RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

30 October, 2011

Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand – JOM DERMA!!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

gambar banjir di thailand 333

Banjir yang melanda negara Thailand semakin meruncing. Sepertiga bahagian negara Thailand terus digenangi air dan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda sejak 25 Julai yang lepas. Jumlah kematian meningkat ke 373 orang (data pada 26 Oktober 2011).

Banjir ini juga melanda 15,000 buah rumah atau 30,000 orang penduduk muslim di Thailand yang kebanyakan orang Islam di Thailand tinggal di tepi sungai Cau Praya. Separuh daripada mereka telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara Banjir. Di pusat penempatan sementara ini kebiasaannya agak susah untuk mereka mendapatkan makanan yang halal. Beberapa NGO Islam di sana termasuk WAMY Thailand sedang berusaha mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan yang halal untuk dibekalkan ke penempatan sementara ini. Sumbangan kewangan juga diperlukan untuk mereka memulakan hidup baru selepas kembali ke rumah masing-masing apabila banjir surut nanti.

Tabung Kasih Ummah Thailand

Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) berusaha untuk membantu khususnya umat Islam di Thailand dengan mewujudkan sebuah tabung khas iaitu "TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND" pada 1 Zulhijjah 1432H bersamaan 28 Oktober 2011. NICE meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM20K sehingga 9 Zulhijjah 1432H (5 Nov 2011). Wakil NICE akan berada di Thailand untuk membuat serahan terus kepada umat Islam di sana pada Hari Raya Eidul Adha nanti.

Sumbangan kepada tabung ini boleh dibuat melalui akaun BIMB 12113010040182 atas nama "PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA". Sila maklumkan sumbangan tuan/puan melalui sms kepada 012-320 3434 atau emel kepada wmzukri@readnetwork.com.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." Al-Baqarah 2:261

Sukarelawan dari NGO tempatan Thailand

Sukarelawan dari NGO tempatan Thailand.

 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati facebook kat bawah:

Facebook Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand

Facebook IKRAM Malaysia

Website IKRAM Malaysia

 

p/s: Dermalah walau hanya RM5 atau RM10. InsyaAllah, ianya tidak menjejaskan baki duit korang kat dalam bank tu malah korang akan dapat ganjaran di akhirat kelak.

p/s: Kalau yg nak derma banyak macam RM50, RM100, RM500 atau ke atas..digalakkan buat “Transfer Instant” ataupun dalam BM “Pemindahan Segera” sebab “Transfer Instant” lebih selamat kerana bila kita masukkan no akaun, ianya dapat detect nama pemegang akaun tersebut dan kita dpt mengesahkan dgn betul kepada siapa kita masukkan duit tu. Tapi biasala, bila dah ade kelebihan mesti kena caj lebih gak tapi tak banyak pun bank caj, dalam RM2 jer. Klu blh derma RM50, takkan tak boleh nak tambah lagi RM2kan. Lagipun kaedah nie lebih selamat.

27 October, 2011

Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

42-19721872

Kali nie aku nak kongsikan cara pemakanan Rasulullah S.A.W. Sebelum nie memang aku ada terbaca dah pasal cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah dan cuba amalkan tapi kejap jer aku amalkan lepas tu back to normal.

Itulah manusia, selalu perlu diingatkan. Melalui perkongsian nie, aku harap kita dapat saling mengingati antara satu sama lain dan bila korang dah baca nie pun harap boleh kongsi dengan kawan-kawan yang lain.

Sejak akhir-akhir aku baru perasan yang setiap kali aku minum, aku selalu pegang gelas dengan tangan kiri. Bila teguk botol air mineral pun, pegang dengan tangan kiri. MasyaAllah, dah berapa lama agaknya aku dah pakai tangan kiri untuk minum air nie sampaikan aku try ubah untuk guna tangan kanan pun dah jadi kekok.

Korang cane? Korang pakai tangan mane nak minum air tu? Baik korang check..kadang-kadang kita tak perasan kecuali apabila ditegur.

Ok, jom kita baca cara pemakanan Rasulullah plak.

Dalam kitab, Nabi melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

1) Jangan makan SUSU + DAGING
2) Jangan makan DAGING + IKAN
3) Jangan makan IKAN + SUSU
4) Jangan makan AYAM + SUSU
5) Jangan makan IKAN + TELUR
6) Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7) Jangan makan SUSU + CUKA
8) Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Amacam? Berbezakan dengan apa yang kita dok amalkan selama nie kan. Memang berbeza sangat-sangat. Kenapa berbeza? Sebab kita tak belajar..kenapa kita tak belajar Sebab kita tak pergi masjid/surau untuk belajar. Jangan dok harap benda-benda nie akan datang depan muka kita jer. Jenguk2la masjid/surau dekat dengan umah kita tue.

Ok, skang kita pergi pula kepada cara Rasulullah makan.

Kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

InsyaAllah, sama-sama kita amalkan.

 

Salam Ukhwah,

15 October, 2011

Komandan & 37 Parajurit Pengaman Masuk Islam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

prajurit pengaman

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.

Subhanallah..!!
Walhamdulillah..!!
Allahu Akbar...!!

 

Salam Ukhwah,

11 October, 2011

[Gambar] Ustaz Nasrudin Hassan Ngeteh Bersama Ahmad Idham

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Petang semalam, 10 Oktober 2011, Ustaz Nasrudin Hassan telah menemui seorang pengarah filem yang telah mencetuskan kontroversi dalam filem arahannya baru-baru ini iaitu Hantu Bonceng. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Idham.

Aku tak tahu apa motif pertemuan dorang nie..tapi melihatkan daripada komen-komen yang terdapat kat gambar tu, ada yang bermacam-macam andaian dilakukan..antaranya:

  • memberi teguran/berbincang mengenai filem Hantu Bonceng yang menjadi kontroversi tempoh hari.
  • berbincang & memberi idea kepada saudara Ahmad Idham supaya menghasilkan filem yang ke arah Islam.
  • berbincang mengenai perancangan PAS untuk menghasilkan filem sejarah.
  • berbincang mengenai masalah ummat. (nie jawapan drp Ust Nasrudin sendiri)

 

 

 

Turut serta dalam pertemuan/perbincangan ini adalah Ustaz Nik Abduh. Salah seorang tokoh agama yang aku kagumi. Namun apa yang diharapkan adalah supaya pertemuan/perbincangan ini dapat menghasilkan satu kerjasama atau cetusan idea dalam merubah industri perfileman yang ada sekarang kepada yang lebih baik & menepati hukum syarak.

 

 

Aku juga cukup kagum dengan Ustaz Nasrudin yang telah cuba untuk mendekati mereka-mereka ini walaupun mungkin Ahmad Idham nie berlainan fahaman politiknya tetapi masih dapat menerima pelawaan Ustaz Nasrudin untuk berbincang.

InsyaAllah, sama-sama kita doakan ada sesuatu yang baik daripada pertemuan ini. InsyaAllah.

 

Salam Ukhwah,

Related Posts with Thumbnails