Assalamualaikum fiq,
macamane ko skang kat sana? ak harap ko ok fiq…selepas solat, ak sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya ko dijauhkan daripada seksaan kubur. sebenarnya ak masih terkilan dengan kehilangan ko fiq. ak xsempat nak tengok wajah ko buat kali terakhir sebelum ko disimpan. ak sampai kul8.30 malam hari tu fiq. ak hanya sempat untuk tahlil je malam tu untuk ko.
pagi keesokkannya ak pergi ke kubur ko fiq. ko tahukan ak g sane…ak baca Yassin untuk ko, ak baca tahlil untuk ko. tanah ko masih merah lagi fiq…tanah2 yang berketul tu ak “peghela” supaya ianya jadi lembut. selepas siap ak baca sedekahkan Yassin & tahlil untuk ko, ak pun berjalan balik…masa ak nak jalan balik tu ak pandang kubur ko beberapa kali fiq. ak kesian nak tinggalkan ko sorang2 fiq tapi apakan daya ak fiq. tapi ko jangan risau fiq, nanti bile ak balik kampung lagi ak datang ziarah kubur ko..InsyaALLAH.
p/s: fiq, mata aku bergenangla…
fiq, semalam faisal & aimullah datang umah maa…dorang datang tahlil. yang lain tak dapat datang fiq, biasala kawan2 kita semua ramai yang da keje jauh2 fiq. tapi walaupun dorang tak dapat datang, ak yakin dorang dah sedekahkan Yassin untuk ko. lepas tahlil kitorang makan. ko tau tak fiq aimullah semalam buat malu2 jer nak tambah makanan. lagi pulak semalam ade 3 jenis makanan, nasi goreng, lakse & mee kari. ak tau dia nak makan lagi tu tapi dia control. ko tahulakan aimullah tu…faisal plak siap menambah. mula2 dia makan mee kari lepas tu dia makan lakse plak. ak mula2 makan mee kari pastu rasa cam best jer mee kari tu, ingat nak tambahla tapi da habis..hu3…
habis makan, ak kenalkan dorang ngan atuk ko fiq. kitorang bual2 kejap p2 kitorang keluar dari musalla tu. lepas tu kitorang jumpa lak ayah ko fiq. masa nie la ayah ko citer segala-galanya fiq…apa impian ko, apa yang ko da buat sebelum nie, apa sumbangan ko pada family ko & banyak lagi. bile papa ko cakap pasal sumbangan ko kat family, ak hanya tersenyum fiq..sebab ak tahu pasal tu. ko memang ambik berat pasal adik2 ko. ko jaga adik2 ko macam dorang tu anak ko…& itu jugaklah yang ayah ko cakap semalam fiq. dia memang bangga dengan ko fiq. tapi fiq, ayah ko gtau semalam..dia still lagi tak boleh nak masuk bilik ko. meb akan ambik masa untuk dia masuk ke bilik ko untuk melihat segala kenangan yang telah ko tinggalkan…
p/s: fiq, airmata aku da nak stat kuarla…
fiq, ko ingat lagi tak dulu kita sekolah sama2 kat wataniah…ko kelas p.a(akaun) & ak plak kelas maari(kelas paling nakal). walaupun lain2 kelas tapi kita tetap sama, pengawas perpustakaan…hu3. lagi satu, kita sama2 kena marah kat cikgu norhayati sebab masuk makmal komputer pada waktu pembelajaran. ingat lagi tak pada nama panggilan yang kitorang panggil ko dulu…? afiq beckam…mesti ko ingatkan, cane tak ingat…sampai skang nie nama tu lekat kat ko. da ko asyik dok nak buat sepakan macam beckham je so kitorang panggilla ko afiq beckham…ade hikmah jugak orang panggil ko dengan nama tu fiq sebab ak perhatikan sepakan yang ko nak buat cam beckham tu semakin menjadi & bagi ak ianya da menjadi.
p/s: fiq, airmata ak da banyak da kuar fiq. ak biarkan kuar jela fiq ek..da 3hari ak tahan nie…
ak ingatkan masa kat wataniah je kita blaja sama2 fiq, rupe2nyer masa ambik diploma pun kita blaja sama2. siap dok satu bilik lagi..masa kita dok satu bilik tula kita menjadi semakin mengenali antara satu sama lain. sambil2 kita dok mengadap pc & laptop masing2, kita bercerita…biasanya ko yang banyak bercerita pasal kehidupan ko & ak hanya mendengar & memberi nasihat serta support kepada ko fiq. biasala fiq, hidup ade pro & kontra…adakalanya kita perlu mendengar & adakalanya kita perlu didengar. ak lak banyak tanya ko pasal komputer…biasala, ko kn terer komputer fiq. banyak pasal komputer ak belajar daripada ko.
