RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

18 April, 2011

Musibah Dunia Apabila Allah Murka!!! [Part 1]

Assalamualaikum semua,

tsunami-Jepun-2

Masih ingat dengan gempa bumi & tsunami di Jepun baru-baru nie? Skype pasti ada yang masih ingat dan ada yang sudah lupa dengan kemurkaan Allah itu. Sungguh biadap kitakan..bila Allah turunkan bala, kita ingat kejap je dengan kejadian tu. Lepas tu buat tak tahu..betul, hidup perlu diteruskan tapi biarlah dengan cara yang betul.

Dunia kini dah berada di akhir zamannya tapi cara hidup kita sekarang seolah-olah seperti permulaan zaman. Kita berseronok, kita menikmati segala apa yang ada di muka bumi ini, kita nak buat apa saja yang kita inginkan tanpa kita peduli ajaran agama. Kita sekarang semakin banyak melakukan sesuatu dengan menggunakan logik akal kita sedangkan Islam adalah agama yang patut kita ikut berdasarkan hukum syarak.

Apa perbezaan antara logik akal dan hukum syarak?

Ok, Skype bawakan satu contoh. Apabila kita dalam keadaan berwudhu’ dan selepas itu kita terkentut sudah tentu jika mengikut logik akal kita, sepatutnya kita patut membersihkan dubur tapi kenapa dalam Islam apabila kita dalam keadaan berwudhu’ dan terkentut kita disuruh untuk mengambil wudhu’? Kenapa?

SEBAB Islam adalah agama yang berlandaskan hukum syarak. Setiap yang diperintahkan mempunyai signifikannya yang tersendiri. Tapi masyarakat kita sekarang begitu sombong untuk menggunakan kebijaksanaan Al-Quran dalam mentadbir diri kita sehari-hari.

Masing-masing menggunakan logik akal mereka untuk membuat segala keputusan dalam hidup mereka.

MasyaAllah..sedarlah kita wahai para mukmin. Kita di ambang pengakhiran dunia, patuhlah kita dengan ajaran Allah, InsyaAllah..kamu akan selamat daripada azab Allah.

 

Sedar atau tidak bahawa kita sekarang didodoikan dengan pelbagai hiburan dunia yang amat melalaikan seperti:

  1. Akademi Fantasia
  2. Mentor
  3. Raja Lawak
  4. Maharaja Lawak
  5. Anugerah Bintang Popular
  6. Anugerah Juara Lagu
  7. Website-webiste yang menceritakan perihal artis-artis dunia seperti OhArtis!, OhBulan!, BeautifulNara, Budiey, Mat Kepoh dan sebagainya.
  8. Konsert
  9. Iklan
  10. Dan lain-lain.

Cuba korang perhatikan banyak mana program agama yang disiarkan kat tv berbanding program-program hiburan. Kita dihidangkan dengan pelbagai perkara hiburan beb. Dengan Skype sekali terkena bahangnya..yela, iman nipis ditambah plak kat tv banyak dok siar program-program hiburan yang takde kawalan memang jadi lalaila kita.

Kalau dekat website-website plak, pelbagai cerita-cerita artis yang dijaja. Ada yang bagus, bagusla tapi banyak yang tak bagus sebenarnya. Skype tak paham dengan mereka-mereka nie, mereka faham tak bahawa mendedahkan gambar-gambar lelaki & perempuan yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Atau adakah disebabkan ingin popular dalam bidang penulisan mereka mengabaikan hukum Allah.

tsunami4

Allah dah tunjukkan kekuasaan Allah ke atas muka bumi nie, jadi bawak2lah citer yang boleh bagi pedoman kepada masyarakat. Allah takkan tanya kat akhirat berapa banyak traffic dapat daripada buat artikel pasal Fasha Sandha putus tunang hari tu. Takdenye..malahan kita akan bertanggungjawab dan berkongsi dosa kat akhirat kelak ke atas berapa ramai orang yang telah tengok gambar-gambar yang tak menutup aurat tu.

Sedarlah wahai-wahai penerbit-penerbit rancangan tv hiburan, wartawan, penulis-penulis blog dan kamu sendiri wahai Skype. Sedarlah, bumi ini berada di pengakhir zaman..maka kembalilah kamu kepada jalan Allah Rabbul Jalil.

 

“Kiamat tidak akan terjadi kecuali lenyapnya ilmu, banyak terjadi gempa, waktu berlalu sangat cepat, muncullnya berbagai fitnah, dan banyak terjadi pembunuhan. Sebelum terjadinya kiamat akan ada pertempuran yang besar dan setelahnya tahun-tahun yang penuh dengan gempa.”

