RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

18 February, 2010

Home » » 1 Daerah Tanah Merah Tiada Air!!!

1 Daerah Tanah Merah Tiada Air!!!

Salam,

 

water-pipe

 

Point to the straight, sejak ak mula bercuti pada Isnin, 15 Februari 2010, seluruh kawasan bandar Tanah Merah mengalami gangguan bekalan air. Ak sangkakan ianya hanya sementara namun hal ini berlarutan sampai hari ini yang mana setakat ini masalah gangguan bekalan air ini sudah masuk hari ketiga. Setakat ini tiada notis diberikan oleh pihak syarikat yang menguruskan bekalan air di Kelantan iaitu SYABAS. Kebiasaannya, jika tiada notis diberikan oleh pihak SYABAS bermakna gangguan ini bukan disengajakan dan ianya berlaku secara tidak sengaja.

Hari pertama ketiadaan air menyebabkan ramai penduduk bandar Tanah Merah berusaha mencari bekalan air di merata-rata tempat. Masjid Ismail Petra Tanah Merah tidak terkecuali kerana masjid ini mempunyai boering (air telaga). Hari kedua menampakkan pertambahan bilangan orang yang ke masjid untuk mengambil air untuk kegunaan harian mereka dan hari ketiga bilangannya semakin bertambah. Dan kedengaran ura-ura, sehingga Jumaat ini juga bekalan air masih lagi akan terganggu.

Pada malam semalam, semasa ak nak ambil air di sekitar masjid, ak berbual dengan seorang pak cik yang juga nak ambik air. Semasa kitorang berbual, terkeluar daripada mulut pak cik tu…

“kito hok keno lagu nie raso susoh doh, oghe Palestin hok tak dok air, tak dok makene…lepah tue dok ngelok ko peluru2 israel lagi…buke 2,3hari puak dio (org Palestin) dale keadaan gitu….2,3 bule…kito ni spatutnya bersyukor denge nikmat hok Tuhan bui…”                                                                                   versi Klate

“kita yang berhadapan perkara macam ni pun dah rasa susah, orang Palestin yang takde air, takde makanan…lepas tu mengelak peluru-peluru israel lagi…bukana 2,3hari diorang (orang Palestin) dalam keadaan begitu tetapi 2,3bulan…kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Tuhan…”                                                                                                                                                                versi Key ELL

So ak harap kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah Taala kepada kita dan sedarlah bila kita ditimpa kesusahan ada lagi yang lebih susah daripada kita. Sama-samala kita membantu antara satu sama lain supaya hidup kita diredhai oleh Allah Taala. Amin…

1 comments:

Anonymous said...

tula mijie oii..kito keno bersyukurla ngn gapo hok dio bui kito nie...

Related Posts with Thumbnails