


Medan Ilmu Agama..InshaAllah.
Salam,
Point to the straight, sejak ak mula bercuti pada Isnin, 15 Februari 2010, seluruh kawasan bandar Tanah Merah mengalami gangguan bekalan air. Ak sangkakan ianya hanya sementara namun hal ini berlarutan sampai hari ini yang mana setakat ini masalah gangguan bekalan air ini sudah masuk hari ketiga. Setakat ini tiada notis diberikan oleh pihak syarikat yang menguruskan bekalan air di Kelantan iaitu SYABAS. Kebiasaannya, jika tiada notis diberikan oleh pihak SYABAS bermakna gangguan ini bukan disengajakan dan ianya berlaku secara tidak sengaja.
Hari pertama ketiadaan air menyebabkan ramai penduduk bandar Tanah Merah berusaha mencari bekalan air di merata-rata tempat. Masjid Ismail Petra Tanah Merah tidak terkecuali kerana masjid ini mempunyai boering (air telaga). Hari kedua menampakkan pertambahan bilangan orang yang ke masjid untuk mengambil air untuk kegunaan harian mereka dan hari ketiga bilangannya semakin bertambah. Dan kedengaran ura-ura, sehingga Jumaat ini juga bekalan air masih lagi akan terganggu.
Pada malam semalam, semasa ak nak ambil air di sekitar masjid, ak berbual dengan seorang pak cik yang juga nak ambik air. Semasa kitorang berbual, terkeluar daripada mulut pak cik tu…
“kito hok keno lagu nie raso susoh doh, oghe Palestin hok tak dok air, tak dok makene…lepah tue dok ngelok ko peluru2 israel lagi…buke 2,3hari puak dio (org Palestin) dale keadaan gitu….2,3 bule…kito ni spatutnya bersyukor denge nikmat hok Tuhan bui…” versi Klate
“kita yang berhadapan perkara macam ni pun dah rasa susah, orang Palestin yang takde air, takde makanan…lepas tu mengelak peluru-peluru israel lagi…bukana 2,3hari diorang (orang Palestin) dalam keadaan begitu tetapi 2,3bulan…kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Tuhan…” versi Key ELL
So ak harap kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah Taala kepada kita dan sedarlah bila kita ditimpa kesusahan ada lagi yang lebih susah daripada kita. Sama-samala kita membantu antara satu sama lain supaya hidup kita diredhai oleh Allah Taala. Amin…
Salam,
KENA TIPU…..HEHEHE….
DAH TAKDE APE DAH NAK BACA….HEHEHE….
EN3 NIE JUST UCAPAN PENDEK JER….
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA…. :@)
Salam,
Selepas berminggu2 ak berhempas pulas untuk me"nyetting" & membaiki blog ak akhirnya hari ni ak dapat finalize jugak akhirnya. Biasala kerja, so nak update ambik masa sketla pastu ditambah plak ak ni nak cari template layout yg betul2 menarik utk blog ak nie. Layout yg sebelum nie tak berapa menarikla so cari pny cari jumpala yg berkenan. Yang ak jumpa tu pun bila ak da guna rase xpuas hati plak. Tu yg jadi ambik masa yg lame tuh...
So, ak harap ngn layout yg baru nie boleh membantu menaikkan mood ak utk berblog. Oh yer, blog ak yg sebelum ni ak igt nak transfer masuk kt cni tp xblh..sepatutnya blh tp ak ejust xleh gak so igt stat buat yg baru jerla & then semoga blog baru nie ak menjadi...InsyaAllah...