Hadith Shahih.

Musibah Dunia Apabila Allah Murka!!! [Part 2]



14 April, 2011

Jersi Terbaru Chelsea, MU, Liverpool & Arsenal 2011/2012!!!

Assalamualaikum semua,

Bila dah akhir-akhir musim nie memang akan keluarlah “leaked” design jersi kelab-kelab bola sepak dunia dan Skype ada beberapa gambar “leaked” design jersi kelab-kelab ternama seperti Chelsea, MU, Arsenal, Liverpool dan juga Barcelona. Jom kita tengok cantik ke idak jersi-jersi tu… ;-)

Ok, yang pertama sekali sudah tentu Skype akan tunjuk design untuk team Skype iaitu Chelsea..ha3… Seperti yang kita tahu jersi untuk Chelsea sudah pun dikeluarkan dan jersi tersebut memang lawa. Skype pun suka danpastinya akan mendapatkan dengan seberapa segera di Butik Golok. Ahakss.

 

Chelsea FC

                                       Home                                                                                       Home [Confrim]

 clip_image001                      Chelsea_Hm_1112_main

Away

clip_image002

 

 Arsenal FC

Home

clip_image003

clip_image004

Away

clip_image006

Jersi Arsenal Home nie macam dah confirm dorang akan guna untuk season depan sebab baju nie dah kuar kat pasaran (Skype rasala). Bagi Skype ianya lebih kurang macam season lepas punya baju cuma diz season dorang tambah kalungan bunga tu jer sempena ulangtahun kem Arsenal ke-125. Untuk jersi Arsenal Away memang cantik beb. Skype tengok rasa cam nak beli satu (walaupun Skype fans Chelsea)..hahaah. Papepun, kita tunggu yang officialla ek..So, fan Arsenal..amacam?

 

Manchester United

Home

clip_image007

clip_image009clip_image008clip_image010

Jersi MU nie pun meb macam confrim untuk season depan. Design tak banyak berubah, cuma dia punya roundneck bukan berkolar macam season nie. Dia punya roundneck ade stripe hitam lepas tu dekat hujung pergelangan tangan dan baju ade lapisan warna hitam dan jugak belakang dia punya logo ade perkataan “BELIEVE” (Yang season nie rasanya xde kot). Nampak ‘ganas’ sketla kot. Papepun kepada fans MU, tunggu jela yang official ke…yang nie buat korang ngigau malam-malam dulu k.. Hahaha….

 

Liverpool FC

Away

clip_image011

Untuk jersi Liverpool plak, Skype ada gambar yang away jer, tu pun satu jer. “I’m Sorry”. Macam yang korang tengok ianya warna kuning. Erm..bagi Skype ianya agak lawa jugakla. Rasanya, jersi away Liverpool nie pun macam confirm jugak akan digunakan untuk next season.

Barcelona FC

Home

clip_image012

clip_image013

Untuk jersi kelab terhebat Sepanyol, Skype just ada yang Barcelona jer.  Design untuk baju nie juga tak berbeza banyak dengan sebelumnya, cuma belang-belang kat baju nie je ditambah dan diberi kelainan sket. Lepas tu nama penaja untuk kelab Barca nie jugak telah bertukar. Skype tak dengar lagi ada penaja baru untuk kelab Barca nie. Jadi, nak tahu kesahihannya, kita tunggu jela k.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, Skype harap korang puas hati dengan design bayangan yang Skype telah tunjukkan. Ianya tak semestinya betul dan ianya mungkin juga betul. Jadi, pakat tunggula jersi team korang k.

 

Salam Ukhwah,



12 April, 2011

Manchester United vs Chelsea Live Stream | UCL 12 April 2011

Assalamualaikum semua,

Jika anda ingin menonton perlawanan hebat ini melalui streaming, ada beberapa syarat yang anda patut ikut. Jika semua syarat-syarat nie anda lepas, anda dibenarkan untuk tengok live streaming nie.

Syarat-syaratnya:

  1. Anda takde Astro!
  2. Anda ada Astro tapi family anda nak tengok diari AF9!
  3. Anda ada Astro tapi anda lebih suka tengok melalui streaming sebab anda pakai Unifi! Hahaha…

Amacam? Lepas tak syarat-syarat tu? Kalau lepas, korang boleh klik dekat link kat bawah tu. ;-)

man_utd_chelsea_cl_final

UEFA CHAMPION LEAGUE (Quarter-finals)

Manchester United vs Chelsea

LINK 1                       LINK 2                       LINK 3                       LINK 4                     

SELAMAT MENONTON



Related Posts with Thumbnails