masa kat mmce jugak, banyak barang yang ko bagi kat ak macam kasut karipap, kasut bola, jersi & dll. kasut karipap yang ko bagi kat ak tu padahal elok lagi. pastu plak kasut bola. bukan sebijik ko bagi kat ak fiq…dua bijik kasut bola ko bagi kat ak & satu lagi barang ko yang ade pada ak adalah hp motorola l7 tapi hp nie ak beli ngan ko. tak silap ak ko jual rm270 kot…masa tu ko baru je pakai hp tu beberapa bulan pastu ko jual kat ak. sampai skang ak pakai hp tu tau walaupun bateri hp tu da kong. tapi sebulan yang lepas bila ak tukar hp bateri tu kepada yang baru hp tu terus jadi lagi teruk fiq. ak tak tau nak cakap benda nie adalah tanda2 ko nak pergi @ pun ianya secara kebetulan tapi ak anggap ini adalah secara kebetulan dan skang nie hp tu tak hidup terus. jadi, ak suh kawan ak baiki hp tu fiq. tak tahula cane..boleh hidup tak hp tu. kalau boleh..Alhamdulillah. ak xkan jual hp tu. tu je satu2nya barang kenangan ko yang ade pada ak skang.
semenjak 2 menjak nie fiq, ko asyik letak gambar2 kete mewah…ak ingat ko join mlm fiq tapi tanggapan ak silap fiq. seperti yang ak gtau tadi..papa da citerkan segalanya. rupe2nyer ko nak buat bisnes. walaupun sebelum nie ak da tau ko ade buat bisnes tapi ak masih samar2 bisnes ape sebenarnya yang ko buat. papa citer ko dapat inspirasi & kata2 semangat daripada bos tempat ko praktikal skang fiq. masa papa citer pasal nie bukan main bersemangat lagi tau. kalau ko tak caya ko tanya aimullah & faisal. papa cakap syarikat yang ko tubuhkan 2 tahun lepas atas nama ko nie akan disusun strategi semula selepas ko habis praktikal yang terakhir hari ni(31 Julai 2010). tapi malangnya tak sempat…kita hanya mampu merancang fiq tapi perancangan Allah itulah yang lebih baik. tadi ak cari2 balik kad bisnes yang ko bagi kat ak dulu & baru ak ingat nama company ko fiq………merc it solution.
oh yer, semalam papa cakap ko dapat anugerah dekan oum.tahniah. fiq..semalam papa ade pesan kat kitorang dan semua kawan2 ko fiq supaya jaga kesihatan, tidur kena cukup. Jangan kerja kuat sangat nanti mudah dapat darah rendah…
klah fiq, stakat nie dulu yang ak dapat tulis untuk ko fiq…mata ak da sakit da nie…semalam ak tido 2 jam je pastu kul9 pagi tadi terus drive datang sini. ko jagala diri ko kat sana k. ak serta kawan2 yang lain akan doakan ko selamat disana...
…………………………………………………………………………………………….
YA ALLAH YA TUHANKU,
AMPUNIKANLAH DOSA-DOSA ARWAH,
JAUHKANLAH ARWAH DARIPADA AZAB SEKSAAN KUBURMU YA ALLAH,
JAUHKANLAH ARWAH DARIPADA AZAB API NERAKAMU YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JIKA KU TAHU BILA AJALKU, AKAN KU BERIBADAT KEPADA-MU SEKARANG JUGA YA ALLAH,
NAMUN SEGALA AJAL & MAUT ITU ADALAH DITANGAN-MU YA ALLAH,
ENGKAULAH YANG LEBIH BERHAK MENENTUKANNYA YA ALLAH,
YA ALLAH,
TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BENAR YA ALLAH,
TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG ENGKAU REDHAI YA ALLAH,
BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI SUPAYA KAMI BERADA DALAM RAHMAT-MU YA ALLAH.
JANGANLAH ENGKAU MATIKAN KAMI DALAM MAKSIAT YA ALLAH,
JANGANLAH ENGKAU MATIKAN KAMI DALAM KEKUFURAN YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA BESAR.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------