas secara paksa oleh Zionis Israel nie sejak tahun 1946. Pada tahun 2000, negara Palestin semakin kecil & akan terus mengecil jika tiada tindakan di ambil oleh pihak2 tertentu. Dan kini pada tahun 2010, korang dapat bayangkan tak ape akan jadi? Korang fikirkan sendiri.

palestinmap

Sebelum ini, pelbagai pihak cuba membantu dengan menghantar makanan, ubat-ubatan, bahan2 pembinaan dan sebagainya tetapi ianya disekat oleh Zionis Kejam Israel dan ianya tidak sampai kepada rakyat Palestin. Walaupun ade sebilangan pihak yang dapat sampai & masuk ke Palestin tetapi mereka yang masuk cedera terkena bedilan Israel.

Pengepungan yang sedang dikenakan kepada Gaza sekarang sudah masuk 4 tahun. Ini telah menjadikan krisis kemanusiaan yang telah menyebabkan semua rakyat Palestine tanpa makanan yang cukup, air, ubat-ubatan, elektrik, bekalan bangunan , pakaian, mainan, dan kebebasan bergerak. Seramai 1.5 juta orang, lebih setengah daripada mereka adalah kanak-kanak, menderita akibat pengepungan tersebut. Sejak serangan di Gaza tahun lalu, seramai 1400 orang telah terkorban dan 50,000 orang kehilangan tempat tinggal. Selama 15 bulan rakyat Palestin terpaksa tinggal di khemah-khemah & tempat tinggal sementara kerana pembekal bahan bangunan tidak dibenarkan untuk memasuki Gaza bagi membekalkan bahan binaan untuk membina kembali rumah mereka.

viva gaza

Kali ini, VivaPalestine Dunia yang diterajui pelbagai NGO-NGO yang berusaha untuk membebaskan Palestine daripada kekejaman Israel telah merancang untuk menghantar ubat-ubatan & bahan binaan melalui laut setelah jalan darat di sekat. Pada 15 Mei 2010 nanti, 3 kapal kargo akan membawa lebih daripada 5,000 tan ubat-ubatan dan bahan binaan dan 5 kapal penumpang akan membawa lebih dari 600 orang. Salah satu kapal penumpang yang menyertai ekspidisi ini disumbangkan oleh seorang dermawan dari Malaysia. Ianya akan berangkat dari Eropah dan belayar menuju ke Gaza.

 Armada ini akan diketuai oleh Badan Amal IHH dari Turki dan disokong oleh banyak kumpulan di seluruh dunia, termasuk Gerakan Bebas Gaza, Gerakan Bebaskan Palestin , Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan Gaza, Greece dan Swedish Boat to Gaza dan lain-lain. Armada ini diketuai oleh Turki (berkemungkinan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri) kerana dikhabarkan Israel telah menyediakan kapal perang untuk menghadapi armada ini dan dalam pada masa yang sama negara Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Jadi Perdana Menteri Turki telah mengambil keputusan untuk mengetuai armada ini dengan harapan Israel tidak menyerang armada ini dengan alasan hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara.

viva-palestina1

Hari ini, 8 Mei 2010…satu konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati, Shah Alam sedang diadakan. Kepada korang yang tinggal berdekatan bolehlah join untuk menyemarakkan lagi konvoi tersebut. Kalau korang ade nampak konvoi2 nie lalu kat tepi umah korang hari ni, korang kibarkanlah bendera Malaysia & Palestin. Untuk pengetahuan korang, konvoi ni adalah lanjutan daripada program2 yang telah dianjurkan VivaPalestin Malaysia dengan kerjasama badan2 NGO lain. Sebelum ini, bermula 28 Mac 2010 yang lalu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh VivaPalestin Malaysia untuk menerangkan mengenai permasalahan rakyat Palestin ini dan menerangkan tentang bantuan yang akan dihantar pada 15 Mei ini. Korang boleh dapatkan maklumat mengenai aktiviti VivaPalestine ini di blog mereka. VivaPaletineMalaysia.

Akhir sekali, marilah sama2 kita tengok video nie. InsyaAllah, semoga ianya dapat membuatkan hati kita lebih dekat dengan Allah dan membuatkan hati kita tergerak untuk membantu saudara kita di Palestine.

p/s:Kepada blogger yang beragama Islam, sama2la kita guna kelebihan berblogging ini untuk agama kita. Janganlah kita leka dengan duniawi yang sementara ini. Saling tegur menegurla sesama kita supaya kita tidak alpa dalam meneruskan hidup yang penuh mencabar ini. :)

14 comments:

p3perak said...

diorang mati syahid, skype..

skype x join ke konvoi ini??

huhu...

Skype Crew said...

Skype xdpt joinla p3 sbb Skype keje pg td...Xpela xleh join pun, Skype hrp dgn usaha Skype yg sikit ni dgn war2kan kt blog hrp ianya sdkit sbanyak dpt membantu...

proud2byaya said...

semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya..

TTT said...

cedih~
T_T

Skype Crew said...

InsyaAllah, smoga Allah permudahkan...Amin...

Skype Crew said...

Skype pun cdih TTT...kita doakan spy semuanya berjalan lancar ek... :)

qdine said...

"Ya Allah bantulah para mujahiddin dan orang yang dizalimi di palestine.."
Dan doa kita menjadi sia-sia (lagha) apabila tidak berdoa untuk:-
1. Rasulullah
2. Kedua ibubapa
3. untuk kesejahteraan kaum muslmin dan muslimat..

yasri said...

Saya suka blog ni..tp widget side tu menyusahkan saya laa...nk shoot ayat tp terbuka widget...kasi alih bro!!! (sori..newbie bro!!!)

Skype Crew said...

thanx qdine sbb peringatan tue...Skype skang ni pun rsenye dh jarang doakan utk mereka... :( thanx skali lg krn memperingatkan...

Skype Crew said...

thanx bro krn sudi tegur...widget yg mne satu yasri? yg gmbr Skype tu ke or logo2 sukan tu?

Malwana said...

Konvo lalu ikut area Malwana, tapi tak dapat join, ade paper..

Skype Crew said...

ruginyer...tp xpela nk wt cane Malwana ade paper td. InsyaAllah, klu ade lg len kali konvoi tu Malwana joinla...Skype pn igt nk join gk hr ni tp Skype kje hr nie...

p3perak said...

betOl.. sebab p3 x suka tengok berita.. sekurang2nya tau perkembangan dunia.. hehehe

Skype Crew said...

ek...?issh..xleh cam2..huhu...

Related Posts with Thumbnails